Internet Dan WWW

You might also like

You are on page 1of 4

INTERNET DAN WWW

Internet
Secara amnya, Internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network)
ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala
Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat
dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching
communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara
menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.

FUNGSI INTERNET
Bilangan pengguna Internet yang besar dan semakin berkembang,
telah mewujudkan budaya Internet. Internet juga mempunyai kesan yang
besar ke atas ilmu, dan pandangan dunia. Dengan hanya berpandukan enjin
gelintar seperti Google, pengguna di merata dunia mempunyai capaian
serta-merta kepada bermacam-macam maklumat. Berbanding dengan buku
dan perpustakaan, Internet melambangkan penyebaran(decentralization)
maklumat dan data secara ekstrem.
Beberapa perkhidmatan popular di Internet yang menggunakan protokol di atas,
ialah e-mel, Usenet, Newsgroup, perkongsian fail, Jaringan Sejagat (WWW), Gopher,
WAIS, finger, IRC, MUD, dan MUSH. Di antara semua ini, e-mel dan Jaringan Sejagat
paling kerap digunakan, dan lebih banyak perkhidmatan yang dibina berasaskannya,
seperti senarai mel dan blog. Internet memungkinkan adanya perkhidmatan masasebenar seperti radio web dan siar web, yang boleh dicapai di seluruh dunia.
Beberapa perkhidmatan Internet popular yang berdasarkan sistem proprietari ialah
seperti IRC, ICQ, AIM, CDDB, Torrent dan Gnutella.

Sebuah pembekal maklumat Internet sejagat comScore melaporkan bahawa jumlah


pengguna unik Internet mecapai aras 1 bilion pada Disember 2008. Mengikut senarai
tapak web yang dilawati pula, Google berada di kedudukan teratas dengan 778 juta
pelawat unik. Ini diikuti dengan Microsoft, Yahoo, AOL dan Wikipedia dengan projek
kembarnya.

Cara menggunakan internet


Internet juga semakin banyak digunakan di tempat awam. Beberapa
tempat awam yang menyediakan perkhidmatan Internet termasuk
Perpustakaan, dan Internet Cafe (dikenali juga sebagai Cyber Cafe). Terdapat
juga tempat awam yang menyediakan pusat perkhidmatan berinternet,
seperti Internet Kiosk, Terminal Capaian Awam (Public Access Terminal), dan
Telefon web.
Terdapat juga kedai atau restoran yang menyediakan capaian Wi-Fi
atau Hotspot, seperti WiFi-cafe. Pengguna hanya perlu membawa komputer
riba (notebook) atau PDA, yang mempunyai kemampuan WiFi untuk capaian
ke Internet.

WWW
WWW adalah ringkasan daripada perkatann World Wide Web. Ianya juga disebut
sebagai jaringan sejagat dalam Bahasa Malaysia. WWW merupakan kumpulan
dokumen yang terhubung (hyperliked). WWW juga merupakan koleksi maklumat yang
mengandungi bahan yang berguna. Selain itu, ia turut berfungsi sebagai kumpulan
dokumen yang bercirikan dokumen multimedia yang mngandungi :
o

Teks

Grafik

Animasi

Video

WWW merupakan salah satu perkhidmatan internet yang membolehkan penjelajahan di


sluruh dunia. Maklumat dalam www merangkumi :
o

Hiburan

Perubatan

Perniagaan

Sukan

Penciptanya ialah Tim Berners Lee (pereka bagi pelungsur Internet Netscape
Navigator).

WEB BROWSER
Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis web browser yang digunakan. Contohnya ialah:

Netscape Communicator 4.7


Internet Explorer
Netscape Navigator 9
Mozilla Firefox
Opera
Neoplanet
Safari
Camino

Opera 6.0 ialah pelungsur yang paling pantas. Manakala internet Explorer pula ialah
pelungsur yang palin popular dan banyak digunapakai.

ENJIN GELINTAR
Enjin gelintar ialah satu enjin carian yang membolehkan kita mencari maklumat dan
melayari pelbagai laman web. Enjin carian juga terdapat banyak jenis, antaranya:

Yahoo
Google
Excite

Alta Vista
Hot Bot.

You might also like