Professional Documents
Culture Documents
Minit Mesyuaart Perkhemahan
Minit Mesyuaart Perkhemahan
PK 07/3
6 SEPTEMBER 2012
Masa
1.30 PETANG.
Tempat
BILIK MESYUARAT
Pengerusi
Kehadiran(Bilangan) :
SEMUA HADIR
AGENDA MESYUARAT
2.1 Pengerusi menyatakan tujuan mesyuarat diadakan.Program perkhemahan
akan dijangka berlangsung pada 21 hingga 22 September 2012.
2.2 Pengerusi memaklumkan bahawa pembahagian tugas jawatan kuasa
telah disusun oleh pihak jawatan kuasa induk. (Sila rujuk lampiran).
2.3 Pengerusi membentangkan senarai jawatankuasa kerja program
perkhemahan dan meminta agar semua guru meneliti skop bidang
tugasan masing-masing. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau
pertindihan tugas, guru-guru diminta memaklumkan dengan kadar segera.
2.4 Pengerusi juga mengingatkan guru-guru supaya patuh kepada jadual
tugasan terutamanya giliran rondaan malam.Fasilitator juga diminta menjaga
keselamatan dan kebajikan murid sepanjang tempoh perkhemahan.
2.4 Pengerusi meminta semua ketua jawatankuasa kerja memulakan tugasan
terutamanya dari aspek keselamatan,peralatan,makanan,surat-surat
makluman,permohonan dan jemputan,teknikal dan keselamatan.
PERKARA BERBANGKIT
3.1 En Fauzi menyatakan bahawa tindakan perlu diambil untuk memastikan
agar pergerakan murid dapat dikawal selia dengan ketat kerana dikhuatiri
timbul perkara yang tidak diingini.
3.2 Ustaz Katiman memohon jasa baik petadbiran sekolah supaya
membenarkan guru-guru yang terlibat menggunakan bilik jQaf dan surau bagi
tujuan penginapan.
HAL-HAL LAIN
4.1 Puan Rohayati memohon guru-guru kelas tahun 6 menyerahkan senarai
murid yang menyertai program secepat mungkin untuk tujuan agihan
kumpulan LDK.
PENUTUP
Pengerusi menangguhkan mesyuarat tepat pukul 2.45 petang.Segala kesulitan diminta
berhubung dengan penyelaras program.
Disediakan oleh,
..........................................
HAPIZA BINTI MOHD KHALID
SETIAUSAHA
Disahkan oleh,
................................
EN MOHD YUSOFF B AHMAD
GPK KOKURIKULUM
6 SEPTEMBER 2012