You are on page 1of 3

Bilangan Jurnal

: 1/12
Minggu Praktikum
: Pertama
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 27 hingga 31 April 2015
Tajuk Jurnal
: Minggu Pertama Di SK Lumba Kuda, Kuching
Pada hari pertama, kami berjumpa dengan penolong kanan 1 iaitu Cik Tan Teng
Lee. Beliau membawa kami ke pusat akses iaitu tempat yang akan kami gunakan
selama dua bulan di SK Lumba Kuda. Kemudia beliau membawa saya bersama
pasangan praktikum melapor diri kepada Encik Anthony Bong Joon Khoi Guru
Besar SK Lumba Kuda Kuching. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan
Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Guru besar juga memperkenalkan kami
kepada Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Mereka memberi
taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan, displin dan budaya
sekolah, termasuklah :
-

Sejarah, peraturan, displin dan budaya sekolah.


Struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru
penolong kanan, guru displin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru kelas,

guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan.


Latar belakang murid dan latar belakang masyarakat kampung Rayang.
Tugas dan tanggungjawab murid di sekolah
Pengelolaan aktiviti kokurikulum
dan maklumat-maklumat lain yang
berkaitan.
Selepas waktu rehat kami diperkenalkan kepada guru-guru dan staf
sokongan.

Selepas itu kami dibawa oleh guru besar untuk melihat kawasan sekolah serta
kedudukan blok-blok disekolah tersebut. Beliau menerangkan setiap blok-blok di
kawasan sekolah SK Lumba Kuda. Setelah kami melihat sekitar kawasan sekolah
kami berjumpa dengan guru pembimbing Pendidikan Muzik kami iaitu Puan Chai
Siew Jiew. Beliau memberi taklimat dan memberi bimbingan dan tunjuk ajar
kepada kami mengenai jadual waktu, sukatan pelajaran, buku panduan dan
rancangan semester. Selepas itu kami berjumpa dengan guru pembimbing elektif
iaitu Puan Zunaidah. Guru pembimbing subjek elektif saya dan pasangan
praktikum saya adalah sama. Kerana kedua-dua subjek iaitu Pendidikan Seni
Visual dan Pendidikan Jasmani merupakan dibawah penyeliaan beliau.

Pada hari kedua saya dan rakan saya berjumpa dengan penolong kanan
untuk
berbincang mengenai permasalahan masa mengajar Pendidikan Muzik. Ini kerana
masa sekolah SK Lumba Kuda ini mempunyai 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi
petang. Kami memerlukan sekurang-kurangnya 6 masa untuk mengajar. Setelah
berbincang guru pembimbing membantu kami mendapatkan 6 masa untuk
mengajar. Kami terpaksa mengajar secara berpasangan untuk kesemua waktu
mengajar tersebut. Tetapi kami bercadang untuk membuat jadual supaya kami
dapat mengagihkan masa untuk pengajaran secara individu apabila didalam kelas
nanti. Puan Chai juga memberikan kami taklimat dan penerangan mengenai
waktu pengajaran tersebut.
Pada hari ketiga saya berjumpa dengan guru pembimbing untuk meminta
RPT bagi
subjek Pendidikan Seni Visual. Pada masa yang sama kami berbincang mengenai
isi pembelajaran subjek PSV dan beliau memberi taklimat mengenai bagaimana
mengendalikan kelas semasa membuat aktiviti PSV. Guru pembimbing kami juga
memberi peluang kepada kami untuk membuat pemerhatian semasa kelas beliau.
Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana memberi kesempatan kepada
kami untuk membuat pemerhatian. Saya mempelajari banyak perkara seperti
pengurusan kelas dan pengurusan aktivti kumpulan.
Pada hari keempat saya menemani rakan praktikum saya iaitu Lily untuk
berjumpa
dengan Puan Zunaidah untuk memberi taklimat dan meminta RPT. Masa berjumpa
kami tidak sama kerana Puan Zunaidah tidak mempunyai masa lapang yang
banyak. Kami juga menguruskan Kokurikulum kami.
Pada hari kelima pula saya menyediakan RPH PSV dan Pendidikan Muzik
untuk pengajaran minggu yang akan datang. Untuk minggu hadapan saya akan
masuk ke kelas 4B bagi PSV dan 5B bagi Pendidikan Muzik.

Disemak oleh Guru Pembimbing


Penyelia

Disahkan oleh Pensyarah

Tandatangan :
.
Nama
.

Tarikh
.

Tandatangan:

Nama

Tarikh

You might also like