You are on page 1of 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS -BULAN BAHASA KEBANGSAAN

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2015


(1)
Yang Berusaha Puan Rafiah binti Abdullah, Guru Besar Sk Ayer Molek.
Yang dihormati, Puan Rasidah bt Ismail Penolong Kanan Sk Ayer Molek,
Yang dihormati Puan Hajah Alice bt Abdul Ghani, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang dihormati, Encik Uzaini bin Abdul Razak, Penolong Kanan Kokurikulum Sk Ayer
Molek,
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.
(2)
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang
Maga Agung, Maha Tinggi kerana dengan limpah kurniaNya serta kehendakNya jua
maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan,
disempurnakan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa untuk kita
sama-sama berkumpul di Dataran perhimpunan ini bagi Pelancaran Bulan Bahasa
Kebangsaan Peringkat Sekolah bagi Tahun 2015. Syukur juga kerana dengan izinNya kita
berteduh berbumbungkan redup langit, dengan awan gemawan damai rasa ceria suasana.
(3)Bagi memberkati majlis kita, sya mempersilah encik Ahmad Hambali untuk emimpin
bacaan doa...Dipersilakan
************
Majlis merakamkan setulus ucapan terima kasih kepada Encik Ahmad Hambali.
Memulakan majlis, satu penghayatan bersama...
Seterusnya...marilah kita sama-sama menyanyikan dan menghayati pula Lagu Bahasa
Jiwa Bangsa. Diminta semua guru dan murid berdiri dan menyanyikan dengan penuh
semangat.
Kalungan bunga terima kasih buat semua. Semua hadirin diminta duduk

(4)
Hadirin yang dimuliakan,
Bulan Bahasa Kebangsaan berlangsung sepanjang bulan Oktober, yang telah memulakan
langkah bulan Oktober tahun 2009 , sebagaimana yang telah diuar-uarkan di kaca
Televisyen dan dada-dada akhbar, Bulan Bahasa Kebangsaan adalah merupakan usaha
kerajaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita.
(5)
Selasih mekar di tengah desa
Mencelah sama kembang melati
Bahasa kebangsaan jiwa bangsa
Perpaduan disemai bersatu hati
Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,
Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Pn Rafiah
bt Abdullah untuk melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah 2015.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan
Rafiah bt Abdullah atas kesudian melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat
Sekolah bagi tahun 2015.
(6)
Kita teruskan majlis dengan untaian kata madah bicara kilauan sukma, sama-samalah kita
hayati bait-bait kata deklamasi sajak.
Majlis mempersilakan Adik Mohd Hishamuddin bin Norisham dari kelas 5 Molek untuk
mendeklamasikan sajak dengan judul Bahasa dan Bangsa.
***
Demikian tadi puitisnya bahasa. Terima kasih kepada Adik Muhd Hishamuddin.
(7)
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sarat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi bangsa kerana bahasa
Burung serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit pandangan orang

Pandangan atas bahasa budi


(9)
Berikut adalah pertandinga-pertandingan yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu
bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah bagi tahun 2015:
1. Mewarna poster
2. Tulisan berangkai
3. Karangan
1. Teka silang kata
2. Deklamasi Sajak
1. Nilai murni
2. Mencipta Pantun
1. Nyanyian lagu asli
(10)
Majlis kita sampai dipenghujungnya, pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan
waktu dipenghujung ini untuk menyata dan menyampaikan sejuta kalungan bunga terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
memastikan majlis permai pada pagi nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa
Bersama-samalah kita memastikan penyertaan dalam pertandingan-pertandingan yang
dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat
Sekolah sepanjang bulan ini berjalan lancar.
Sekian, Wassalamualakum wbt

You might also like