You are on page 1of 8

O1.

PENGENALAN

Pihak sekolah akan mengadakan pelancaran Program 3 Dalam 1, yang


menggabung tiga program yang telah dirancang sebelum ini. Program yang
akan diadakan ialah Program Sentuhan Hati, Program Sifar Ponteng (Kelas
Tambahan) dan Program Sifar D/E.
Ketiga-tiga program ini dilaksanakan sebagai satu usaha intervensi
bagi membantu murid target lulus yang belum menguasai 5 mata pelajaran
UPSR; Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa
Inggeris, Sains dan juga Matematik, di dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun
yang baru berlalu. Program ini juga turut menumpukan perhatian kepada
murid-murid target lulus keseluruhan seramai 112 orang yang akan dibantu
melalui pelaksanaan Kelas Tambahan.
Melalui Program ini juga Pihak sekolah telah berbincang dan bersetuju
untuk menggunakan kaedah Mentor/Mentee bagi memberikan penumpuan
yang lebih kepada setiap murid yang berkenaan mengikut mata pelajaran
yang mereka belum menguasai. Kaedah ini lebih berfokus dan dilihat lebih
berkesan untuk membantu murid yang terlibat secara menyeluruh.
Adalah diharapkan dengan pelaksanaan Program 3 Dalam 1 ini, maka
murid-murid calon UPSR SK Kunak 1, akan dapat meningkatkan pencapaian
mereka dan akhirnya memperoleh sekurang-kurangnya Gred C di dalam
Peperiksaan UPSR yang akan datang kelak.

02.

PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB

A.

Guru Besar SK Kunak 1

B.

Guru Penolong Kanan

: Encik Mohd. Sattah Abdul Rashid

1.
2.
3.
4.

Puan Hajah Mumin Binti Haji Madia


Encik Jaafar Ahmad
Encik Mohd. Shukari Bin Ismail
Encik Arman Saini

C.

Guru Mata Pelajaran Tahun 6

:
(GPK1)
(GPK HEM)
(GPK Ko-Kurikulum)
(GPK Petang)
:

1. Puan Dalik Hassan


2. Cik Marauleng Hj. Yusof
3. Puan Rosdiana Madda
4. Puan Molly@ Nurul Atiqah Soumin
5. Puan Catherine Sampak
6. Puan Cristina Johnny
7. Puan Shamsiah Nganro
8. Puan Ramlah Tahang
9. Encik Mohd. Sattah Abdul Rashid
10.
Encik Mohd. Shukari Ismail
11.
Encik Jaafar Ahmad
12.
Encik Atan Aman
13.
Ustazah Nor Faizah Abdul Ghani
D.

Guru Mentor

1. Puan Asia Lastam


(BM)
2. Encik Mohd. Shukari Ismail
(BM)
3. Cik Juhuriah Bakri
(BM)
4. Puan Hazlina Hassa
(BI)
5. Puan Ronie Therasan
(BI)
6. Puan Rosnie Semong
(BI)
7. Puan Nurul Izzah Samingon
(BI)
8. Cik Suzie Atin
(BI)
9. Cik Delsinya Delman
(MT)
10.
Cik Siti Khadijah Haji Mohd. Zain
(MT)
11.
Encik Buhari Abdula Rahman
(SN)
12.
Encik Sulaiman Musi
(SN)

03.

OBJEKTIF

3.1 Memberikan motivasi kepada murid-murid yang belum menguasai


mata pelajaran UPSR di dalam peperiksaan pertengahan tahun yang baru
lalu supaya mereka terus berusaha dalam meingkatkan pencapaian.
3.2 Mengelompokkan murid-murid mengikut kumpulan mata pelajaran
yang mereka belum menguasai supaya mereka boleh diberikan fokus yang
lebih baik.
3.3 Membantu murid-murid yang belum menguasai mata pelajaran UPSR
di dalam peperiksaan pertengahan tahun yang baru lalu supaya mereka
boleh lulus dalam peperiksaan UPSR yang akan datang kelak.
3.4 Memberikan ruang kepada murid target lulus yang mencapai sekurangkurangnya satu lulus(mata pelajaran UPSR) dalam Peperiksaan Pertengahan,
untuk memperbaiki pencapaian.
3.5 Membantu sekolah mencapai KPI peratus lulus iaitu 79% dalm
Peperiksaan UPSR 2015.

04.

TEMPOH PELAKSANAAN

1. Bulan Jun sehingga September (UPSR)


2. Pelancaran Mentor/Mentee
:
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

:
:
:
:

25 Jun 2015
Khamis
8.30pagi
Dewan Ibnu Sina

05.

AJK PELAKSANA

Pengerusi
: Encik Mohd. Sattah Abdu Rashid (Guru Besar SK Kunak
1)
Timbalan Pengerusi
: Puan Hajah Mumin Haji Madia
(GPK Kurikulum)
Naib Pengerusi
:
1. Encik Jaafar Ahmad
(GPK HEM)
2. Encik Mohd. Shukari Ismail
(GPK KO-KUM)
3. Encik Arman Saini
(GPK PETANG)
Setiausaha
Bendahari

: Puan Cristina Johnny


: Puan Udah Giwa

(Penyelaras Tahun 6)
(KPT SK Kunak 1)

AJK Kerja :
AJK
AJK
AJK
AJK

Modul
Kelas Tambahan
Intervensi
Mentor/Mentee

: Semua Guru Mata Pelajaran Teras


: Semua Guru Mata Pelajaran Teras
: Guru Besar dan semua GPK
: Semua Guru Mentee Mata Pelajaran

Teras
AJK Bahan bacaan/banting

06.

: Semua Ketua Panitia Teras

ANGGARAN KOS DAN SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA

KUANTITI

JUMLAH

78 orang X
RM35
78 orang X
RM15
20 banting X
RM15
20 banting X
RM15
78 orang X

RM2730

Modul 2 (5 buah Buku


Modul DIDIK)
Bahan bacaan bercetak

Banting kata-kata motivasi

Banting rumus/rumus
mata pelajaran
Tag nama murid

RM1125
RM300
RM300
RM390

SUMBER
KEWANG
AN
Kewangan
PPD Kunak

07.

Makan dan minum semua


peserta terlibat
(ibubapa/murid/guru)
Jumlah Besar

RM5
185 orang X
RM7

RM1295

RM6140

PENGISIAN PROGRAM

6.1 Mesyuarat AJK Induk dan AJK Kerja Program Kecemerlangan Tahun 6,
SK Kunak.(Januari)
6.2 Taklimat dan pembentangan Program Kecemerlangan kepada warga
sekolah oleh Guru Besar SK Kunak 1. (Januari)
6.3

Pembentangan kertas kerja program. (Febuari)

6.4 Pembentangan dialog Prestasi Pencapaian Murid dalam Peperiksaan


Pertengahan Tahun. (Mei)
6.5

Pembentukan Kumpulan Mentor/Mentee. (Jun)

6.6

Pelancaran Program 3 Dalam 1. (Jun)

6.7

Pelaksanaan Program 3 dalam 1.

08.

TEMA

Muafakat Didahulukan, Kecemerlangan Diutamakan

09.

PENILAIAN PROGRAM

Program ini akan dinilai melalui beberapa metodologi iaitu;


8.1 Pemerhatian dan Pemantauan Program
8.2 Analisis kehadiran murid
8.3 Headcount pencapaian murid

10.

TENTATIF PELAKSANAAN

Januari
:
1. Pembentangan headcount TOV/ETR Tahun 6
2. Mesyuarat Guru-guru Tahun 6
3. Perbincangan Program Tahun 6
4. Pembentangan Kertas Kerja Program Kecemerlangan Tahun 6
5. Kelas Tambahan Fasa 1 bermula
Febuari
:
1. Kelas Tambahan Fasa 1
Mac
:
1. Kelas Tambahan Fasa 1
2. Dialog Prestasi Ujian Fasa 1
April
1. Kelas Tambahan Fasa 1
2. Dialog Prestasi Ujian April
Mei
1. Peperiksaan Pertengahan Tahun
2. Dialog prestasi Peperiksaan Pertengahan Tahun
Jun
1. Pelancaran Program Intervensi
- Program 3 Dalam 1
- Pemberatan kepada Kaedah Mentor Mentee
2. Kelas Tambahan Fasa 2
3. Kelas Mentor/Mentee
Julai
1. Kelas Tambahan Fasa 2
2. Kelas Mentor/Mentee
3. Dialog Prestasi Ujian Julai
Ogos
1. Kelas Tambahan Fasa 2
2. Kelas Mentor/Mentee
3. Dialog Prestasi Ujian Julai

September
1. Sesi Motivasi
2. Peperiksaan UPSR
11. SASARAN
1. 112 orang murid target lulus penuh bagi Program Sifar Ponteng Kelas
Tambahan.
2. 78 orang murid lulus sekurang-kurangnya 1 bagi Kelas Mentor/Mentee
(Program Sentuhan Hati dan Program Sifar D/E)
12.

PENUTUP

Sokongan erat daripada ibubapa murid dan kerjasama erat diantara pihak
sekolah dengan pihak ibubapa adalah kunci kejayaan kepada Program ini.
Semoga dengan usaha ini murid-murid target SK Kunak 1 akan dapat
mencapai kejayaan seperti yang diharapkan.
Disediakan Oleh,
..
(CRISTINA JOHNNY)
Penyelaras Tahun 6,
SK Kunak 1, Kunak.
Disemak Oleh,
.
(PUAN HAJAH MUMIN HAJI MADIA)
GKP Kurikulum,
SK Kunak1, Kunak.
Disahkan Oleh,
..
(ENCIK MOHD SATTAH ABDUL RASHID)
Guru Besar SK Kunak 1,
Kunak.
2015

You might also like