You are on page 1of 1

Pernyataan sebelum PBS

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini memberi peluang
kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di
dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan
komuniti sekolah. PBS ini dijalankan bertujuan untuk mencari maklumat berdasarkan tugasan
yang telah diberikan oleh pihak institut disamping membiasakan guru pelatih dengan suasana di
sekolah serta melengkapkan bahan-bahan untuk tugasan kerja kursus yang berkaitan. Fokus
utama tugasan menerangkan segala tindakan yang perlu diambil, memberikan bimbingan untuk
melaksanakan aktiviti dan membantu dalam penyediaan penilaian dan laporan akhir.
Sebelum kami menjalankan PBS, kami telah menerima taklimat berkaitan dengan PBS
daripada Unit Praktikum. Taklimat kami diadakan di Dewan Kuliah. Ini merupakan kali keempat
kami guru pelatih semester 4 menjalankan PBS. Kami telah diberikan senarai penyediaan
portfolio untuk PBS kali ini. Dalam PBS kali ini, kami juga diberikan tugas untuk menyiapkan
kerja kursus Sejarah kami. Saya harus memberi guru Sejarah untuk memeriksa Rancangan
Pengajaran Harian saya.
Selain itu, saya juga dikehendaki menyelesaikan soalan tugasan yang ditetapkan oleh
pihak institut. Soalan tersebut mengekendaki saya melihat bagaiman perhatian murid dibina
dan dikekalkan sepanjang proses pengajaran pembelajaran, bagaiman murid dilibatkan dalam
aktiviti perbincangan, bagaimana pengukuhan terhadap setiap isi pelajaran dilaksanakan,
bagaimana cara guru memberikan arahan yang jelas kepada murid, bagamanakah murid
digerakkan untuk melaksanakan aktiviti secara berkesan, bagaimana guru menangani
gangguan luar jangkaan semasa proses P&P sedang berjalan dan bagaimanakah guru
menangani masalah tingkah laku murid dalam proses P&P.
Saya juga telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Rangalau Lama bermula daripada
28 September 2015 sehingga 2 Oktober 2015. Saya harap saya dapat menjalankannya dengan
sebaik mungkin. Sebelum menjalankan PBS, saya telah mengetahui terlebih dahulu tentang
jumlah murid dan juga hari persekolahan bagi sekolah tersebut.

You might also like