You are on page 1of 24

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER
MEI 2014
KOD KURSUS
HBML 3303
TAJUK KURSUS
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

NAMA
NO KAD PENGENALAN
NO MATRIKULASI
NO. TELEFON
E-MEL

:
:
:
:
:

PUSAT PEMBELAJARAN:

KANDUNGAN

HALAMAN

1.0

2.0

3.0

PENGENALAN

1.1

Definisi semantik

1.2

Konsep Semantik

1.4

Makna Ayat

1.5

Semantik teori pembuktian.

1.6

Taksa dan ketaksaan makna dalam tatabahasa.

1.7

Pengembangan Makna

1.8

Penyempitan Makna

1.9

Fitur Makna Dalam Bahasa Melayu

1.10

Perubahan Makna dalam Bahasa Melayu

11

FAKTOR-FAKTOR PERUBAHAN MAKNA DALAM BAHASA MELAYU

14

2.1

Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.

14

2.2

Perubahan Kerana tanggapan penutur

15

2.3

Perubahan Kerana Perluasan Maksud

15

2.4

Perubahan kerana pembatasan atau penyempitan maksud

16

2.5

Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik

16

APLIKASI PENGAJARAN MAKNA DALAM MATA PELAJARAN


BAHASA MELAYU PERINGKAT SEKOLAH RENDAH.
3.1

Aplikasi pengajaran makna (sinonim) dalam mata pelajaran


Bahasa Melayu.

3.2

19

Aplikasi pengajaran makna (hiponim) dalam mata pelajaran


Bahasa Melayu.

4.0

17

Aplikasi pengajaran makna (antonim) dalam mata pelajaran


Bahasa Melayu.

3.3

17

PENUTUP
4.1
Kesimpulan.

BIBLIOGRAFI

20
21
21
23

1.0

PENGENALAN
1.1
Definisi Semantik
Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata

merupakan unit

ujaran yang bebas dan

mempunuyai

makna. Dalam bahasa, kita dapat

menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Definisi daripada
segi istilah pula, semantik berasal daripada perkataan Yunani semantikos yang bermaksud
penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantik ialah
cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996).
Selain itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya
makna bahasa (Abdul Chaer, 1994). Menurut kamus Dewan, semantik bermaksud kajian
tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya semantik
ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah
kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna , hubungan antara
makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

1.3 Konsep Semantik


Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos yang
bermaksud penting atau bererti. Kata bererti membawa maksud makna yang diertikan
sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu
kata. Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk
menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat
ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik
bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi

juga kepada perkembangannya yang disebut

semantik sejarah (M.Breal, 1893)


Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji
bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka
perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh
dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan
makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan
semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai

pelbagai

jenis makna dapat

dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna
yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim
(perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya
sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk
dan bunyi yang sama tetapi

maknanya berbeza),

polisemi (perkataan yang mempunyai

makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna).
1.3
Makna

Makna Leksikal
leksikal

bermaksud

makna

yang

terdapat

dalam kamus

atau makna

perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Contohnya,
perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki
makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+,
ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan
memiliki makna gramatis. Golongan jenis makna semantik leksikal boleh dilihat melalui contoh
yang berikut:
i. Sinonim (perkataan cantik dan indah),
- Pemandangan di Tasik Kenyir sungguh indah.
- Pemandangan di Tasik Kenyir sungguh cantik.
ii. Antonim (perkataan gemuk dan kurus)
iii. Hiponim (perkataan ayam, itik dan lembu berhiponim dengan perkataan
haiwan)
iv. Homonim (perkataan kali bermaksud darab dan sungai)
v. Polisemi (perkataan berat bermaksud tekanan benda, sukar, berkenaan sikap,
berkenaan makanan dan lain-lain)
vi.Peribahasa ( Peribahasa Harapkan pagar, pagar makan padi bermaksud orang
yang tidak amanah).
1. Kelompok kata
Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan
perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada lima
ekor lembu.
2. Kata paduan
Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki

makna

masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal
api, bunga api dan sebagainya.
3. Kata gabungan
Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna
tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam
bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.

1.4

Makna Ayat

Makna

ayat

boleh

dibahagikan

kepada

tiga

iaitu

makna

tersurat,

makna

terselindung dan makna tersirat.


1. Makna Tersurat (denotasi)
Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis
atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya,
Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan
maka kita menganggapnya sebagai betul.
Contohnya:
Perkataan

para

Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.


menunjukkan

ramai.

Perkataan

pelajar-pelajar

menyatakan ramai.

Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati.
2. Makna Terselindung
Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat

kerana

perkataannya tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat :


Adik ke kedai Pak Ali.
Kata pergi

tidak dihadirkan,

tetapi

pendengar

memahami perbuatan adik ialah pergi.

Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau
pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih
dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau
pembaca,
3. Makna Tersirat (konotasi)
Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau
diujarkan, misalnya dalam kiasan umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak. Bahasa
seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu
dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa.
Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan
kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan,

bentuk bidalan,

bentuk

pepatah,

bentuk

perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan
bahasa.

1.5

Semantik teori pembuktian.

Bermaksud bahawa makna yang dimiliki oleh sesuatu ungkapan adalah lebih
berdasarkan bukti sebaliknya daripada kebenaran.

1. Keharmonian dan Pembuktian


Keharmonian dan Pembuktian disebut sebagai harmoni logikal (logical harmony) yang
bermaksud keharmonian yang logik pada makna. Ahli logik Gerhard Gentzen menyebut bahawa
penghubung logik digunakan untuk membuatkan sesuatu wacana (discourse) lebih bermakna
dan mengharmonikan pernyataan-pernyataan yang berbeza maksudnya. Gentzen menyatakan
bahawa sekiranya orang percaya yang langit itu biru dan dia juga percaya bahawa rumput itu
hijau, penghubung dan patut diletakkan lalu menjadi ayat berikut:
Langit itu biru dan rumput itu hijau.
2. Koheren Dalam Pembuktian
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.(2010). koheren boleh didefinisikan sebagai
berhubungan, bersangkut paut atau mempunyai kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat
dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. Menurut teori
koherensi, suatu pernyataan dianggap benar apabila pernyataan itu bersifat koheren atau
konsisten dengan pernyataan-pernyataan sebelumnya yang dianggap benar.

1.6

Taksa dan ketaksaan makna dalam tatabahasa.

Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian
bergantung pada

intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai

maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain,
ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada
satu tafsiran.
Contoh: Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia.
Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa
(iaitu nenek) Mustafa telah meninggal

dunia,

atau kedua-dua ibu bapa Mustafa telah

meninggal dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti ini, kita perlu, secara intuisi,
menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu mudah memahami
maksud yang terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang
berbeza bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan.
Dalam ayat di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian diikuti
dengan jeda (hentian sebentar),

pastilah ayat

ini

menyatakan bahawa ibu kepada bapa

Mustafa (nenek Mustafa) telah meninggal dunia. Sebaliknya, jika tiada tekanan pada perkataan
ibu dan tanpa jeda dalam mengucapkan ayat tersebut, maka maksud yang terkandung
menyatakan

bahawa

kedua-dua

ibu

bapa

Mustafa

yang

meninggal

dunia,

bukan

neneknya.Jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai
penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan, hal ini
dapat

dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat

berkenaan.
1.7

Pengembangan Makna

Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan
penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor
Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa
pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh
penutur. Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya berlayar,
dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang
semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut berlayar .
Dahulu kata bapa hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih
tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut bapa sedangkan segala orang yang dianggap

sama darjatnya disebutsaudara.


1.8

Penyempitan Makna

Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi
pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang
cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan
bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna
yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.
Sebagai contoh kata ahli membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanaksaudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ahli
juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau
disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.

1.9

Fitur Makna Dalam Bahasa Melayu


a) Sifat Makna

Secara umumnya, sifat makna boleh dibahagikan kepada dua iaitu dinamik dan evolusi. Rajah di
bawah menjelaskan perbezaan kedua-dua sifat makna tersebut secara ringkas.

Dinamis

SIFAT
MAKNA

Boleh berubah-ubah

Evolusi

Boleh berkembang

Rajah 1.9.1 : Sifat Makna

Setelah mengetahui tentang sifat makna, berikut merupakan beberapa ciri yang
menentukan sesuatu makna. Ciri-ciri ini juga berupaya membuka minda semua pihak tentang
keunikan dan keistimewaan mempelajari bahasa Melayu. Hal ini kerana, setiap perkataan dan
ayat yang dituturkan oleh penutur memiliki makna tertentu dan makna tersebut berbeza mengikut
kefahaman seseorang. Berikut menunjukkan ciri-ciri yang menentukan sesuatu makna:

CIRI-CIRI YANG MENENTUKAN SESUATU MAKNA

pilihan

budaya

konteks

makna
dalam
peribahasa

Rajah 1.9.2 : Ciri-ciri yang Menentukan Sesuatu Makna


Penerangan bagi ciri pilihan adalah seperti berikut iaitu suatu ungkapan yang dihasilkan
mestilah dipilih mengikut kesesuaian dan sekiranya tidak maka ungkapan tersebut dikira tidak
bermakna. Seterusnya, bagi ciri budaya pula menjelaskan budaya masyarakat penutur adalah
saling berkait rapat dengan bahasa kerana hanya mereka yang memahami budaya masyarakat
penutur dapat bertutur secara betul melalui konteks budaya. Manakala bagi ciri konteks pula
menjelaskan makna juga dapat ditentukan bergantung pada situasi dan perasaan penutur semasa
menyampaikan sesuatu ungkapan itu. Akhir sekali, ciri makna dalam peribahasa pula
menerangkan bahawa makna dalam peribahasa sama ada kiasan, simpulan bahasa dan pepatah
digunakan bagi membawa makna yang berbeza daripada makna asal. Contohnya, ringan tulang
(rajin).

Setelah memahami tentang ciri-ciri yang menentukan sesuatu makan barulah mudah bagi
memahami pula tentang faktor-faktor perubahan sifat makna. Terdapat lima faktor yang telah
dikenal pasti berupaya memberi perubahan kepada sifat bahasa. Berikut merupakan senarai
ringkas faktor-faktor perubahan sifat bahasa:

FAKTOR
PERBEZAAN SIFAT
BAHASA

Perkembangan
bahasa itu sendiri
Tanggapan penutur

Perluasan makna

Tujuan simbolik
dan stilistik
Pembatasan atau
penyempitan
makna

Rajah 1.9.3 : Faktor Perbezaan Sifat Bahasa

1.10

Perubahan Makna dalam Bahasa Melayu

Salah satu aspek yang amat diminati dalam kajian makna ialah perubahan makna dalam
bahasa. Oleh sebab bahasa bersifat dinamik, maka perkataan yang menjadi unit asas kepada
bahas, sentiasa mengalami perubahan. Hal ini sudah sejak dahulu lagi diamati oleh pengkaji
bahasa. Menurut mereka, terdapat banyak faktor yang merangsangkan perubahan. Ullmann
dalam bukunya Semantics:

An Introduction to the Science of Meaning (1962), misalnya

memberikan enam sebab utama bagi perubahan makna dalam bahasa. Antaranya adalah separti
sebab-sebab sejarah, sebab-sebab sosial, sebab-sebab psikologi, pengaruh luar, keperluan untuk
kata baharu.

Bloomfield dalam bukunya Bahasa (1933) pula ada menyenaraikan sembilan jenis
perubahan yang berlaku dalam bahasa.

Menurutnya, makna kata boleh disempitkan dan

diperluaskan. Selain itu, ada metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan
ameliorasi yang juga menandakan perubahaan-perubahan dalam sesuatu bahasa.
Makna kata berubah kerana perkembangan dalam bahasa itu sendiri. Ini bermaksud,
makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubungan
sosial masyarakat. Misalnya, kata belayar, pada satu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang
ada layar, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak menggunakan layar tetapi
menggunakan kuasa tenaga. Atau, contoh perkataan rawat: Makna umum adalah menjaga dan
mengubati orang sakit, tetapi makna barunya sekarang meliputi merawat sisa kumbahan, pokok
(nurseri).
Demikian juga kata tangan, pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan.
Tetapi, makna diubah untuk mencakup makna menguruskan, mengendalikan, dalam ayat
separti Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini. Ada kalanya makna negatif berubah
menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Umpamanya, kini kita sering
menemukan ayat atau ujaran. Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna
bahasa Melayu. Dalam contoh ini, kata gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif,
tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahanperubahan separti ini banyak berlaku dalam bahasa
kerana sebabsebab perubahan dalam bahasa itu sendiri.
Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi juga, banyak kata yang telah
mengalami perubahan makna. Misalnya, kata taman, pada masa dahulu hanya digunakan untuk
merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya sekarang diperluaskan untuk mencakup makna
tambahan separti kawasan perumahan, kawasan perindustrian dan kawasan alam semula jadi
separti Taman Kinabalu. Demikian juga kata datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk
bapa ayah atau ibu seseorang, malah sebagai gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang
tertentu kerana jasajasa mereka.
Dalam arus perubahan zaman, banyak kata mengalami perubahan makna. Kata kata
yang merujuk kepada objek, institusi, idea, dan konsep konsep saintifik merupakan antara kata
yang mengalami perubahan makna. Misalnya, kata kebal berubah daripada makna asal kuat dan
kukuh dalam bidang ketenteraan menjadi kereta kebal.

Perubahan makna ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna
tersurat, makna terselindung dan makna tersirat. Makna tersurat ialah makna yang diperoleh
semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa
bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat
atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul. Contohnya :
Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.
Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan
sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati.
Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya
tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat
Adik ke kedai Pak Ali.
Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah pergi. Walaupun
sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau
dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan
maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca. Contoh
lain adalah seperti berikut:
Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami.
Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan sebagai
contoh Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Oleh yang demikian,
struktur dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami.
Seterusnya ialah makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis
atau diujarkan, misalnya dalam kiasan seperti umpama jari di tangan, ada bercincin ada
tidak.

Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan

menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut
sebagai peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa
dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk
perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.

2.0

FAKTOR-FAKTOR PERUBAHAN MAKNA DALAM BAHASA MELAYU


2.1

Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.

Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataanperkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal
perkataan tersebut. Misalnya perkataan belayar pada suatu ketika dahulu digunakan untuk
perahu yang ada layar sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak
belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga.Demikian juga perkataan tangan, pada asalnya
dirujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makan itu telah berubah mencakupi makna
menguruskan, mengendalikan, dalam ayat seperti Kita perlu berhati-hati ketika menangani
kes ini. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan
dalam bahasa. Sebagai contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran Gejala penukaran kod
amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa Melayu. Dalam contoh ini, perkataan gejala
bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan seperti
ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab-sebab perubahan bahasa itu sendiri.
Selain daripada itu perkataan hayat dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan
hidup tetapi sekarang ia telah mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari contoh ujaran
berikut, Ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu. Dalam ayat ini perkataan
menghayati bukanlah membawa maksud menghidupkan tetapi mengikuti dengan
sepenuhnya. Perkataan hantu dalam contoh Kejadian itu menghantui fikirannya, hantu
itu bukan lagi merupakan makhluk tetapi membawa makna mengganggu.
Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah
mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan taman, di mana pada asalnya ia
hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya telah berubah menjadi
kawasan perumahan , kawasan perindustrian, dan kawasan alam semula jadi seperti
Taman Negara Bako. Demikian juga dengan perkataan datuk, kini bukan sahaja digunakan
untuk merujuk kepada bapa kepada ayah seseorang malah sebagai gelaran kehormat oleh rajaraja bagi orang-orang tertentu kerana jasa mereka. Demikianlah perubahan berlaku kerana proses
perkembangan bahasa itu sendiri di mana pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu
mengikut peredaran masa dan keadaan semasa.

2.2

Perubahan Kerana tanggapan penutur

Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa itu sendiri tanggapan
penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan maksud sesuatu perkataan
itu. Umpamanya perkataan abang, yang asalnya ialah panggilan kepada saudara lelaki yang
lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua
tanpa mengira saudara atau tidak. Di samping itu ada juga sesetengah orang menggunakan
perkataan abang sebagai panggilan untuk suaminya.
Perkataan saudara pula pada asalnya dimaksudkan kepada saudara kandung tetapi
makna perkataan saudara telah berubah kepada semua orang yang mempunyai pertalian darah
atau kekeluargaan. Di samping itu ada juga pengguna atau penutur bahasa Melayu cenderung
menggunakan perkataan saudara dengan tanggapan yang lebih luas misalnya saudara sesame
Islam. Di sini nyata, bahawa hubungan itu bukan lagi merupakan hubungan kerana pertalian
darah tetapi juga pertalian agama. Daripada dua contoh di atas, tanggapan penutur terhadap
sesuatu perkataan juga merupakan faktor kepada perubahan makna perkataan itu sendiri.
2.3

Perubahan Kerana Perluasan Maksud

Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna
memiliki makna-makna yang lain. Perkataan saudara, misalnya pada mulanya bermaksud
orang yang sama ayah dan ibu. Kemudian maknanya diperluaskan meliputi orang yang ada
hubungan kekeluargaan. Akhir sekali perkataan ini menjadi sebagai bentuk panggilan sebagai
kata ganti nama diri orang kedua, terutamanya kepada orang laki-laki. Selain itu, disebabkan
kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna.
Sebagai contoh, perkataan taman, di mana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk
kepada kebun bunga, tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna
tambahan seperti kawasan perumahan , kawasan perindustrian, dan kawasan alam semula
jadi seperti Taman Hidupan Liar.Selain daripada dua perkataan di atas, perkataan semangat
juga mengalami perubahan kerana perluasan maksud. Pada asalnya makna perkataan
semangat ialah jiwa atau roh. Tetapi perkataan ini kemudiannya diperluaskan maksudnya
menjadi perasaan misalnya semangat kemerdekaan, semangat patriotisme dan juga kepada
kemahuan atau keinginan yang tinggi seperti dalam contoh berikut, Dia mempunyai
semangat ingin berjaya dalam hidup.

2.4

Perubahan kerana pembatasan atau penyempitan maksud

Makna sesuatu perkataan boleh juga di batas kan untuk tujuan-tujuan tertentu. Sebagai
contoh perkataan sarjana, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang
pandai atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah
disempitkan atau di batas kan untuk merujuk kepada orang yang telah lulus ijazah pertama,
seperti Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Muda Ekonomi atau selepas ijazah pertama, seperti
Sarjana Sastera dan Sarjana Ekonomi. Perkataan pendeta asalnya membawa makna orang
yang berilmu, seperti Pendeta Zaba, seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini , mengikut
Abdul Chaer (1995) telah di sempitkan untuk mencakupi makna guru agama Kristian.
Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada umumnya adalah
untuk menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk bidang-bidang tertentu.
Contohnya perkataan sendi yang asalnya bermaksud tempat ruas tulang berhubung. Dalam
ilmu bahasa perkataan sendi diajukan khusus kepada kata-kata yang berfungsi
menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat dengan ayat.
2.5

Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik

Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil
karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Contohnya perkataan kumbang dan bunga
selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti kumbang = lelaki dan bunga
= perempuan, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan.
Selain daripada itu warna juga dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud
contohnya, merah dimaksudkan dengan keberanian , hitam dipadankan dengan
kesedihan dan putih adalah kesucian. Selain daripada itu unsur-unsur personifikasi juga
menunjukkan perubahan makna yang seperti ini. Sebagai contoh daun melambai dan dada
langit ianya tidak membawa maksud yang daun boleh melakukan perbuatan melambai
sebagaimana perlakuan manusia dan langit mempunyai dada. Daun melambai dan dada
langit sebenarnya hanyalah kiasan atau perumpamaan kepada daun yang bergerak akibat
tiupan angina dan keluasan dan lapangnya langit apabila dipandang dari bumi. Contoh
-contoh seperti ini menunjukkan keindahan bahasa dan merupakan satu gaya penulisannya dapat
menggambarkan sesuatu dengan indah dan menarik ( Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1984:
290-4).

3.0

APLIKASI PENGAJARAN MAKNA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA


MELAYU PERINGKAT SEKOLAH RENDAH.
3.1

Aplikasi pengajaran makna (sinonim) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Sinonim

ialah

hubungan kesamaan makna antara suatu perkatan, frasa, ayat atau

ungkapan dengan suatu perkataan, frasa, ayat, atau mengikut konteks (Lyons, 1929:405).
Contohnya menurut Zainal Abidin Safarwan (1995),

frasa sungai tak tentu gaungnya

bersinonim dengan frasa orang yang tidak tentu asal usulnya. Frasa sungai tak tentu gaungnya
merupakan peribahasa, sementara frasa orang yang tidak tentu asal-usulnya ialah maksud
peribahasa itu. Definisi sinonim secara etimologi atau bahasanya ialah onoma dan syn yang
berasal dari bahasa Yunani kuno. Maksud onoma ialah nama manakala syn bermaksud nama
lain untuk benda atau hal yang sama.
Secara semantik pula, Verhaar (1978) mendefinisikan sinonim sebagai ungkapan yang
mempunyai makna lebih kurang sama dengan ungkapan kata yang lain. Sinonim juga
diterjemahkan sebagai ungkapan iaitu perkataan, frasa atau ayat yang makna lebih kurang sama
dengan makna ungkapan lain. Perkataan sinonim dikatakan berasal daripada bahasa Yunani
kuno iaitu onoma bermaksud nama dan syn yang bererti nama lain. Hubungan makna antara
dua patah perkataan yang bersinonim itu bersifat dua hala, misalnya indah bersinonim dengan
cantik, cantik juga bersinonim dengan indah.
OGrady(2000:118) berpendapat sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk
ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Maksud sama makna
tidak semestinya mempunyai persamaan secara keseluruhan. Contohnya, makna perkatan
kereta dan motokar adalah sama namun apabila membentuk ungkapan kereta lembu dan
motokar lembu maka maknanya menjadi berbeza (Abdullah Hassan;2007). Abdullah Hassan
(1981) turut menjelaskanj bahawa memang agak sukar untuk memberi satu takrif yang
menyeluruh dalam kata-kata sinonim ini.


I.

Aplikasi pengajaran makna (sinonim)


Langkah 1

Dalam langkah 1 ini, Cikgu Nora meminta murid membaca petikan di dalam buku teks
secara individu yang dipilih secara rawak. Setelah itu murid bersoal jawab berdasarkan petikan.
Kemudian murid diminta mencari maksud lima perkataan menggunakan kamus secara
berpasangan. Kekuatan yang terdapat dalam langkah 1 ini ialah keupayaan murid membaca
petikan dengan baik dan dapat mencari maksud perkataan dengan menggunakan kamus.
Kelemahannya pula tidak semua murid dapat menggunakan kamus dengan baik kerana terdapat
murid yang tidak mempunyai kamus dan murid ini hanya mendengar sahaja.Bagi aktiviti bacaan
pula hanya 2 orang murid sahaja dilibatkan.Untuk mengatasi masalah ini, Cikgu Nora boleh
membuat melakukan aktiviti pengajaran di pusat sumber dan murid boleh menggunakan kamus
yang terdapat di situ. Untuk lebih menyeronokkan sesi pengajaran dan pembelajaran, Cikgu Nora
boleh menjalankan aktiviti permainan mencari makna perkataan secara kumpulan.
2.

Langkah 2
Dalam langkah 2 ini, murid dibahagikan kepada 6 kumpulan . Cikgu Nora memberikan

lembaran aktiviti mencari maksud simpulan bahasa. Setelah itu murid disuruh menyenaraikan
sekurang-kurangnya lima simpulan bahasa beserta dengan maksudnya sekali yang terdapat
dalam petikan. Murid juga diminta membina ayat daripada simpulan bahasa tersebut. Setelah itu,
Cikgu Nora memberi penerangan tentang maksud simpulan Bahasa. Kemudian murid memberi
contoh simpulan Bahasa seperti yang terdapat dalam petikan. Kekuatan dalam langkah 2 ini
ialah murid dapat menjalankan akiviti kumpulan secara koperatif dan kolaboratif iaitu
berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai jawapan. Murid juga dapat memberikan
contoh simpulan dengan betul.Kelemahannya ialah pengagihan kumpulan mengambil masa yang
lama dan ahlikumpulan tidak terdiri daripada pelbagai kebolehan.Dalam kumpulan juga tidak
dilantik ketua, pencatat dan pelapor.Keadaan ini menimbulkan kebisingan.Bagi mengatasi
masalah ini, Cikgu Nora perlu pastikan setiap murid dalam kumpulan terdiri dari pelbagai
kebolehan dan pastikan mereka melantik ketua, pencatat dan pelapor.Aktiviti permainan bahasa
seperti teka-teki, teka silangkata dan sebagainya boleh disisipkan dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid serta menjadikan suasana
pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.

3.2

Aplikasi pengajaran makna (antonim) dalam mata pelajaran Bahasa


Melayu.

Antonim ialah perktaan yang mempunyai makna yang berlawanan. Hubungan makna
yang berlawanan antara suatu perkataan, frasa, ayat atau ungkapan dengam suatu perkataan,
frasa, ayat, atau ungkapan lain, misalnya seperti sungai berantonim dengan perkataan laut
(Lyons, 1979). Perkataan antonim berasal daripada perkataan Yunani kuno, iaitu "anoma" yang
bererti "nama" dan "anti" yang bererti "melawan". Oleh itu, antonim bermaksud perkataan yang
maknanya dianggap berlawanan atau kebalikan daripada perkataan lain. Contohnya ialah
baik/buruk, tinggi/rendah dan panjang/pendek. Contoh aplikasi antonim di dalam pengajran
makna Bahasa Melayu Adalah seperti berikut :
1. Langkah 1
- Murid diedar teks cerita Pak Senik Insaf
- Murid ditunjukkan cara membaca cerita dengan kelancaran, sebutan dan intonasi yang betul.
- Murid membaca teks cerita secara bergilir-gilir.
-Murid diminta menggariskan kata adjektif yang terdapat dalam petikan .
2. Langkah 2
- Murid diterangkan tentang maksud kata adjektif.
- Dalam kumpulan, murid diminta mencari perkataan adjektif yang terdapat dalam teks.
- Murid mencari perkataan antonim dengan kata adjektif yang telah dicari dalam teks dan diisi
dalam lembaran kerja.
- Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas
3. Langkah 3
- Aktiviti Murid Pemulihan: Mengeja dan membaca kata adjektif dan antonimnya.
- Aktiviti Murid Pengayaan: Mencari 10 perkataan antonim.

3.2

Aplikasi pengajaran makna (hiponim) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.


Berdasarkan Kamus Dewan 4th( 2007 : 50) hiponim bermaksud kata yang maknanya

terangkum dalam makna kata yang lain. Contohnya kambing, lembu, dan rusa Adalah
hiponim daripada binatang. Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama
kelas bagi segolongan perkataan , ( Abdullah Hassan , 2006 : 233 ). Dalam sesetengah bahasa
lain,golongan kata seperti ini akan lebih jelas maknanya jika diteliti struktur tatatingkatnya.
Dengan kata lain hiponim adalah kata-kata yang mewakili kata hipernim. Umumnya kata-kata
hipernim adalah suatu kategori dan hiponim merupakan anggota dari kata hipernim. Contoh
hiponim yang lain yang dapat saya berikan untuk menambahkan kefahaman contohnya tenggiri,
bawal, lampam, sembilang adalah hiponim bagi ikan. Bahulu, karipap, donat, cucur adalah
hiponim bagi kuih, Manakala kelapa, mangga, anggur Adalah hiponim bagi buah.
Terdapat dua jenis hiponim yang terdapat dalam bidang linguaistik makna iaitu hiponim
tulen dan hiponim umum. Contoh hiponim tulen adalah padi iaitu perkataan yangmencakupi
dua perkataan yang segolongan dengnnya iaitu beras dan nasi. Oleh itu dalam bahasa
Melayu membezakan perkataan padi dari beras dan nasi. Padi merupakan bijian yang belum
dibuang kulitnya.setelah padi diproses, menjadi beras dimasak menjadi nasi. Contoh aplikasi
hiponim di dalam pengajaran makna Bahasa Melayu adalah seperti berikut :
Langkah 1 :
-

Murid diberikan contoh karangan.

Murid dikehendaki membuat analisa beberapa perkataan yang mengandungi unsur


hiponim di dalam contoh karangan yang diberi tersebut.

Langkah 2 :
-

Murid mencatat perkataan-perkataan yang mengandungi undur-unsur hiponim dalam


bentuk jadual.

Murid membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.

4.0

PENUTUP
4.1

Kesimpulan.

Kesimpulannya, pengertian linguistik bolehlah dirumuskan sebagai bidang yang


memerlukan kajian yang mendalam dan teliti yang memberi penekanan kepada bidang kajian
bahasa secara khusus serta menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain. Bidang
sosiolinguistik pula itu adalah merupakan satu bidang yang membabitkan kajian bahasa dan
masyarakat yang sangat luas cakupannya. Ahli-ahli sosiolinguistik banyak memperkatakan
mengenai cakupan bidang sosiolinguistik ini. Disiplin ini banyak menawarkan pelbagai isu
menarik yang berhubungan antara bahasa dengan masyarakat. Kebanyakan ahli sosiolinguistik
mengaitkan takrifan mereka dengan sub bidang sosiolinguistik yang mereka kaji dengan fokus
sama ada kepada aspek bahasa atau aspek masyarakat bahasa berkenaan. Walau bagaimanapun,
hubung jalin antara aspek bahasa dengan masyarakat itu masih dapat dilihat dengan jelas,
terutamanya apabila kajian membabitkan latar belakang masyarakat dan kaitannya dengan
pelbagai pola penggunaan bahasa (Nik Safiah Karim, 1981: 4).
Sosiolinguistik mempelajari dan membahaskan aspek-aspek kemasyarakatan bahasa,
khususnya perbezaan-perbezaan (variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan
fakta-fakta kemasyarakatan. Selain itu, banyak fungsi yang dimainkan oleh bahasa. Fungsinya
sebagai alat perhubungan. Tetapi ada juga aspek-aspek lain yang disumbangkan oleh bahasa,
peranannya yang dimainkan selari dengan fungsi utamanya. Aspek-aspek ini menjadi antara
bidang yang dicakupi oleh sosiolinguistik. Berdasarkan berbagai huraian di atas dapat
dirumuskan bahawa stilistik adalah ilmu disiplin linguistik dengan sastera. Stilistik adalah ilmu
tentang pemakaian bahasa dalam karya sastera. Stilistika juga adalah ilmu gaya bahasa yang
digunakan dalam wacana sastera. Stilistika adalah mengkaji wacana sastera dengan orientasi
linguistik dan memainkan peranan dalam perspektif linguistik dan sosiolinguistik.
Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam
mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah
kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta faktor-faktor
social seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti sains dan
teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna.

Dalam sesuatu bahasa, perubahan bukan hanya berlaku pada peringkat perbendaharaan
kata, sistem pembentukan kata, sebutan dan struktur ayat sahaja bahkan perubahan itu meliputi
juga bidang makna. Oleh itu daripada contoh contoh yang diberikan di atas jelaslah bahawa
beberapa perkataan mengalami perubahan dari segi makna dan perubahan itu disebabkan oleh
faktor -faktor yang telah dibincangkan diatas.
Memilih kata yang sesuai digunakan dalam perbualan bukanlah sesuatu yang mudah.
Oleh itu, pilihan kata atau diksi perlulah sesuai dengan konteks. Dalam hal ini ilmu semantik
amat berguna bagi membantu penutur memilih kata dan ayat yang betul dalam perbualan. Kita
kadangkala memilih untuk menggunakan konotasi dibandingkan dengan memilih denotasi.
Namun demikian, jika kata itu mengandungi konotasi yang salah, ia boleh menyebabkan
kesalafahaman atau kesalahtanggapan pada pihak pendengar.
Selain itu, ada kata yang dianggap sopan dan ada kata yang dianggap kasar, malah ada
kata tertentu yang dianggap salah jika digunakan pada orang-orang tertentu.

Kata

mengandung, hamil, dan bunting mempunyai nilai emotif dan digunakan pada orang yang
tertentu. Demikian juga jika kita berkata Diam! Jangan bising! bermakna orang yang kita
hadapi itu mempunyai status yang sama atau lebih rendah daripada kita. Sebaliknya, jika kita
berkata Tuan-tuan dan puan-puan diminta bertenang bermakna orang yang kita hadapi itu
dianggap sedarjat tingkat sosialnya.
Secara kesimpulannya, setiap teori dalam kajian semantik mempunyai kelebihannya yang
tersendiri. Namun begitu, rumusan yang dapat dibuat semasa melakukan kajian teori semantik,
iaitu menggunakan teori imejan dalam memberikan makna sesuatu kata mengikut imej yang
hadir di dalam minda kita. Teori imejan merupakan teori yang hanya dapat memberikan makna
sesuatu kata berdasarkan kefahaman seseorang berkaitan dengan imej kata atau gambaran dalam
proses memberi makna kepada perkataan tersebut. Namun demikian, terdapat kelemahan dalam
teori ini yang hanya menggunakan imej sebagai pengukur makna perkataan. Hal ini kerana
pendapat atau gambaran seseorang dengan individu yang lain amatlah berbeza dari segi
pemberian makna.

BIBLIOGRAFI
Rujukan daripada buku :
Abdul Chaer (1994), Linguistik Am, Jakarta, Penerbit Rineka Cipta
Abdullah Hassan (2005a), linguistik am, siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu,
Pahang: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Abdullah Yusuf, (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Guru, Kuala
Lumpur : Penerbit Icon Regian Sdn Bhd
Abdullah Yusuf, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari, (2009) Semantik dan Pragmatik
Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Abdullah Yusof. (2010). Linguistik dan Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Open Universiti
Malaysia.
Awang Sariyan, (2001). Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia: Pemenuhan Suatu Idelisma.
Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia.
Awang Sariyan. (2002). Ceritera Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia.
Awang Sariyan. ( 2004 ). Strategi Memartabatkan Bahasa Melayu. Kertas edaran dalam
Mesyuarat Memartabatkan Bahasa Melayu, Kementerian Pelajaran, 21 Disember 2004.
Nik Safiah Karim. ( 1992). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Majalah Pelita bahasa Mac 2000. Dewan Bahasa dan Pustaka
Majalah Dewan Budaya November 1999. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Modul BHML3403 Linguistik dan Sosiolinguistik, Open Universiti Of Malaysia, MeteorDoc
.
Sdn. Bhd, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Cetakan Keempat 2010.
Zalina Yahya . Petikan Akhbar.Bahasa Baku Pastikan Keseragaman Penyampaian Ilmu. 5
Januari 2000.
Zalina Yahya. Petikan Akhbar Berita Harian.Memasyarakatkan dan Menghayati Sastera
Kita.3 Jun 2000

Rujukan daripada internet :


http://makalahdanskripsi.blogspot.com/2009/06/makna-denotatif-makna-konotatif-dan.html
telah diakses pada 10 Jun 2014
http://www.tutor.com.my/stpm/semantik/semantik.htm telah diakses pada 16 Jun 2014
http://tintatualangilmu.blogspot.com/2012/07/polisemi-atau-homonim.html telah diakses pada
20 Jun 2014
http://hasmah042790.blogspot.com/2012/10/v-behaviorurldefaultvmlo.html telah diakses pada
23 Jun 2014

You might also like