You are on page 1of 3

DASAR EKONOMI BARU

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun
1971 hingga 1990 dengan harapan daripada pihak kerajaan pada masa itu iaitu Kerajaan
Perikatan agar dapat mengurangkan ketidakseimbangan antara orang Bumiputera dengan
Bukan Bumiputera dari segi semua bidang. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mula
dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-2, RMK-2 (1971-1975) sehingga Rancangan
Malaysia ke-5, RMK-5(1986-1990) yang tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan
ketidakseimbangan yang begitu besar dari segi ekonomi tanpa mengira kaum serta
mengelakkan berulangnya peristiwa 13 Mei 1969[4].
Antara matlamat pihak kerajaan melalui dasar ini untuk tempoh 20 tahun adalah untuk
meningkatkan peratus penanaman modal dalam syarikat-syarikat berhad kerana peratusan
kaum bumiputera pada ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 hingga semasa dasar ini
baru diperkenalkan adalah sangat rendah dan wujud jurang yang sangat besar di antara
kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan pihak asing. Matlamat akhir dasar ini ialah
pada tahun 1990, peratusan penanaman modal Bumiputera dalam syarikat-syarikat berhad
akan dapat ditingkatkan dari hanya 1.5 peratus sahaja pada tahun 1971 kepada 30 peratus
pada tahun1990. Sementara itu, kaum bukan Bumiputera yang menguasai sebanyak 23.7
peratus penanaman modal akan cuba untuk ditingkatkan kepada 40 peratus pada tahun
1990. Bagi pihak asing yang menguasai sebanyak 62.1 peratus pada tahun 1971 akan cuba
dikurangkan kepada hanya 30 peratus sahaja apabila cukup tempoh 20 tahun [5].
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dilaksanakan ini sebenarnya telah membawa
Malaysia untuk mengorak langkah ke hadapan untuk menuju ke arah negara maju melalui
Wawasan 2020 dengan usaha menghapuskan kemiskinan secara mutlak seperti yang
pernah diungkapkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir b. Mohamad
Daripada,serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru(DEB), tiada sesiapa pun yang
menentang pembasmian kemiskinan secara mutlak tanpa mengira kaum dan kedudukan
geografi. Semua rakyat Malaysia, sama ada mereka yang tinggal di kawasan bandar atau
luar bandar, sama ada mereka di selatan, utara, timur atau barat, mesti dinaikkan daripada
garis kemiskinan mutlak[6].
Dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini, ianya secara tidak langsung telah
membawa kesan yang positif dalam memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia.

Pelaksanaannya telah berjaya mengubah keadaan negara yang huru-hara pada ketika itu
setelah menggabungkan ketiga-tiga proses iaitu pendidikan, pembangunan dan kedudukan
istimewa orang Melayu dan Bumiputera ke dalam dasar-dasar dan program-program
tertentu.
RUKUN NEGARA

Rukun Negara adalah satu ideologi kebangsaan bagi negara Malaysia. Rukun Negara telah dilahirkan
berikutan peristiwa 13 Mei 1969. Pada tarikh tersebut telah berlaku satu kejadian rusuhan kaum yang
mana telah banyak berlaku pertumpahan darah. Salah satu sebab yang menjadi punca kepada
rusuhan ini adalah kerana sikap mementingkan diri dan kaum yang mana telah melahirkan semangat
perkauman yang menebal di kalangan setiap kaum. Justeru itu jurang ekonomi antara kaum jelas
berbeza. Oleh kerana tiada persefahaman dan rasa tidak puas hati antara kaum terutama dalam isu
berkaitan perkara 153 maka tercetuslah rusuhan kaum yang menyebabkan banyak nyawa, harta
benda dan perpaduan rakyat terjejas. Keadaan ini telah memaksa kerajaan menisytiharkan darurat.
Oleh yang demikian maka kerajaan MAGERAN iaitu Majlis Gerakan Negara telah ditubuhkan
bagi mengatasi masalah ini. Kerajaan MAGERAN ini pula kemudiannya telah membentuk Majlis
Perundingan Negara pada Julai 1970. Ianya bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap
rusuhan tersebut dan untuk membina semula perpaduan kaum dan masyarakat yang berbilang
bangsa dan kaum. Hasil daripada penubuhan ini maka terciptalah Rukun Negara yang mana menjadi
ideologi kebangsaan.
Rukun Negara diwujudkan adalah untuk memupuk semula perpaduan kaum yang mana telah
musnah akibat perselisihan faham dan rasa tidak puas hati antara kaum. Selain daripada itu, Rukun
Negara diwujudkan adalah untuk memulihkan kembali sistem pemerintahan demokrasi raja
berpelembagaan dan untuk mewujudkan asas yang sesuai dan kukuh dalam memantapkan kerjasama
antara kaum. Konsep Rukun Negara inilah yang telah membawa kepada perpaduan semula antara
kaum. Rukun Negara ini diwujudkan adalah demi mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
masyarakat; memelihara satu cara hidup demokratik; menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak dan membina masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Konsep Rukun Negara ini terbahagi kepada lima bahagian prinsip iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Ini
adalah bertujuan supaya setiap rakyat dan kaum di Malaysia memegang kepercayaan masing-masing
dan saling menghormati kepercayaan setiap kaum dan bangsa. Dengan memiliki kepercayaan kepada
tuhan, maka setiap kaum akan memelihara adab dan sikap mereka yang mana setiap agama
menggalakkan penganut mereka berbuat kebaikan.
Konsep Rukun Negara seterusnya adalah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Prinsip adalah bagi
memupuk setiap kaum memberikan ketaatan kepada raja yang memerintah serta kepada negara.
Konsep ini lebih menitik beratkan semangat patriotik dalam jiwa setiap rakyat. Setiap bangsa dan
kaum akan saling mempertahankan negara demi ketaatan mereka kepada negara justeru akur akan
raja yang memerintah. Rukun Negara ketiga adalah Keluhuran Perlembagaan. Ini memberi erti
keagungan dan kemulian perlembagaan yang tidak boleh dicabar dan dipertikaikan. Perlembagaan

Malaysia adalah undang-undang tertinggi negara Malaysia. Ia adalah asas kepada sebuah negara yang
berdaulat. Perlembagaan juga mengandungi perkara yang tidak boleh dipertikaikan seperti agama
Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputra, kedudukan rajaraja melayu sebagai lambing tradisi kerajaan. Keluhuran Perlembagaan ini dapat mengatasi kuasa
Yang diPertuan Agong, Parlimen dan Jemaah menteri serta mahkamah dan oleh kerana itulah ia
menjadi suatu pelindung bagi penduduk negara ini. Maka seluruh perlembagaan di Malaysia harus
ditaati dan tidak setiap kaum diwajibkan mematuhi dengan ikhlas. Oleh itu maka setiap kaum secara
tak langsung menjadi bersatu padu dalam memelihara perlembagaan Malaysia.
Kedaulatan Undang-Undang adalah prinsip Rukun Negara yang keempat. Ini memberi pengertian
bahawa setiap undang-undang di Malaysia mempunyai kedaulatannya. Undang-undang yang
mempunyai kuasa tertinggi dan mutlak di mana ianya tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa sahaja.
Setiap kaum harus terima dengan rela hati setiap perundangan yang dilaksanakan di Malaysia.
Dengan kedaulatan inilah maka setiap kaum menjadi taat kepada negara dan takut untuk melanggar
sistem perundangan di Malaysia. Seterusnya konsep yang terakhir dalam Rukun Negara adalah
Kesopanan dan Kesusilaan. Konsep ini membawa maksud bahawa setiap kaum dan rakyat dalam
Malaysia haruslah menitikkan nilai-nilai murni. Ia adalah wajib diamalkan oleh setiap rakyat kerana
dengan kesopanan dan kesusilaan ini maka akan membawa kepada perpaduan kaum yang saling
hormat menghormati. Setiap kaum akan saling menyanyangi dan mengambil berat akan hal ehwal
jirannya.

You might also like