You are on page 1of 37

PSV 3110 :

TAJUK 8

APRESIASI
KARYA SENI
ALAM
MELAYU

DISEDIAKAN OLEH : Anushiah


A/P Gopala Krishnan
: Khairul Amilien
Bin Rahim
: Nalini A/P Silvaraju
: Siti Hajar Aisyah

KARYA 1

FALSAFAH
DAN STAIL

Tajuk
: Langit dan Bumi I
Artis
: Syed Ahmad Jamal
Tahun : 1998
Media : Akrilik
Medium : Kain kanvas
Saiz
: 203 sm x 274.5 sm

Stail
Impasto
Ia adalah teknik lukisan di mana cat
dilapiskan dengan sangat tebal di atas kanvas
sehingga arah goresan sangat mudah
terlihat.
Cat yang digunakan akan tercampur di atas
kanvas.
Saat kering, teknik impasto akan
menghasilkan tekstur yang jelas, sehingga
kesan kehadiran objek lebih terasa.

Berus Barat
Alat yang digunakan beliau adalah
menggunakan berus yang berasal
dari negara barat.
Kesan sapuan pelbagai saiz dan
bentuk berus menampakkan kesan
garisan pada karya beliau.

Akrilik
Bahan media ini akan menampakkan
kesan kilatan seperti cat minyak.
Ia juga menampakkan kesan
campuran warna tebal dan nipis.

Falsafah
Melihat karya Langit dan Bumi dari aspek
formal bawah ke atas, didapati penggunaan
tanah dengan cadangan berlapisan dapat
menegaskan sifat geografik bumi yang
berlapis-lapis.
Tumbuh-tumbuhan, padang dan bukit diambil
secara saripati, dipersembahkan secara
abstrak mengingatkan kita tentang tandatanda kebesaran Allah melalui penciptaan alam
tabii.

Bentuk seakan-akan awan yang


dihasilkan dengan penuh tenaga
bagaikan jantung alam semesta
ataupun seperti guruh berdentum
dengan memancarkan seperti jaluran
kilat lalu membentuk kesan hujan
yang berlapis-lapis, menandakan
rakaman alam dalaman yang
menyanjungi ciptaan tuhan.

PERBANDINGAN
BUDAYA DAN
KEPERCAYAAN

Budaya
Melayu
Syed Ahmad Jamal hidup dalam
kalangan masyarakat Melayu.
Oleh itu, budaya kemelayuan cuba
diterapkan beliau di dalam karya ini
dengan menggunakan tema
keindahan alam.

Beliau cuba meluahkan suasana


berada di kampung.
Jika di bandar tentu sekali kita tidak
akan melihat keaslian alam.
Sememangnya masyarakat Melayu
amat menghargai keindahan alam
semulajadi seperti seni ukir banyak
menggunakan motif alam
semulajadi.

Kepercayaan
Islam
Syed Ahmad Jamal menganut agama Islam.
Oleh itu, beliau meluahkan hasil karya
berkenaan kesyukuran dan ketakjuban
beliau terhadap penciptaan malam dan
siang.
Penggunaan warna panas ke sejuk dapat
mengajak pemerhati memikirkan sejenak
tentang kehebatan alam tabii ciptaan Tuhan.

PERBANDINGAN
KARYA-KARYA

Warna juga memberi perlambangan


kepada lima waktu iaitu warna gelap
(Isyak), biru (subuh), hijau (Zohor),
kuning (Asar), merah (Maghrib).
Lima waktu ini diperintahkan oleh
Allah s.w.t untuk solat kali sehari.

karya dibezakan dari segi beberapa


unsur seni dan juga prinsip rekaan
Terdapat pelbagai jenis sifat garisan
iaitu garisan perlahan, sederhana,
pantas dan tegas.
Gabungan daripada berbagai-bagai
jenis garisan tersebut lalu membentuk
beberapa jenis jalinan (texture),
memperkayakan lagi karya SAJ.

Secara keseluruhannya SAJ


menggunakan jalinan mujarad
(abstract texture).
Penggunaan rupa yang agak ketara
dapat dilihat pada bahagian pertama
atau bawah karya iaitu rupa merah
pada tanah yang berlapis-lapis.

Dari aspek elemen ruang pula, SAJ menggunakan


`ruang mendatar dan `ruang cetek.
Secara keseluruhannya karya SAJ mendominasikan
ruang cetek.
Sementara ruang mendatar pula dapat dilihat sedikit
sahaja terutamanya pada bahagian pertama atau
bawah karya iaitu lapisan tanah yang berwarna merah.
SAJ menggunakan `warna panas ke `warna sejuk
dalam pengolahan karyanya ini.
Warna merah (warna panas) pada bahagian pertama
atau bawah karya.

Diikuti dengan warna kuning (warna


panas) memenuhi sebahagian
kawasan bumi.
Warna biru muda (warna sejuk) di
bahagian ketiga iaitu kawasan awan
dan akhirnya warna biru tua (warna
sejuk) di bahagian langit dan
bintang-bintang.
Untuk membentuk `keharmonian
dari segi warna, warna-warna panas
tersebut diulang-ulangkan pada
bahagian warna sejuk.

Gabungan elemen dan prinsip seni lukis di


dalam karya ini membentuk satu kesatuan
yang cukup mantap.
Penyatuan elemen-elemen dengan komposisi
serta pandangan saujana antaranya
menimbulkan keanekaan di dalam
kepelbagaian.
Kesatuan dan keanekaan di dalam
kepelbagaian itu telah membentuk karya SAJ
sebagai karya yang kaya, sarat bahkan berisi
nilai-nilai falsafah dan budaya.

Falsafah dan budaya yang mencerminkan


pemikirannya, masyarakatnya dan
budayanya akan menjadi satu khazanah
peradaban yang tidak ternilai harganya.
Dari aspek falsafah teras utama yang
ditunjangi oleh SAJ adalah tauhid.
Ini dapat dilihat pada permulaan katalog
pameran antara langit dan bumi
(Muliyadi, 2000).

KARYA 2

Tajuk
: Summer Mountains
Artis
: Qu Ding
Zaman
: Dinasti Song Selatan (9601127)
Tarikh
: Pertengahan abad pertama
Budaya : Cina
Medium : Skrol tangan; dakwat dan warna atas kain sutera
Saiz
: 45.4 x 115.3 sm.

Stail
Teknik Catan Cina (Pai Miao)
Catan Cina mempunyai tiga gaya iaitu Pai
Miao, Gong Bi dan Xieyi. Dalam lukisan,
beliau menggunakan teknik Pai Miao iaitu
lukisan seperti lakaran tanpa warna. Sama
seperti lukisan pensil yang dipelajari
pelajar, lukisan ini mementingkan kelicinan
dan kematangan garisan serta ton gelap
dan cerah yang memberi kesan kepada
bentuk.

Berus Cina
Ia mempunyai hujung halus yang sesuai
untuk berurusan dengan pelbagai
subjek dan untuk menghasilkan variasi
garisan yang diperlukan oleh gaya yang
berbeza.
Perkembangan dalam gaya dan teknik
kaligrafi juga boleh digunakan dalam
lukisan.

Dakwat Cina
Diperbuat daripada arang pokok
pine. Darjah kecerahan warna kelabu
bergantung kepada kuantiti air yang
digunakan.

Falsafah
Dalam menghasilkan Catan Cina, terdapat
beberapa falsafah dalam penghasilannya
seperti melukis tanpa sombong yang
bermaksud, memperelokkan lagi hasil
yang telah sempurna bagi
mempertingkatkan mutu catan.
Pelukis tidak harus cepat berpuas hati
dan bangga dengan kerjanya.

Falsafah seterusnya adalah tidak


menghadapi kerja dengan lalai
falsafah ini bermaksud sesorang
haruslah bersedia dari segi rohani
dan peralatan serta persekitaran
sebelum melukis bagi mendapatkan
kerja yang sempurna

PERBANDINGAN
BUDAYA DAN
KEPERCAYAAN

Budaya
Cina
Qu Ding pula menjalani kehidupan di
kalangan masyarat Cina pada zaman Dinasti
Song.
Dalam karya beliau, terdapat seni bina Cina.
Contohnya rekaan kapal, kuil, pintu gerbang
pada tangga dan rumah.
Dalam karya ini menceritakan tentang
seorang pengembara yang hendak menuju
ke arah kuil yang terletak di kaki gunung.

Sememangnya kebudayaan
masyarakat Cina membina kuil di
sekitar gunung.
Mungkin untuk menyenangkan sami
budha mencapai tahap Zen.

Kepercayaan
Konfusianisme
Pada zaman ini, Qu Ding menganut ajaran falsafah
ini.
Dalam lukisan beliau menekankan keharmonian
manusia dengan alam semulajadi dan penekanan
terhadap perwatakan manusia.
Karya ini mempunyai corak, bentuk dan struktur
yang tersendiri dan membawa simbol yang
sungguh bermakna dan ia harus difahami dalam
usaha meningkatkan nilai murni pada minda
dalaman individu serta membentuk jati diri.

PERBANDINGA
N KARYAKARYA

karya dibezakan dari segi beberapa unsur


seni dan juga prinsip rekaan
Di dalam lukisan ini terdapat banyak unsur
seni seperti garisan, jalinan, bentuk, warna
dan rupa.
Garisan sama ada pada kaligrafi atau pada
bentuk imej pada lukisan.
Garisan ini menimbulkan bentuk seperti
jambatan, rumah,pokok, gunung, kapal, jeti,
tangga dan pokok.

Terdapat ruang perspektif antara gunung dan


laut bagi menimbulkan kejauhan pemandangan.
Terdapat juga jalinan kasar dan lembut.
Jalinan kasar terdapat pada batu dan daundaun pokok manakala jalinan lembut pula untuk
menimbulkan bentuk awan dan kabus di sekitar
gunung.
Warna yang monokrom digunakan dalam
menghasilkan lukisan dan menimbulkan bentuk
pada lukisan.

Manakala prinsip rekaan pula seperti harmoni


pada gunung-ganang. Irama dan pergerakan
pada awan, kabus dan aliran sungai.
Kontra pula pada objek bukan semulajadi
seperti jambatan, kapal, jeti, rumah dan
tangga.
Penegasan pula pada kaligrafi puisi yang
terletak di sebelah kanan karya ini.
Karya ini diimbangkan dengan menggunakan
imej gunung.

Sekian,terima
Kasih

You might also like