You are on page 1of 7

Kaedah sri

System of Rice Intensification (SRI) iaitu


Sistem Intensifikasi Padi ialah satu kaedah
penanaman padi yang digunakan untuk
meningkatkan hasil padi. Sistem ini telah
diasaskan pada tahun 1983 oleh seorang
paderi dari Perancis bernama Henri de
Laulanie di Madagascar.Bagi kaedah SRI, anak
padi pada usia muda 8-12 hari yang
mempunyai 2 daun dan benih yang masih
melekat di akar dipindahkan ke sawah. Tanah
perlu diratakan dengan sempurna, dan
dimasukkan air cukup sekadar tepu sahaja.
Penanda akan dibuat bagi menanam anak
benih. Anak benih akan ditanam dalam bentuk
kotak dengan jarak yang luas. Hanya satu
sahaja anak benih bagi setiap titik penanda.
Sawah dibiarkan tepu selama 45 hari dan air
akan dinaikkan ke paras 2.5 hingga 5 cm
sehingga 90 hari.

Prinsip Yang Perlu Di Dalam Penggunaan Sistem


SRI Bagi Menjamin Hasil Yang Berkesan:

sawah perlu dibiarkan lembab bukannya dalam keadaan


tepu air bagi meminimumkan keadaan anaerobik, supaya
dapat meningkatkan dan memperbaiki pertumbuhan akar
serta menyokong pembiakan dan diversiti organisma tanah
yang aerobik;
pokok padi perlu mempunyai jarak yang optimum di
antara satu sama lain bagi membantu pertumbuhan akar
bagi penyerapan nutrien dengan lebih berkesan dan
kanopi supaya semua daun dapat menjalankan
proses fotosintesis dengan lebih aktif; dan
anak padi perlu dipindahkan segera dalam keadaan muda,
kurang daripada 15 hari bagi mengelakkan kesan trauma
pada akar dan "kejutan" akibat pemindahan.

Prinsip ini sekaligus mengubah amalan konvensional di


dalam pengurusan pokok, tanah, air dan nutrien. Perubahan
ini dapat meningkatkan fenotaip yang lebih produktif bagi
sebarang genotaip padi, dengan sesetengah varieti memberi
respon yang lebih baik dari yang lain apabila kaedah SRI
digunakan. Sistem ini dapat meningkatkan hasil padi,
mengurangkan keperluan benih dan mengurangkan keperluan
air 25 hingga 50 peratus. Baja kimia dan racun kimia boleh
digunakan, tetapi hasil terbaik diperolehi tanpa menggunakan
input kimia yang dibeli.

Kaedah mengubah menggunakan jentera

Kaedah mengubah menggunakan jentani


boleh diamalkan terutama di kawasan di mana
tabur terus tidak boleh diamalkan serta bagi
kawasan yang mengalami masalah padi angin
(klik lihat ulasan mengenai padi angin) dan
juga sesuai bagi kawasan yang kekurangan
tenaga kerja. Mengubah dengan menggunakan
jentera penanam memerlukan anak semai
dalam kotak khas. Kadar benih yang disyorkan
ialah 50 kg/hektar.
Media semaian disediakan dengan campuran
50% sekam padi terbakar dan tebal media
ialah 2-2.5 cm dipadatkan. Benih terpilih
direndam selama 24 jam dan ditoskan selama
48 jam untuk memudahkan percambahan.
Benih pracambah ditabur dalam kotak semai
khas dengan kadar 200 g/kotak. Semaian
dibiar bercambah 2-3 hari dan kemudian
dipindah ke rak takungan untuk direndam.
Semaian dijaga sehingga 15 hari atau tinggi
semaian diantara 15-20 cm sebelum diubah
dengan jentera penanam.

Kaedah tabur terus

Sistem tanaman secara tabur terus terbahagi


kepada dua iaitu tabur basah (menabur dalam
air) dan tabur kering. Tabur terus basah
diamalkan secara meluas sekarang. Benih yang
telah bercambah ditabur terus ke kawasan
sawah dalam keadaan tepu air. Tanah
hendaklah terlebih dahulu disisir untuk
membuat alur agar benih tidak dihanyutkan
air. Bagi tabur kering pula, biji benih pra
cambah ditabur ke kawasan sawah kering
selepas penyediaan tanah. Kaedah tabur terus
mempunyai kos yang murah dan
penyelenggaraan yang senang.Kaedah tabur
terus juga memerlukan tenaga kerja yang
kurang.kaedah ini juga sukar untuk membuang
padi angin dan senang mendapat serangan
penyakit dan tumbang serta hasilnya pun tidak
memuaskan.

KAEDAH MENGGUNAKAN JENTANI

You might also like