You are on page 1of 14

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PERAK (KAMPUS TAPAH)

FAKULTI:
SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
KOD PROGRAM (KUMPULAN):
CS1101A
TAJUK:
KONSEP BERIMAN KEPADA KITAB
AHLI KUMPULAN
BIL

NAMA

NO. ID

NO. TEL

MUHAMMAD AMIRUL ALIF BIN SABANUN

2015898896

019-5547328

AMIR NUR SYAFIK BIN MOHAMMED

2015858086

010-3837630

MUHAMMAD NUMAN BIN GHAZALI

2015838858

019-5430966

MUHAMMAD NAJMI AQMAL BIN SAPAWI

2015890236

012-5044658

MUHAMMAD LUKHMAN BIN ALWI

2015852824

017-5015664

SEMESTER 1 2015/2016
DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZAH MASTHURHAH ISMAIL
PEMARKAHAN:
PENGUKURAN

LO

MARKAH

PENDAHULUAN (1%)

LO4

0.5

OLAHAN IDEA (2%)

LO4

0.5

STRUKTUR IDEA (3%)

LO7

KETEPATAN JAWAPAN (3%)

LO7

KESIMPULAN (2%)

LO3

ETIKA (4%)

LO6

Sitiran & Rujukan (2%)

Kekemasan (1%)

0.5

Masa (1%)

0.5

JUMLAH

BERIMAN KEPADA KITAB

1. PENDAHULUAN
2. MAKSUD BERIMAN KEPADA KITAB
2.1. DEFINISI KITAB

MUKA SURAT

4
5
5
2

3.
4.
5.
6.
7.
8.

2.2. CARA CARA KITAB DITURUNKAN


2.3. 4 KITAB SUCI YANG WAJIB DIKETAHUI
2.4. SUHUF
2.5. MAKSUD SUHUF
2.6. BILANGAN SUHUF DAN PEMBAHAGIANNYA
DALIL KEWAJIPAN BERIMAN DENGAN KITAB
TUNTUTAN BERIMAN DENGAN KITAB
KEBAIKAN BERIMAN DENGAN KITAB
AKIBAT TIDAK BERIMAN DENGAN KITAB
KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI

5
6-9
10
10
10
11
11
12
13
14
15

1. PENDAHULUAN
Sekian kalinya , saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana mengizinkan
saya dan rakan rakan saya untuk menyiapkan tugasan yang bertajuk "Beriman Kepada
Kitab" ini. Ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Pensyarah CTU 101 kami ,
Ustazah Masthurhah Ismail,serta rakan-rakan yang turut membantu dalam menjayakan
penghasilan tugasan ini . Tidak lupa juga kepada ibu bapa tersayang yang bertungkuslumus bekerja untuk membiayai pembelajaran kami semua .
Tujuan kami membuat esei ini adalah untuk menerangkan kepentingan-kepentingan
beriman kepada kitab . Beriman kepada kitab adalah salah satu daripada rukun iman.
Orang-orang Islam wajib percaya bahawa Allah swt telah menurunkan beberapa buah
kitab kepada rasul-rasulNya. Isi pengajaran kitab-kitab itu adalah mengandungi ajaranajaran mengenai amal ibadat untuk akhirat dan juga petunjuk-petunjuk untuk
memperbaiki kehidupan manusia di dunia.

Di dalam esei kami terdapat beberapa kelebihan dan kepentingan tentang beriman kepada
kitab . Harapan kami agar , esei ini dapat sedikit sebanyak membantu dalam memberi
maklumat kepada semua , secara tidak langsung boleh diambil manfaatnya dan dicontohi
dalam pembentukan muslim berjaya .
Natijahnya , beriman kepada kitab dapat memandu diri kita ke arah yang lebih kondusif
dan barakah . Semua umat Islam tidak kira bangsa atau pun kaum hendaklah beriman
kepada kitab kerana dengan cara itu dapat membentuk seorang muslim yang sejati dan
disegani .

2. MAKSUD BERIMAN KEPADA KITAB


Beriman kepada kitab Allah ialah mengiktikadkan dengan iktikad yang jazam bahawa
Allah mempunyai beberapa kitab yang diturunkan kepada nabi-nabi dan rasul-rasulnya
sebagai

panduan

kepada

umat

manusia.(Muhammad

Zahirwan

Halim

Zainal

Abidin,2014)
2.1. DEFINISI KITAB
Beriman kepada kitab Allah ialah mengiktikadkan dengan iktikad yang jazam
bahawa Allah mempunyai beberapa kitab yang diturunkan kepada nabi-nabi dan
rasul-rasulnya sebagai panduan kepada umat manusia. Kitab-kitab ini diturunkan
kepada nabi-nabi dan rasul-rasulnya dengan jalan
2.2. CARA CARA KITAB DITURUNKAN
Kitab- kitab ini diturunkan kepada nabi-nabi dan rasul-rasulnya dengan jalan wahyu
melalui malaikat Jibril, dan kadangkala terus kepada nabi dan rasul itu sendiri tanpa
perantaraan malaikat Jibril iaitu dengan ilham Allah (Said Ibrahim,1998)

2.3. KITAB SUCI YANG WAJIB DIKETAHUI


Terdapat hanya empat kitab suci daripada Allah yang wajib diketahui oleh setiap
orang yang beriman iaitu:

Kitab Taurat. Diturunkan kepada Nabi Musa a.s dalam bahasa Qibti

(Surah al-Maidah 5:44).


Kitab Injil. Diturunkan kepada Nabi Isa a.s dalam bahasa Siryani

(Surah al-Maidah 5:46).


Kitab Zabur. Diturunkan kepada Nabi Daud a.s dalam bahasa Ibrani

(Surah al-Isra 17:55).


Al-Quran. Diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam bahasa
Arab (Surah al-Maidah 5:48).

I. Kitab Taurat

Kitab ini diturunkan kepada nabi ALLAH Musa Alaihisalam. Kandungan

kitab ini

mengandungi hukum-hukum syariat serta iktikad yang betul, benar dan diredhai ALLAH.
Kandungan kitab suci Taurat ini adalah wahyu ALLAH yang disampaikan kepada
kaumnya. Antara lain kandungan Taurat ialah turut juga menceritakan kedatangan Nabi
Muhammad s.a.w sebagai rasul teakhir.

Firman ALLAH s.w.t:


Sesungguhnya kami (ALLAH) telah meurunkan kitab Taurat
di dalamnya mengandungi petunjuk kebenaran dan cahaya
yang terang dengan itulah nabi-nabi yang patuh (kepada
ALLAH) menetapkan hukum bagi orang yahudi dan dengannya
juga ulama mereka dan pendita-penditanya menjalankan
hukum ALLAH. Sebab mereka diamanahkan memelihara dan
menjalankan hukum-hukum dari kitab ALLAH (kitab Taurat)
itu,

dan

mereka

pula

adalah

menjadi

penjaga

dan

pengawasnya (dari sebarang perubahan).


(surah al-Maidah: 44)
II. Kitab Zabur
Kitab suci Zabur diturunkan kepada nabi ALLAH Daud Alaihissalam. Kitab ini
mengandungi fatwa-fatwa, doa, zikir, nasihat-nasihat atau peringatan yang mesti
dijalankan oleh umat nabi ALLAH Daud. Kitab ini tidak mengandungi syariat atau
hukum-hukum ALLAH kerana nabi Daud mengikut syariat nabi ALLAH.

Firman ALLAH s.w.t:


Kami (ALLAH) telah memberikan kitab Zabur kepada nabi
Daud.
6

(surah al-Isra: 55)

III. Kitab Injil


Kitab Injil diturunkan kepada nabi ALLAH Isa Alaihissalam, mengandungi wahyu-wahyu
ALLAH yang mengajar manusia kembali menyembah ALLAH. Didalamnya juga
diterang tentang kedatangan nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan ALLAH yang terakhir
dan penyudah segala rasul dan nabi. Kitab Injil yang ada sekarang sudah tidak ada
keasliannya lagi kerana sudah berlaku prubahan di sana sini. Ada empat kitab Injil pada
masa kini iaitu Injil Matius, Injil Markus, Injil Lucas dan Injil Johannes. Keempat-empat
kitab ini dikarang oleh pendeta Kristian dan isinya saling bertentangan antara satu sama
lain.
IV. Kitab al-Quran
Kitab suci al-Quran merupakan kitab suci yang terakhir yang diturunkan kepada umat
manusia. Al-Quran penutup segala kitab. Kitab suci al-Quran diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW di Mekah dan Madinah selama 22 tahun 2 bulan 22 hari dan
mengandungi 6236 ayat.
Al-Quran mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan berbeza dengan kitab-kitab
terdahulu. Antara keistimewaannya ialah:
a) Isi kandungan sesuai untuk semua bangsa tanpa mengira warna, kulit dan bahasa
serta sesuai dalam semua keadaan dan tempat untuk semua zaman. Ajaran kitab
al-Quran kekal dan sesuai sampai ke akhir zaman. Al-Quran bersifat universal
(kesejagatan). Manakala kitab-kitab suci yang diturunkan sebelumnya hanya
sesuai untuk zaman, umat dan suasana pada masa ia diturunkan sahaja.

b) Kitab suci al-Quran kekal dalam keadaan asalnya walau satu huruf pun. Tidak ada
sebarang perubahan dan kesilapan. Hakikat ini dijamin oleh Allah seperti firmanNya:
7

Sesungguhnya kami (Allah) telah menurunkan peringatan (alQuran) itu dan sesungguhnya kami pasti memeliharanya
(daripada kepalsuan).
(Surah al-Hajr: 9)
Kitab suci yang lain seperti Injil, Zabur dan Taurat telah diubah mengikut selera
pengikut agama masing-masing.
c) Al-Quran itu dapat dibuktikan keasliannya, tidak dicampuraduk dengan bahasa
percakapan manusia. Al-Quran dapat dibuktikan bahawa ia benar-benar wahyu
Allah
d) Kitab suci al-Quran mempunyai sejarah yang terang dan jelas dilengkapi dengan
sebab-sebab sesuatu ayat diturunkan. Tarikh, masa dan tempat ayat al-Quran
diturunkan dapat dibuktikan dengan siasatan sejarahnya yang sahih. Sedangkan
kitab-kitab suci yang terdahulu mengandungi kekaburan fakta sejarahnya.
e) Kitab suci al-Quran adalah penyempurnaan segala kitab yang sebelumnya. Firman
Allah SWT:
Pada hari ini telah-Ku sempurnakan untuk kamu agamamu,
dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Aku
redhai Islam itu menjadi agama baginya.
(Surah al-Maidah: 3)

2.4. SUHUF
Selain daripada Kitab al-Quran, Kitab Taurat, Kitab Injil, Kitab Zabur, wajib juga
diketahui kitab-kitab kecil secara ijmal. Kitab-kitab tersebut dinamakan suhuf atau
rasail (beberapa lembaran muka surat).
2.5. MAKSUD SUHUF

Suhuf ialah kalam Allah yang diwahyuan kepada Nabi dan rasulnya yang tidak
dikumpul dan dijadikan sebuah kitab yang khas. Ia hanya mengandungi beberapa
lembaran muka surat sahaja sebagai surat pekeliling.
2.6. BILANGAN SUHUF DAN PEMBAHAGIANNYA
Menurut pendapat yang menurut muktamad tidak diketahui berapa bilangan suhuf yang
sebenar . Sebahagian ulama menyatakan 100 dan sebahagiannya menyatakan 110 suhuf :
(a) Nabi Adam 10 suhuf
(b) Nabi Syits 50 suhuf
(c) Nabi Ibrahim 10 suhuf
(d) Nabi Idris 30 suhuf
(e) Nabi Musa 10 suhuf

3. DALIL KEWAJIPAN BERIMAN DENGAN KITAB


Firman Allah SWT yang bermaksud:
Wahai orang yang beriman! Tetapkanlah iman kepada Allah
dan rasulnya, dan kepada kitab al-Quran yang telah
diturunkan kepada rasulnya (Muhammad SAW), dan juga
kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada
itu.
(Surah al-Nisa4:136)

4. TUNTUTAN BERIMAN DENGAN KITAB


9

Keimanan Muslim terhadap kitab-kitab Allah merupakan kefahaman, kesedaran dan


perlaksanaan ajarannya.Muslim yang beriman dengan kitab Allah mestilah beriman
dengan segala ajaran kitab yang bertujuan menunjukkan manusia kepada jalan yang benar
dan diredainya.Mereka yang mengaku beriman tetapi tidak menuruti ajarannya tidaklah
boleh dikatakan beriman.Beriman

dengan kitab juga bermakna beriman dengan

keseluruhannya bukannya dengan sesetengah bahagian dan meninggalkan sebahagian


yang lain.Misalnya beriman dengan ayat tentang ibadah tetapi meninggalkan ayat-ayat
berkenaan dengan mualamat.
Firman Allah yang bermaksud:
Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada
sebahagian (daripada isi kitab Taurat) dan mengingkari akan
sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang
berbuat demikian itu di antara kamu, selain daripada kehinaan
ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak
mereka ke dalam azab seksa yang amat berat.
(Surah al-Baqarah 2:285)
5. KEBAIKAN BERIMAN DENGAN KITAB
Beriman dengan kitab yang diwahyukan menyedarkan manusia bahawa semua ajaran
yang dibawa para nabi adalah benar-benar daripada Allah SWT.Semua mukmin yang
terdahulu dan terkemudian telah diberi petunjuk yang sama daripada Tuhan sekalian
alam.Ini menunjukkan bahawa ajaran Allah untuk semua hamba-Nya adalah satu dan
tuntutan-Nya terhadap semua hamba adalah sama, tiada perbezaan antara generasi
terdahulu dan kemudiannya sebagaimana firmannya yang bermaksud:
Sesungguhnya (agama tauhid) ini ialah agam kamu semua,
agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah
Aku.
(Surah al-Anbiya21:92)

Umat manusia sepanjang zaman memerlukan agama yang satu iaitu Islam, yang
berteraskan kepada akidah tauhid.Ini semua terkandung dalam semua kitab yang datang
daripada Allah SWT.Kitab-kitab yang diturunkan Allah

SWT menunjukkan kepada


10

besarnya rahmat dan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.Justeru kerana rahmat-Nya
maka Allah menurunkan kitab dari langit untuk dibaca, dihayati serta dijadikan panduan
dan petunjuk kepada perkara yang boleh membawa kebaikan kepada mereka di dunia dan
di akhirat.Beriman kepada kitab juga sebenarnya menyedarkan manusia bahawa mereka
memerlukan wahyu untuk menghindarkan mereka daripada kesesatan.(Moh Abdai
Rathomy,1980)

6. AKIBAT TIDAK BERIMAN DENGAN KITAB


Beriman kepada kitab-kitab Allah merupakan salah satu daripada rukun iman, yang tidak
akan sempurna iman seseorang jika tidak beriman kepadanya. Selain itu, tidak beriman
kepada kitab akan menimbulkan perasaan membeza-bezakan di antara agama-agama
samawiah dan para pengikutnya di dalam hati. Tambahan lagi, kesan tidak beriman akan
menghakis kepercayaan seorang mukmin bahawa al-Quran mencakup semua kandungan
kitab-kitab Allah yang terdahulu dan terhindar dari perubahan dan ianya merupakan
sumber rujukan satu-satunya bagi membenarkan kitab-kitab tersebut sebagaimana Firman
Allah yang bermaksud :
Dan kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan
membawa kebenaran ; membenarkan apa yang sebelumnya
iaitu kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian
(ukuran untuk menentukan benar dan tidaknya) kitab yang lain
itu.
(Surah al-Maidah: 48)

11

Seseorang itu tidak dikatakan beriman apabila ia tidak percaya kepada malaikat dan kitabkitab yang terdahulu.(Sayid Sabiq,1974)

7. KESIMPULAN

Beriman kepada kitab adalah salah satu rukun iman yang perlu dipercayai dan diamalkan
dalam diri umat islam. Hal ini kerana, iman seseorang individu itu tidak sempurna jika
dia tidak beriman kepada kitab.
Umumnya, beriman kepada kitab mampu mendatangkan banyak kebaikan kepada umat
islam pada zaman ini. Sebagai contoh, kita dapat mempelajari sirah-sirah nabi dan rasul
melalui Al-Quran. Oleh itu, kita haruslah beriman kepada kitab kerana bukan sahaja ia
mendatangkan kebaikan kepada kita malah ia juga merupakan rukun iman yang kita perlu
ikuti.
Al-Quran juga menjadi pegangan dan panduan kepada seseorang muslim. Al-Quran
menjadi petunjuk dan sumber rujukan kepada umat tentang larangan dan undang-undang
di dalam Islam.
Kesimpulannya,kita haruslah memelihara kesucian Al-Quran agar ianya kekal menjadi
simbol kekuatan umat islam dan akan tetap terpelihara sehingga ke akhir zaman.

12

8. BIBLIOGRAFI
1.PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Pengarang:Kamal Mahyuddin Harun
Tahun terbit:1992
Penerbit : PUSTAKA AMAN PRESS SDN.BHD

2.KITAB TAUHID-SOAL JAWAB TENTANG KEIMANAN (Jilid 2)


Pengarang : Dr. Abdul Majid Aziz Al-Zindani
Tahun terbit:1990
Penerbit :PUSTAKA AL-MIZAN

3.PENGANTAR PENGAJIAN ISLAM


Tahun terbit :2014
Penerbit:Muhammad Zahirwan Halim Zainal Abidin
Paiz Hassan
Muhammad Yusri Yusof@Salleh ET.AL

4.TIGA SERANGKAI SENDI UGAMA


Tahun terbit :1980
Pengarang : Moh Abdai Rathomy
Penerbit : PT ALMAARIF

13

5.AQIDAH ISLAM
Pengarang : Sayid Sabiq
Tahun terbit : 1974
Penerbit : C.V. DIPONEGORO-BANDUNG

14

You might also like