You are on page 1of 13

Bab IV

DAPATAN KAJIAN
Pengenalan.
Bab ini akan membentangkan dapatan kajian untuk melihat keberkesanan Kaedah
Pembelajaran Koperatif (KPK) dalam pengajaran aspek kemahiran menulis karangan fakta
dan karangan narafif dalam kalangan murid di sekolah menengah. Selainitu, dapatan kajian
bertujuan untuk menjawab persoalan kajian dan kajian yang telah dibentuk. Data analisis
kajian program Statistical Package For Social Science (SPSS 15). Hasil analisis kajian
dijalankan secara deskriptif dan analisa inferens..

Soalan kajian tersebut dinyatakan seperti di bawah.


Sejauh manakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pra ujian?
Sejauhnya manakah pencapaian penulisan karangan dalam pasca ujian?
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karanagan

jenis naratif antara pra ujian dan pasca ujian?


Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan
antara jenis fakta dengan naratif dalam pra ujian dan pasca ujian?

Bahagian analisis deskriptif hanya melibatkan analisis berkaitan taburan frekuensi,


peratus,skor min dan sisihan piawai. Manakala bahagian analisis berkaitan Ujian -t. bagi
tujuan analisis inferens aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05. Pemilihan ujian analisis
dapatan berdasarkan kepada objektif kajian yang bertujuan untuk menjawab persoalanpersoalan kajian yang dikemukakan.

Data Demografi Sampel Kajian.


Kajian ini melibatkan 40 orang murid dari sebuah sekolah menengah di Bahagian Sri Aman.
Jadual 4 menunjuan pecahan sampel kajian mengikut jantina.

Jadual 4: Pecahan Sampel Mengikut Jantina.

Jantina
Lelaki
Perempuan
Jumlah

Kekerapan
10
30
40

Peratus
25
75
100

Jadual 4 menunjukkan pecahan sampel kajian mengikut jantina. sampel kajian terdiri
daripada 10 orang atau 25% murid lelaki dan 30 orang murid perempuan. Ini menunjukkan
bahawa sampel karangan murid perempuan lebih ramai berbanding murid lelaki.

Peringkat-peringkat Pencapaian Murid.


Mengikut skema pemarkahan Lembaga Peperiksaan Malaysia 2008, Bahagian C karangan
respons terbuka, terdapat lima peringkat pencapaian seperti yang disenaraikan dalam Jadual
5. Jumlah markah keseluruhan adalah 40 markah
Jadual 5 : Pemarkahan Karangan Bahagian C (Lembaga Peperiksaan Malaysia 2008)
Markah
A
B
C
D
E

Jadual 5

Peringkat
33 - 40
25 - 32
18 - 24
10 - 17
1-9

Pencapaian
Cemerlang
Baik
Memuaskan
Kurang Memuaskan
Pencapaian Minimum

menunjukkan peringkat-peringkat pencapaian karangan yang terdiri daripada

Cemerlang atau A (33 - 40 ) ,Kepujian atau B ( 25 - 32), Memuaskan atau C ( 18 - 24),


Kurang Memuaskan atau D ( 10 - 17 ), dan Pencapaian Minimum atau E ( 1-9 ). Bagi melihat
tahap pencapaian keberkesanan KPK dalam pengajaran aspek kemahiran menulis karangan
fakta dan karangan naratif dalam kalangan murid di sekolah menengah, data akan dianalisis
mengikut aras pemeringkatan yang telah dikategorikan seperti Jadual 5.

Dapatan Berdasarkan Persoalan Kajian.


Berikut merupakan huraian dapatan kajian berdasarkan persoalan kajian. Terdapat lima
persoalan kajian dan huraian dapatan adalah seperti berikut.
Persoalan Kajian 1

Sejauh manakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pra ujian?


Jadual 6 : Taburan Markah Pra Ujian Karangan Fakta
Markah
12.00
14.00
16.00
20.00
22.00
23.00
24.00
27.00
28.00
30.00
32.00
36.00
JUMLAH

Taburan Frekuensi
4
1
18
5
1
1
1
1
3
2
2
1
40

Peratus (%)
10
2.5
45
12.5
2.5
2.5
2.5
2.5
7.5
5.0
5.0
2.5
100

Jadual 6 menunjukkan taburan markah pra ujian karangan fakta. didapati markah minimum
yang diperoleh murid ialah 12 markah dan markah maksimum ialah 36 markah. Markah yang
kerap diperoleh murid ialah 16 markah dengan 18 orang murid atau sebanyak 45
peratus.Manakala markah kedua kerap diperoleh oleh murid ialah 20 markah iaitu seramai 5
orang murid atau sebanyak 12.5 peratus. Perbezaan seramai 13 orang murid wujud atau
sebanyak 32.5 peratus.

Jadual 7 : Taburan Markah Pra Ujian Karangan Naratif


Markah
12
16
18
20
22
24
30
36
Jumlah

Taburan Frekuensi
1
8
7
17
3
2
1
1
40

Peratus
2.5
20.0
17.5
42.5
7.5
5.0
2.5
2.5
100

Jadual 7 menunjukkan taburan markah pra ujian karangan naratif. Markah minimum yang
diperoleh murid semasa pra ujian dijalankan ialah 12 markah dan markah maksimum ialah
36. Didapati murid kerap mendapat markah 20 markah yang diperoleh seramai 17 orang
murid atau sebanyak 42.5 peratus. Markah kedua yang kerap diperolehi seramai 8 orang
murid atau 20 peratus. Perbezaan sebanyak 9 orang murid wujud di antara markah yang kerap
diperolehi murid atau sebanyak 22.5 peratus.

Rajah 5 Perbandingan Taburan Markah Pra Ujian Karangan Fakta dan Karangan Naratif.

Didapati murid dalam karangan fakta kerap mendapat 16 markah manakala murid dalam
karangan naratif kerap mendapat 20 markah. Perbezaan sebanyak 4 markah wujud antara
markah yang kerap diperoleh kedua-dua jenis karangan.
Jadual 8 : Taburan Min dan Sisihan Piawai Pra Ujian Karangan Fakta dan Naratif
Pra Ujian
Karangan Fakta
Karangan Naratif

Skor Min
19.76
19.65

Sisihan Piawai
6.40
3.98

Jadual 8 menunjukkan keputusan taburan min dan sisihan piawai pra ujian dalam karangan
fakta dan karangan naratif. Skor min bagi pra ujian bagi penulisan fakta adalah 19.76 dan
sisihan piawainya adalah 6.40. Manakala skor min pra ujian bagi penulisan ujian naratif
adalah 19.65 dan piawai adalah 3.98. Didapati skor min pra ujian bagi penulisan fakta adalah

lebih tinggi daripapenulisan karangan naratif. skor min pra ujian bagi penulisan karangan
naratif.

Jadual 9 Peringkat Pencapaian Murid Pra Ujian Karangan Fakta


Peringkat
A
B
C
D
E

Taburan Frekuensi
1
8
8
24
0

Peratus (%)
2.5
20.0
20.0
57.5
0

Jadual 9 menunjukkan peringkat pencapaian murid pra ujian dalam karangan fakta. dalam
pra ujian karangan fakta, didapati seorang murid mendapat keputusan Cemerlang dengan 2.5
peratus. Seramai 8 orang murid atau 20 peratus daripada sampel kajian mendapat keputusan
Baik dan Memuaskan. Murid paling ramai mendapat keputusan Kurang Memuaskan iaitu
seramai 24 orang atau sebanyak 57.5 peratus.

Jadual 10 : Peringkat Pencapaian Murid Pra Ujian Karangan Naratif.


Peringkat
A
B
C
D
E

Taburan Frekuensi
1
1
29
9
0

Peratus (%)
2.5
2.5
72.5
57.5
0

Jadual 10 menunjukkan peringkat pencapaian yang diperoleh murid semasa menjawab


soalan karangan naratif pra ujian. Didapat seorang murid atau sebanyak 2.5 peratus yang
mendapat keputusan Cemerlang dan Baik. Murid paling ramai mendapat keputusan
Memuaskan

iaitu

sebanyak

29

orang

atau

72.5

peratus.

Manakala

KurangMemuaskan diperoleh seramai 9 orang murid atau sebanyak 22.5 peratus.

keputusan

Rajah 6 Peringkat Pencapaian Murid Pra Ujian Karangan Fakta dan Karangan
Naratif.

Rajah 6 menunjukkan peringkat pencapaian murid semasa pra ujian untuk karangan fakta
dan karangan naratif. Dapatan menunjukkan murid semasa menjawab karangan fakta , ramai
murid berada dalam peringkat pencapaian Kurang Memuaskan. Manakala murid semasa
menjawab soalan karangan naratif banyak mendapat peringkat Memuaskan. Murid semasa
menjawab karangan naratif lebih ramai mendapat peringkat pencapaian Memuaskan
berbanding karangan fakta iaitu seramai 21 orang murid atau sebanyak 52.5 peratus.
Manakala peringkat Pencapaian Minimum paling ramai diperoleh murid karangan fakta
berbanding karangan naratif iaitu seramai 15 orang murid atau 35 peratus.
Persoalan kajian 2
Sejauh manakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pasca ujian ?
Untuk menjawab persoalaan ini, Jadual 11 merupakan taburan markah pasca ujian karangan
fakta. Jadual 12 ialah taburan markah pasca ujian karangan naratif. Rajah 7 ialah
perbandingan taburan markah karangan fakta dan karangan naratif. Jadual 13 ialah taburan
nilai min dan sisihan piawai karangan fakta dan karangan naratif. Jadual 14 ialah peringkat

pencapaian murid karangan fakta. Jadual 15 ialah peringkat pencapaian murid karangan
naratif dan Rajah 8 ialah perbandingan peringkat pencapaian murid karangan fakta dan
karangan naratif
Jadual 11. Taburan Markah Pasca Ujian Karangan Fakta
Markah
16
18
20
22
24
28
30
32
34
36
38
Jumlah

Taburan Frekuensi
8
1
10
6
2
2
4
3
1
2
2
40

Peratus (%)
20
2.5
25
15
5
5
10
7.5
2.5
10
10
100 %

Jadual 11 menunujukkan taburan markah pasca ujian karangan fakta. Markah minimum
yang diperoleh murid ialah 16 markah dan markah yang maksimum ialah 38 markah. Murid
semasa pasca ujian karangan fakta kerap mendapat 20 markah iaitu seramai 10 orang murid
atau sebanyak 25 peratus. Markah kedua yang kerap diperoleh murid ialah 16 markah iaitu
seramai 8 orang murid atau sebanyak 20 peratus. Perbezaan kekerapan antara markah yang
kerap dan kedua kerap yang diperoleh murid ialah 2 orang murid atau 5 peratus sahaja.

Jadual 12 Taburan Markah Pasca Ujian Karangan Naratif.


Markah
16.8
20
22.5
24
25.2
26
28
30
32.8
36
38
Jumlah

Taburan Frekuensi
1
12
1
13
1
1
2
2
1
1
1
40

Peratus (%)
2.5
30.0
2.5
32.5
2.5
2.5
5.0
5.0
2.5
2.5
2.5
100

Jadual 12 menunjukkan taburan markah pasca ujian karangan naratif. Didapati markah
minimum yang diperoleh murid ialah 16.8 markah maksimum ialah 38 markah. Markah yang
kerap diperoleh murid ialah 24 markah yang diperoleh seramai 13 orang murid atau 32.5
peratus. Ini diikuti dengan 20 markah yang diperoleh seramai 12 orang atau 30 peratus.
Perbezaan seramai seorang murid sahaja atau sebanyak 2.5 peratus di antara markah kerap
dan kedua kerap diperoleh muurid semasa menjawab karangan naratif pasca ujian.

Rajah 7 : Taburan Markah Pasca Ujian Karangan Fakta dan Karangan Naratif

Rajah 7 menunjukkan taburan markah pasca ujian karangan fakta dan karangan naratif.
Didapati semasa pasca ujian karangan fakta. Murid paling kerap mendapat 20 markah
manakala karangan naratif 24 markah. Perbezaan sebanyak 4 markah wujud antara markah
yang paling kerap diperoleh murid dalam karangan fakta dan karangan naratif.

Jadual 13 Taburan Min dan Sisihan Piawai Pasca Ujian Karangan Fakta dan Karangan
Naratif
Pasca Ujian
Karangan Fakta
Karangan Naratif

Min
23.55
23.82

Sisihan Piawai
6.56
4.50

Jadual 13 menunjukkan taburan nilai min dan sisihan piawai karangan fakta dan karangan
naratif. Di dapati nilai min yang diperoleh murid semasa pasca ujian karangan fakta ialah
23.55 dengan nilai sisihan piawai 6.56. Manakala nilai min karangan naratif ialah 23.82
dengan nilai sisihan piawai 4.50. Dapatan menunjukkan nilai min karangan fakta adalah lebih
besar berbanding nilai min karangan naratif pasca ujian.

Jadual 14 Peringkat Pencapaian Murid Pasca Karangan Fakta


Peringkat
A
B
C
D
E

Taburan Frekuensi
4
9
19
8
0

Peratus ( % )
10
22.5
47.5
20.0
0

Jadual 14 menunjukkan peringkat pencapaian murid semasa pasca ujian karangan fakta.
Murid didapati paling ramai mendapat peringkat Memuaskan iaitu sebanyak 19 orang atau
47.5 peratus. Peringkat kedua, ramai diperoleh murid ialah peringkat Baik iaitu seramai 9
orang atau 22.5 peratus. Perbezaan sebanyak 10 orang murid atau sebanyak 25 peratus antara
peringkat paling banyak dan kedua diperoleh murid.

Jadual 15 Peringkat Pencapaian Murid Pasca Ujian Karangan Naratif


Peringkat
A
B
C
D
E

Taburan Frekuensi
2
6
30
1
1

Peratus ( % )
5
15
75
2.5
2.5

Jadual 15 menunjukkan peringkat pencapaian murid semasa pasca ujian karangan naratif.
Didapati murid kerap berada dalam peringkat pencapaian Memuaskan iaitu seramai 30 orang
murid atau 75 peratus. Peringkat kedua ramai yang diperoleh murid ialah peringkat Baik
dengan seramai 6 orang murid atau sebanyak 15 peratus. Murid yang mendapat peringkat
Memuaskan , 24 orang lebih ramai berbanding murid yang memperoleh peringkat Baik atau
perbezaan sebanyak 60 peratus.
Rajah 8 : Peringkatan Pencapaian Murid Pasca Ujian Karangan Fakta dan Karangan
Naratif

Rajah

8 menunjukkan perbandingan peringkat pencapaian murid semasa pasca ujian

karangan fakta dan karangan naratif. Murid-murid paling ramai mendapat peringkat
Memuaskan dalam kedua-dua jenis ujian karangan. Namun, murid karangan naratif sebanyak
11 orang atau 27.5 peratus lebih ramai mendapat peringkat Memuaskan berbanding ketika
menjawab karangan fakta. Walau bagaimana pun, terdapat seorang murid atau 2.5 peratus
yang mendapat peringkat Pencapaian Minimum (E)

Persoalan Kajian 3
Apakah terdapat perbezaan tahap pencapaian penulisan karangan jenis fakta antara pra ujian
dengan pasca ujian?
Jadual 16: Ujian -t Perbezaan Di Antara Pra Ujian dengan Pasca Ujian Bagi Penulisan
Karangan Fakta.
Karangan Fakta
Pra Ujian
Pasca Ujian
Perbezaan

Min
19.76
23.55
t ( 39) = 10.80

Sisihan Piawai
6.40
6.56
P = 0.0001

Nota Signifikan pada aras keertian 0.05


N = 40
Jadual 16 menunjukkan perbezaan di antara pra ujian dengan pasca ujian bagi penulisan
karangan fakta. berdasarkan jadual tersebut, skor min pra ujian bagi penulisan karangan fakta
adalah 19.76 dan sisihan piawai adalah 6.40. Manakala skor min pasca ujian bagi penulisan
karangan fakta adalah 23.55 dan sisihan piawai adalah 6.56. Terdapat perbezaan di antara pra

ujian dengan pasca ujian dengan pasca ujian bagi penulisan karangan fakta yang signifikan,
t(39) = 10.80, p = 0.0001.

Persoalan Kajian 4
Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian penulisan karangan jenis naratif antara pra ujian
dengan pasca ujian?
Jadual 17 : Ujian-t Perbezaan Di Antara Pra Ujian dengan Pasca Ujian bagi Penulisan
Karangan Naratif.
Karangan Naratif
Ujian Pra
Ujian Pasca
Perbezaan

Min
19.65
23.82

Sisihan Piawai
3.98
4.50
t ( 39 ) = 5.54, p= 0001

Jadual 17 menunjukkan perbezaan di antara pra ujian dengan pasca ujian bagi penulisan
karangan naratif. Didapati skor min pra ujian bagi penulisan karangan naratif adalah 19.65
dan sisihan piawai adalah 3.98. Manakala skor min pasca ujian bagi penulisan karangan
naratif adalah 23.82 dan sisihan piawai adalah 4.50.
Ujian -t yang dijalankan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara pra ujian
dengan pasca ujian bagi penulisan karangan naratif iaitu t( 39 ) = 5.54, p = 0.0001
Persoalan Kajian 5.
Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian penulisan karangan antara jenis fakta dengan
naratif dalam pra ujian dan pasca ujian?
Jadual 18 :Ujian-t Perbezaan Di Antara Penulisan Fakta dan Penulisan Naratif Di Dalam
Penulisan Karangan.
Pra Ujian
Karangan Fakta

Min
19.76

Sisihan Piawai
6.40

Karangan Naratif
Perbezaan

19.65

3.97
t = ( 39 ) = 0.12, p = 0.91

Nota Signifikan pada aras keertian 0.05


N = 40

Jadual 19 Ujian- t Perbezaan Di Anatara Penulisan Fakta dan Penulisan Naratif Di Dalam
Penulisan Karangan
Pra Ujian
Karangan Fakta
Karangan Naratif
Perbezaan

Min
Sisihan Piawai
23.55
6.56
123.82
4.50
t = ( 39 ) = 0.27, p = 0.80, d = 0.04

Manakala Jadual 19 menunjukkan semasa pasca ujian skor min karangan fakta ialah 23.55
dengan nilai sisihan piawai 6.56. Skor min pasca ujian karangan naratif pula ialah 23.82
dengan nilai sisihan piawai 4.50. Berdasarkan ujian-t yang dijalankan didapati tidak terdapat
hubungan yang signifikan di antara karangan fakta dan karangan naratif semasa pasca ujian
iaitu, t = ( 39) = 0.27, p = 0.80, d = 0.04. Perbezaan kecil juga berlaku di antara markah
karangan fakta dan karangan naratif pasca ujian iaitu, d = 0.40

You might also like