You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GARONG 2,

KOMPLEKS SEKOLAH-SEKOLAH,
KOTA BHARU, KELANTAN.

KERTAS KERJA AKTIVITI PASCA UPSR:


LEISURE LESS PRESSURE
2015

TARIKH:

13 OKTOBER 2015
TEMPAT:

BILIK DARJAH TAHUN 6


ANJURAN:

GURU INTERNSHIP
____________________________________________________

AKTIVITI PASCA UPSR: LEISURE LESS PRESSURE


SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GARONG 2, KOTA BHARU.
1.0

PENDAHULUAN

Aktiviti-aktiviti yang dirancang saban tahun adalah untuk mengisi masa muridmurid selepas UPSR. Setiap aktiviti yang dirancang menjurus kepada
kesesuaian dan kemampuan murid. Antara aktiviti yang sering kali dilaksanakan
ialah aktiviti permainan dan pertandingan. Selain itu, ada juga aktiviti yang
berbentuk keagamaan serta kerohanian sesuai dengan usia murid yang
meningkat remaja.
2.0 MATLAMAT
Matlamat pertandingan kuiz ini adalah untuk memupuk minat murid dalam
matapelajaran Bahasa Inggeris. Ianya bertujuan untuk meningkatkan keyakinan
diri serta menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam Bahasa Inggeris.
Pelbagai soalan kuiz disusun dalam pertandingan ini agar kemahiran dan
kefahaman mereka dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh
cabaran yang mendatang.
3.0

OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan pengetahuan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dalam


bentuk riadah dan rekreasi.
3.2 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang
disediakan.
3.3 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.4 Mengisi masa lapang yang berfaedah dan mengelakkan gejala ponteng
sekolah.

4.0

TARIKH DAN TEMPAT PERLAKSANAAN

4.1

Tarikh : 13 Oktober 2015

4.2

Tempat : Bilik darjah tahun 6

5.0

TENTATIF PROGRAM
Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

6.0

KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN


6.1

Jumlah peserta : 18 orang pelajar tahun 6


(senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 2)

7.0

JAWATANKUASA PENGURUSAN

Pengerusi

: Encik Yaman bin Yaacob (Guru Besar)

Guru Penasihat

: Puan Surihani bt. Yusoff

Jawatankuasa pelaksana
Pengerusi

: Al Samihah Amni bt Dollah @ Abdul Aziz

Naib Pengerusi

: Samihatul Afifah bt Sulaiman

Setiausaha

: Al Samihah Amni bt Dollah @ Abdul Aziz

Bendahari

: Samihatul Afifah bt Sulaiman

8.0

PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk pertandingan ini:


BIL
PERKARA
1 Kertas
2 Hadiah
3 Lain-lain : Hiasan

KUANTITI
1 x RM 8
3 X RM 5
Jumlah

JUMLAH (RM)
8.00
15.00
23.00

Sumber Kewangan:
Sumbangan guru internship
9.0

PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam
aktiviti pertandingan kuiz ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka
demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

..............
(Al Samihah Amni bt Dollah @ Abd. Aziz)
Setiausaha,
Leisure Less Pressure,
SK. Padang Garong 2,
Kota Bharu, Kelantan.

LAMPIRAN 1
TENTATIF AKTIVITI PASCA UPSR
LEISURE LESS PRESSURE
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GARONG 2,
KOTA BHARU KELANTAN.
13 OKTOBER 2015

Aturcara Majlis

8.00-8.30

: Pengenalan dan pembahagian kumpulan

8.30-9.30

: Peserta mengambil tempat


Pertandingan kuiz dijalankan

9.30-10.00

: Majlis Perasmian Penutup


Penyampaian Hadiah
Refleksi pelajar

10.00

: Bersurai

You might also like