You are on page 1of 14

6 JENIS KATA SENDI NAMA

di

ke

dari

daripada

kepada

pada

KUMPULAN 1:

RODHIAH BT MAD RODZI


NOR ASNIDA BT MAD DAUD
NORAZILA BT ABIDEN

NURUL HIDAYAH BT ZAKARIA


NUR ZAWANI BT MHD FAKHRUDDIN

KATA SENDI
NAMA
Kata Sendi Nama ialah perkataan
yang hadir di hadapan frasa nama
dan membawa maksud tertentu.

Kata Sendi Nama

Keterangan

Contoh

di

Menunjukkan
tempat.

Helmi suka duduk di


rumah.
Ayah saya sering berada
di dalam pejabat.
Ibu meletakkan cermin
matanya di dalam beg.

ke

Menunjukkan
tempat atau arah.

Adik sering ke kedai


apabila ada wang.
Azrina berjalan kaki ke
klinik bersama kawannya.
Jangan pergi ke sana
seorang diri.

Menunjukkan
waktu.

Azila membaca buku


cerita itu hingga ke pagi.
Persahabatan mereka
bertambah erat dari sehari
ke sehari.

Kata Sendi Nama


dari

Keterangan

Contoh

Menunjukkan tempat atau


arah.

Lori-lori itu bergerak


dari pasar.
Askar Jepun mara dari
utara semenanjung
Tanah Melayu.
Dari kaca mata saya
tindakan budak itu wajar.

Menunjukkan waktu atau


masa.

Pengembara itu sudah


berada di kampung ini
sejak dari subuh lagi.
Saya mengulangkaji
pelajaran dari pukul
sembilan pagi hingga
sebelasa pagi.
Dari bulan Januari lagi
saya sudah menderma.

Kata Sendi Nama


daripada

Keterangan

Contoh

Surat itu datangnya


Menunjukkan punca bagi
manusia, haiwan dan benda. daripada pengetua saya.
Hadiah yang saya dapat
itu daripada ibu angkat
saya.
Cerita itu dipetik
daripada buku Cikgu
Abdullah.
Koleh-koleh itu dibuat
Menunjukkan sumber atau
asal kejadian sesuatu benda. daripada kacang hijau.
Shahir mendapat ilham
daripada pemandangan
itu.
Kebanyakan kuih
berasal daripada tepung.

Kata Sendi Nama

daripada

Keterangan

Menunjukkan perbezaan
atau perbandingan

Contoh

Suhu badannya
meningkat daripada
37C kepada 39C.
Daripada Ali lebih baik
Alif.
Markah Fathin kurang
sedikit daripada markah
kembarnya.

Kata Sendi Nama


kepada

Keterangan

Contoh

Menyatakan sasaran yang


merujuk manusia, haiwan
dan unsur mujarad.

Sisa makanan itu


diberikan kepada kucing.
Ali mengirim surat
kepada kakak.
Sila kembalikan borang
itu kepada kerani pejabat
ini.

Menyatakan pecahan.

Peserta BIG
dibahagikan kepada dua
kumpulan.
Waktu kuliah
dipecahkan kepada sesi
pagi dan sesi malam.
Bermula pada tahun
ini, pengajian kolej itu
dipecahkan kepada tiga
semester.

Kata Sendi Nama

kepada

Keterangan

Menyatakan perubahan
keadaan.

Contoh

Suhu badannya
meningkat kepada 39C.
Keadaan ekonomi
berubah kepada tahap
yang lebih baik .
Harga pasaran saham
menurun kepada paras
yang membimbangkan.

Kata Sendi Nama


pada

Keterangan
Menunjukkan keterangan
waktu & tempat

Digunakan dalam ungkapan


ada + pada (manusia dan
haiwan) dalam beberapa
situasi tertentu.

Contoh

Bas kami bertolak


pada pukul 7.30
pagi.

Pada ketika itu, Zul


tengah makan.

Sofea akan berlatih


hoki pada petang
ini.

Jongkong emas itu


ada pada nenek.

Jam itu ada pada


kakak Fazli.

Kata Sendi Nama


pada

Keterangan
sebagai perkataan yg terletak
di hadapan KN yg
menunjukkan tempat bg
perbuatan sesuatu KK.

Contoh
Kaki lembu itu
digantung pada
cangkuk besi.

. Surat pekeliling
itu ditampal pada
papan kenyataan.
. Tulis alamat
rumah pada
borang keahlian
itu.

pada

Sebagai hasil perkembangan bahasa Melayu, KSN pada


digunakan juga dalam bentuk ungkapan seperti berikut :
Pada

saya kejayaan yang dicapainya itu cukup memuaskan.

Pada

pendapatnya persatuan kami harus dibubarkan.

Kisah

itu hanyalah khayalan, pada pandangan saya.

Frasa Sendi Nama


1. Anak muda itu pakar perubatan dari Malaysia.
2. Ukiran daripada kayu itu sangat elok buatannya.
3. Jambangan bunga itu daripada suaminya.
4. Pemandangan di atas bukit itu sangat indah.
5. Pejabat Encik Farhan di dalam bangunan itu.
Perkataan yang berwarna itu ialah frasa sendi nama.

Kenal pasti frasa sendi nama dalam ayat berikut.

1. Ceramah Doktor Radio bermula dari jam 1:15 petang setiap hari
Ahad dan Selasa.
2. Rancangan itu ke udara dua kali seminggu.
3. Penerbit rancangan itu berasal dari Johor.
4. Ramai peminat rancangan itu terdiri daripada pelajar-pelajar
sekolah.
5. Saya seorang daripada mereka.

Sekian, terima kasih

You might also like