You are on page 1of 3

LAPORAN LAWATAN PERTUKARAN PELAJAR/SISWA

DARI SD MUHAMMADIAH

Tarikh: 10 MAC 2015


Tempat

: Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Besut.

Pihak sekolah telah melaksanakan Program lawatan pertukaran pelajar/siswa


dari SD Muhammadiah di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Besut. Program ini
berlangsung pada hasi selasa. Kami sebagai guru pelatih yang mejalani praktikum fasa
3 di sekolah tersebut turut terlibat dalam program ini, kami melaksanakan tugasan ini
untuk membantu mereka menjayakan program ini samping mendapatkan pengalaman
untuk menganjurkan aktiviti seumpama ini di sekolah nanti.
Pihak sekolah dan kami diberi taklimat tentang tugasan yang kami harus
melakukan semasa program lawatan tersebut berlangsung. Kami telah mengadakan
perjumpaan dan berbincang tentang perkara-perkara yang perlu diuruskan dalam
program yang akan dijalankan. Pada mulanya, kami bersama guru membincang dan
memilih ahli jawatankuasa. Kami 5 orang guru pelatih telah diberikan tugasan sebagai
ajk kawalan murid semasa program tersebut berlangsung.
Selepas pemilihan jawatan kuasa, semua guru dan pihak sekolah bekerjasama
untuk menyediakan persembahan murid, menjalankan raptai dengan murid-murid,
sediakan barang-barang yang diperlukan, menghiasi dewan dengan bunga dan
sebagainya. Kami juga turut membantu mereka untuk membuat persiapan.

Pada hari program lawatan pertukaran pelajar/siswa dari SD Muhammadiah


berlangsung, kami guru pelatih bersama guru yang bertugasan mengaturkan muridmurid tahun 1 sehingga tahun 4 dalam 2 barisan panjang. Kami mengedarkan bendera
malaysia dan bendera Indonesia kepada murid-murid untuk kibarkan semasa pelawat
masuk ke dalam sekolah sebagai tanda penghormatan.selain itu, terdapat juga paluan
kompang dan dan bunga manggar untuk menjemput mereka ke sekolah. Kami guru
pelatih menjaga murid-murid tersebut supaya tidak bising dan berkelakuan baik serta
membantu untuk berdiri dalam barisan mereka. Selepas itu, bekas pelajar SK Kampung
Raja telah mempersembahkan silat di depan pelawat bagi memperkenalkan tradisi seni
pertahanan diri melayu kepada mereka.

Pada pukul 10.00 pagi rombongan pelajar dari Indonesia mengadakan sarapan
padi di Dewan Ulul Albab. Selepas itu, mereka bergerak ke dewan hj rosli lalu program
mula berlangsung seperti dirancangkan. Program tersebut bermula dengan bacaan doa
oleh Ustazah dan ucapan aluan pengerusi majlis. Guru besar Sekolah Kebangsaan
Kampong Raja telah memberikan ucapan kepada murid-murid dan rombongan tentang
sekolah tersebut dan tradisi yang diamalkan.

Tarian tradisional seperti tarian ulik mayang, persembahan dikir barat, tampilan
tapak suci dipersembahkan oleh murid-murid di atas pentas dewan. Rombongan
daripada Jakarta Indonesia dapat berkongsi idea, ilmu tentang tradisional di
Terengganu, makanan, cara mengurus sekolah SPBT dan sebagainya. Mereka juga
turut berkongi budaya mereka yang biasa dilaksanakan di sekolah mereka iaitu tarian
SMUTS. Tarian SMUTS dijalankan setiap hari di sekolah mereka pada permulaan
sekolah bagi memberikan motivasi serta mencergaskan badan murid-murid dan guruguru di sekolah SD Muhamaddiyah tersebut. semua guru dan kami guru pelatih turut
melihat persembahan-persembahan murid sambil menjaga disiplin murid-murid di
bawah pentas bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.
Pada akhir program lawatan siswa/pelajar, guru besar telah menyerahkan
cenderamata kepada rombongan pelajar dari Indonesia sebagai kenangan dan
penghormatan dari SK Kampong Raja. Wakil guru daripada rombongan tersebut
bersama guru besar telah menandatangani MOA sebagai tanda lawatan ke sekolah ini.
Pada pukul 1.30 tengah hari pihak sekolah dan rombongan pelajar serta guru-guru
mereka makan makanan tengah hari di Dewan Ulul Albab.

You might also like