You are on page 1of 4

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk,


Syurga di bawah tapak kaki ibu.
Pada zaman dahulu ada seorang hamba Allah yang bernama AlQomah. Dia seorang anak yang soleh dan taat kepada ibu bapanya. Dia
selalu patuh pada segala perintah ibu bapanya. Dia juga seorang yang taat
kepada perintah Allah.
Namun begitu, sikap Al-Qomah berubah setelah dia mendirikan
rumah tangga. Dia tidak menghiraukan lagi ibu bapanya. Dia sering
mementingkan isterinya dahulu berbanding ibu bapanya.
Pada suatu hari, Al Qomah telah jatuh sakit..
Tolong sakitnyaYa Allah ampunilah aku keluh Al-Qomah menahan
kesakitan yang dialaminya.
Dia merintih lagi sambil menyebut nama ibunya, Ibuampunilah
dosa aku.. tidak tertanggung lagi sakitku ini
Al-Qomah semakin tenat..Ayahibutolonglah akuampunilah
anakmu ini dia terus meraung kesakitan sambil memanggil nama ibu dan
bapanya.
1

Datanglah bapa mertuanya melihat nasib yang menimpa Al-Qomah


Astagfirullah al azimmengapakah begini nasib yang menimpamu
wahai Al-Qomah. Ayahnya berasa sungguh kasihan melihat Al-Qomah.
Ucapkanlah wahai anakku. Asyhadu allah ilah ha illallah, wa
asyhadu anna muhammadar rasullullah Namun terlalu berat mulut AlQomah untuk menngucapkan kalimah itu.
Sudah puas bapa mertua Al-Qomah mengajarnya ucapan syahadah
itu namun Al_Qomah tidak mampu untuk mengucapkannya.
Setelah puas bapa mertua AlQomah cuba mengajarnya namun tidak
mampu untuk diikuti oleh Al-Qomah, bapa mertuanya telah menyuruh
sahabat-sahabat Al Qomah untuk menyampaikan perkara tersebut kepada
Rasulullah..
Rasulullah telah bertanya kepada sahabat Al Qomah apakah ibunya
masih hidup?...sahabat Al Qomah menyatakan yang ibu Al Qomah masih
hidup.
Baginda Rasulullah telah meminta sahabat Al Qomah untuk
menyampaikan azab yang ditanggung oleh Al Qomah kepada ibunya..
pergilah kamu menyampaikan berita ini kepada ibu Al Qomah..

Pergilah sahabat menemui ibu Al Qomah dan disampaikan perkara


yang terjadi kepada ibunya.
Tidak!...

aku

tidak

akan

pergi

kerumahnyaaku

bukan

ibunya..biarlah dia menderita dan meninggal keluh ibu Al Qomah kepada


sahabatnya.
Sahabat

pulang

semula

menemui

RasulullahBaginda

terus

menemui ibu Al Qomah dan menyampaikan berita tentang kepayahan


anaknya untuk meninggal.
Biarlah dia begitu..aku terasa hati dengan sikapnyadia lebih
mementingkan isterinya daripada aku kata ibu Al Qomah kepada baginda
Rasulullah. Setelah puas dipujuk dan ibu Al Qomah tetap tidak mahu
berjumpa anaknya.. Biarkanlah dia..aku tidak akan menemuinya
Mendengar

kata-kata

ibunya

itu.Rasulullah

memerintahkan

sahabat-sahabat Al Qomah mencari kayu api


Ibu Al Qomah terperanjat dan bertanyakan Rasulullah.. Ya
Rasulullah..apakah tujuan kamu menyuruh mereka mencari kayu api
Lantas baginda menjawab Biarlah kayu api itu membakar tubuh Al Qomah
itu di dunia ini daripada dia di bakar oleh api neraka nanti

Mendengar jawapan baginda itu, ibu Al Qomah seakan terperanjat


dengan apa yang didengarnya. Ibu Al Qomah merayu kepada Rasulullah
supaya anaknya tidak diperlakukan sebegitu.
Ibu Al Qomah bersetuju untuk menemui anaknya dan memaafkan
segala dosa Al Qomah. Akhirnya Al Qomah pun meninggal dunia dengan
tenang setelah Allah perkenankan doa ibu Al Qomah.
Kawan-kawan
Pengajaran daripada cerita yang saya sampaikan tadi ialah
janganlah kita menyakiti hati ibu kita kerana Allah tidak akan redha dengan
hidup kita kerana redha Allah adalah redha ibu kepada kita. Oleh itu
marilah kita menyayangi ibu bapa dan menjaga sikap kita daripada
menyakiti

hati

mereka.

Sekian

..wasalamu

alaikum

warah

matullahiwabarakatuh. Terima kasih.

You might also like