You are on page 1of 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL PALANIANDY

13200 KEPALA BATAS,


PULAU PINANG.

LAPORAN AKTIVITI HARI SUKAN NEGARA


SJK (T) PALANIANDY
TARIKH :
10 OKTOBER 2015

TEMPAT :
PADANG SJKT PALANIANDY

MASA :
7.30 PAGI 12.05 T/HARI

1.0 PENGENALAN
Sambutan Hari Sukan Negara diisytiharkan pada setiap Sabtu minggu kedua
Oktober setiap tahun oleh Perdana Menteri pada 24 Mac lalu. Sambutan ini adalah
inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang mana ia satu langkah proaktif dalam proses
transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah 'Negara
Bersukan'. Hari Sukan Negara diisi dengan lebih 17,000 aktiviti sukan dan riadah untuk
memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan sambutan
ini yang diraikan secara serentak di seluruh negara.

2.0 RASIONAL
Sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah merupakan satu program di
bawah Kementerian Belia dan Sukan yang telah diumumkan oleh Dato Sri Mohd Najib
bin Tun Haji Abdul Razak pada 24 Mac 2015. Program ini akan dilaksanakan di seluruh
sekolah pada 10 Oktober 2015 yang merupakan hari persekolahan bagi cuti berganti
sempena Aidilfitri yang lalu.

3.0 MATLAMAT
Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan
rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan
masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40
peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan
melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu
menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia. Sambutan Hari Sukan
Negara ini adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai
hasrat menjadikan negara Malaysia sebagai salah sebuah Negara Bersukan (Sporting
Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan satu agenda nasional yang
selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

4.0 KUMPULAN SASARAN


158 orang pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

5.0 TENTATIF PROGRAM


Masa
7.30 pagi 8.00 pagi

Aspek
Kedatangan Guru dan Murid ke Padang
SJKT Palaniandy

8.00 pagi 10.00 pagi

Aktiviti dan permainan kecil yang


berkonsep Hari Sukan Negara

10.00 pagi 10.30 pagi

Rehat

10.30 pagi 12.00 tengah hari

Aktiviti dan permainan kecil yang

12.00 tengah hari

berkonsep Hari Sukan Negara


Bersurai

6.0 LAPORAN
Majlis pelancaran Hari Sukan Negara telah dilaksanakan di Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Palaniandy pada hari 10 Oktober 2015. Majlis telah dijalankan pada
jam 8.00 pagi bertempat di padang sekolah yang dirasmikan oleh T.Ratana Vallo, guru
besar SJKT Palaniandy. Murid murid bersama semua guru telah menjalankan
senamrobik bersama jawatankuasa hari sukan negara diketuai oleh Pn. Gesavarthani
selaku Penolong Kanan Kokurikulum.

Antara aktiviti yang telah dijalankan pada waktu tersebut :


Waktu pagi ( 8.00 pagi hingga 10.00 pagi)
1.
2.
3.
4.
5.

Senamrobik
Bola Jaring
Bola Sepak
Badminton
Gala Panjang

Waktu selepas rehat ( 10.00 pagi hingga 12.00 pagi)


6. Tarik tali
7. Gasing
8. Guli
9. Congkak
10. Batu Seremban
"Saya berharap aktiviti sukan ini akan menjadi amalan hidup kita kerana adalah
sangat penting dan kita juga perlu masa untuk rekreasi dan bersukan. Dengan
kesihatan yang baik, maka mudahlah kita melakukan pelbagai tugasan dan melahirkan
insan yang cemerlang dari segi JERIS serta memajukan sekolah serta negara," katanya
T.Ratana Vallo, guru besar SJKT Palaniandy.

7.0 PENUTUP
Konklusinya, Hari Sukan Negara yang telah diadakan diseluruh negara pada 10
Oktober 2015 turut diadakan di SJKT Palaniandy. Setinggi - tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan program
ini.

You might also like