You are on page 1of 3

Langkah-langkah menangani masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia.

Ramai yang berbicara tentang dadah, tetapi pernahkah kita


bertanya kepada diri sendiri apakah yang dimaksudkan dengan dadah?
Dadah merupakan najis yang telah mengancam negara kita sejak sekian
lama dan isu penyalahgunaan dadah masih kekal menjadi musuh utama
negara. Dadah secara rationalnya digambarkan sebagai sesuatu yang
negatif dan perlu dijauhi. Penyalahgunaan dadah berlaku apabila dadah
digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan diambil oleh seseorang
tanpa pengawasan pihak perubatan. Dadah memberi kesan negatif ke
atas sistem badan, tingkah laku manusia dan sebagainya. Keburukan yang
diterima oleh pengambil dadah adalah lebih banyak berbanding kebaikan
dan manfaatnya yang boleh didapati. Jika diteliti, dadah disalah gunakan
untuk kepentingan diri sendiri seperti mengelakkan rasa sakit,
mendapatkan rasa segar, mengelakkan tekanan hidup, melarikan
daripada
kesengsaraan
dan
sebagainya.
Masalah penyalahgunaan dadah sebenarnya adalah masalah sejagat
dan sebagai sebuah rantau yang dikatakan banyak menerima perubahan
serta pembangunan, rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia turut
mengalami pelbagai gejala sosial. Penyalahgunaan dadah terutamanya
dalam kalangan remaja amat membimbangkan dan ia berkait rapat
dengan bermacam penyakit sosial seperti pelacuran, lepak, dan perjudian.
Perkara inilah yang banyak menggugat dan memudaratkan keadaan
sesebuah negara sama ada dalam bidang ekonomi, sosio-budaya, politik
mahupun keselamatan. Dengan lain perkataan, kemajuan serta
pembangunan yang kita capai dan kecapi selama ini tidak akan
berkekalan sekiranya masalah dadah tidak dapat diatasi segera.
Oleh itu, pelbagai langkah drastik perlu direncanakan dan
dilaksanakan untuk memerangi ancaman dadah. Dalam usaha untuk
membendung masalah yang semakin gawat ini, ibu bapa memainkan
peranan yang cukup penting untuk memastikan anak-anak mereka tidak
turut terjebak dalam masalah ini. Mereka perlu meluangkan masa
secukupnya untuk bersama anak-anak. Sikap ambil berat dan
bertanggungjawab serta penyayang ini mampu mengelakkan remaja dari
terjerumus ke dalam maslah penyalahgunaan dadah. Ibu bapa perlu
menyediakan segala keperluan dan pendidikan baik yang formal mahupun
yang tidak formal dalam usaha membendung anak-anak mereka dari
terjebak ke perangkap penyalahgunaan dadah. Anak-anak hendaklah
diberikan pendidikan agama secukupnya serta diawasi setiap pergerakan
dan pergaulan mereka sejak dari kecil lagi. Sesungguhnya pembentukan
sahsiah remaja banyak ditentukan oleh institusi kekeluargaan.

Pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah di sekolah merupakan


langkah awal untuk membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan
remaja. Seandainya tidak dibendung, masalah ini akan terus mengancam
dan menggugat kesejahteraan negara. Pendidikan pencegahan pada
dasarnya bertujuan untuk mendidik di samping memberikan maklumat
untuk menyedarkan remaja mengenai bahayanya penyalahgunaan dadah
sebelum ianya terlambat. Sudah tentu kita tidak ingin melihat remaja
terjerumus ke dalam jurang kehinaan ini. Peranan pihak sekolah dalam
membenteras masalah ini amatlah penting. Antara program yang boleh
dilaksanakan ialah Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR). Program ini
diatur untuk memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai risiko
penyalahgunaan dadah dan secara tidak langsung mendidik mereka untuk
menjauhi najis dadah. Oleh yang demikian, peranan pihak sekolah amat
penting dalam menerapkan budaya remaja benci dadah dan seterusnya
membantu golongan ini menjauhi najis dadah sebelum ia menjadi parah.
Di samping itu, pihak kerajaan dan juga badan bukan kerajaan boleh
memainkan peranan dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan dadah.
Antaranya ialah melalui program Rakan Muda, kem motivasi dan lain-lain
program yang meliputi pelbagai aktiviti. Hal ini demikian kerana melalui
kem-kem ini para remaja dapat memenuhi masa senggang mereka
dengan aktiviti lebih berfaedah. Pihak kerajaan juga boleh mengadakan
kempen anti-dahad dan menyiarkannya melalui media massa. Undangundang dan hukuman bagi kesalahan penyalahgunaan dadah dan
mengedar dadah hendaklah diketatkan lagi bagi mengelakkan masalah ini
terus berleluasa. Agensi yang ditubuhkan seperti Agensi Anti-Dadah
Kebangsaan (AADK) perlu memperkemaskan jentera mereka memantau
bekas penagih agar mereka tidak kembali menagih dadah kembali.
Selain itu, kesedaran diri remaja penting untuk menjauhi najis dadah.
Kesedaran diri ini penting untuk membentuk minda yang positif agar
sentiasa membuat sesuatu dengan pemikiran yang rasional. Mereka
hendaklah sentiasa diberikan ingatan tentang pentingnya kehidupan pada
masa hadapan. Remaja kini terlalu terdedah dengan pergaulan sosial
yang tidak sihat seterusnya menjerumuskan mereka ke dalam kancah
penyalahgunaan dadah ini. Oleh sebab itu, kesedaran dalam diri amat
penting. Mereka perlu tahu membezakan yang baik dengan yang buruk.
Tidak perlu mengikut telunjuk kawan kerana 'ikut hati mati ikut rasa
binasa'. Rakan yang berkualiti juga adalah tunggak dalam membantu diri
remaja
menjadi
berkualiti
juga.
Konklusinya, semua pihak termasuk ibu bapa, guru, masyarakat

mahupun kerajaan perlu berganding bahu memerangi gejala


penyalahgunaan dadah ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha
memerangi dadah kerana dadah adalah musuh utama negra dan dadah
boleh meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Sebagai
pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara, biarlah kita hidup
bahagia tanpa dadah. Janganlah disebabkan 'nila setitik, rosak susu
sebelanga' kerana negara kita adalah contoh dalam kalangan negara
Islam. Kita tidak mahu masalah penyalahjgunaan dadah ini mencemarkan
nama baik bangsa amnya dan negara khususnya.

You might also like