You are on page 1of 8

BAB 3: KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA

Kemunculan Kerajaan-kerajaan Awal Asia Tenggara


3.1 Ciri-ciri Kerajaan Agraria
1 Apakah yang dimaksudkan dengan Kerajaan Agraria. ms 75
Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian / penternakan dan
pemungutan hasil hutan dan sungai.
2 Terangkan ciri-ciri Kerajaan Agraria ms 75
Berasaskan pertanian / penternakan / dan pemungutan hasil hutan dan sungai.
Terletak di kawasan yang subur / lembah sungai / bukit dan lereng gunug berapi.
Menanam padi huma di tanah tinggi / bukit
Tanaman sampingan seperti jagung / pisang / keledek / sayur-sayuran
Hasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih / lada hitam
Mengumpul hasil hutan seperti kayu gaharu / kapur barus / tanduk / gading / dammar /
kayu cendana / buah-buahan
Sarang burung dari gua untuk perdagangan
Kegiatan menangkap ikan di sawah / paya / sungai
Mendapatkan kulit kura-kura
Menternak binatang sperti lembu / kerbau / kambing / ayam
Lebihan hasil tanaman dan ternakan dipasarkan
Perkembangan pertanian dipengaruhi oleh pembinaan sistem saliran yang baik
Raja terlibat dalam pembinaan pengairan dan kerajaan bertanggungjawab dalam
pengurusan sistem pengairan.
3.2 Faktor kejayaan Kerajaan Angkor dan Funan dalam bidang pertanian
1 Huraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada kemajuan pertanian dalam
kerajaan Angkor. ms 76-77
Pembinaan sistem pengairan / baray
Peranan pemerintah

Kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam pembinaan system pengairan


Pemerintahan Raja Indravarman I telah membina sistem pengairan / baray
Tanah yang subur
Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun
Kemudahan perhubungan dan pengangkutan Sungai Mekong
2 Jelaskan kepentingan Tonle Sap kepada kerajaan agraria. ms 77
Mengawal banjir
Menampung limpahan air banjir Sungai Mekong
Tanah yang subur
Mendapan lumpur yang subur pada musim kemarau
Punca bekalan air
Membekal sumber air minuman
Membekalkan air untuk terusan / sistem pengairan
Punca air untuk mengairi sawah / kawasan pertanian
3 Apakah ikhtibar yang boleh diambil daripada kemajuan yang dicapai oleh kerajaan
agraria demi memajukan sektor pertanian negara kita?
Mempunyai kecekalan
Mempunyai sistem pentadbiran yang teratur
Menguasai alam sekitar
Jangan mudah berputus asa
Manfaat setiap kurniaan Tuhan
3.3 Ciri-ciri Kerajaan Maritim
1 Apakah yang dimaksudkan dengan Kerajaan Maritim? ms 75
Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan / kelautan
Kerajaan yang berfungsi sebagai pelabuhan
2 Namakan kerajaan-kerajaan Maritim di Asia Tenggara. ms 75
Langkasuka

Kedah Tua / Kataha


Chih Tu
Srivijaya
3 Terangkan ciri-ciri Kerajaan Maritim ms 75
Berasaskan perdagangan / kelautan
Berfungsi sebagai pelabuhan
Berhampiran pesisiran pantai / lembah / kepulauan
Pelabuhan pembekal berkembang kepada pelabuhan kerajaan
Pelabuhan entrepot apabila menjalin hubungan dengan China dan India
Penduduknya orang tempatan / orang laut / pedagang luar
Menggunakan lebih daripada satu bahasa
Bahasa Melayu lingua franca
Pelabuhan lengkap / membaiki kapal / penyimpanan barang / penginapan / tempat
berdagang / air / makanan
Kemahiran membuat kapal layar / perahu
Barang dagangan seperti rempah ratus / damar / rotan / beras / emas / bijih timah
3.4 Faktor kemajuan perdagangan kerajaan Srivijaya dan Kedah Tua
1 Nyatakan faktor perkembangan kerajaan Srivijaya. ms 80-81
Tentera laut yang besar
mengawal perdagangan
mengawal keselamatan
Kedudukan strategik
tempat persinggahan kapal dagang
Kaya hasil dagangan
Pelabuhan yang baik
Menghasilkan kapal besar
Kemudahan mendapat makanan

Pengurusan pelabuhan yang cekap


2 Jelaskan faktor perkembangan kerajaan Kedah Tua sebagai pusat perdagangan.
ms 81-82
Gunung Jerai menjadi panduan
Kedudukan strategik
terlindung daripada tiupan angin monsun
Kemudahan tempat menyimpan barang / gudang
Kekayaan hasil hutan seperti damar dan rotan
kekayaan sumber bumi seperti timah
Barang dagangan luar seperti kain kapas, sutera, teh
Mahir ilmu bintang / pelayaran
Pelabuhan entrpot Lembah Bujang
Gunung Jerai sebagai panduan
3 Sebagai seorang warganegara Malaysia, apakah peranan anda dalam memajukan
ekonomi negara?
bekerjasama
mengekalkan perpaduan
meningkatkan ilmu pengetahuan
bersifat kreatif dan inovatif
berdaya saing
membeli barangan buatan Malaysia
mahir dalam teknologi
menjalin hubungan diplomatik
4 Sebagai seorang pelajar, apakah nilai-nilai positif yang boleh diambil daripada
kemajuan yang dicapai oleh kerajaan maritim?
Kemahiran belayar
Keberanian

Semangat meneroka
Menceburi bidang perdagangan laut
Menghayati tradisi pelaut
Tidak mudah berputus asa
3.5 Hubungan kerajaan agraria dan maritim yang saling bergantung
1 Kenapakah kerajaan agraria dan kerajaan maritim saling bergantung dalam kerajaan
awal di Asia Tenggara? ms 83
Kerajaan agraria membekalkan tenaga kerja kepada kerajaan maritime
Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maritim untuk mendapatkan barangan
mewah dari luar negara seperti China dan India
Kerajaan agraria memerlukan kerajaan maritim untuk memasarkan barangan mereka
Kerajaan maritim bergantung kepada kerajaan agraria untuk mendapatkan beras
Beras menjadi dagangan utama kerajaan agraria dan kerajaan maritime
Kerajaan maritim mendapatkan bahan mentah seperti kayu untuk membuat kapal
Kerajaan maritim memperolehi gajah daripada kerajaan agraria sebagai kenderaan raja
Kerajaan maritim bergantung kepada kerajaan agraria untuk mendapatkan tukang-tukang
yang mahir seperti tukang kayu dan tukang batu
Kerajaan maritim menjalankan perdagangan entrepot, bergantung kepada kerajaan
agraria bagi mendapatkan hasil hutan
3.6 Pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara
1 Nyatakan cara penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara ms 84
melalui ketenteraan / ksyatria
melalui perdagangan / vaisya
melalui peranan Brahmin / pendeta
melalui pengambilan aspek kebudayaan India yang menarik
disesuai dengan budaya tempatan
3.7 Pengaruh Hindu-Buddha dalam pemerintahan di Asia Tenggara

1 Nyatakan pengaruh Hindu-Buddha dalam pemerintahan di Asia Tenggara.


ms 85-88
Sistem pemerintahan beraja
Gelaran raja digunakan
Raja berada di puncak pemerintahan
Raja berkuasa mutlak
perintah raja menjadi undang-undang
raja bayangan tuhan
yang melanggar perintah bermakna derhaka
lahir konsep dewa raja
raja memiliki kesaktian
raja mempunyai kedaulatan
istiadat pertabalan raja
Konsep orde kosmos / raja berkuasa dalam alam semesta
3.8 Pengaruh Hindu-Buddha dalam seni bina candi di Asia Tenggara.
1 Mengapakah pemerintah kerajaan awal di Asia Tenggara membina candi? ms 88
untuk rumah ibadat agama Hindu-Buddha
untuk simpan patung dewa
melambangkan keagungan pemerintah
melambangkan kesenian
melambangkan orde kosmos
tempat menyimpan abu jenazah raja dan kaum keluarganya
2 Namakan monumen yang ada pengaruh Hindu-Buddha di Asia Tenggara. ms 88
Angkor Wat di Kemboja
Candi Borobudur di Jawa Tengah
Candi Lembah Bujang di Kedah
3 Nyatakan ciri-ciri seni bina Angkor Wat yang ditemui pada zaman awal di Asia

Tenggara ms 89
Dibina untuk agama Hindu di Kemboja
Raja Sauyavarman II membina Angkor Wat
Lambang orde kosmos
Setinggi 213 meter
Keluasan 208 hektar
Tempat pemujaan pada bahagian tengah setinggi 39 meter / teres bertingkat empat
Setiap sudut mempunyai menara
Bahagian luar terdapat tembok daripada batu laterit dan batu pasir
Ukiran di dinding menggambarkan epik Ramayana dan Mahabharata
4 Jelaskan ciri-ciri seni bina candi Borobudur. ms 90
Untuk agama Mahayana di Jawa Tengah
Sembilan tingkat dan terdapat pagar langkan dengan relief lukisan Buddha
Tingkat pertama terdapat ukiran kehidupan Gautama Buddha
Bahagian paling atas melambangkan tahap nirwana iaitu tahap manusia bebas daripada
nafsu
Stupa candi Borobudur terbahagi kepada tiga tingkat
Melambangkan tiga tahap kehidupan
Sila (moral) / Samadhi (penumpuan) dan panna (kebijaksanaan)
Dibina dalam masa 75 tahun
5 Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu menjaga dan memelihara senibina
berunsur sejarah?
Pelancongan
kepentingan ekonomi
sumber sejarah
warisan budaya
lambang kesenian

kebanggaan Negara dan bangsa


3.8 Pengaruh Hindu dan Buddha terhadap bahasa dan kesusasteraan di Asia Tenggara
1 Apakah kepentingan bahasa Sanskrit? ms 93
meningkatkan pencapaian intelek masyarakat
mengandungi maklumat tentang agama/ pemerintahan/ raja/ undang-undang/
pemberitahuan amaran raja
merupakan bahasa keagamaan
diserap ke bahasa Melayu
diguna untuk menulis epik Hindu/ kesusasteraan
bahasa ilmu
bahasa komunikasi
bahasa pemerintah
2 Huraikan pengaruh Hindu dan Buddha dalam bidang kesusasteraan pada zaman
kerajaan awal di Asia Tenggara ms 89
unsur mitos dalam kesusasteraan klasik kesan daripada epik Ramayana / Mahabharata /
Puranas
Pengaruh dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama / Sutasoma /
Arjunwiwaha / kunjarkarna
Mempengaruhi penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit
Melahirkan naskah hikayat yang diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa
Lima / Hikayat Pendawa Jaya / Hikayat Sang Samba
Hikayat Seri Rama kesan daripada epik Ramayana
3 Apakah maklumat yang tercatat pada batu bersurat? Ms 92
pemerintahan raja
arahan raja
undang-undang
amaran raja

You might also like