You are on page 1of 6

JAWAPAN SPM FOKUS 2015

SET 3: (BAB 9 10 TINGKATAN 4: PERUBAHAN DI EROPAH DAN KESANNYA)


Soalan 1 a)
F1 Petani mendapatkan perlindungan daripada tuan tanah kerana politik tidak stabil.
F2 Petani membayar cukai yang tinggi sebagai tukaran kepada perlindungan yang diberi oleh tuan
tanah.
F3 Petani yang tidak berkemampuan telah menyerahkan tanah mereka dan menjadi hamba.
F4 Tuan tanah pula mendapat perlindungan daripada raja.
F5 Tuan tanah dikehendaki memberi khidmat atau membayar cukai kepada raja.
F6 Hubungan antara petani, tuan tanah dan raja ini dikenali sebagai sistem feudal.
F7 Di negeri Melayu sistem feudal juga diamalkan, di mana raja berkuasa mutlak dan pembesar
berkhidmat dan dinaungi raja, rakyat dan hamba Melayu berkhidmat untuk pembesar.
F8 Gereja Katolik amat berkuasa ketika Zaman Pertengahan, mereka memilki hartanah yang banyak
dan fokus utama ialah ilmu akhirat hingga mengongkong hidup masyarakat.
F9 Perdagangan zaman ini diganggu orang gasar seperti Maygar dan Viking. Perdagangan ke timur dan
Laut Mediterranean pula dikuasai oleh orang Islam.
Soalan 1 b)
- Orang kaya menindas orang miskin mereka mungkin diberi upah yang rendah
contoh penggunaan buruh ladang kelapa sawit
- Bergantung kepada orang kaya mendapatkan perlindungan hidup rakyat jelata terikat
- Sistem feudal kembali berkuasa mutlak rakyat akan tertindas
- Golongan agama menyeleweng menggunakan agama untuk kepentingan diri
- Perdagangan akan merosot ekonomi meleset
Soalan 1 c)
YA
- Bidang ilmu pengetahuan berkembang - disiplin ilmu sains muncul contoh biologi, kimia, fizik,
perubatan
- Perdagangan meluas/pesat aktiviti sara diri pupus
- Berlaku perubahan pemikiran - mereka lebih berani menzahirkan emosi dan keinginan mereka
- Melahirkan manusia yang menggunakan sepenuhnya minda mereka untuk memajukan manusia
- Pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik

Soalan 2 a)
F1 Reformaton berasal daripada perkataan reform
F2 Bermaksud melaksanakan perubahan/pembaharuan
F3 Menghasilkan sesuatu yang lebih baik
F4 Untuk membentuk sesuatu yang baru
Soalan 2 b)
F1 Gereja meningkatkan pembangunan keduniaan agar Rom menjadi kuasa yang kuat di tengah Itali.
F2 Gereja juga kian pincang, rasuah dan menyeleweng.
F3 Penguasa Gereja Katolik dianggap lari daripada kitab Bible.
F4 Penyelewengan telah berlaku dalam amalan penjualan sijil indulgences (surat pengampunan dosa)
ke seluruh Eropah.
F5 Di Jerman, gerakan agama ini dibantu oleh mesin cetak Johann Gutenberg
F6 Bible dicetak dalam masa singkat dan murah harganya.

JAWAPAN SPM FOKUS 2015

F7 Martin Luther (Jerman) menentang amalan indulgences.


F8 Di Switzerland gerakan ini diketuai oleh Zwingli.
Soalan 2 c)
- Berlaku perpecahan agama Kristian di mana berlaku perang mazhab Kristian
- contohnya di Perancis, Sepanyol, Jerman.
- Kesan jangka panjang, gerakan ini mewujudkan sikap toleransi antara mazhab Kristian
- untuk menyebarkan pendidikan dan fahaman Kristian.
- Kuasa gereja telah dicabar - golongan monarki.
- Golongan Monarki memutuskan hubungan dengan gereja Rom - ingin membebaskan diri daripada
penguasaan Paus di Rom/menjadi ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican
- contohnya Raja Henry VIII
Soalan 2 d)
- Bersungguh-sungguh menuntut ilmu untuk mendapat peluang belajar di peringkat tinggi
- contohnya di universiti dalam dan luar negeri.
- Berdikari dalam belajar tidak dipaksa/kesedaran dalam diri.
- Rajin tekun dalam mengulangkaji pelajaran akan menjadi pelajar yang cemerlang.
- Sentiasa sedar tanggung jawab sebagai seorang pelajar - menjadi harapan negara suatu masa nanti

Soalan 3 a)
F1 Orang tengah
F2 Terdiri daripada ahli masyarakat tempatan yang diberi kepercayaan oleh bank
F3 menjadi penaja kepada peminjam
F4 pedagang tempatan hanya boleh mendapat perkhidmatan Bank Eropah melalui komprador
Soalan 3 b)
- Menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelabur - memajukan industri
contoh industri bijih timah dan getah
- Menyalurkan dana luar negara ke Tanah Melayu - dengan mudah dan cepat
- Ejen pembayar - kepada pengeksport dan pengimport
- Melicinkan perdagangan antarabangsa perdagangan seluruh dunia cepat berkembang
Soalan 3 c)
F1 Mercantile Bank
F2 The Chartered Bank, Hong Kong and Shanghai Bank
F3 Kwong Yik Bank
F4 Bank of Malaya
F5 Ban Hin Lee Bank
F6 Kwong Lee Bank
F7 Ban Chiang Bank
F8 Malay National Banking Corporation Bhd.
Soalan 3 d)
F1 Insurans maritim
F2 Insurans kebakaran
F3 Insurans kemalangan
F4 Insurans nyawa

JAWAPAN SPM FOKUS 2015

Soalan 3 e)
F1 Melindungi dagangan dan kapal pedagang - Insurans maritim
F2 Melindungi jika kebakaran berlaku - Insurans kebakaran contohnya kebakaran hampir seluruh
Kuala Lumpur tahun 1892
F3 Melindungi nyawa hayat - Insurans nyawa

Soalan 4 a)
F1 Desakan ekonomi orang Eropah memerlukan barangan timur seperti emas, sutera, rempah.
F2 Galakan pemerintah (raja Sepanyol dan Portugal), Sepanyol menumpukan kepada Amerika Latin
dan Portugal ke timur.
F3 Persaingan kuasa Sepanyol dan Portugal Sepanyol turut ke timur, begitu juga sebaliknya dengan
Portugal.
F4 Persaingan ini menyebabkan Paus Rom menggesa dibuat Perjanjian Tordesillas bagi menetapkan
kawasan pengaruh masing-masing timur milik Partugal, barat milik Sepanyol.
F5 Peranan Columbus - orang Eropah pertama tiba di Amerika.
F6 Peranan Magellan - tiba di timur dan terbunuh di Filipina.
F7 Perdagangan rempah dan sutera amat menguntungkan menjadi pendorong utama kuasa
Sepanyol/Portugal ke timur.
F8 Mereka juga menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian khasnya Sepanyol yang pernah
diperintah oleh orang Islam begitu bersemangat menyebarkan agama Kristian.
F9 Monarki baru di Eropah turut menggalakkan penerokaan, contohnya di England, Perancis dan
Belanda.
Soalan 4 b)
F1 Dari segi politik banyak perjanjian dibuat antara penguasa tempatan dengan wakil kuasa Eropah.
Perjanjian ini menandakan pengiktirafan kuasa Eropah.
F2 Syarikat Eropah berdagang hingga ke Afrika, Latin Amerika, Asia Tenggara dan Asia Timur. Di
antara wakil kuasa Eropah tersebut seperti Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), Syarikat Hindia
Timur Inggeris (EIC).
F3 Dari segi ekonomi kawasan luar Eropah menjadi pembekal kepada masyarakat Eropah, Goa dan
Melaka contohnya dikuasai oleh Portugal.
F4 Jalan perdagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara yang dikuasai oleh pedagang Arab telah
diambilalih oleh kuasa Eropah seperti Portugal.
F5 Dari segi sosial - gaya hidup masyarakat tempatan terpengaruh orang Eropah, malah ada yang
memeluk agama Kristian.
F6 Perang berlaku antara orang tempatan dan kuasa Eropah contohnya Sepanyol berperang dan
menakluk tamadun Aztec di Maxico dan tamadun Inca di Peru.
F7 Penjajah telah menguasai emas dan perak contohnya di Amerika Latin, mereka turut
mengeksploitasi buruh peribumi di lombong dan ladang.
F8 Di timur, Sepanyol menguasai Filipina dan Portugal menguasai Melaka dan Goa.

JAWAPAN SPM FOKUS 2015

Soalan 4 ci)
- Bidang baru memberi peluang yang luas kurang saingan kerana pesaing belum ada kemahiran
- contohnya ICT, Biotek
- Memperluaskan peluang pekerjaan menyelesaikan masalah pengangguran
- Mempercepatkan kemajuan negara tidak bergantung kegiatan ekonomi tradisi
contohnya kelapa sawit dan getah
- Golongan terpelajar semakin ramai menyediakan kerja berkemahiran tinggi untuk rakyat
- Membasmi kemiskinan rakyat bidang baru memberi keuntungan yang lebih lumayan
- Memanfaatkan kekayaan negara bahan mentah diproses menjadi hasil industri moden sebelum
diperdagangkan
Soalan 4 cii)
- Berjuang demi negara sanggup berhijrah - contohnya Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC),
Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC)
- Masalah yang berlaku dihadapi dengan berani bersedia untuk berdepan dengan musuh
- contohnya kuasa Eropah seperti Portugal mengambil alih jalan perdagangan di Lautan Hindi dan
Asia Tenggara daripada pedagang Arab
- Jangan mudah terpengaruh dengan orang asing - masyarakat tempatan terpengaruh orang Eropah
hingga memeluk agama Kristian
- Kedatangan barat menghancurkan tamadun tempatan contohnya Sepanyol menakluk tamadun Aztec
di Maxico
- Kita perlu melindungi kekayaan negara - penjajah datang untuk mengeksploitasi bahan mentah

Soalan 5 a)
F1 Getah digunakan ketika Revolusi Industri dalam industri kereta.
F2 Peranan H.N. Ridley (Pengarah Botanical Garden Singapura) mempromosi tanaman getah dengan
memberi benih percuma kepada peladang.
F3 Sistem menoreh ibidem (cara tulang ikan hering) yang tidak merosakkan pokok.
F4 Industri barangan pengguna yang memerlukan getah seperti kasut, tayar basikal dan alat elektrik.
F5 Modal milik pelabur Eropah turut mengembangkan industri getah di Tanah Melayu, syarikat di
London membawa masuk modal.
F6 Penubuhan syarikat perwakilan di Tanah Melayu seperti Guthrie, Sime Darby.
F7 Dasar galakan British kepada pemodal asing seperti sewa tanah dan tarif cukai yang rendah kepada
pengusaha getah.
F8 Kemajuan jalan raya dan kereta api telah menghubungkan kawasan pertanian dengan pelabuhan.
F9 British membawa masuk pekerja India Selatan bekerja di ladang getah dengan gaji yang murah.
Soalan 5 b)
F1 Bijih timah mendapat permintaan antarabangsa yang besar.
F2 Pengenalan kapal korek yang menghasilkan pengeluaran secara besar-besaran.
F3 Industri bijih timah berintensifkan modal.
F4 Bantuan kerajaan British memudahkan kelulusan kawasan perlombongan.
F5 Perkembangan industri mengetin makanan.
F6 Kemajuan prasarana seperti jalan raya dan kereta api yang menghubungkan kawasan perlombongan
dengan pelabuhan.

JAWAPAN SPM FOKUS 2015

Soalan 5 ci)
- Mengurangkan pengeluaran - agar tiada lebihan/lambakan bijih timah dan getah di pasaran dunia
contohnya melalui Rancangan Sekatan Stevenson untuk getah
- Mengawal negara pengeluar bijih timah dan getah menentukan jumlah eksport yang dibenarkan
- Menghadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar - agar harga naik semula
- Menggunakan bahan mentah sendiri dengan mengembangkan industri tempatan
contohnya kilang kasut tempatan
- Mengelakkan pembaziran kos operasi mengurangkan buruh asing
- Meningkatkan penggunaan teknologi moden produktiviti bertambah dengan kos rendah
- Mengurangkan eksport bijih timah dan getah menggunakan sendiri bahan mentah tersebut dengan
Memperkembangkan industry tempatan
Soalan 5 cii)
WAJAR
- Masih mempunyai permintaan tinggi daripada negara maju contohnya Jepun
- Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar buruh di ladang getah
- Melindungi pekebun kecil mereka bergantung kepada sektor ini untuk menyara hidup
- Menggalakkan R&D mengembangkan bidang penyelidikan di universiti
- Penyelamat ekonomi negara ketika sektor perkilangan merosot

Soalan 6 a)
F1 Petempatan berasingan Melayu di kampong, Cina di bandar, India di ladang.
F2 Ekonomi berasaskan kaum, Melayu bertani, Cina berniaga dan melombong, India menoreh getah.
F3 Bahasa pertuturan mereka mengikut bahasa ibunda masing-masing.
F4 Pada masa itu tidak wujud interaksi dan perpaduan antara kaum.
Soalan 6 b)
- Sistem pendidikan vernakular ini menggunakan bahasa ibunda bahasa ini dijadikan bahasa
pengantar
- Sistem ini tidak memupuk perpaduan kaum masing-masing memperjuangkan pendidikan kaum
sendiri
- Pendidikan orang Melayu tertumpu kepada mempelajari al-Quran, bahasa Arab, ilmu agama
- contohnya di surau, masjid dan sekolah pondok
- Sekolah Melayu di peringkat rendah - sekadar menjadikan mereka petani yang lebih baik daripada
bapanya atau menjadi guru sekolah Melayu contohnya lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris.
- Sekolah Tamil juga di peringkat rendah berorientasikan negara India contohnya sukatan, buku,
guru dari India dan menggunakan bahasa Tamil.
- Sekolah Cina boleh melanjutkan pelajaran ke China berorientasikan negara China
- contohnya menggunakan sukatan, buku, guru dari negara asal (China)
- Sekolah Inggeris sekolah elit yang terletak di bandar - pelajarnya dalam kalangan orang atasan.

JAWAPAN SPM FOKUS 2015

Soalan 6 c i)
- Sekolah Inggeris sekolah elit - yang terletak di bandar contoh Kuala Lumpur
- Mendapat perhatian kalangan orang atasan sebab kurikulumnya disusun mengikut sistem
pendidikan di England
- Boleh melanjutkan pelajaran ke London di bidang profesional contohnya perubatan,
undang-undang
- Memberi kemahiran berbahasa Inggeris bahasa antarabangsa
- Mudah mendapat pekerjaan bekerja dengan kerajaan British
- Melambangkan prestij/memberi kebanggaan dipandang tinggi masyarakat masa itu
Soalan 6 c ii)
- Perpaduan antara kaum sekolah menengah melibatkan semua kaum contoh Sekolah Menengah
Kebangsaan
- Mengangkat martabat bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar
- Mengelak perselisihan faham antara kaum kurikulum kebangsaan boleh memupuk nilai
memahami/toleransi antara kaum
- Semangat cinta akan negara mudah dipupuk di sekolah yang mempunyai pelbagai kaum
- Menuju Wawasan 2020 mengikut acuan sendiri contohnya pendidikan kebangsaan mementingkan
kemajuan rohani dan fizikal
- Membentuk jati diri bangsa berteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan

You might also like