You are on page 1of 1

Tips persediaan sebelum temuduga Suruhanjaya

Perkhidmatan Pelajaran (SPP)


1.
Siap sedia ayat utk pengenalan diri dan promosi diri.
2.
Beli baju baru yg sedap mata memandang (jika mampu).
3.
Faham & hafal Rukun Negara. Tahu bagaimana hendak mengaitkan Rukun Negara dgn
subjek major & minor.
4.
Faham & hafal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Tahu bagaimana hendak mengaitkan
FPK dgn subjek major & minor.
5.
Faham & hafal dasar-dasar yg telah dibuat oleh kerajaan.
6.
Faham & hafal kandungan dalam PPPM, aspirasi kepada sistem pendidikan, aspirasi murid,
anjakan. Tahu bagaimana hendak mengaitkan kandungan PPPM dgn subjek major & minor.
7.
Hafal nama-nama menteri. Hafal juga nama-nama organisasi di Kementerian Pendidikan
Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), IPGM, Pejabat Pendidikan Daerah dan IPG
masing-masing.
8.
Tahu dan hafal serba-serbi tentang SPP.
9.
Faham dan hafal mengenai segala-galanya yg berkaitan dgn KSSR. Contoh : tunjang,
elemen, perbezaan KBSR & KSSR, cara penilaian. Baca serba-serbi yg ada dalam dokumen
standard.
10.
Tahu secara mendalam mengenai subjek major & minor. Contoh : teknik, strategi,
pendekatan, penilaian sumatif, penilaian formatif.
11.
Tahu, faham dan hafal item-item dalam penulisan rancangan pengajaran harian (RPH) subjek
major & minor, menggunakan KSSR & KBSR.
12.
Tahu serba-serbi mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan HOTS.
13.
Tahu, faham & ingat teori-teori pembelajaran. Contoh, behaviorisme, tingkah laku dsb.
14.
Tahu tentang kokurikulum permainan, unit beruniform, kelab dan persatuan. (Ingat semula
apa yg dilaksanakan sewaktu praktikum & di IPG)
15.
Banyakkan pembacaan mengenai isu-isu semasa. Mesti faham & ingat perkara-perkara yg
penting serta tahu mengaitkan kesan isu tersebut dgn subjek major & minor.
16.
Tahu masalah displin yg berlaku dalam kalangan guru di sekolah. Tahu bagaimana hendak
atasi.
17.
Perbanyakkan berdoa (mengikut adat & kepercayaan masing-masing). Bagi yg Islam, jgn
tinggal solat. Perbanyakkan solat-solat sunat, membaca al-quran, bersedekah, dsb. *Mesti dilakukan
sentiasa iaitu sebelum, semasa dan selepas temuduga.
Pesanan : Segala jawapan yg diberi mestilah positif. Bersedia utk menjawab soalan di luar kotak
pemikiran. :-)

You might also like