You are on page 1of 6

MODEL ASSURE

ISI KANDUNGAN
1.0
Pengenalan
2.0
Model
ASSURE
3.0

4.0

3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
Penutup

5.0

Rujukan

6.0
1.0

Bagaimana Guru Melaksanakan Model ASSURE


Analisis Murid
Nyatakan Objektif
Pilih Kaedah, Media dan Bahan
Gunakan Media dan Bahan
Dorong Penglibatan Pelajar
Nilai dan Semak

Lampiran

Pengenalan
Sungguh pun idea berkaitan model rekabentuk instruksional telah lama wujud sejak perang dunia
kedua, namun penggunaannya masih relevan dan terus tersebar terutamanya di dalam bidang
pendidikan. Di dalam kajian Molenda, Reigeluth & Nelson (2003) mereka telah mendefinisikan
rekabentuk instruksional sebagai kaedah dan strategi yang sistematik beserta teknologi yang
digunakan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pendapat ini disokong oleh seorang lagi
pengkaji yang turut menyatakan bahawa rekabentuk instruksional adalah satu sistem yang dibentuk
untuk membangunkan bidang pendidikan dan program latihan yang konsisten dan relevan masa kini
(Akbulut, 2007, p. 63).
Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu, terdapat beberapa
model rekabentuk instruksional yang sering menjadi tumpuan pengkaji dan sangat sesuai dijadikan
asas bagi pembangunan courseware pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Antaranya ialah
model ASSURE yang dicadangkan oleh seorang ahli akademik Yusup Hashim (2006) yang menyatakan
bahawa model ini sangat meluas diguna oleh guru-guru untuk merancang pembangunan media
instruksional secara sistematik.
ASSURE adalah model pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk diaplikasikan di dalam bilik
darjah kerana model ini berfokus kepada situasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, di
mana skop pembelajarannya terhad dan mudah dikendalikan. Sebelum seseorang guru melaksanakan

model ASSURE dalam pengajarannya dia mestilah memahami model tersebut. Berikut merupakan
maklumat lanjut mengenai model ASSURE.

2.0

Model ASSURE

Model ASSURE ini dipelopori oleh Heinich dan rakan-rakannya pada tahun 1982. Ia bertujuan
menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran di dalam bilik darjah dengan
menggunakan media. Dalam menghasilkan Reka Bentuk Pengajaran yang baik, model ASSURE yang
terbaru, iaitu perubahan pada tahun 2002 digunakan. Model ASSURE ini mengandungi enam langkah
yang perlu diikuti iaitu :
A - Analyse Learner ( Analisis Pelajar )
S - State Objective ( Nyatakan Objektif )
S - Select Method, Media and Materials ( Pilih Kaedah, Media dan Bahan )
U Utilise Media and Materials ( Gunakan Media dan Bahan )
R Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan Pelajar )
E - Evaluate and Revise ( Nilai dan Semak )
3.0

Bagaimana Guru Melaksanakan Model ASSURE


Bagaimanakah seseorang guru itu boleh melaksanakan pengajarannya dengan menggunakan model
ASSURE? Berikut merupakan keterangan dan penjelasan beserta contoh bagaimana seseorang guru
itu boleh mengaplikasikan enam langkah yang perlu diikuti oleh guru dalam melaksanakan model
ASSURE di dalam bilik darjah.

3.1

Analisis Pelajar
Guru hendaklah menganalisis pelajar terlebih dahulu sebelum melaksanakan pengajarannya .Tiga
perkara penting untuk menganalisis pelajar ialah :

(a) Ciri-ciri Umum


Guru hendaklah mengetahui ciri-ciri umum mengenai pelajar-pelajarnya. Ia merupakan huraian umum
tentang umur, tahap atau kelas, latar belakang sosio ekonomi dan sebagainya. Dengan mengetahui
ciri-ciri ini, guru dapat menjadikannya asas kepada pemilhan media dan bahan. Untuk mengetahui ciriciri ini, guru hendaklah berinteraksi secara langsung dengan pelajar dan meneliti rekod mereka.
Sebagai contoh analisis pelajar dari segi ciri-ciri umum ialah guru mengetahui sama ada pelajarnya
daripada keluarga kaya atau miskin, pekerjaan penjaganya atau kemudahan belajar yang ada di rumah

mereka. Analisis ini akan membantu guru dalam melaksanakan pengajarannya atau dalam penggunaan
kaedah serta penyediaan media dan bahan semasa mengajar.

(b) Kecekapan Murid


Kecekapan murid berkaitan dengan pengetahuan sedia ada atau kemahiran murid tentang tajuk dan
kandungan pelajaran. Aspek ini tidak arus diambil ringan kerana, jika tersilap maka akan
mendatangkan masalah yang sangat besar kepada murid. Tegasnya, guru tidak harus mengandaikan
semua murid mempuyai semua pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang sama.
(c) Gaya Pembelajaran
Membawa maksud cara seseorang murid itu belajar. Menurut ahli psikologi Kluster Trait
berpendapat ia berkait dengan seseorang itu menganggap, berinteraksi dan bertindakbalas dengan
persekitaran. Gaya pembelajaran ini akan memberi kesan yang besar kepada murid ketika mereka
belajar melalui pelbagai kaedah dan media seperti verbal, logical, visual, muzikal dan berstruktur.
3.2

Nyatakan Objektif

Sebelum seseorang guru melaksanakan pengajarannya, dia seharusnya menentukan dan menyatakan
objektif pelajaran terlebih dahulu. Penyataan objektif pelajaran bukan bertujuan menyekat pelajar
untuk belajar tetapi ia merupakan tahap minimum tentang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh
murid dalam pengajaran seseorang guru. Pembelajaran bermakna perubahan atau pembaharuan. Oleh
itu, objektif harus difokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk
dipelajari.
Contoh objektif adalah seperti berikut :
a. Kumpulan A: Murid dapat menulis ayat yang betul berdasarkan gambar.
b. Kumpulan B : Murid dapat melengkapkan ayat berdasarkan gambar.
c. Kumpulan C : Murid dapat menyusun perkataan menjadi ayat yang betul berdasarkan
gambar
Saya berpendapat seseorang guru itu dianggap berjaya sekiranya objektif yang dinyatakan dapat
dicapai di akhir pengajarannya. Dengan adanya penyataan objektif pengajaran guru tidak akan
tersasar atau terkeluar daripada apa yang dirancang dan dinyatakan di dalam objektif pengajaran
dan pembelajaran.
3.3

Pilih Kaedah, Media dan Bahan


Seseorang guru mestilah bijak dalam memilih kaedah, media dan bahan dalam pengajarannya.
Kejayaan dan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid bergantung kepada pelbagai
kaedah, media dan bahan yang dipilih dan diaplkasikan dalam bilik darjah.

Kaedah pengajaran yang tepat dan berkesan akan menarik minat murid untuk belajar. Sebagai contoh
guru menggunakan kaedah kontektual dalam set induksi pengajarannya. Guru menunjukkan gambar
tunggal sebuah keluarga yang sedang berkelah. Murid menyatakan situasi dalam gambar tersebut.
Kaedah kontektual membolehkan murid mengaitkan pengetahuan sedia ada atau pengalaman hidup
mereka dengan gambar berkelah.
Kaedah kontektual ini akan menarik minat murid untuk belajar dan menambahkan rasa ingin tahu
mereka terhadap pengajaran guru. Mereka akan terus menunggu dengan penuh minat dan pengajaran
dapat disampaikan dengan mudah oleh guru kerana murid tekun belajar.
Guru juga perlu bijak memilih media yang sesuai dalam pengajarannya. Media pengajaran yang dipilih
adalah sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima
sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat dan perhatian pelajar serta dapat membentuk
proses pembelajaran. Menurut Ngui Kuan Sang (1989) berpendapat ia adalah satu pengalaman yang
melibatkan penggunaan penglihatan dan pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran
termasuk juga proses pengalaman, persediaan dan perasaan.
Contoh pemilihan media yang baik dan tepat dalam pengajaran seseorang guru ialah menggunakan
perisian video dalam komputer. Guru hendak menunjukkan jenis-jenis haiwan yang bertelur
atau beranak. Melalui media video gambar haiwan yang sedang bertelur atau beranak boleh
ditunjukkan kepada murid. Gambaran yang jelas dan tepat dapat menarik minat murid belajar dan
memberi pengetahuan yang berkekalan kepada mereka.. Murid menjadi mudah faham dan pengajaran
menjadi lebih berkesan.
Bahan yang baik dan mudah dibawa ke dalam kelas juga penting kepada guru. Guru yang bijak akan
menghasilkan bahan yang boleh digunakan sama ada oleh murid atau guru dengan mudah dan cepat.
Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.
3.4

Gunakan Media dan Bahan

Langkah seterusnya dalam model ASSURE ialah mnggunakan media dan bahan dalam pengajaran guru.
Ini merupakan tahap yang amat penting. Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa
yang kritikal kerana walaupun secanggih atau sehebat mana media yang dihasilkan, jika tidak
digunakan dengan berkesan akan mencacatkan proses sesuatu pengajaran.
Media dan bahan yang digunakan merupakan bahan bantu mengajar guru. Penggunaan bahan tersebut
dapat membantu guru mempercepatkan pemahaman murid dan objektif pelajaran dapat dicapai
dengan berkesan.
Contoh penggunaan media dan bahan yang dapat membantu guru dalam melaksanakan pengajarannya
ialah menggunakan radio dan alat pembesar suara untuk mengajar kemahiran mendengar dan
bertutur. Murid mendengar radio untuk mendapatkan maklumat. Maklumat yang dapat dinyatakan
dengan jelas dan tepat menandakan murid boleh mendengar dan bertutur dengan baik. Penggunaan

radio dan alat pembesar suara dapat membantu guru dalam proses pengajaan dan dapat menarik
minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.
3.5 Dorong Penglibatan Pelajar
Guru hendaklah mendorong pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran kerana ia
menunjukkan bahawa proses pembelajaran telah belaku. Pelbagai aktiviti boleh diaplikasikan oleh
guru untuk mendorong pelajar melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Contohnya dalamaktiviti
perbincangan. Guru hendaklah mendorong pelajar melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Guru
benarkan mereka supaya duduk dalam kumpulan. Sediakan kad-kad untuk membolehkan pelajar
mencatat idea atau pendapat mereka. Beri mereka peluang untuk menyatakan pendapat yang telah
dibincangkan. Memberi motivasi dan pujian jika jawapan pelajar adalah betul. Manakala jika jawapan
mereka salah, usah diperlekehkan atau dihina tetapi beri galakan untuk memperbaiki ke arah yang
lebih baik. Dorongan dan galakan yang baik dapat mendorong pelajar unuk belajar dan memberi
tumpuan kepada pelajaran.
3.6

Nilai dan Semak

Langkah terakhir yang perlu dilaksanakan oleh guru dalam pengajarannya berdasarkan model
ASSURE adalah menilai dan menyemak. Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, guru
perlulah membuat penilaian untuk mengukur keberkesanan alat atau bahan media secara menyeluruh.
Penilaian ialah proses yang berterusan dan dibuat sebelum, semasa dan selepas pengajaran.
Contoh menilai dan menyemak sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran ialah guru memastikan
kaedah, alat atau media yang digunakan sesuai dengan murid. Kaedah nyanyian misalnya sebagai set
induksi amat sesuai untuk murid tahap 1. Radio dan kaset digunakan sebagai bahan dan media untuk
melengkapkan set induksi pengajaran guru. Penilaian dan penyemakan yang dibuat sebelum sesi
pengajaran dan pembelajaran melancarkan proses belajar.
Contoh menilai dan menyemak semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pula ialah guru memastikan
bahan dan media dapat digunakan dengan sempurna dalam semua aktiviti yang dirancang. Misalnya
memastikan semua komputer yang digunakan oleh semua kumpulan murid berfungsi dengan baik dan
murid dapat mencatat isi-isi penting hasil perbincangan mereka dalam kumpulan tanpa apa-apa
masalah.
Manakala contoh menilai dan menyemak selepas sesi pengajaran dan pembelajaran pula ialah guru
memberi markah atau gred kepada hasil kerja murid. Misalnya guru menilai dan menyemak latihan
yang diberi dalam bentuk lembaran kerja atau buku latihan kepada murid.
4

Penutup

Model ASSURE mempunyai asas yang sangat kukuh untuk membangunkan courseware pengajaran
dan pembelajaran. Berdasarkan kajian-kajian lepas, model ini bukan sekadar memberi panduan
kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran malah setiap ciri yang terkandung dalam ASSURE
boleh mengubah persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang selalu dianggap

membosankan. Sekiranya ciri - ciri model ASSURE ini diaplikasikan sepenuhnya dalam membangunkan
courseware pengajaran dan pembelajaran, saya sangat yakin bahawa pelajar akan sentiasa
tertunggu-tunggu pengajaran guru pada hari tersebut. Bagi pihak guru pula, proses penyampaian
maklumat akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan.

Saya berpendapat bahawa model ASSURE merupakan salah satu model reka bentuk pengajaran yang
sesuai untuk digunakan alan situasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Model ini
mementingkan pemilihan media yang dapat menarik minat murid dalam aktiviti pembelajaran.
Selain itu, guru mestilah bijak memilih kaedah dan strategi yang sesuai dalam pengajaran supya
dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Berpandukan
model ASSURE dalam mereka bentuk pengajaran guru dan murid akan dapat mencapai objektif
pembelajaran dengan tepat dan sempurna. Ia juga dapat memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lebih berkualiti menggunakan media yang terancang dan
sistematik.

You might also like