You are on page 1of 1

Resepi : Kaki Ayam Masak Kicap

Sumber : Fauziah Biran


Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 kg kaki ayam - buang kuku dan potong 2
2 sudu makan cuka
1/2 sudu makan garam
1 liter air
Bahan untuk menumis:
5 biji bawang putih - pecahkan
5 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang & potong 2
4 sudu makan kicap manis
1/2 sudu makan lada putih - tumbuk
1 sudu teh tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
garam / perasa pilihan
minyak
Cara:
1. Satukan kaki ayam dengan cuka dan garam. Perap seketika.
2. Panaskan minyak dan goreng hingga garing - bukan goreng hingga masak saja tau, tapi pastikan betul-betul
garing! AWAS KETIKA MENGGORENG! WALAUPUN FAUZIAH BERITAHU GORENGAN TIDAK MELETUP TAPI AMIE AMBIL
LANGKAH BERJAGA-JAGA. SEMASA MENGGORENG MEMANG AMIE TUTUP KUALI DAN TERNYATA MEMANG BESARBESAR BUNYI LETUPANNYA! ADA YANG KATA GAULKAN KAKI AYAM DENGAN TEPUNG GANDUM SEBELUM GORENG,
TAPI AMIE BELUm CUBA CARA INI.
3. Masukkan kaki ayam tadi ke dalam mangkuk berisi air dan rendam selama lebih kurang 2 jam atau sehingga
kembang. Toskan.
4. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang putih.
5. Masukkan kaki ayam, cendawan shiitake dan tumis bersama kicap manis, lada putih serta sedikit air.
6. Perasakannya dengan sedikit garam /perasa pilihan. Untuk memekatkannya bolehlah masukkan bancuhan tepung
jagung.
7. Kaki Ayam Masak Kicap sedia untuk dinikmati.

You might also like