You are on page 1of 9

BAB 7 : PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.1 : Gerak Kerja Kokurikulum


1.2 : Sekolah Harapan Negara
1.3 : Hari Guru
1.4 : Projek Nilam
1.5 : Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
1.6 : Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran
1.1 : Gerak Kerja Kokurikulum
Pada asasnya gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum dan setiap
orang pelajar harus melibatkan diri. Gerak Kerja ini boleh dijalankan didalam dan di luar bilik
darjah, mengikut kesesuaian sesuatu gerak kerja itu. Dengan andaian bahawa pelajar-pelajar
tidak dapat pengalaman-pengalaman tertentu di bilik darjah. Maka gerak kerja kokurikulum
boleh menyediakan pengetahuan dan pengalaman tersebut bagi perkembangan mental, minat,
bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua pelajar dan ahli masyarakat adalah perlu,
berasas kepada anggapan bahawa :
i) Semua pelajar harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (akademik )
dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu ( sosial, jasmani dan rohani )
ii) Semua pelajar mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan.
iii) Semua pelajar boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri.
iv) Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan pelajar-pelajar untuk keperluan masyarakat.
v) Masyarakat juga bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka dalam mendidik
pelajar-pelajar, termasuklah pendidikan kemasyarakatan.
Menyemaikan kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan
sebagaimana yang dinyata dalam Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat utama gerak
kerja kokurikulum. Matlamat gerak kokurikulum hendak dicapai adalah :
i) Perseimbangan antara perkembangan ,mental (akademik ) dengan perkembangan sosial,
jasmani dan rohani pelajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.
ii) Pengukuhan interaksi dan intergrasi dikalangan pelajar di sekolah.
iii) Peningkatan minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam gerak kerja kokurikulum yang
diceburi.
iv) Pengukuhan dan pengayaan perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta perluasan
pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu.
v) Pengisian masa lapang pelajar dengan berfaedah, memberi kegembiraan serta pembinaan
kesihatan dan kesejahteraan diri.
vi) Peningkatan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif
selaras dengan hasrat Rukunegara.
vii) Peningkatan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembiraan pelajar.
viii) Peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan
ibubapa dan masyarakat.
Bagi meningkatan gerak kerja kokurikulum ( berikut adalah beberapa pelaksanaan )
i) Memberi wajaran yang sesuai kepada gerak kerja kokurikulum supaya kurikulum dan gerak
kerja kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah.

ii) Menambahkan lagi bilangan-bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab dan


sukan serta mempelbagaikan gerak kerja, dengan tujuan memberi peluang kepada semua
pelajar melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai.
iii) Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua gerak kerja kokurikulum, dimana yang
sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan.
iv) Melibatkan pelajar dan pihak sekolah gerak kerja khidmat masyarakat.
v) Melibatkan Persatuan Ibubapa/guru-guru dan pelajar-pelajar dalam perancangan dan
perlaksanaan gerak kerja kokurikulum.
vi) Merancang dengan teliti gerak kerja kokurikulum bagi menetapkan matlamat yang
dikehendaki.
vii) Merekod dan menilai kemajuan gerak kerja kokurikulum.
viii) Mengadakan pertandingan dengan melibatkan semua secara berterusan.
ix) Mengadakan penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan.
x) Memberi penghargaan kepada pelajar dan lain-lain pihak, dari semasa ke semasa.
Gerak kerja kokurikulum mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu. Diantaranya ialah :
Pengetahuan yang diperolahi dari mata pelajaran akademik dapat di perkukuhkan dan
diamalkan melalui kerja kokurikulum. Ini juga dapat member peluang kepada para pelajar
memahami konsep latihan dalam bidang tertentu dengan menggunakan pengetahuan tersebut
dalam konteks yang lebih bermakna dan realistik. Di samping itu cara begini juga dapat
memberi pengalaman yang mungkin tidak terdapatdi dalam bilik darjah. Segala gerak kerja
kokurikulum hendak di rancang terlabih dahulu supaya selaras dan saling melengkapi dengan
apa yang diajar di bilik darjah. Ini boleh membantu pelajar-pelajar meningkatkan lagi prestasi
mereka dalam pelajaran.
Gerak kerja kokurikulum dapat memberi asas kerjaya kepada pelajar. Ia dapat juga membantu
dan melengkapi pengajaran dan pembelajaran serta dapat menimbulkan kesedaran dan
penyediaan pemilihan kerjaya. Pengetahuan dan kemahiran ini dapat berguna apabila mereka
memasuki dunia pekerjaan kelak. Gerak kerja ini boleh dijalankan secara kumpulan atau
individu dan tidak hanya terbatas kepada kemudahan dan peralatan atau kepakaran yang ada
di sekolah itu saja.
Para pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah boleh memberi khidmat kepada masyarakat
dan begitulah sebaliknya. Tujuannya adalah untuk memupuk dua hala antara masyarakat serta
menyemai semangat berkhidmat bekerja sama dan saling bantu membantu.
Pengetahuan yang diperolahi dari mata pelajaran akademik dapat di perkukuhkan dan
diamalkan melalui kerja kokurikulum. Ini juga dapat member peluang kepada para pelajar
memahami konsep latihan dalam bidang tertentu dengan menggunakan pengetahuan tersebut
dalam konteks yang lebih bermakna dan realistik. Di samping itu cara begini juga dapat
memberi pengalaman yang mungkin tidak terdapatdi dalam bilik darjah. Segala gerak kerja
kokurikulum hendak di rancang terlabih dahulu supaya selaras dan saling melengkapi dengan
apa yang diajar di bilik darjah. Ini boleh membantu pelajar-pelajar meningkatkan lagi prestasi
mereka dalam pelajaran.
Semua kerja korikulum boleh memberi peluang kepada melatih diri sendiri untuk kesihatan
diri disiplin, memupuk minat bakat serta membina semangat untuk menghayati nilai
perpaduan dan kewarganegaraan.

Gerak Kerja Kokurikulum sekolah dapat dikelompokkan kepada tiga jenis iaitu :
Badan Beruniform
Pengakap
Persatuan Bulan Sabit Merah
Kadet Remaja Sekolah
Pandu Puteri
Kadet Tentera Udara
Puteri Islam
Persatuan/Kelab
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah dan Geografi
Seni dan Kraftangan
Sains
Matematik
Kemahiran Hidup dan Pengguna
Pelajar Islam
Rekacipta
Kelab Kebajikan dan Pendidikan Moral
Kelab Pencegah Jenayah
Sukan & Permainan
Bola Sepak
Bola Tampar
Bola Jaring
Bola Keranjang
Badminton
Hoki
Catur
Tenis
Renang, Terjun dan Polo Air
Olahraga
Pasukan Rumah : Laksamana/Temenggung/Bendaraha/Syahbandar
1.2 : Sekolah Harapan Negara
"Anugerah Sekolah Harapan Negara" merupakan pengiktirafan dan penghargaan Kementerian
Pelajaran Malaysia terhadap segolongan guru (secara kolektif), di sebuah sekolah, iaitu, satu
unit institusi asas pendidikan, di atas dedikasi serta pengorbanan mereka sebagai pendidik
terhadap pembangunan pendidikan umumnya serta pembinaan warganegara khususnya.
Penganugerahan ini mengiktirafkan model sekolah contoh dalam konteks semasa yang dapat
dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah lain untuk menilai secara ikhtisas tentang pencapaian,
cabaran dan hambatan yang dialami oleh para pendidik di sekolah berkenaan dalam
melaksanakan tanggungjawab pendidikan dalam konteks masa ini.

OBJEKTIF PENGANUGERAHAN
" Memberi pengiktirafan kepada peranan guru masa kini yang telah dan sedang berusaha
untuk mempertingkatkan mutu pendidikan negara sebagai langkah ke arah pembinaan
warganegara yang berguna.
" Memupuk, mengembang serta menyuburkan perasaan perpaduan di kalangan guru-guru
bagi mencapai tahap profesion keguruan yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab mereka dalam konteks semasa. " Memberi penilaian secara objektif terhadap
sumbangan guru-guru dalam melaksanakan Dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
supaya penganugerahan ini akan mencetuskan semangat bersaing yang sihat dan berkesan.

1.3 : Hari Guru


PENGENALAN HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956
Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah
menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education
Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar
Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
LOGO HARI GURU

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.


Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan


integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru
dalam masyarakat Malaysia.
Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar,
persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan
mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Anugerah
Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan
Anugerah Kepimpinan Pendidikan Menteri Pelajaran
Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas
Anugerah Guru Cemerlang Kurang Upaya
Anugerah Guru Inovatif
IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
TEMA HARI GURU MALAYSIA
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
1.4 : Projek Nilam
Program galakan membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah
Program Nadi Ilmu Amalan Membaca atau Program NILAM yang telah mula dilaksanakan
pada tahun 1999. Pelaksanaan Program NILAM ini dimulakan hasil daripada keputusan
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran

Malaysia pada tahun 1998. Program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu bagi
sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah dan rekod
pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan.
NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua
aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan
yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan
sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat
persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk
membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia
di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan
Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat
Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat
Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan
murid.
Apakah objektif Program NILAM?
Menjadikan murid banyak membaca
Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat
membaca ini
Bilakah aktiviti Program NILAM boleh dilaksanakan?
Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas tamat waktu
persekolahan. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat Sumber Sekolah atau di
sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya matapelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menjalankan aktiviti membaca.
Waktu lain juga boleh diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran
kemahiran membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu Pusat Sumber Sekolah, Minggu
Bahasa atau mata pelajaran lain.
Murid juga boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan
mingguan untuk aktiviti membaca seperti Bicara Buku dan menulis ulasan buku.
Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas tamat waktu
persekolahan. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat Sumber Sekolah atau di
sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya matapelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menjalankan aktiviti membaca.
Waktu lain juga boleh diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran
kemahiran membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu Pusat Sumber Sekolah, Minggu
Bahasa atau mata pelajaran lain.

Murid juga boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan
mingguan untuk aktiviti membaca seperti Bicara Buku dan menulis ulasan buku.
1.5 : Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
Ditubuhkan pada 3 Mac 1958 di atas nama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Persekutuan Tanah
Melayu melalui satu mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Penasihat Pelajaran,Ketua Pegawai
Pelajaran Negeri dan wakil-wakil negeri. Pada tahun 1968 ditukarkan kepada Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Malaysia. MSSM ini di bawah Majlis Sukan Negara untuk menganjurkan
Kejohanan Peringkat MSSM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Kejohanan
Peringkat MSSM hanya terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah bantuan kerajaan bawah umur
18 tahun.
Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditubuhkan untuk menganjur
dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. Dasar
Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan domain psikomotor, kognitif dan
afektif. Pada tahun 1972, kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar telah dimajukan
bersama.
VISI MSSM
Memberi peluang kepada pelajar menyertai kejohanan yang mempunyai unsur-unsur
keseronokan sambil mempamerkan kecemerlangan.
MISI MSSM
Melahirkan atlet elit yang berpotensi tinggi melalui program pertandingan sukan di dalamdan
di luar negara
OBJEKTIF MSSM
Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur aktiviti-aktiviti sukan.
Menganjurkan dan menjalankan semua aktiviti sukan sekolah sama ada di peringkat
negeri,kebangsaan dan antarabangsa.
Mengelola dan menjalankan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan sekolah.
Menyelaras segala kaedah dan undang-undang pertandingan sukan sekolah di
peringkat kebangsaan dan negeri
Bekerjasama dengan mana-mana badan sukanlain atau pertubuhan-pertubuhan sukan.
Memajukan dan meningkatkan prestasi sukan keseluruhannya di Malaysia.
Membuat syor-syor kepada kerajaan mengenai cara, langkah, kaedah dan dasar yang
patut diambil bagi kemajuan sukan sekolah dan jika diluluskan oleh
kerajaan,melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor-syor itu.
1.6 : Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran
Pertandingan Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia hendaklah
mengikut Peraturan - Peraturan Am Pertandingan Majlis Sukan dan Kebudayaan
Perkhidmatan Pelajaran.

JENIS-JENIS PERMAINAN

Jenis
Permainan
1.
Bola
Sepak
Senior
2.
Bola
Sepak
Veteran
3.
Bola
Jaring
Senior
4.
Bola
Jaring
Veteran
5.
Sepak Takraw
Senior
6.
Badminton
Jenis
Bil
Permainan
7.
Jogathon
8.
Boling Tenpin
9.
Pentanque
10.
Tenis
11.
Ping Pong
12.
Kebudayaan
13.
Golf
14.
Hoki
15.
SepakTakraw
Veteran
Bil

Jantina
Lelaki

Jenis Pertandingan
Berpasukan

Lelaki

Berpasukan

Wanita

Berpasukan

Wanita

Berpasukan

Lelaki

Berpasukan/antara
regu
Lelaki/Perempuan
Ind/Berpasukan
Jantina
Jenis Pertandingan
Lelaki/Perempuan
Lelaki+Wanita
Lelaki/Perempuan
Lelaki
Lelaki/Perempuan
Lelaki+Perempuan
Lelaki
Lelaki
Lelaki

Ind/Berpasukan
Ind/Berpasukan
Ind/Berpasukan
Ind/Berpasukan
Ind/Berpasukan
Berpasukan
Ind/Berpasukan
Berpasukan
Antara Regu

6.1 Pemain yang layak menyertai pesta ini adalah:


6.1.1. Seorang warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dan menerima gaji daripada
Kementerian Pelajaran Malaysia sama ada bekerja secara tetap atau kontrak ( Kontrak
bermaksud dari segi Perkhidmatan Awam )
6.1.2. GSTT dan KGSK yang berkhidmat selama 3 bulan secara berterusan
6.1.3. Pegawai Khidmat singkat dibenarkan menyertai pertandingan ini dengan syarat telah
berkhidmat selama 3 bulan secara berterusan.
6.1.4. Guru yang melanjutkan pelajaran secara penuh masa dibenarkan mengambil bahagian
dengan syarat gajinya masih dibayar oleh pihak sekolah atau Jabatan asalnya dan mendapat
kebenaran daripada Dekan.

6.1.5. Kakitangan Politeknik, Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kolej


Komuniti Kementerian Pelajaran Malaysia boleh bermain di daerah dimana pusat pengajian
itu berada dan mewakili Daerah tersebut di pesta ini.
6.2. Pemain yang tidak layak
6.2.1. Pegawai dan Kakitangan Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah-Sekolah atau Maktab
tajaan Jabatan Agama Islam Negeri, Sekolah-Sekolah Swasta dan persendirian.
6.2.2. Pekerja Kontrak Swasta
6.2.3. Guru Ganti
6.2.4. Guru dan Kakitangan Sekolah Sukan Bandar Penawar tidak dibenarkan bermain untuk
Pesta MSKPP Johor kerana status kakitangan dan pegawainya telah diputuskan bertanding di
bawah MESCA.
6.2 Dalam acara veteran umur peserta lelaki adalah 40 tahun ke atas dan peserta wanita adalah
35 tahun di kira pada tahun pertandingan.
6.3 Seorang pemain hanya dibenarkan bertanding / didaftarkan di bawah satu bahagian/
peringkat umur iaitu senior atau veteran dalam satu permainan sahaja.
6.4 Pemain tidak dibenarkan mewakili pasukan MSKPPM Daerah lain melainkan mendapat
kebenaran dengan pelepasan bertulis dari Daerah asal dimana mereka berkhidmat. Tempuh 7
hari bekerja.
6.5 Pemain dalam kategori veteran ( jika ada permainan bercampur ) dibenarkan mengambil
bahagian dalam kategori senior dan mesti bermain dalam kategori yang sama hingga akhir
pesta. Tegasnya tidak boleh bertukar kategori dalam permainan itu.
6.6 Setiap peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan ( ASAL ) dan Slip gaji
asal atau surat tawaran kerja secara kontrak yang disahkan oleh ketua majikan masingmasing.
6.7 Pegawai Pelajaran Daerah dan pengurusan pasukan berkenaan adalah bertanggungjawab
penuh pada setiap nama pemain yang didaftarkan.
6.8 Sebarang bentuk penyelewengan adalah tanggungjawab Pegawai Pelajaran Daerah dan
jika berlaku perkara seumpama ini, kenyataan bertulis hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa
Pengelola kepada Yang Dipertua MSKPP Johor.

You might also like