You are on page 1of 3

KERTAS CADANGAN

HARI ORIENTASI TAHUN 1 2014


SK TAMAN PUTRA PERDANA
1. TUJUAN
Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Guru Besar, SK Taman Putra Perdana untuk
menimbang dan bersetuju:
1.1 mengadakan program Orientasi Tahun 1 2014 pada 16 November 2013 (Sabtu).
1.2 meluluskan AJK program yang dibentuk.
1.3 dengan anggaran peruntukan sebanyak RM 180.
2. LATAR BELAKANG
Hari orientasi merupakan hari yang penuh bermakna dan bererti sekali terutamanya bagi muridmurid tadika atau prasekolah untuk melangkah ke alam persekolahan sebenar (formal) di Tahun
1. Dengan adanya program ini, sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid yang datang dari
pelbagai latar belakang menyesuaikan diri dan sentiasa lebih bersedia untuk meneruskan
pembelajaran di sekolah rendah. Hari Orientasi ini juga membolehkan murid-murid Tahun 1
2014 menduduki Ujian Diagnostik. Ujian Diagnostik dijalankan adalah untuk mengenal pasti
kebolehan murid-murid dalam menguasai kemahiran 4M. Di samping itu, murid-murid juga akan
mengenali bilik darjah, bilik-bilik khas, peraturan sekolah dan persekitaran sekolah.
3. OBJEKTIF PROGRAM
Objektif program adalah seperti berikut:
3.1 Mengenal pasti tahap kebolehan murid dalam 4M.
3.2 Murid-murid boleh mengenali bilik darjah, bilik-bilik khas dan peraturan sekolah.
3.3 Membiasakan murid-murid dengan persekitaran sekolah.
3.2 Mendedahkan ibu bapa/penjaga tentang keperluan anak-anak sebelum memasuki tahun 1.
4. ASAS PERTIMBANGAN
Program ini perlu dijalankan kerana:
4.1 memberi peluang kepada pihak sekolah untuk mengenal pasti tahap kebolehan murid dalam
4M.
4.2 Memberi peluang kepada murid-murid untuk mengenali dan membiasakan diri dengan
persekitaran sekolah.
5. IMPLIKASI KEWANGAN
Peruntukan kewangan bagi melaksanakan Hari Orientasi adalah dari wang LPBT.

Anggaran Perbelanjaan
Bil
1.
2.
3.
4.

Perkara

Anggaran Perbelanjaan

Banner
Kertas A4 - ujian & buku
program / info
[10 rim x RM 8.00]
Sticker berwarna
Alat tulis
Jumlah

Sumber

RM 80
LPBT
RM 80
RM 10
RM 10
RM 180

6. CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM


6.1 Tarikh Orientasi Tahun 1 2014
Tarikh/Hari
: 16 November 2013 (Sabtu)
Masa
: 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
7. ATUR CARA PROGRAM
Lihat Lampiran A
8. PESERTA PROGRAM
Murid-murid tahun 1 2014 seramai 280 orang terbahagi kepada lapan buah kelas.
9. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
Lihat Lampiran B
10. PENUTUP
Program Orientasi Tahun 1 2014 yang akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Putra
Perdana merupakan program yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan
Taman Putra Perdana.
Sehubungan dengan itu, diharapkan Program Orientasi ini berjaya dilaksanakan
sebagaimana objektif program ini diadakan. Oleh yang demikian, pihak penganjur dahului
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian pihak
sekolah untuk menyokong program yang bakal dilaksanakan ini.
Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(NUR MALISHA BINTI OMAR)


Setiausaha Orientasi Tahun 1 2014
SK Taman Putra Perdana

(JAMILAH BINTI ARIFIN)


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Taman Putra Perdana

11. SYOR
Guru besar dipohon menimbang dan bersetuju:
11.1 mengadakan Hari Orientasi Tahun 1 2014.
11.2 meluluskan AJK program yang dibentuk.
11.3 dengan anggaran peruntukan sebanyak RM 180.
12. CATATAN :
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI

(SUKIMIN BIN JUKI)


Guru Besar
SK Taman Putra Perdana

You might also like