You are on page 1of 8

PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH

Perkhidmatan kesihatan sekolah merangkumi:

Penjagaan kesihatan
Pemakanan
Promosi kesihatan
Rawatan rujukan penempatan kelas oleh doktor perubatan dan pergigian, jururawat
dan guru-guru.

Penglibatan komponen-komponen tersebut adalah untuk memastikan pencapaian optimum


kesihatan warga sekolah.
OBJEKTIF PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH
Berikut disenaraikan objektif-objektif perkhidmatan kesihatan sekolah:

Membina kesedaran dan kefahaman di kalangan kanak-kanak sekolah tentang taraf

kesihatan diri sendiri.


Mengasaskan latihan seumur hidup tentang perlunya menilai taraf kesihatan

seseorang pada jangka masa tertentu.


Menentukan murid berada dalam keadaan kesihatan yang paling optima untuk

menerima pelajaran dan mengambil bahagian dalam rancangan sekolah.


Mengesan dengan lebih awal keadaan kesihatan yang tidak normal dengan merujuk
pakar-pakar tertentu, pertubuhan-pertubuhan atau badan yang berkaitan untuk

membetulkan kecacatan-kecacatan yang boleh dirawat dan juga untuk pemulihan.


Memberitahu guru-guru dan ibu bapa tentang taraf kesihatan kanak-kanak sekolah

untuk membolehkan rawatan lebih berkesan dan penjagaan susulan yang efektif.
Mengawal penyakit yang berjangkit.
Menggalakkan keselamatan di sekolah dan memberi Pertolongan Cemas dan

Rawatan Kecemasan kepada kanak-kanak ketika di sekolah.


Memberikan perhatian kepada kanak-kanak yang lebih memerlukan rawatan
kesihatan dan penyeliaan khas.

TANGGUNGJAWAB DAN FUNGSI PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH


Setiap kategori kakitangan yang terlibat dalam Perkhidmatan Kesihatan Sekolah hendaklah
memahami peranan masing-masing supaya mereka dapat menjalankan perkhidmatan ini
dengan lebih sempurna.
Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah terdiri daripada:
i.
ii.
iii.

Doktor (Ketua pasukan) 1


ii. Jururawat Kesihatan Umum dan Jururawat Terlatih 1
iii. Penolong Jururawat 2

iv.
v.

iv. Atendan 1
v. Pemandu 1

Pasukan ini akan menjalankan kegiatan-kegiatan kesihatan dengan kerjasama guru-guru


sekolah. Fungsi Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah seperti berikut:

Membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah mengenai kepentingan kesihatan

optimum.
Mengesan dan merawat serta membuat rujukan kes yang memerlukan perhatian

yang serius.
Mencegah dan mengawal penyakit.
Memberi khidmat pertolongan cemas.
Menjalankan pemantauan dan penilaian terhadap aktiviti-aktiviti sekolah.

AKTIVITI-AKTIVITI PERKHIDMATAN KESIHATAN DI SEKOLAH


Antara aktiviti Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah:
a)
b)
c)
d)
e)
f)

Penilaian Kesihatan Kanak-kanak Sekolah;


Rawatan, rujukan dan tindak susul;
Imunisasi;
Pendidikan Kesihatan;
Kaunseling;
Rekod dan laporan.

Penekanan diberikan kepada kanak-kanak pra sekolah, pelajar Darjah 1, Darjah 6, Tingkatan
3 dan Tingkatan 5.
a) Penilaian Status Kesihatan
Penilaian status kesihatan meliputi pemeriksaan, pengesanan awal masalah
kesihatan dan ujian saringan bagi menentukan tahap kesihatan warga sekolah
seperti ujian penglihatan, kebersihan diri dan lain-lain oleh guru, jururawat dan doktor.
Antara aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan adalah.
i)
Pemeriksaan kesihatan hendaklah dijalankan secara berkala dan berterusan.
ii)
Pemeriksaan kesihatan diwajibkan untuk murid tahun 1, tahun 6, Tingkatan 3
iii)

dan Tingkatan 5.
Sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk

iv)

pemeriksaan kesihatan imunisasi murid.


Rekod kesihatan murid mesti dikemas kini. RKM 1 hendaklah dihantar ke

v)

sekolah menengah yang berkenaan setelah murid itu tamat Tahun 6.


Buku RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah baru sekiranya seseorang murid

vi)

itu berpindah sekolah.


Guru hendaklah memberi kerjasama semasa pemeriksaan kesihatan murid.

b) Rujukan dan Tindakan Susulan

Aktiviti rujukan dan tindakan susulan meliputi:


i)
Pemerhatian atau rawatan awal kepada kes yang dirujuk.
ii)
Tindakan susulan oleh guru, jururawat atau pegawai perubatan kepada kes
yang dirujuk.
c) Khidmat Kaunseling
Perkhidmatan kaunseling perlu disediakan dan sesi ini dijalankan oleh seorang guru
kaunseor yang terlatih.
d) Pemakanan
Aktiviti pemakanan meliputi:
i)
Penilaian status pemakanan murid melalui pengambilan berat badan dan
ii)

tinggi serta pengelasan status pemakanan mengikut Rekod Kesihatan Murid.


Pengesanan secara fizikal dan klinikal seperti kes kurang zat makanan,

iii)
iv)
v)

obesiti, beguk, anemia dan lain-lain.


Rawatan dan rujukan kes kepada doktor atau jururawat.
Ceramah dan promosi pemakanan (Healthy Eating) kepada warga sekolah.
Penyeliaan pelaksanaan penggunaan menu serta rancangan khas seperti

vi)

Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah.


Pemberian maklumat pemakanan melalui risalah, poster, tayangan video dan

vii)

lain-lain.
Penyeliaan oleh Pegawai Zat Makanan dan Pegawai Kesihatan Daerah
terhadap pelaksanaan penambahan iodin dalam bekalan air di sekolah yang
diwartakan.

e) Pertolongan Cemas
Walaupun langkah berjaga-jaga ada disediakan, kemalangan dan serangan penyakit
akan berlaku ketika murid berada di sekolah. Polisi dan peraturan yang jelas untuk
mengendalikan pertolongan kecemasan adalah diperlukan. Sekolah juga perlu
menyediakan perkara-perkara asas berikut:
i)
Bilik khas kesihatan ('sick-bay') yang dilengkapi juga dengan peti pertolongan
ii)

cemas.
Seorang guru yang terlatih dalam memberi pertolongan cemas dan resusitasi
kardio-pulmonari.

f) Pendidikan Kesihatan
Aktiviti pendidikan kesihatan meliputi:
i)
Penyampaian pendidikan kesihatan kepada murid secara formal dan tidak
ii)

formal.
Penilaian berkala dan berterusan tentang pengetahuan, sikap dan amalan

iii)

kesihatan di kalangan warga sekolah.


Pendedahan kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan di sekolah
kepada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

g) Kanak-Kanak dengan Keperluan Khas


Aktiviti bagi kanak-kanak dengan perkembangan pada tahap di bawah normal
mengikut umur dan kehilangan keupayaan fizikal penglihatan dan pendengaran
meliputi:
i)
Pendaftaran dan penempatan kanak-kanak dengan keperluan khas.
ii)

Diagnosis dan pengesahan kanak-kanak dengan keperluan khas.


Rujukan kes untuk program pemulihan seperti pemulihan anggota, cara kerja
dan lain-lain di peringkat klinik, hospital dan komuniti kepada agensi
berkaitan.

PANDUAN LAWATAN SEKOLAH DAN TATACARA


Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah hendaklah menjalankan lawatan ulangan
bagi murid-murid sekurang-kurangnya sekali setahun. Kes-kes rujukan dari darjah yang lain
hendaklah juga diperiksa pada masa lawatan. Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
akan memberi keutamaan kepada kanak-kanak pra sekolah, Darjah 1, Darjah 6, Tingkatan 3
dan Tingkatan 5 di mana tiap-tiap murid diperiksa oleh doktor semasa lawatan.
Penilaian tahap kesihatan adalah merangkumi pemeriksaan, ujian saringan dan pengesanan
awal bagi menentukan tahap kesihatan murid-murid di sesebuah sekolah. Aktiviti-aktiviti
yang berikut hendaklah diikuti semasa sesi Kesihatan Sekolah:
(a) Lawatan Pertama
i)
Butir-butir Perihal Kesihatan dan Pelalian
ii)
Berat badan dan ukuran tinggi
iii)
Pemeriksaan Penglihatan dan Pendengaran
iv)
Pemeriksaan Perubatan
v)
Imunisasi
vi)
Rawatan Khas
(b) Lawatan Ulangan
i)
Pemeriksaan Perubatan oleh doktor bagi:
Murid-murid yang tidak hadir pada lawatan pertama.
Kes-kes tindakan susulan.
Kes-kes rujukan.
ii)
Imunisasi
iii)
Rawatan Cacing
iv)
Rawatan Khas

PENDIDIKAN KESIHATAN
Pendidikan ditumpukan kepada pelajar, kakitangan sekolah dan ibu bapa. Pendidikan
Kesihatan diserapkan ke dalam kurikulum (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) dan juga
sebahagian daripada perkhidmatan kesihatan sekolah.

Aktiviti yang dijalankan termasuklah:


(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f)
(g)

Pembelajaran di dalam bilik darjah


Ceramah
Dialog
Demonstrasi
Pameran
Tayangan alat pandang dengar
Pertandingan-pertandingan seperti kuiz kesihatan

Pendidikan Kesihatan hendaklah diberi dari masa ke semasa di waktu lawatan. Aktivitiaktiviti pendidikan perlulah meliputi:
(a) Pendedahan kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan
(b) Penyampaian secara formal dan tidak formal
i)
Pendidikan Formal
Ceramah Kesihatan
- Amalan tabiat-tabiat yang baik
- Jagaan Kesihatan Diri
- Kebersihan rumah dan alam sekeliling
- Makanan seimbang dan sebagainya
Tayangan Gambar
- Pertunjukan Kesihatan
Sesi dialog dengan PlBG
Pertandingan bertema kesihatan
ii)
Pendidikan Informal (Perseorangan)
Person to Person (Opportunistic Teaching)
Nasihat Perseorangan akan meliputi berbagai corak pengalaman yang

dialami oleh kanak-kanak dalam kehidupan biasa di sekolah dan


rumah tiap-tiap hari. Selalunya pengajaran yang paling bermakna
boleh dihasilkan daripada penggunaan situasi daripada kegiatan
seharian.
(c) Penilaian secara berterusan mengenai tahap pengetahuan, amalan kesihatan dan
sikap para pelajar
MASALAH KESIHATAN DAN PENYAKIT MASA KINI
Di dalam bahagian ini kita akan membincangkan masalah kesihatan dan penyakit
yang sering dialami kanak-kanak.
Persekitaran
Kajian oleh pihak WHO, mendapati lima juta kanak-kanak daripada kalangan bayi
hinggalah yang berumur 14 tahun meninggal dunia setiap tahun di negara-negara yang
sedang membangun akibat penyakit-penyakit yang bersangkutan dengan persekitaran

mereka. Alam persekitaran kanak-kanak biasanya amat selamat dan terhad pada rumah,
sekolah dan komuniti.
Namun persekitaran selamat ini telah didapati berbahaya dan menyumbang kepada jumlah
kematian yang tinggi.
Didapati enam jenis persekitaran tidak sihat dikenalpasti memberi kesan kepada kanakkanak iaitu:
o
o
o
o
o
o

Air minuman yang tidak selamat


Tiada kebersihan diri
Sistem pembetungan yang tidak baik
Pencemaran udara, kawalan vektor
Kimia bahaya
Kemalangan

Antara penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan alam sekitar ialah:


o
o
o
o

Jangkitan pada sistem pernafasan


Cirit-birit
Malaria
Keracunan

DENGGI
Penemuan virus baru denggi awal tahun ini (2007) juga telah menyaksikan sistem kawalan
vektor di negara kita tercabar dengan kewujudan demam denggi yang meningkat secara
mendadak. Sikap orang ramai dan kelonggaran penguatkuasaan oleh pihak tertentu telah
dipersalahkan. Kekotoran alam sekitar melalui pembuangan sampah terutama di kawasan
perumahan dan projek terbengkalai telah disifatkan sebagai mesra aedes. Penemuan virus
denggi terbaru dan tiada penawarnya adalah seperti berikut dengan DEN-3 menyumbang
kepada bilangan kes demam denggi yang tinggi:
o
o
o
o

DEN-1
DEN-2
DEN-3
DEN-4

PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara masih lagi merupakan masalah persekitaran utama di negara kita.
Pencemaran ini berpunca daripada:
o
o

Kejadian pembakaran terbuka di negara kita dan dari negara jiran.


Sumber-sumber perlepasan lain seperti asap kenderaan, kilang, rokok dan
sebagainya.

Beberapa kejadian jerebu telah dilaporkan pada suku akhir tahun lepas (2006). Setiap kali
jerebu berlaku, kita dapat menyaksikan peningkatan bilangan orang terutama kanak-kanak

yang mendapatkan rawatan perubatan akibat gangguan sistem pernafasan. Pembakaran


tertutup dan terkawal menggunakan insinerator dapat mengurangkan masalah tapak
pelupusan sampah yang terhad di Malaysia. Pencemaran udara bentuk baru menyebabkan
penghasilan kimia berbahaya dioksin, furan dan sebagainya. Kimia-kimia ini mampu:
o
o
o

Merencat atau menganggu sistem imunisasi;


Endokrin; dan
Kemunculan pelbagai penyakit lain.

Oleh itu, penubuhan pusat pembakaran insinerator berteknologi tinggi yang dicadangkan di
Broga, Semenyih pada awal tahun ini perlu menjalani ujian rapi penilaian kesan alam sekitar
bagi memastikan kesihatan orang ramai terutama kanak-kanak terjamin. Setiap insan berhak
untuk hidup sihat dan mewarisi alam persekitaran yang lihat. Masa depan mereka ada di
tangan kita. Marilah kita sama ada individu, perkumpulan, pihak sukarelawan, swasta dan
kerajaan bersama-sama memikul tanggungjawab mengwujudkan alam persekitaran yang
sihat pada hari ini.
PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa
kumpulan virus termasuklah enterovirus (setakat ini terdapat 66 jenis telah dikenal pasti).
Jangkitan ini menyebabkan:
o
o
o
o

Ulser di mulut dan di tekak;


Tonsil;
Ruam pada kaki (pada tapak kaki) dan tangan (tapak tangan);
Sekitar kawasan lampin.

Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang
dalam tempuh lima hingga tujuh hari.
Ada beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus
yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala
terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh
mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang
terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, virus
Coxsackie dan Echovirus.
Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah dikenalpasti sebagai virus yang
menjadi punca kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang
lain, baru-baru ini. Wabak penyakit HFM yang berlaku tempoh hari (Sarawak 1997) adalah
disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71 (EV71). EV71 telah disah
menyebabkan empat dari 31 kematian akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997.

Di Malaysia, pada bulan Oktober 2000, sebanyak 137 kes telah dilaporkan di negeri
Johor sahaja yang merupakan 40% dari keseluruhan jumlah kes (362) yang dilaporkan
sepanjang tahun 2000. September 2000, lebih daripada 1000 kanak-kanak di Singapura
telah didiagnoskan mengidap penyakit tangan, kaki dan mulut. Kanak-kanak yang berumur
di bawah lima tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut.
Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur dan ia
akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod
yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain
dalam kelompok enterovirus. Penyakit ini biasanya menjangkiti kanak-kanak yang berumur
di antara dua minggu hingga tiga tahun. Virus Coxsackie 16A ialah agen penyakit tangan,
kaki dan mulut yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap
yang sederhana.

You might also like