You are on page 1of 9

Ketua Audit Negara

-Memastikan kewujudan akauntabiliti dalam


pentadbiran dan pegurusan wang awan melalui
pengauditan akaun dan aktiviti Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan Negeri, badan-badan
berkanun, Kerajaan Tempatan serta Majlis Agama
Islam.

Pelantikan Ketua Audit Negara

Dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atas nasihat Perdana
Menteri selepas berunding dengan majlis
Raja-raja.

Ketua audit negara boleh meletakkan


jawatan tetapi tidak boleh dipecat drpd
alasan-alasan dan dengan cara yang sama
seperti seorang Hakim Mahkamah
Persekutuan.

Kuasa Dan Kewajiban Ketua Audit


Negara
- Memeriksa, menyiasat serta mengaudit:

Akaun-akaun Kerajaan Persekutuan Negeri.

Akaun-akaun mana-mana kumpulan wang yang


ditubuhkan secara berasingan oleh Persekutuan
atau Negeri.

Akaun-akaun mana-mana badan atau Pihak


Berkuasa Awam jika diperuntukkan oleh undangundang.

Akaun-akaun mana-mana badan termasuk


Syarikat-syarikat di bawah Akta Syarikat
yang menerima geran atau pinjaman
termasuk juga syarikat-syarikat di mana
lebih daripada separuh modal berbayarnya
dipegang oleh Persekutuan atau Negeri.

Akaun-akaun mana-mana Pihak Berkuasa


Awam jika Menteri Kewangan menghendaki
Ketua Audit Negara mengauditnya bagi
tujuan kepentingan awam

Pelaporan
1.

Ketua Audit

Negara hendaklah menghantar laporanlaporannya kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong,yang akan mengarahkan laporanlaporan itu dibentangkan dalam Dewan Rakyat.

2.

Laporan mengenai akaun-akaun sesuatu negeri atau


pihak berkuasa awam negeri,hendaklah dihantar
kepada Raja atau Yang Di-Pertuan Negeri bagi negeri
itu yang akan mengarahkan laporan itu dibentangkan
dalam Dewan Negeri tersebut.

Perkara-perkara yang dilaporkan kepada


Dewan Rakyat atau Dewan-dewan
Undangan Negeri akan dibincangkan oleh
Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara
atau Jawatan Kuasa Kira-kira wang Negeri
mengikut mana yang berkenaan.

Jawatan Kuasa Kira-kira Wang


Negara(PAC)

Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara atau Public


Accounts Committee (PAC) dilantik oleh Dewan
Rakyat di awal setiap sesi parlimen.

Keanggotaannya terdiri daripada wakil-wakil rakyat


di kalangan parti-parti politik utama yang berada di
Parlimen.

Tugas PAC sebahagian besarnya bergantung


kepada bentuk dan skop laporan Ketua Audit
Negara berkaitan dengan isu-isu kawalan dan
pengurusan wang awam.

Objektif utama PAC ialah untuk memastikan


akauntabiliti pengurusan wang awam oleh
pegawai-pegawai awam.

PAC akan meneliti laporan Ketua Audit Negara


berkenaan dengan perbelanjaan yang melebihi
peruntukan,wang tidak dibelanjakan mengikut
tujuan ianya dilulus dan diperuntukan dan
sama ada program dan aktiviti telah mencapai
objektifnya dengan mengambil kira sama ada
perbelanjaan perbelanjaan yang dilakukan itu
telah mendatangkan nilai untuk wang
kepada kerajaan

Sekian Terima Kasih

Ketua Audit Negara

Y. Bhg. Tan Sri Dato' Setia Haji Ambrin Bin


Buang

You might also like