You are on page 1of 3

Dua kumpulan diperlukan.

Setiap kumpulan harus


mempunyai pemain sekurang-kurangnya 2 orang
dan jumlah tersebut mestilah sama dengan pihak
lawan.
Sekiranya pelontar terkena balingan bola sebanyak
3 kali sebelum sempat mengumpul semula tin-tin
yang jatuh, ia akan dikira mati tanpa mendapat
mata, dan pemain dari pihak lawan pula akan
menggolek bola pula.
Tin yang dikumpul mestilah diletakkan di dalam
gelung rotan yang disediakan. (bagi setiap tin yang
dikumpul dan disusun akan diberi markah).

Setiap gelung rotan, haruslah mengandungi 2 tin.

Pemain daripada kumpulan penyerang hanya boleh


membaling bola kepada pemain daripada pihak
pelontar di bahagian bawah kaki sahaja untuk
mengelakkan kecederaan.
Permainan hanyalah perlu dimainkan di dalam
kawasan permainan sahaja. Jika keluar daripada
kawasan permainan, penalti akan dikenakan.

Bola yang dibawa oleh penyerang adalah untuk


tujuan membaling.
Pelontar tidak boleh menyembunyikan di dalam
baju atau sebagainya.
Penyerang juga tidak boleh menjatuhkan tin-tin
yang tidak diselerakkan atau mengubah kedudukan
tin-tin semasa permainan dimainkan.
Acah-mengacah boleh dilakukan untuk memastikan
kejayaan sesuatu pasukan. Namun demikian,
semasa pasukan pelontar hendak menggolek bola,
pasukan
penyerang
TIDAK
DIBENARKAN
mengganggu
pasukan
tersebut.
Denda
akan
dikenakan sekiranya pasukan penyerang berbuat
demikian.

You might also like