You are on page 1of 2

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

PERMOHONAN

MENDAPATKAN

LUKISAN

SKEMATIK

(ELEKTRIK)

BAGI

BANGUNAN SEKITAR SHAH ALAM

Dengan hormatnya perkara tersebut diatas adalah dirujuk.


2.
Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan (Kepujian ) Elektrik (EE221) adalah diwajibkan melaksanakan
projek Capstone bagi subjek
Electrical Engineering Utilization And
Practice (EPO521) pada semester 7. Ia bertujuan untuk mendapatkan
pendedahan dan pengalaman berkaitan bidang yang diikuti selain menjadi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda dan pengiktirafan daripada
Lembaga Jurutera Malaysia.
3.
Bagi semester ini, projek ini bermula pada bulan September 2015
hingga Januari 2016.
4.
Bersama-sama ini disertakan nama pelajar yang terlibat untuk
perhatian pihak tuan/puan.
5.
Sehubungan dengan itu, kami amat memerlukan sokongan pihak
tuan/puan untuk membenarkan pelajar kami mendapatkan lukisan skematik
untuk bangunan sekitar Shah Alam yang berada dibawah kendalian pihak
tuan. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumbalas, sila berhubung
dengan Prof.Madya. Dr.Noraliza Hamzah di talian 03-55435030.
6.
Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan amat kami hargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

Yang Benar

Prof.Madya. Dr.Noraliza Hamzah


Pensyarah

Fakulti Kejuruteraan Elektrik


UiTM ,40450 Shah Alam.

You might also like