You are on page 1of 2

LAPORAN AJK MAKANAN

SEBELUM

Permainan tradisionan merupakan satu program yang diadakan untuk memberi


pengalaman

kepada

guru

pelatih

untuk

mendapatkan

pengalaman

untuk

menganjurkan sesuatu permainan di sekolah kelak. Ia juga akan membawa kearah


pembinaan dan pembentukan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai
kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura
keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Oleh itu, karnivalpermainan tradisional
merupakan program yang telah diwajarkan untuk dilaksanakan oleh semua guru
pelatih di setiap Institut Pendidikan Guru bagi melahirkan guru yang berkualiti.
Kumpulan 5 PISMP pengajian tamil, adalah kelas yang terlibat dalam program
permainan tradisional. Kami sebagai pihak penganjur dengan kebenaran oleh Institut
Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun telah mengadakan permainan tradisional
pada 1 Oktober 2015 bertempat di padang IPG Kampus Tuanku Bainun. Seramai 20
guru pelatih telah terlibat dalam program ini. Karnival permainan ini bermula pada
pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
Sebelum bermulanya program karnival permainan tradisional, pensyarah telah
memaklumkan kepada kami bahawa sarapan dan makan tengah hari akan ditaja
oleh pihak penganjur. Kami telah mengumpul wang RM 20.00 bagi seorang pelajar
bagi menampung segala perbelanjaan yang diperlukan. Jadi saya sebagai ahli
jawatankuasa makanan dan minuman, telah saya rancang terlebih dahulu untuk
merancang perbelanjaan bagi makanan hari tesebut. Saya juga telah merancang
untuk menyediakan minuman sepanjang program itu. Pada masa yang sama kami
juga telah menyediakan makanan kepada pensyarah-pensyarah kami.

SEMASA
Sepanjang program tersebut makanan telah disediakan sepenuhnya oleh pihak
penganjur. Saya dan rakan saya Shoba a/p Rajenthiren adalah ahli jawatankuasa

makanan. Kami telah memberikan komitmen yang baik dan memuaskan sepanjang
program berlangsung. Tugas ahli jawatankuasa adalah mengagihkan makanan
kepada semua guru pelatih dan memastikan semua guru pelatih mendapat makanan
yang telah disediakan. Selain itu, kami juga menyediakan tempat dan ruang makan
guru pelatih serta memastikan tempat tersebut dalam keadaan bersih sebelum dan
selepas makan. Makanan bagi pensyarah pula disediakan di dalam khemah yang
telah kami pasang sebelumnya. Makanan tepat dihantar oleh pihak kantin tepat
pada masanya.

SELEPAS
Walaupun timbul sedikit masalah seperti kelewatan pengambilan makanan oleh
guru pelatih kerana mereka sedang menguruskan rumah-rumah mereka atau
permainan tradisonal mereka. Namun semua masalah yang timbul dapat diatasi
dengan baik, dan ahli jawatankuasa telah melaksanakan tugas dengan baik dan
lancar. Kesilapan yang timbul akan kami jadikan sebagai sandaran untuk
penambahbaikan dalam tugas AJK Makanan dengan lebih baik di masa akan
datang.

Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh;

(GUNESVARI A/P BALAKRISHNAN)


Ketua AJK Makanan
Karnival Permainan Tradisional
IPG Kampus Tuanku Bainun.

You might also like