You are on page 1of 2

Abdul Razak Hussein

Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976)
merupakan Perdana Menteri Malaysiakedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976.
Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) (1971) yang bertujuan untuk
mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme
perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya,
beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]


Beliau dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang serta merupakan anak sulung kepada
Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau juga merupakan keturunan
bangsawan yang selama ini menjadi ketua-ketua bagi suku kaum di Pahang.
Tun Hussein Onn juga merupakan abang ipar kepada beliau serta berperanan untuk menjadi
penggantinya sebagai Perdana Menteri yang ketiga. Manakala anak sulungnya, Dato' Seri Mohd
Najib bin Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam setelah
menggantikan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah
Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.

Sumbangan Tun Abdul Razak

Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga
Februari 1984).

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31


Oktober 1976)

Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986.

Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada


30 Jun 1979

Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains


Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980.

Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham


pada 11 Julai1986.

Dianugerah Kerusi Kehormat oleh Lincolns lnn, London pada 1988

Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja


Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990

Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei


Darussalam pada 30 Oktober 1990.

You might also like