You are on page 1of 10

SJK ( T) LADANG BUKIT MERTAJAM, KULIM.

JAWATANKUASA PANITIA
PENDIDIKAN MUZIK 2008

PENASIHAT
En. Muthusamy.M.
Guru Besar

PENGERUSI
En. P.Mahandren

SETIAUSAHA
Pn. K. Kalarani

AHLI JAWATANKUASA

Pn. T. Anbujavalli

En. P. Backiyeraj

Cik. M. Kanakavalli

SJK ( T) LADANG BUKIT MERTAJAM, KULIM

1. Membuat folio muzik

2. Pertandingan meniup
Rekoder ( Tahap II )

3. Pertandingan nyanyian
( Tahap II )

4. Pertandingan nyanyian
( Tahap I )
5. Bulan Patriotik

6.

Pameran muzik

DISEMBER

NOVEMBER

OKTOBER
O

OGOS
O

TOBERSEPTEMBEROK

JULAI
J

JUN
J

MEI

MAPRIL

MAC
M

FM

AKTIVITI

FEBRUARI

BULAN

JANUARI

RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN


PANITIA PENDIDIKAN MUZIK
2008

ANGGARAN PERBELANJAAN
PANITIA PENDIDIKAN MUZIK
2008

BIL

JENIS PERBELANJAAN

JUMLAH
PERBELANJAAN
(RM)

Kaset / CD Lagu- lagu KBSR

RM 50.00

Hadiah untuk Pertandingan Muzik

RM100.00

Pameran Muzik

RM 50.00

Buku Teori Muzik

RM 30.00

Alat alat solek ke Pertandingan Luar

RM 50.00

Jumlah Perbelanjaan

RM280.00

SJK ( T) LADANG BUKIT MERTAJAM, KULIM.


RANCANGAN TAHUNAN
PANITIA PENDIDIKAN MUZIK 2008

1.Membuat folio muzik

2. Pertandingan meniup
rekoder

3. Pertandingan nyanyian

4. Pameran muzik

SJK ( T) LADANG BUKIT MERTAJAM, KULIM.


MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA
PANITIA MUZIK
TAHUN 2008.
Panitia Mata Pelajaran

:Pendidikan Muzik

Tarikh

:25.01.2008

Masa

:1.30 Tengahari

Tempat

:Bilik 4 UPM

Kehadiran

:5/5

Hadir Bersama

:Pn. C.Malliga ( PK 1)

1.0 Ucapan Pengerusi.


1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru guru yang hadir ke
mesyuarat Panitia Muzik kali pertama tahun 2008 .
1.2 Beliau memaklumkan tujuan sebenar mesyuarat diadakan ialah untuk melantik AJK
Panitia Muzik dan membincangkan aktiviti Panitia Pendidikan Muzik bagi tahun 2008.
2.0 Ucapan Penolong Kanan Pn. C. Malliga
2.1 Penolong Kanan Kurikulum meminta semua guru muzik menyediakan rancangan
pelajaran untuk subjek muzik.
2.2 Beliau juga menekankan supaya semua guru muzik menyimpan sukatan pelajaran
muzik dan merujuk apabila diperlukan.
2.3 Seterusnya beliau menyeru semua guru muzik supaya merancang program tahunan
yang menarik dan memberi manfaat kepada murid.

2.4 Peruntukan waktu ( 1jam seminggu ) untuk pelajaran muzik harus digunakan
sepenuhnya untuk pelajaran muzik.
3.0 Pemilihan AJK bagi Tahun 2008
Penasihat : En. Muthusamy ( Guru Besar )
Pengerusi : En. P. Mahandren.
Setiausaha : Pn. K.Kalarani
AJK

: Semua guru Pendidikan Muzik.

4.0 Rancangan Tahunan.


4.1 AJK Panitia Pendidikan Muzik telah menyenaraikan aktiviti tahunan untuk tahun
2008.Aktiviti yang dipilih adalah:1. Membuat folio muzik
2. Pertandingan meniup
Rekoder ( Tahap II )
3. Pertandingan nyanyian
( Tahap II )
4. Pertandingan nyanyian
( Tahap I )
5. Bulan Patriotik
6.

Pameran muzik

5.0 Bahan Rujukan.


5.1 Cikgu M. Kanakavalli memberitahu bahan rujukan untuk Pendidikan Muzik tidak
mencukupi.
5.2 Beliau juga mencadangkan untuk membeli CD lagu lagu KBSR untuk setiap darjah.
6.0 Anggaran Perbelanjaan.
6.1

a.
b.
c.
d.

Kaset / CD Lagu- lagu KBSR


Hadiah untuk Pertandingan Muzik
Pameran Muzik
Buku Teori Muzik

RM 50.00
RM100.00
RM 50.00
RM 30.00

f.

Alat alat solek ke Pertandingan Luar

RM 50.00

g.

Jumlah Perbelanjaan

RM280.00

7.0 Hal hal Lain.


7.1 Pn. T. Anbujavalli mencadangkan supaya Pertandingan Suara Emas Tahap II diadakan
dalam bahasa inggeris dengan lagu lagu yang mudah dihayati.
7.2 Melukis dan melabelkan alatan muzik pada dinding sekolah.Pengerusi Panitia Muzik
bertanggungjawab untuk mendapatkan kelulusan daripada Guru Besar untuk membuat
mural muzik .
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.
Disediakan Oleh

........................................
(MAHANDREN A/L PERUMAL)
Pengerusi Panitia Muzik

Disemak oleh

.........................................
( Pn. C. Malliga)
Penolong Kanan Kurikulum

SJK ( T) LADANG BUKIT MERTAJAM, KULIM.


MINIT MESYUARAT KALI KEDUA
PANITIA MUZIK
TAHUN 2008.
Panitia Mata Pelajaran

:Pendidikan Muzik

Tarikh

:25.06.2008

Masa

:1.30 Tengahari

Tempat

:Bilik 4 UPM

Kehadiran

:5/5

Hadir Bersama

:Pn. C.Malliga ( PK 1)

1.0 Ucapan Pengerusi


Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.Beliau
memaklumkan tujuan mesyuarat diadakan ialah untuk membincangkan keberkesanan
rancangan tahunan muzik dan program sambutan bulan patriotik tahun 2008.
2.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Kurikulum
2.1 Guru Penolong Kanan Kurikulum Pn. C . Malliga memberi penerangan tentang
kepentingan Matapelajaran Pendidikan Muzik.
2.2 Beliau meminta semua guru yang mengajar Matapelajaran Pendidikan muzik mesti
berpandukan sukatan pelajaran terkini.
2.3 Para guru yang mengajar Pendidikan Muzik hendaklah sentiasa menjaga disiplin
murid murid agar P & P berjalan dengan lancar dan berkesan.
2.4 Beliau juga menyarankan Guru Muzik menerapkan nilai nilai murni di sanubari
murid murid .

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu


3.1 En. P. Mahandren membaca minit mesyuarat pertama .
3.2 Minit mesyuarat tersebut dicadangkan oleh Pn. K. Kalarani dan disokong oleh Cik M.
Kanakavalli.
4.0 Perkara Perkara Berbangkit.
4.1 Pengerusi panitia En. P. Mahandren meminta guru guru Pendidikan Muzik
mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam Pengajaran dan Pembelajaran dan masalah
tersebut hendaklah dikemukakan dalam mesyuarat panitia agar masalah tersebut dapat
diatasi bersama dengan bantuan pandangan dan pendapat semua guru.
4.2 Penolong Kanan Kurikulum Pn. C. Malliga berkata rancangan panitia yang telah
dirancang perlu dilaksanakan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
4.3 Guru guru perlu menilai penguasaan muzik oleh murid murid dari segi nyanyian ,
penggunaan alatan muzik , gerakan dan teori muzik serta perlu dicatitkan dalam buku
kemajuan murid.
5.0 Sambutan Bulan Patriotik.
5.1 Pengerusi Panitia Muzik berkata semua Guru Muzik bertanggungjawab untuk
menjayakan Sambutan Bulan Patriotik.
5.2 Guru guru muzik diminta mengajar lagu lagu patriotik terutama sekali pada bulan
kemerdekaan. Mereka juga perlu menyediakan murid untuk pertandingan nyanyian.
5.3 Hadiah akan disediakan untuk para pemenang.Anggaran perbelanjaan untuk
sambutan ini akan dibincangkan dengan Guru Besar.
6.0 Hal hal lain.

6.1 Pn. T. Anbujavalli menyarankan supaya setiap kali perhimpunan diadakan kaset / CD
lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedahhendaklah dimainkan.Hal ini kerana muridmurid dapat menyanyi lagu lagu tersebut dengan rentak dan sebutan yang
betul.Tindakan ini boleh meningkatkan semangat patriotisme di kalangan murid.
6.2 Guru guru yang menjalankan ujian muzik secara bertulis hendaklah menghantar
satu salinan kepada Pengerusi Panitia untuk simpanan Bank Soalan.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.

Disediakan Oleh

........................................
(MAHANDREN A/L PERUMAL)
Pengerusi Panitia Muzik

Disemak oleh

.........................................
( Pn. C. Malliga)
Penolong Kanan Kurikulum

You might also like