You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN

KERTAS CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN PAPAN KENYATAAN BAHASA
INGGERIS

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TAMPOI,


063000 KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN.

TARIKH:
28 SEPTEMBER 2015 22 OKTOBER 2015
PROGRAM ANJURAN:
GURU PELATIH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TAMPOI, 06300 KUALA NERANG,
KEDAH DARUL AMAN
1.0 PENGENALAN

Sekolah

merupakan

pusat

bagi

murid-murid

untuk

menimba

ilmu

pengetahuan. Sekolah yang baik ialah sekolah yang mempunyai iklim yang kondusif,
sekolah yang selamat, ceria dan sesuai dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Dalam mewujudkan sekolah yang kondusif, pihak sekolah perlu
mewujudkan suasana ceria di sekolah. Pelbagai projek boleh dijalankan untuk
menceriakan kawasan sekolah seperti aktiviti melukis mural, menghias sudut-sudut
khas sekolah, menambah baik hiasan papan kenyataan, menghasilkan taman mini
atau taman sains, menceriakan bilik darjah dan sebagainya.
Papan kenyataan di dalam kawasan sekolah perlu dipenuhi dengan bahanbahan yang menarik dan dapat menarik perhatian murid-murid. Maklumat-maklumat
yang diperolehi daripada papan kenyataan sedikit sebanyak dapat membantu muridmurid untuk meningkatkan mutu pelajaran mereka. Ini adalah kerana pembelajaran
secara tidak langsung di luar kelas juga perlu dititikberatkan selain daripada
pembelajaran formal di dalam kelas. Persekitaran yang berbeza daripada di dalam
kelas akan mempengaruhi minat murid untuk lebih menerokai sesuatu yang baru
yang belum mereka ketahui. Mereka berkemungkinan akan berasa bosan dengan
situasi yang sama sahaja di dalam kelas.
Menyedari kepentingan papan kenyataan di sekolah, guru pelatih telah
membuat keputusan untuk membuat penukaran info papan kenyataan Bahasa
Inggeris di Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi. Projek penukaran info papan
kenyataan Bahasa Inggeris ini merupakan salah satu projek yang akan dijalankan
oleh guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman sebagai aktiviti
pengukuhan bagi para pelajar.
Info di papan kenyataan Bahasa Inggeris ini dapat membantu para pelajar
mengingat semula serta menghafal kumpulan perkataan asas dalam subjek Bahasa
Inggeris

seperti

Verb,

Noun

and

Adjective.

Diharapkan

melalui

program

penambahbaikan ini juga akan dapat meningkatkan semangat para murid untuk
membaca semua maklumat-maklumat penting yang telah ditampal di papan
kenyataan tersebut.

2.0 RASIONAL

Papan kenyataan yang dirancangkan ini akan dapat membantu murid-murid


agar dapat mempelajari kumpulan asas perkataan Bahasa Inggeris yang berlainan.
Maklumat-maklumat yang terdapat dipapan kenyataan dapat membantu tahap
pembacaan dan meluaskan pengetahuan murid. Dengan membaca maklumatmaklumat yang terdapat pada papan kenyataan tersebut, murid-murid dapat mengisi
masa lapang dengan berfaedah dan secara tidak langsung dapat mengurangkan
gejala sosial dalam bilik darjah.

3.0 MATLAMAT
3.1 Membantu

murid-murid

mendapatkan

malkumat

terkini

dan

ilmu

pengetahuan di luar bilik darjah secara santai dan tanpa pengawasan


guru.
3.2 Melahirkan murid yang bijak mengisi masa terluang dengan melakukan
aktiviti yang berfaedah.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik
dan indah.
4.2 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak
sekolah.
4.3 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti
dan integriti dalam melaksanakan tugas.
4.4 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.
4.5 Menunjukkan inisiatif

ke arah meningkatkan nilai profesionalisme

keguruan secara berterusan.

5.0 NAMA PROGRAM


Projek penambahbaikan papan kenyataan Bahasa Inggeris di SK Bukit Tampoi

6.0 ANJURAN
Guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
7.0 TARIKH

28 September 2015 22 Oktober 2015

8.0 TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman

9.0 ORGANISASI
Penasihat

En. Azlan bin Saad


(Guru Besar SK Bukit Tampoi)

Mentor

Pn. Saveetha a/p K. R. Vasudevan


(Ketua Panitia Bahasa Inggeris)

AJK perlaksana

Nurhazirah binti Azhar


(Guru Pelatih IPG Kampus Darulaman)

10.0

PELAN TINDAKAN PROJEK

Langkah
1

Aktiviti

Mengenalpasti papan-papan kenyataan yang bakal digunakan.

Mengambil gambar papan kenyataan tersebut.

Mencabut semua maklumat yang telah ditampal di papan


kenyataan tersebut.

Menyediakan bahan-bahan untuk menghias dan menambah baik


papan kenyataan yang sedia ada.

Menggantikan

maklumat papan

tanda

yang

maklumat yang baru.

11.0

Menghias papan kenyataan agar lebih menarik.

ANGGARAN BELANJAWAN

lama

dengan

BIL

PERKARA

BILANGAN UNIT

HARGA (RM)

Kertas A4 berwarna

1 unit

RM 6

Kertas pembalut hadiah

1 unit

RM 2

Kertas A4

1 rim

RM 10

Laminating film

1 kotak

RM 30

Double sided tape

1 unit

RM 2

Gunting

1 unit

RM 3

Gam

1 unit

RM 2
JUMLAH RM 55

12.0

PENUTUP
Adalah menjadi harapan saya agar projek ini dapat diterima dan akan

berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini dapat memberi manfaat
kepada semua pihak.
Disediakan oleh:

...........
(NURHAZIRAH BINTI AZHAR)
Guru Pelatih,
IPG Kampus Darulaman,
06000 Jitra,Kedah Darul Aman.

BAHAGIAN

A:

MENTOR / GURU PEMBIMBING

Data dan maklumat yang diberikan adalah betul.


Butiran kewangan yang diberikan adalah betul
Telah disemak dengan teliti
ULASAN:

Tarikh :
..........

..................................

Tandatangan & Cop

BAHAGIAN

B:

Guru Penolong Kanan

Disahkan betul.
DISOKONG / TIDAK DISOKONG.
ULASAN:

Tarikh :
...

...................................
Tandatangan & Cop

BAHAGIAN C

Guru Besar

ULASAN: .

DILULUSKAN

TIDAK DILULUSKAN

Tarikh :

Tandatangan & Cop

You might also like