You are on page 1of 5

7.

1 Definisi Pelaksanaan Kurikulum


Pelaksanaan kurikulum melibatkan proses membantu pelajar dalam memperoleh pengetahuan
atau pengalaman. Adalah penting untuk kita mengetahui bahawa kurikulum pelaksanaan tidak
boleh berlaku tanpa pelajar. Oleh itu, pelajar adalah watak utama dalam proses pelaksanaan
kurikulum. Pelaksanaan berlaku sebagai pelajar memperoleh pengalaman, pengetahuan,
kemahiran, idea-idea dan sikap yang dirancang atau dicadangkan yang bertujuan untuk
membolehkan pelajar yang sama untuk berfungsi secara berkesan dalam masyarakat. (Universiti
Zimbabwe, 1995:8).
Pelaksanaan kurikulum juga merujuk kepada peringkat apabila kurikulum itu sendiri,
sebagai program pendidikan, ini mula berkuatkuasa. Meletakkan kurikulum ke dalam operasi
memerlukan ejen pelaksana. Stenhouse (1979 : 4) telah mengenal pasti guru sebagai ejen dalam
proses pelaksanaan kurikulum. Beliau berhujah bahawa pelaksanaan adalah cara bagaimana guru
memilih dan campuran pelbagai aspek pengetahuan yang terkandung dalam dokumen kurikulum
atau sukatan pelajaran. Pelaksanaan berlaku apabila sukatan pelajaran dibina, personaliti guru,
bahan-bahan pengajaran dan persekitaran pengajaran saling berinteraksi dengan pelajar
(Universiti Zimbabwe, 1995:9). Dari situ, pelaksanaan kurikulum itu merujuk kepada bagaimana
kursus yang dirancang atau direka secara rasmi, diterjemahkan oleh guru ke dalam sukatan
pelajaran , skim kerja dan pembelajaran disampaikan kepada pelajar.

7.2 Faktor penting yang mempengaruhi pelaksanaan KSSR


Antara faktor yang perlu diberi perhatian ialah komunikasi. Saluran komunikasi harus disediakan
agar program baru tidak dijalankan secara mengejut. Perbincangan tentang kurikulun baru ini
seharusnya berlaku dalam kalangan pengetua/ guru besar, guru dan mereka yang terlibat dalam
penggubalan kurikulum ini.
Selain itu, sokongan juga memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan
kurikulum. Perancangan kurikulum perlu menyediakan sokongan yang diperlukan agar
pelaksanaan dapat berjalan dengan lancar. Sokongan ini adalah penting dalam memberi
keyakinan kepada pendidik yang pertama kali didedahkan dengan kurikulum baru ini. Guru-guru
ini memerlukan latihan dalaman agar mereka selesa dengan kurikulum yang baru dihasilkan. Di
sini juga perbincangan terbuka juga harus diadakan antara pendidik dengan pejabat pelajaran
daerah agar guru-guru menyuarakan kekeliruan mereka. Latihan dalaman juga semestinya
dilaksanakan bagi mencapai objektf program dan juga selari dengan falsafah kurikulum baru.
Sokongan dari segi kewangan juga harus diambil perhatian. Bajet wang diperlukan
untuk bahan dan peralatan dalam kurikulum yang baru. Perkhidmatan atau tenaga manusia juga
memerlukan bayaran pada awal pelaksanaan kurikulum. Perhubungan yang baik dan salaing
mempercayai juga merupakan salah satu sokongan. Pengetua adalah penjamin utama kejayaan
inovasi dan pelaksanaan. Mereka yang dianggap sebagai pengetua yang berjaya berpengetahuan
dan komited dalam kurikulum; mereka melihat peranan mereka sebagai satu dorongan dalam
satu kontinum dan juga berkhidmat sebagai pemimpin kurikulum. Pelaksanaan merupakan
usaha bersama dan emosi.

7.3 KBAT dan i-THINK


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi juga diperkenalkan sempena dengan pelancaran KSSR.
Kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran
dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013).
Kemahiran ini telah diterapkan dalam kesemua mata pelajaran utama dan elektif seperti Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Jasmani dan sebagainya untuk
meningkatkan kemahiran berfikir murid. Contohnya
1. Dalam mata pelajaran KSSR Bahasa Malaysia, guru boleh menggunakan persoalan
seperti mengapakah, bagaimanakah, apakah pendapat anda dan bandingkan. Cara
penyoalan ini nescaya boleh mencetuskan kemahiran berfikir mereka.
2. Dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, terdapat standard pembelajaran yang memerlukan
murid untuk membuat ramalan selepas membaca petikan yang diberikan. Di sini, pelajar
boleh menggunakan kemahiran menaakul.
3. Dalam pelajaran KSSR Matematik, sukatan menggalakkan murid mencari pelbagai
strategi dalam menyelesaikan atau menjawab sesuatu masalah penambahan.
4. Dalam pelajaran KSSR Sains, meramal merupakan antara standard pembelajaran yang
perlu dikuasai. Murid boleh menbuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan
pemerhatian, pengalaman lalu atau data.
Dalam proses untuk menjana KBAT di kalangan pelajar, satu program bernama iTHINK telah dilancarkan. Program i-THINK merupakan program untuk mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid
berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. Program i-THINK ini secara ringkasnya menggunakan

alat berfikir seperti seperti lapan peta pemikiran. Di samping itu, program i-THINK ini juga
menggalakkan teknik menyoal dan menaakul untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi
berdasarkan Taksonomi Blooms dan Versi Lorin Anderson.
Dalam pelancaran program i-THINK, Kementerian Pelajaran juga memperkenalkan iTHINK online di mana guru boleh mengenali program i- THINK dan mempelajari peta-peta
pemikiran dengan cara melayari laman i-THINK. Ujian juga disertakan untuk menguji
penguasaan guru dalam peta-peta pemikiran tersebut.
Penggunaan i-THINK boleh diggalakkan diterapkan oleh pendidik ke dalam mata
pelajaran KSSR. Peta pemikiran boleh diggunakan dalam mengajar sukatan kurikulum untuk
menggalakkan kemahiran berfikir di kalangan murid-murid. Contohnya:
1. Peta pelbagai alir boleh diggunakan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Murid boleh
menggunakan peta ini untuk menulis karangan sebab dan akibat.
Jalan raya

Kematian
Kemalangan jalan raya

Sikap

kecederaan

2. Peta titi boleh diggunakan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Guru boleh
menggunakan
peta titi untuk mengajar murid antonim dan sinonim.
Keadaan kereta

Emosi/ mental

Hot
Cold

Big
Small

3. Peta alir boleh diggunakan dalam mata pelajaran Matematik. Guru boleh mengajar murid
cara menjawab soalan dengan menunjukkan setiap langkah melalui peta alir tersebut.

You might also like