You are on page 1of 22

PM SEJARAH KERTAS 3 1294/3 (2015)

Sekalung Penghargaan Terima Kasih dan Kredit Kepada : GURU-GURU


SEJARAH PPD SANDAKAN, SABAH
TEMA / TAJUK 10.2: NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG
DUNIA KEDUA
Tema Umum: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang
Dunia Kedua
Nasionalisme di Malaysia berakar umbi daripada gerakan penentangan
pemimpin tempatan terhadap campur tangan British dalam urusan pentadbiran
negeri-negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
Tema Spesifik: Berdasarkan Fokus Kajian Berikut:

1 Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British (Abad ke 19)

2 Gerakan Nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua (Abad ke 20)

PANDUAN PERUNTUKAN MASA MENGIKUT ASPEK/KONSTRUK

Format

Aspek/Konstruk

Markah

Masa

1. Pengenalan

1. Memahami

5 Markah

10 minit

2. ISI Dan HURAIAN

2. Memahami

30 Markah

50 minit

3. Menganalisis

15 Markah

20 minit

4. Mengaplikasi

10 Markah

15 minit

5. Menilai

10 Markah

15 minit

6. Mencipta

10 Markah

15 minit

7. Menjana Idea

10 Markah

15 minit

8. Nilai / Iktibar / Patriotisme

5 Markah

10 minit

9. Merumus

5 Markah

10 minit

100 Markah

2 jam 40
minit

3. Kesimpulan
Jumlah Keseluruhan

Catatan: Pelajar disarankan untuk mematuhi panduan ini supaya pelajar dapat
menjawab kesemua soalan. Gunakan 20 minit lagi untuk menyemak jawapan
anda.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 3

1. Pastikan anda membawa buku teks dan bahan ilmiah serta bahan
bercetak yang berkaitan dengan tajuk.
2. Pastikan anda menulis nombor soalan.
3. Jawapan mesti ditulis dengan ayat yang lengkap. Jawapan dalam bentuk
poin dilarang sama sekali.
4. Mulakan jawapan anda dengan pangkal ayat atau kehendak perincian
soalan.
Contoh soalan. Jelaskan latar belakang gerakan nasionalisme.
Contoh jawapan. Latar belakangan gerakan nasionalisme merupakan usaha
masyarakat.
5. Jawapan perlu ditulis dalam struktur ayat lengkap.
5. Sebaiknya satu isi merangkumi fakta, huraian dan contoh.
5. Mengaikan isi denga isi berikutnya menggunakan penanda wacana.
5. Jawpan KBAT perlu ada penyambut/ huraian/ keterangan atau ayat
berlapis.
5. Tidak perlu ayat yang panjang dan meleret-leret.
PANDUAN MENJAWAB SOALAN SPESIFIK
Soalan 1: Pengenalan [5 Markah]
(a) Jelaskan maksud dan latar belakang nasionalisme
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara. Perasaan ini
akan mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air daripada belenggu
penjajahan. Contohnya penjajahan British di Tanah Melayu.
Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa
sahaja bentuk penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan di dorong oleh hasrat
membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Di Malaysia penentangan
terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19.
Gerakan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka daripada oleh
penjajah. Contohnya sejak abad ke-19, penentangan telah dilakukan oleh
beberapa pemimpin tempatan seperti Dol Said, Dato Maharajalela, Rentap dan
Mat Salleh. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh telah bermula pada awal
abad ke-20.
Soalan 2: Memahami [15 markah]
Soalan 2a: Sebab-sebab / faktor-faktor penentangan

Huraikan sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap


British di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada abad ke-19.

Antara sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah


Melayu ialah dasar penaklukan British. Penentangan terhadap British oleh
masyarakat tempatan adalah disebabkan oleh dasar penaklukan British di
daerah mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan

Sabah. Dasar penaklukan British terhadap Negeri-Negeri Melayu bertujuan untuk


mengukuhkan kedudukan kuasa politiknya. Melalui dasar ini, penguatkuasaan
politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan
peraturannya. Contohnya, Penentangan Dol Said terhadap British kerana
mengambil alih Melaka daripada Belanda. Ini kerana Naning dipaksa menjadi
jajahan takluk British dan membayar ufti.
Selain itu, eksploitasi terhadap ekonomi tempatan menjadi sebab penentangan
masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu. Penentangan terhadap
British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi
kepentingannya. Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang
dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian ini,
saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti
perlombongan dan perdagangan bijih timah . Ini menimbulkan kemarahan
penduduk tempatan terhadap British.
Seterusnya, perlaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan.
British memperkenalkan sistem cukai, undang-undang, dan peraturan-peraturan
tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Peraturan British juga
bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan. Contohnya, tanah
boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai.
British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.
Sebagai contoh, di Terengganu, penentangan berlaku kerana British menetapkan
bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mesti
mendapat kebenaran British dan tanah dikenakan cukai.
Campur tangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada
penentangan penduduk tempatan. British telah memaksa penduduk tempatan
menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat
tempatan. Misalnya di Perak, J.W.W. Birch telah campur tangan dalam adat resam
masyarakat Melayu, iaitu amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan Birch
telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.
Di samping itu, pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh. Ini kerana
British telah mengambil kawasan pentadbiran mereka. Sebelum penjajahan,
kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan untuk mentadbir
kawasan tersebut. Perlantikan ini memberi kuasa untuk kepada mereka untuk
menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, ekonomi dan sosial..
Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan
pemimpin tempatan sehingga mendorong mereka menentang British.
Akhir sekali, kesulitan penduduk tempatan. Penduduk tempatan tertekan dengan
pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka.
Mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan.
Kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua turut mendorong penduduk
tempatan memberikan kerjasama dalam menentang British.
Soalan 2b: Faktor-faktor pemangkin / kebangkitan / pencetus semangat
nasionalisme
(i) Huraikan faktor-faktor pemangkin nasionalisme sehingga perang
dunia kedua

Faktor-faktor pemangkin kebangkitan semangat nasionalisme ialan tindakan Sir


Andrew Clarke telah memperkenalkansistem politik barat. Ini telah
memusnahkan sistem politik tradisional tempatan. British telah meletakkan
seorang residen yang mengambil alih pentabdiran negeri daripada pembesar
tempatan. Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh
pegawai British. Bagi orang tempatan perubahan ini mencabar sistem atau
amalan tradisi mereka dan juga menjatuhkan maruah mereka. Hal ini
membangkitkan kebencian penduduk tempatan terhadap British.
Faktor pemangkin seterusnya ialah sistem pendidikan Inggeris dan vernakular
Melayu yang diperkenalkan pada akhir abad ke-19, telah melahirkan golongan
intelek melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya. Mereka
menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan
bangsa Melayu. Mereka telah menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan
menolak penjajahan British.
Selain itu, dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu telah menggalakkan
sesiapa sahaja yang datang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan
menetap di Tanah Melayu. Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan
menetap di sini. Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan
jumlah imigran dan menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan.
Mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam bidang perlombongan bijih
timah, perladangan getah dan perniagaan. Orang Melayu mula kekal dengan
pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British.
Seterusnya, British juga telah membuka bandar baru sebagai pusat
pentadbirannya sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung
dengan segala kekurangan. Kemajuan ekonomi seperti perniagaan serta
kewujudan prasarana contohnya elektrik, perkhidmatan pos, telefon, sekolah,
hospital dan lain-lain telah meningkatkan taraf hidup di bandar. Keadaan ini
menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar
dengan imigran dan penduduk di bandar. Ternyata, dasar British telah
memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu. Hal ini disedari oleh golongan
intelek melayu dan mereka menjadikannya isu gerakan nasionalisme Melayu.
Faktor pendudukan Jepun juga menjadi pemangkin terhadap gerakan
nasionalisme di Tanah Melayu. Pihak Jepun dengan konsep kawasan
Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan Negara-negara Asia untuk
menentukan kemajuan masing-masing. Dengan konsep ini Jepun menggalakkan
orang tempatan berkerjasama dengannya dan berjanji akan memerdekakan
mereka. Bagaimanapun kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan dan
ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan sebilangan besar
penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau
Timur. Bagi mereka semua penjajah tetap zalim dan menekan kehidupan orang
tempatan.
Seterusnya, penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari pada
tahun 1945 juga telah membangkitkan semangat menentang penjajahan dan
memulakan penyebaran ideologi komunis. Dalam tempoh itu, PKM telah
menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam. Mereka membunuh
dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun.
Gerakan ini telah mencetuskan konflik perkauman. Banyak orang Melayu

terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM. Serangan mereka telah
dibalas oleh orang Melayu di Perak, Johor, dan Pahang.
Kemunculan mesin cetak telah memberikan kesan kepada penyebaran ilmu
pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British. Perkara ini berlaku
kerana melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain idea menentang
penjajah itu dapat disebarkan.
Faktor pemangkin seterusnya ialah Gerakan Pan Islamisme yang telah
membangkitkan kesedaran semangat kebangsaan Tanah Melayu. Gerakan Pan
Islamisme merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk
membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam untuk
menentang penjajahan Barat ke atas Negara-negara Islam. Gerakan ini didokong
oleh pelajar Islam dari seluruh dunia. Gerakan reformis islam yang dimulakan
oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti Al-Azhar Mesir telah
tersebar luas. Dalam tulisannya beliau telah memberikan kupasan bahawa islam
ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat, disamping
mendorong umatnya menuju kejayaan. Tulisan Syeikh Muhammad Abduh ini
disebarkan dalam majalah al-Manar. Selain itu gerakan Wahabi yang berlaku di
Arab Saudi juga mendesak matlamat sama.
Faktor yang terakhir ialah kesedaran politik serantau yang berlaku di sekitar
Asia Tenggara, terutama di Indonesia turut mendorong kebangkitan nasionalisme
di Tanah Melayu. Indonesia yang amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi
geografi dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah
Melayu. Kesedaran ini telah melahirkan ramai golongan intelektual. Contohnya,
Zaba yang banyak mengkritik dasar British.
Soalan 3: Memahami [30 markah]
Soalan 3a: Peristiwa Kebangkitan Pemimpin Tempatan menentang
Pentadbiran British

Tanah Melayu

Penghulu Dol Said di Naning.

Penjajah Inggeris telah berjaya menduduki Melaka selepas Perjanjian InggerisBelanda pada tahun 1824. Pihak British telah mendakwa bahawa Naning
merupakan sebahagian daripada wilayah Melaka. Oleh itu, British menganggap
Naning berada dibawah kekuasaan mereka. Oleh itu, Naning terpaksa membayar
cukai ke Melaka iaitu 1/10 daripada hasil yang terdapat di Naning. Selain itu,
British juga telah mengarahkan supaya semua kesalahan-kesalahan jenayah
yang berlaku di Naning diselesaikan di Melaka kerana British menyalahkan
tindakan Dol Said yang menyelesaikan kesalahan jenayah di Naning pada tahun
1828.
Faktor penentangan di oleh Penghulu Dol Said berlaku apabila beliau menolak
dakwaan British yang mengatakan Naning berada di bawah wilayah British.
Beliau juga telah menolak tindakan British yang meletakkan Naning didalam
wilayah mereka dengan tidak membayar ufti 1/10 yang dituntut British kepada
Melaka.
Peristiwa penentangan di Naning berlaku apabila tindakan Penghulu Dol Said
yang menolak untuk membayar ufti kepada Melaka telah menyebabkan British

menghantar tentera ke Naning untuk menawan Naning pada tahun 1831.


Penghulu Dol Said telah berjaya menewaskan serangan British yang membawa
seramai 150 tentera British yang dipimpin oleh Kapten Wylie dalam usaha
mereka menawan Taboh.
Kejayaan Penghulu Dol Said menewaskan tentera British ini kerana Naning telah
mendapat bantuan daripada Yamtuan Ali, Syed Shaba, Penghulu Remai dan
Rchat, Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemencheh. Pada Jun 1832,
British sekali lagi telah menghantar seramai 1200 orang tentera untuk menawan
Naning. British telah berjaya menewaskan Penghulu Dol Said kerana Naning
telah menghadapi serangan ini sendirian dengan tidak dibantu oleh sesiapa.
Kekalahan Naning kepada British telah menyebabkan Penghulu Dol Said terpaksa
menyerah diri kepada British pada Febuari 1833. Oleh itu
1.2 Tok Janggut di Kelantan
Faktor penentangan menentang British di Kelantan oleh Tok Janggut berlaku
apabila British memperkenalkan Sistem Penasihat British di Kelantan. Selain itu,
pihak British telah memaksa penduduk tempatan untuk menerima pakai sistem
cukai yang diperkenalkan oleh mereka.
Peristiwa penentangan Tok Janggut di Kelantan bermula apabila beliau telah
membantah sistem cukai yang telah diperkenalkan oleh British. Beliau enggan
untuk membayar cukai sebagai tanda bantahan kepada sistem cukai yang
diperkenalkan oleh British namun tindakan beliau tersebut tidak dilayan oleh
Pegawai Daerah Pasir Puteh. Sebaliknya British telah mengarahkan pihak polis
untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal. Pada tahun
1915, Tok Janggut bersama-sama dengan Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad,
Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta rakyat tempatan telah membuat
pakatan untuk menyerang Pasir Puteh. Mereka telah berjaya menawan daerah
Pasir Puteh seterusnya membentuk sebuah kerajaan baru di Pasir Puteh.
Kerajaan baru itu diketuai oleh Engku Besar Jeram sebagai raja, Tok Janggut
sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
Bagi menawam semula Pasir Puteh, British telah menggunakan nama sultan bagi
menentang Tok Janggut. Oleh itu, British telah membawa masuk pasukan tentera
daripada Negeri-Negeri Selat dengan kapal perang H.M.S.Cadmus yang telah
mendarat di Tumpat Kelantan. British telah memulakan serangan mereka pada
Mei 1915 di Saring. Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjata
yang moden telah berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan
pengikutnya. Selain itu, Tok Janggut juga telah terkorban semasa serangan yang
dilakukan oleh British. Mayat beliau telah diarak ke seluruh pecan Kota Bharu
sebelum digantung di pasar dengan kepala di bawah sebagai amaran kepada
masyarakat tempatan supaya jangan berani menentang British.
1.3 Dato Maharajalela di Perak
Penentangan di Perak dipimpin oleh Dato Maharaja lela dengan dibantu oleh
semua pembesar dan sultan. Sebab-sebab penentangan ialah residen J.W. W
Birch memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang terkandung dalam
Perjanjian Pangkor 1874. Para pembesar menolak system cukai yang
menghapuskan hak mereka. Para pembesar menolak pengguasaan British
terhadap kawasan mereka Sebab yang ketiga para pembesar menolak campur

tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan. Contoh larangan
menggunakan hamba. J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan
dan tidak pandai berbahasa Melayu.
Peristiwa penentangan bermula apabila Dato Maharaja Lela bermesyuarat
dengan pembesar Melayu di Durian Sebatang untuk menentang undang- undang
British pada 21 Julai 1875. Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Anduk,
Seputum telah membunuh J.W. W Birch pada 2 Nov 1875 di Sungai Perak, Pasir
Salak. Pihak British dengan 500 orang tentera melancarkana serangan terhadap
Pasir Salak . Dato Maharaja lela dan Dato Sagor melarikan diri ke Kota Lama.
Pada 20 November 1877 Dato Maharaja lela, Dato Sagor dan Pandak Lam,
Seputum dan Pandak Indut dijatuhkan hukuman gantung. Sultan Abdullah ,
Menteri Ngah Ibrahim , syahbandar dan laksamana telah dibung negeri ke Pulau
Seychelles.
1.4 Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu
Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampong membersihkan
tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Pada Mei
1925, kira-kira 300 penduduk kampong telah berkumpul dan membuka tanah
milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III. Tindakan ini telah
membimbangkan pihak British. Namun dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah,
mereka dapat di suraikan. Kemuncak kemarahan rakyat ialah pada Mei 1928,
iaitu dengan melakukan serangan bersenjata terhadap bangunan kerajaan di
Kuala Berang. Mereka telah berjaya menawan bangunan kerajaan tersebut.
Manakala satu kumpulan lagi berkumpul di Kuala Telemong bersiap sedia
menunggu arahan untuk menentang British. Dengan menggunakan kuasa dan
nama sultan, British menghantar tiga pembesar untuk menawan semula Kuala
Berang serta menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya.Ini
memudahkan British menghadapi penentangan rakyat kerana orang Melayu
tidak akan menderhaka kepada sultan. Sepasukan polis seramai 25 orang telah
menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk
tempatan dengan membunuh sebelas orang. Haji Abdul Rahman Limbong telah
diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura. Haji Abdul Rahman
Limbong berjaya di tahan dan telah dibuang negeri ke Makkah.
1.5 Dato Bahaman di Pahang
Pada tahun 1888, Dato Bahaman dan pembesar-pembesar Pahang yang lain
bangkit menentang Residen British pertama di Pahang, iaitu J.P. Rodgers. Dato
Bahaman menentang perlaksanaan undang-undang British yang bertentangan
dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti system kehakiman,
pungutan hasil tanah, sistem cukai, dan penubuhan pasukan polis luar.
Ini kerana undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato Bahaman
sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Dato Bahaman dan
rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Iman Rasul telah bersatu menentang
British selama lima tahun.
Siri penentangan Dato Bahaman ialah pada 1890 iaitu menentang pembinaan
Balai Polis Lubuk Terua, Pada 1891-menyerang British kerana menangkap anak
buahnya, pada 1892- menyerang dan menawan semula Lubuk Terua, 1894-

Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Dan akhir sekali
pada 1895- Akibat tekanan British, Dato Bahaman berundur ke Kelantan.
Dato Bahaman dan rakan- rakan mendapat pelindungan daripada penduduk dan
pembesar Terengganu dan
Kelantan Dato Bahaman kemudiannya menetap di Hulu Kelantan. Manakala Tok
Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu. Pada tahun 1896, Dato
Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh Raja
Chulalongkorn. Beliau telah menetap di Cheing Mai dan diberikan wang sara
hidup sebanyak 1000 baht.
Dato Bahaman kemudiannya meninggal di sana.
1.6 Yam Tuan Antah di Negeri Sembilan
Penentangan oleh pembesar tempatan terhadap penguasaan British telah
dilakukan oleh Yam Tuan Antah Sri
Menanti dan Dato Syahbandar Sungai Ujong, iaitu Abdullah Tunggal. Keduaduanya telah menentang kemasukan British di Sungai Ujong. Malah Dato
Syahbandar Sungai Ujong enggan menandatangani perjanjian dengan British
pada 21 April 1874. Dato Syahbandar juga menentang Dato Kelana Sungai
Ujong, iaitu Syed Abdul Rahman yang mempelawa British untuk campur tangan
dalam pertikaian mereka.
Kedua-dua pemimpin tempatan ini, berebut kawasan sempadan untuk
mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari Negeri-Negeri Selat.
Dengan kerjasama British, Dato Kelana Syed Abdul Rahman berjaya
mengalahkan Dato Syahbandar Abdullah Tunggal untuk menguasai Sungai
Ujong. Dato Syahbandar Abdullah
Tunggal terpaksa berundur ke Selangor. Bagaimanapun, beliau kembali semula
ke Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian dengan British pada 10
November 1874. Dato Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah
ke Singapura. Dengan itu, Dato Kelana Syed Abdul Rahman dapat menguasai
seluruh
Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah penguasaan British.

Sarawak

Rentap

Rentap pemimpin Iban menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana
bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai
lanun. Beliau telah menyerang pasukan James Brooke di kubu Nanga Skrang bagi
menghalang kezaliman James Brooke di daerah tersebut.
Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke tetapi tentera James
Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung mereka. Rentap dan
pengikutnya berundur ke Bukit Sadok, namun sekali lagi mereka diserang oleh
James Brooke. Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap pada tahun
1861. Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya
semakin lemah.

2.2 Linggir
Linggir iaitu pemimpin Iban di Saribas menentang penaklukan James Brooke
pada tahun 1849 dengan menyerang kapalNemesis dekat Batang Lupar.
Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke dan kapten
Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas. Bagaimanapun,
Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.
2.3 Syarif Masahor
Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor dan Datuk
Patinggi Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan James Brooke
di wilayah mereka, iaitu di Sungai Rajang pada tahun 1857. Hal ini disebabkan
mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk
tempatan. Pada tahun 1858, James Brooke telah membina sebuah kubu di
Kanowit. Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut. Beliau dan Datuk
Patinggi Abdul Gapur kemudian menyerang James Brooke di Kuching.
Bagaimanapun, tentangan mereka gagal. Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei
tetapi beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura.
Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan
oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke.

Sabah

Mat Salleh

Di Sabah, terdapat beberapa penentangan oleh pemimpin tempatan terhadap


Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Bagaimanapun, penentangan terbesar
telah dilakukan oleh Mat Salleh. Beliau ialah pemerintah daerah Tambunan dan
Sungai Sugut. Namun, pihak SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh.
Bukan sahaja mereka menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh, malah mereka
turut melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu. Pegawai-pegawai
syarikat itu juga bersikap kasar kepada penduduk tempatan.
Mat Salleh telah ke Sandakan berbincang dengan SBUB pada tahun 1895, tetapi
tidak dilayan. Sebaliknya, gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar
kampungnya. Mat Salleh terpaksa melarikan diri. Pada tahun 1897, beliau dan
para pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di
Pulau Gaya. Ekoran itu, SBUB telah menawarkan pelan damai pada Mat Salleh,
iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya. Namun, SBUB mungkir janji dan hal ini
menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB. Serangan ini dibalas
oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh. Beliau akhirnya
tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.
Soalan 4a: Menganalisis [10 markah]
(i) Buktikan Kejayaan pemimpin tempatan menentang British pada abad
ke 19.
Penghulu Dol Said
Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya naning menghantar 1/10
hasil sebagai ufti kepada Melaka. Penghulu Dol Said Berjaya mengalahkan 150
orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie.
Dato Maharaja Lela

Sultan Abdullah dan Dato Maharaja Lela serta pembesar Perak telah melakukan
bantahan terbuka terhadap campur tangan British di Perak. Dato Maharajalela
juga berjaya membina kubu di Pasir Salak. Selain itu, kejayaan lain yang lebih
besar ialah berjaya membunuh residen British di Perak iaitu J.W.W. Birch.
Dato Bahaman
Dato Bahaman menyerang British kerana menangkap anak buahnya.
DatoBahaman menyerang dan berjaya menawan semula Lubuk Terua. Beliau
juga berjaya menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
Tok Janggut
Kejayaan yang di capai oleh Tok Janggut ialah ketika menentang British di Pasir
Puteh dan berjaya menawan daerah tersebut. Penawanan daerah Pasir Puteh
berjaya membentuk sebuah kerajaan di mana Engku Besar Jeram telah di lantik
sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai
Pegawai Daerah.
Haji Abdul Rahman Limbong
Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk membersihkan tanah di Kuala
Berang tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Beliau juga bersama
penduduk tempatan melancarkan penentangan bersenjata pada tahun 1928.
Mereka telah menyerang dan berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala
Berang.
Rentap
Di Sarawak, Rentap telah menyerang tentera James Brooke di Kubu Nanga
Skrang dan berjaya mengusir James Brooke dari kawasanya.
Mat Salleh
Akhir sekali ialah kejayaan pemimpin Mat Salleh di Sabah,yang melakukan
serangan mengejut terhadap Kubu SBUB di Pulau Gaya. Ini menyebabkan SBUB
terpaksa menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh dengan menyerahkan
Tambunan kepadanya.

Jelaskan keberkesanan penentangan pemimpin tempatan


terhadap British pada abad ke-19.

Keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap Bitish pada abad ke19 ialah kejayaan Dato Maharajalela menyatukan pembesar dan Dalam peristiwa
ini, penduduk Melayu untuk sama-sama menentang British. Dalam peristiwa ini
Sepuntum berjaya membunuh J.W.W Birch dan Kapten Innes menyebabkan
British terpaksa meminta bantuan daripada tentera SHTI di Hong Kong dan India.
Selain itu, keberkesanan penentangan pemimpin tempatan juga dapat dilihat
melalui kejayaan Dol Said dalam mengalahkan British semasa serangan ke atas
Naning pada tahun 1831. Kebijaksanaan Dol Said mendapatkan bantuan tentera
dari Yam Tuan Ali Rembau, Syed Shahban dan Penghulu Remai dapat
mengalahkan tentera British seramai 150 orang.

Seterusnya, kejayaan Mat Salleh melancarkan serangan mengejut terhadap kubu


SBUB di Pulau Gaya telah memaksa SBUB mengadakan pelan damai kepada Mat
Salleh dan berjanji akan menyerahkan Tambunan.
Sehubungan dengan perkara di atas, perjuangan Tok Janggut juga berjaya
mencabar British. Keberkesanan perjuangan Tok Janggut terbukti apabila pihak
polis yang diarahkan menangkap Tok Janggut gagal menangkapnya. Malah
beberapa pembesar tempatan juga telah menyerang Pasir Puteh dan mereka
Berjaya mendudukinya.
Di samping itu, perjuagan Tuan Haji Abdul Rahman Limbong juga
memperlihatkan keberkesanan pada tahap awal. Beliau bersama rakyat
Telemong telah beberapa kali mengingkari peraturan tanah yang ditetapkan oleh
British. Beliau mengetuai penduduk kampong membuka tanah pada tahun 1922
dan 1925.
Seterusnya, perjuangan Dato Bahaman juga memperlihatkan keberkesanannya
kerana berjaya menyerang British dan menawan semula Lubuk Terua yang telah
dikuasai oleh British. Dato Bahaman dan pengikut juga berjaya menguasai Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai.
(iii) Strategi perjuangan pemimpin tempatan menentang penjajahan
British.
Dol Said menggunakan taktik dengan cara mendapatkan bantuan ketenteraan
daripada Yam Tuan Ali dari Rembau, Syed Shaban, Penghulu Remai dan Rechat,
Dato Kelana Sungai Ujung serta Penghulu Gemencheh telah berjaya
mengalahkan 150 orang tentera British.
Rentap menentang penaklukan James Brooke dengan menyerang Kapal Nemesis
dekat Batang Lupar. Syarif Masahor telah menyerang kubu James Brooke di
Kanowit. Seterusnya, menyerang James Brooke di Kuching bersama-sama
dengan Datu Patinggi Abdul Gapur.
Mat Salleh telah menggunakan strategi melalui perbincangan tetapi tidak dilayan
oleh pihak SBUB. Mat Salleh dan pengikutnya telah melakukan serangan
mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.
Dato Maharaja Lela membuat bantahan terbuka terhadap campur tangan British
dan mengarahkan pengikutnya untuk membunuh J.W.W. Birch di Sungai Perak,
Pasir Salak.
Dato Bahaman menyerang dan menawan semula Lubuk Terua. Kemudian
menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Engku Besar
Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak dan rakyat tempatan
menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya.
Haji Abdul Rahman Limbong mengetahui membersihkan tanah di Kuala Telemong
dan tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III. Haji Abdul
Rahman Limbong menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang dan telah
berjaya mendudukinya.
(iv) Tindak balas British terhadap kebangkitan pemimpin tempatan
Tindakan British terhadap penentangan di Tanah Melayu ialah, di Naning British
telah menghantar tenteranya untuk menakluki Naning pada tahun 1831 tetapi

dikalahkan oleh penghulu Dol Said. Pada akhir tahun 1832, seramai 1200 orang
tentera telah dihantar oleh British sekali lagi menyerang Naning dan berjaya
mengalahkan penghulu Dol Said.
Seterusnya di Perak pula, pihak British dengan 500 orang tentera melancarkan
serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan yang terlibat. Mereka yang terlibat
seperti Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak
Indut dihukum gantung. Manakala Sultan Ibrahim dibuang negeri ke Johor dan
Sultan Abdullah dan yang lain dibuang ke Pulau Seychelles.
Di Kelantan pula, British telah menggunakan nama sultan Kelantan bagi
membawa masuk pasukan tentera dari negeri selat dengan kapal Perang H.M.S
Cadmus yang mendarat di Tumpat dan memulakan serangan pada bulan Mei
1915 di Saring. Tok Janggut terkorban dan mayatnya di arak di seluruh pekan
Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan
kaki ke atas sebagai amaran kepada penduduk tempatan yang menentang
British.
Tindakan British di Terengganu pula ialah pihak British menggunakan kuasa dan
nama sultan Terengganu dan menghantar tiga orang pembesar untuk menawan
semula Kuala Berang dan menangkap serta memburu sesiapa sahaja yang
menghalang mereka. Selain itu, British juga mengarahkan seramai 25 orang
polis menyerang Kuala Telemong dan berjaya mengorbankan seramai 11 orang
penentang. Manakala Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke
Makkah.
Bagi menghadapi tentangan di Sarawak, James Brooke telah bertindak
membakar kampung Rentap dan menyerang sekali lagi apabila Rentap berundur
ke Bukit Sadok.
Di Sabah pula, Gabenor Beufort telah menyerang dan membakar kampung Mat
Salleh apabila beliau membuat perundingan di Sandakan tentang kedudukannya.
Tindak balas di atas serangan Mat Salleh terhadap kubu SBUB telah menamatkan
penentangan terhadap British di Sabah.
Soalan 4b: Menganalisis [10 markah]

Jelaskan keberkesanan peranan pertubuhan dan kesatuan dalam


memupuk semangat nasionalisme di negara ini.

Keberkesanan pertubuhan dalam memupuk semangat nasionaisme di negara ini


dapat dilihat melalui penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) oleh
Mohammad Eunos Abdullah. Tujuan penubuhan KMS ialah menjaga kepentingn
sosioekonomi penduduk Melayu Singapura. Melalui desakannya, beliau
memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi orang melayu di
Singapura.
Selain itu, Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) di tubuhkan oleh S.M Zainal
Abidin B.A. Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan menggalakkan ahli-ahlinya
berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan
bangsa serta menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang
Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
Seterusnya, Persatuan Negeri-negeri yang ditubuhkan di Perak, Selangor, Pahang
dan Negeri Sembilan. Persatuan-persatuan ini berjaya menggabungkan tenaga

intelektual Melayu untuk membincangkan nasib orang melayu dalam soal


ekonomi. Ini bertujuan untuk menggalakkan perpaduan orang melayu.
Di samping itu, di negeri Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
yang telah ditubuhkan oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah pada tahun 1939.
Persatuan ini ditubuhkan untuk mengeratkan perpaduan Melayu. Selain itu untuk
menggalakkan masyarakat memperolehi pendidikan untuk kemajuan bangsa.
Malahan persatuan ini turut menjaga maruah bangsa dan menegakkan ajaran
agama Islam.
Salah satu lagi keberkesanan dapat dilihat melalui penubuhanKesatuan Melayu
Muda (KMM) pada tahun 1939. Tokohnya ialah Ibrahim Haji Yaakob dan Mustapha
Husein. KMM bertujuan menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda melayu,
meningkatkan tahap pendidikan orang melayu, bekerjasama dengan Jepun
menghalau British, menjadi propaganda Jepun dengan membeli Warta Malaya
untuk dijadikan alat propaganda anti-British dan menyediakan kader-kader yang
dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British.
Akhir sekali, Kongres Melayu 1939 dan 1940. Tujuan pertubuhan ini
membincangkan kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan layanan pilih
kasih British terhadap anak negeri, Resolusi kongres dengan menggambarkan
perpaduan melayu untuk mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik
mereka yang lemah dan akhir sekali orang melayu dapat mengatasi perasaan
kenegerian yang memisahkan mereka selama ini.

Terangkan kesan gerakan nasionalisme sehingga membawa


kepada penyatuan orang Melayu dalam persatuan.

Kesan gerakan nasionalisme membawa kepada kesan positif dalam penyatuan


orang Melayu. Persatuan Sahabat Pena (PASPAM) antara pertubuhan yang wujud
hasil daripada gerakan nasionalisme. Ditubuhkan pada 1934 yang dipimpin oleh
S.M Zainal Abidin. Penubuhannnya bertujuan untuk menggalakkan ahlinya
berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa.
Hal ini secara tidak langsung telah menggalakkan perpaduan dan persaudaraan
dikalangan orang Melayu di seluruh semenanjung Tanah Melayu
Pertubuhan negeri juga telah ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
seperti di Perak (1937), Selangor (1938), Negeri Sembilan (1938) dan Pahang
(1938). Objektif utama penubuhan persatuan negeri ini adalah untuk
menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang
Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.
Disamping itu,kesan dari gerakan nasionalisme juga telah mewujudkan sebuah
persatuan separa politik yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda (KMM).
Kesatuan ini dipimpin oleh Ibrahim Hj Yaakob. Objektifnya untuk menggalakkan
perpaduan dikalangan pemuda Melayu di seluruh semenanjung dan
meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.
Manakala di Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (1939) telah
ditubuhkan Persatuan ini dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Tujuan
penubuhannya adalah untuk mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan
pendidikan, manjaga budaya dan maruah bangsa serta menegakkan ajaran
agama Islam.

Di Sabah, walaupun kesedaran untuk berpersatuan tidak menonjol tetapi masih


terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena yang bergiat di Jesselton (Kota
Kinabalu), Labuan dan Tawau. Walaubagaimanapun, kegiatannya mirip kepada
kegiatan persatuan di Semenanjung. Anggota-anggotanya terdiri daripada
peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.
Soalan 5a: Mengaplikasi [10 markah]

Bagaimanakah kita memanfaatkan perjuangan pemimpin


tempatan pada abad ke 19 dalam memupuk semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara usaha bagi memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan dalam


memupuk semangat nasionalisme adalah menghayati perjuangan pemimpin
tempatan yang sanggup berjuang untuk kedaulatan negara.
Seterusnya, bagi memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan dalam
memupuk semangat nasioanilsme dengan menghidupkan semula watak-watak
mereka melalui filem dan drama agar menjadi tatatpan rakyat Malaysia hari ini.
Kita juga boleh memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan melalui pameran
yang menarik dan kreatif di muzium yang dilawati untuk menimbulkan
kesedaran tentang kehebatan perjuangan pemimpin tempatan
Di samping itu, aktiviti penulisan seperti menulis esei bertemakan perjuangan
pemimpin tempatan juga mampu memupuk semangat nasionalisme dalam
kalangan rakyat Malaysia. Aktiviti ini sesuai dilakukan sempena sambutan bulan
kemerdekaan yang perlu dibuka penyertaan untuk pelbagai lapisan masyarakat.
Seterusnya, perjuangan pemimpin tempatan dimanfaatkan untuk memupuk
semangat nasionalisme dengan memuatkan peristiwa berkenaan dalam silibus
pembelajaran bagi murid sekolah rendah dan menengah agar dapat mencontohi
keberanian dan kegigihan para pejuang lampau.
Selain itu, kita dapat memupuk semangat nasionalisme dengan mengenali
pejuang-pejuang terdahulu serta menghayati hasil perjuangan mereka dalam
membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Seterusnya, menghargai
jasa-jasa dan pengorbanan para pejuang bangsa terutamanya dalam kalangan
generasi muda.
Dalam pada itu juga, semangat nasionalisme ini dapat dipupuk dengan
memelihara keamanan yang sudah sekian lama dikecapi untuk meneruskan
legasi pembangunan negara secara berterusan. Kita juga wajar mencontohi
sikap perjuangan pemimpin tempatan seperti berani dalam mempertahankan
hak walaupun mereka tidak mempunyai senjata yang canggih. Malahan mereka
juga tidak mudah putus asa kerana sentiasa berusaha untuk mempertahankan
kedaulatan negara.
Akhirnya, kita hendaklah sentiasa menyedari bahawa pembangunan yang
dikecapi sehingga kini tidak akan tercapai tanpa pengorbanan dan perjuangan
tokoh-tokoh terdahulu. Justeru melalui penghayatan ini kita dapat memupuk
semangat cintakan negara.
(ii) Melalui semangat nasionalisme warga Malaysia mampu
mempertahankan kedaulatan negara. Berikan alasan anda.

Semangat nasionalisme yang ada pada warga Malaysia sememangnya mampu


mempertahankan kedaulatan negara, ini kerana semangat nasionalisme akan
mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia seterusnya mendorong kepada semangat
setia negara yang tinggi dan semangat sanggup berkorban untuk negara.
Di samping itu, dapat melahirkan warga Malaysia yang tidak mudah terpengaruh
dengan agenda anasir luar dan mengelakkan diri daripada perkara-perkara
negatif seperti rasuah, penyalahgunaan dadah dan pemerdagangan orang.
Selain itu, semangat nasionalisme bukan sahaja memupuk semangat sifat
bekerjasama antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bersama-sama
menjaga maruah bangsa Malaysia yang berdaulat.
Selanjutnya semangat nasionalisme akan mengekalkan perpaduan antara kaum.
Perpaduan antara kaum akan dapat memastikan keamanan negara dan
kemajuan yang dirancang akan tercapai.
Selain itu, warga Malaysia yang memiliki semangat nasionalisme akan patuh
kepada ajaran agama masing masing. Masyarakat yang patuh kepada ajaran
agama akan mematuhi undang-undang dan mudah diuruskan.
Seterusnya warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme akan
melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna dan
menguasai pelbagai kemahiran seperti ilmu komputer, sains dan teknologi.
Masyarakat berpengetahuan amat diperlukan untuk merealisasikan wawasan
negara.
Soalan 5b: Mengaplikasi [10 markah]

Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan keberkesanan yang


boleh dicapai oleh negara melalui media massa untuk
mengekalkan kedaulatan negara

Media Massa merupakan medium berkesan dalam membantu negara


mengekalkan kedaulatan negara. Buktinya, media massa dapat menyampaikan
dasar-dasar kerajaan kepada umum dengan lebih cepat.Malahan maklumat
berkaitan dengan dasar baru kerajaan dapat di peroleh dan di akses dengan
lebih mudah sama ada melalui media sosial, internet mahupun melalui media
penyiaran seperti berita dan hebahan umum.
Di samping itu, media massa juga dapat menyampaikan maklumat dengan tepat
kepada umum. Hampir 90% maklumat yang disampaikan melalui media massa
adalah sahih dan boleh dipercayai. Oleh yang demikian, kebanyakan rakyat
Malaysia kebanyakkannya bergantung sepenuhnya kepada media massa untuk
mendapatkan berita terkini.
Keberkesanan media massa juga dapat dilihat dalam memartabatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa perpaduan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa
pengantar di media massa. Hal ini dapat dilihat melalui penyampaian berita,
rancangan-rancangan ilmiah dan forum yang kebanyakkannya disampaikan
dengan menggunakan bahasa Melayu. Hal ini sekaligus membantu ke arah
perpaduan kaum di negara ini.
Selain itu, media massa juga merupakan agen perpaduan dan medium penting
dalam mengekalkan keamanan negara. Buktinya, penyiaran berita yang

berkaitan dengan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan dapat menyemarakkan


semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Mesej berunsurkan semangat
keberanian dan kerjasama juga jelas berjaya disampaikan melalui programprogram radio atau siaran rancangan televisyen.
(ii) Jelaskan ciri-ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat
nasionalisme yang tinggi.
Antara ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi
adalah mempunyai semangat cintakan negara yang kental. Perasaan sayangkan
negara diterjemahkan dengan mematuhi undang-undang negara. Malahan
perasaan bangga menjadi warga Negara Malaysia melangkaui semangat
perkauman dan kenegerian.
Selain itu , menghormati tokoh-tokoh negarawan yang banyak berjasa sebelum
dan selepas kemederkaan perlu dipupuk sebagai tanda penghargaan kepada
mereka. Jasa dan pengorbanan mereka perlu diingati dan dihargai serta dijadikan
sumber inspirasi terutama kepada generasi muda.
Seterusnya, setiap warga Malaysia mesti berpegang teguh dengan prinsip Rukun
Negara yang menjadi panduan kepada semua warga. Nilai agama dan budaya
perlu diamalkan demi memperkukuhkan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang
baik. Warga Malaysia seharusnya berani,bijak dan yakin dalam sebarang
tindakan demi menjaga nama baik negara sama ada di dalam dan di luar negara.
Di samping itu, mempunyai semangat juang untuk mempertahankan kedaulatan
negara daripada ancaman penceroboh atau anasir asing. Ini penting untuk
mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara.
Warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi akan
mengutamakan perpaduan dan sanggup bekerjasama dengan pelbagai kaum
untuk memastikan kesejahteraan dan keamanan negara.Warga Malaysia juga
sewajarnya mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
sebagai melambangkan penyatuan bangsa.
Seterusnya, warga Malaysia juga mesti menguasai pelbagai cabang ilmu
pengetahuan seperti teknologi dan kemahiran ICT untuk menjadi sebuah negara
maju menjelang tahun 2020.Akhir sekali warga Malaysia seharusnya
mengutamakan pembelian barangan buatan Malaysia sebagai sumbangan dalam
pembangunan ekonomi negara.
Soalan 6 : Menilai [10 Markah]
(i) Adakah anda bersetuju bahawa perjuangan pemimpin tempatan
tidak berjaya. Berikan hujah anda.
Saya tidak bersetuju dengan pernyataan ini walaupun dari segi perjuangan
menentang penjajah itu gagal namun kesan yang ditinggalkan ekoran
penentangan tersebut telah menaikkan semangat patriotisme yang sangat tinggi
dalam kalangan penduduk Tanah Melayu .Contohnya perjuangan Dato
Maharajalela, Pandak Lam, Pandak
Indut, Dato, Sagor dan Seputum sehingga titisan darah terakhir. Perjuangan
mereka telah menunjukkan semangat setia negara yang mendalam kerana

sanggup berkorban untuk bangsa dan tanahair tercinta. Akhirnya kemerdekaan


mampu kita perolehi pada 31 Ogos 1957
Selain itu juga, sifat bekerjasama dan tolong menolong antara pemimpin dengan
pengikut dalam menentang penjajahan British telah menyumbangkan ke arah
kejayaan generasi hari ini. Contohnya kemenangan Dol Said menentang British
pada 1831 mendapat bantuan ketenteraan dari Yam Tuan Ali, Syed Shaban,
Penghulu Ramai dan Rechat, Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu
Gemenchah. Sifat inilah yang akhirnya menjadikan Malaysia negara yang aman
dan makmur walaupun terdiri daripada berbilang kaum, agama dan kebudayaan.
Di samping itu, penentangan ini jelas memperlihatkan sikap tidak mudah putus
asa. Buktinya perjuangan sehingga ke titisan darah yang terakhir yang
ditunjukkan oleh pejuang tempatan seperti Tok Janggut, Mat Salleh dan Rentap
sebenarnya telah mampu mengugat kedudukan British di Tanah Melayu. Sikap ini
yang telah diaplikasi oleh generasi hari ini mampu melahirkan ramai atlet sukan
yang bertaraf antarbangsa seperti Dato Lee Chong Wei, Pandalela Rinong, Dato
Nicol David dan ramai lagi.
Kesabaran perjuangan pemimpin tempatan yang lampau sebenarnya
mencetuskan kebimbangan pihak penjajah yang akhirnya mengakui kehebatan
para pemimpin dan kemudian akur untuk membebaskan Tanah Melayu daripada
belenggu penjajahan. Kesabaran ini juga yang diamalkan oleh generasi hari ini
yang akhirnya menjadikan negara Malaysia sebuah negara industri yang
akhirnya mampu menghasilkan kereta nasional yang boleh dipasarkan di luar
negara.
Seterusnya, keberanian perjuangan tokoh tempatan telah memberi inspirasi dan
mampu melahirkan ramai pemimpin negara yang mampu bersuara dan
mengeluarkan pendapat dalam arena perbincangan antarabangsa seperti
Persidangan PBB. Buktinya keberanian Perdana Menteri kita dalam membela
nasib mangsa yang terlibat dengan kemalangan kapal terbang MH17 yang
ditembak jatuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perdana Menteri
lantang untuk membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.
(ii) Pada pendapat anda, apakah peranan yang patut dimainkan oleh
penulis akhbar bagi mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada
hari ini?
Pada pendapat saya, peranan yang patut dimainkan oleh penulis akhbar bagi
mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini ialah hanya menyiarkan
berita yang benar atau sahih sahaja. Ini penting supaya rakyat memahami
perkembangan semasa politik tanah air yang sebenar.
Seterusnya, penulis akhbar perlu kerap memaparkan isu yang menggalakkan
kerjasama dalam masyarakat. Contohnya, menulis berita mengenai aktviti
gotong-royong dan aktiviti Rukun Tetangga yang melibatkan pelbagai kaum di
negara ini.
Di samping itu,penulis akhbar juga perlu menyediakan ruangan khas untuk
memberi kesedaran tentang kepentingan perpaduan kaum. Hal ini bertujuan
untuk memupuk perpaduan kaum yang menjadi nadi kestabilan politik sehingga
hari ini. Contohnya, gambar sukan yang memupuk perasaan muhibbah antara
pelbagai kaum

Selain itu, penulis akhbar tidak seharusnya menimbulkan isu-isu sensitif yang
boleh menyemarak api perkauman. Sebaliknya penulis boleh membantu
mengekalkan politik yang stabil melalui bahasa. Contohnya, memartabatkan
Bahasa Melayu sebagai perhubungan utama di negara Malaysia. Ini kerana
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan alat penyatuan antara kaum
seperti yang termaktub dalam perlembagaan 152.
Akhir sekali ialah penulis akhbar perlu berusaha untuk meningkatkan perasaan
cinta akan bangsa dan negara terutama dalam kalangan generasi muda.
Contohnya menyediakan ruangan Sejarah untuk mengetahui tentang peristiwa
penting negara seperti kemerdekaan dan perjuangan pemimpin tempatan. Ini
penting agar rakyat tidak melupakan sejarah perjuangan negara demi
mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini.
(iii) Sekiranya anda adalah seorang penulis akhbar, majalah atau novel
pada hari ini, apakah tema penulisan yang akan anda pilih untuk
menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat? Berikan
alasan anda.
Sekiranya saya adalah seorang penulis akhbar, majalah atau novel pada hari ini,
tema penulisan yang akan saya pilih untuk menaikkan semangat nasionalisme
kalangan rakyat ialah tema Perpaduan. Ini kerana Malaysia terkenal sebagai
sebuah negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum tetapi mampu hidup
dengan aman dan makmur. Sebagai contoh, tema perpaduan yang ditonjolkan
melalui pengamalan Rumah Terbuka oleh kaum-kaum yang menyambut
perayaan masing-masing pada setiap tahun dan diraikan secara bersama
dengan rasa gembira. Hal ini pasti akan berjaya menaikkan dan menyuburkan
semangat nasionalisme kalangan rakyat.
Seterusnnya ialah tema Malaysia Boleh merupakan slogan yang diilhamkan
oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Slogan ini merupakan ciptaan terulung yang
berjaya mengikis persepsi orang luar bahawa Malaysia adalah negara kampung.
Pada asalnya, slogan ini dicipta untuk menyuntik semangat atlet Malaysia dalam
arena sukan tetapi slogan ini akhirnya telah berkembang dan berjaya melakukan
transformasi besar dalam aspek politik, ekonomi dan sosial sehingga dikagumi
oleh negara luar. Contohnya, kejayaan dua orang pendaki negara iaitu Mohandas
dan Magendran yang berjaya sampai ke puncak Gunung Everest kerana
semangat Malaysia Boleh! Semangat ini tentunya akan terus menaikkan
semangat nasionalisme kalangan rakyat.
Selain itu, tema Keistimewaan Malaysia. Dalam tema ini, saya akan
memaparkan keistimewaan Malaysia yang mempunyai kepelbagaian etnik dan
budaya etnik terutama di Sabah dan Sarawak. Ini kerana, Sabah dan Sarawak
mempunyai lebih 32 etnik yang terdiri daripada pelbagai budaya, makanan dan
adat tradisi. Hal ini pasti menimbulkan semangat kebanggaan kalangan rakyat
Malaysia kerana mempunyai keunikan yang tersendiri.
Seterusnya ialah tema Kejayaan Rakyat Malaysia. Semua kejayaan yang
pernah dicipta oleh rakyat Malaysia akan dikumpulkan dalam Malaysia Boof Of
Record untuk dijadikan inspirasi oleh generasi pada hari ini. Contohnya,
kejayaan Datuk Sheikh Muzaffar sebagai angkasawan pertama negara dan Datuk
Nicol David sebagai pemain nombor satu dunia dalam sukan Skuasy. Melalui
penulisan ini, pastinya akan menyuntik semangat generasi muda untuk terus

melakar kejayaan dan seterusnya menaikkan semangat nasionalisme kalangan


rakyat.
Akhir sekali ialah tema Patriotik. Tema ini mengangkat perjuangan tokoh-tokoh
yang sering dilupakan setiap kali sambutan ulangtahun kemerdekaan negara.
Contohnya, perjuangan Tok Janggut di Kelantan, Rosli Dhobi di Sarawak dan Mat
Salleh di Sabah. Melalui tema ini adalah diharapkan generasi pada hari ini akan
sentiasa merasa bersyukur kerana hidup dalam suasana aman damai dan
berusaha untuk menjaga keamanan negara. Untuk itu, semangat nasionalisme
harus subur sentiasa dan mekar mewangi setiap masa demi kedaulatan negara
tercinta.
Soalan 7: Menjana Idea [10 markah]
7a. Cabaran dan langkah
7a (i) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara dalam usaha
memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat. [5 markah ]
Cabaran yang dihadapi dalam usaha memupuk semangat nasionalisme
adalah kesukaran mengukuhkan perpaduandi Malaysia
kerana kepelbagaian kaum yang terdapat dalam negara.
Selain itu pengaruh luar juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme
dalam kalangan rakyat kerana mereka lebih tertarik dengan budaya luar
berbanding budaya sendiri,
Perkembangan teknologi yang melalaikan juga menyebabkan kurangnya
semangat nasionalisme terutama dalam kalangan remaja. Mereka lebih suka
berhibur daripada membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah negara.
Disamping itu kurang kerjasama pelbagai pihak berwajib dalam
mengadakan program-program yang berunsur patriotisme menyebabkan
semanagat nasionalisme kurang dihayati.
Akhir sekali wujudnya jurang perbezaan pendidikan seperti memilih sekolah
mengikut kelompok kaum masing-masing. Ini menyebabkan sukar untuk
menwujudkan semangat nasionalisme dalam diri pelajar.
7a (ii) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5
Markah)
Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam memupuk semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat adalah semua rakyat
haruslah mengukuhkan perpaduan dengan menjayakan konsep 1
Malaysia yang dapat menyatupadukan semua kaum dan menwujudkan
perpaduan.
Selain itu pihak yang berkenaan contohnya pihak media haruslah menapis
pengaruh luar sebelum disiarkan. Rakyat juga haruslah bijak memilih
maklumat yang disampaikan.
Seterusnya ibu bapa haruslah memantau penggunaan teknologi supaya anakanak hanya mengakses maklumat yang positif dan bermanfaat. Ini penting
supaya anak-anak mempunyai ilmu pengetahuan tanpa mengenepikan nilai-nilai
murni seperti berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

Kerajaan wajib meningkatkan kerjasama daripada pelbagai pihak


untuk menganjurkan program-program berunsurkan nasionalisme.
Contohnya, Syarahan kemerdekaan dan kuiz kenegaraan.
Akhir sekali menubuhkan sekolah wawasan boleh menaikkan semangat
nasionalisme rakyat kerana pelajar boleh bergaul dan bekerjasama dalam satu
sekolah walaupun berlainan kaum.
7b. Sebab dan kesan
7b(i) Jelaskan sebab-sebab semangat nasionalisme semakin luntur
dalam kalangan generasi muda pada hari ini.
Semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi muda hari ini
adalah disebabkan generasi muda kinitidak mempunyai semangat cinta
akan tanah air . Mereka juga tidak memahami maksud
sebenarpatriotisme. Selain itu, generasi muda juga mudah terpengaruh
dengan anasir-anasir yang negatif dari media massa ataupun internet.
Generasi muda juga terlalu leka dengan lambakan hiburan yang
menyeronokkan. Di samping itu,generasi muda turut terpengaruh dengan
budaya asing yang kini semakin berleluasa di negara kita.
Seterusnya, kurang didikan agama dan kesedaran sivik juga menyebabkan
semangat nasionalisme semakin luntur dalam jiwa generasi muda.
Selain itu,sikap suka mementingkan diri sendiri juga antara sebabnya. Tidak
dapat dinafikan bahawa semangat nasionalisme juga semakin luntur kerana
generasi muda kini tidak memahami konsep Rukun Negara.
Generasi muda juga kurang menghayati perjuangan tokoh-tokoh
tempatan. Seterusnya,kurangnya ilmupengetahuan turut menyebabkan
kurangnya semangat nasionalisme dalam diri generasi muda kini.
7b(ii) Nyatakan kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak
dibendung.
Kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung ialah generasi
muda akan berpecah belah.
Selain itu, keamanan dan keharmonian negara juga akan
terancam. Seterusnya, lahirnya individu yangmementingkan diri sendiri.
Di samping itu, generasi muda juga akan hilang jati diri. Seterusnya, minda
generasi muda akan mudah dijajahdan terpengaruh dengan anasiranasir luar. Gejala sosial dalam kalangan generasi muda turut
meningkat dan sukar dibendung.
Selain itu,perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia tidak akan
wujud. Generasi muda juga tidak akanmenghormati Rukun
Negara. Seterusnya, pertahanan negara juga akan menjadi
lemah.Wawasan 2020 turut tidak akan tercapai.
Soalan 8 : Iktibar / nilai / patriotisme [5 Markah]
Iktibar /Nilai/Unsur Patriotisme yang diperoleh berdasarkan tajuk yang
dikaji.

Antara iktibar yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa menunjukkan


kecintaan kepada negara untuk mengekalkan kedaulatan negara. Selain itu, kita
haruslah bekerjasama dalam mencapai matlamat negara. Kita juga perlu
berganding bahu untuk membangunkan negara supaya negara kita setanding
dengan negara-negara maju. Seterusnya, kita mestilah berani dan tabah
menghadapi cabaran. Disamping itu, kita haruslah setia kepada pemimpin dan
berhati-hati dengan orang asing supaya negara kita tidak lagi dijajah semula.
Antara nilai yang kita perlu amalkan ialah sentiasa menunjukkan semangat
kekitaan dan kesamarataan dalam apa jua tindakan yang dilakukan. Selain itu,
kita perlu menunjukkan kerjasama dan hidup saling hormat-menghormati di
antara pelbagai kaum di Malaysia. Kita juga perlu menunjukkan nilai menghargai
dan menghormati agama kaum lain. Kita juga sentiasa saling memahami dan
bertoleransi dalam apa jua perkara yang dilakukan.
Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai unsur patroitik, kita perlu bersifat
terbuka dengan menyokong perubahan dari semasa ke semasa untuk kearah
kebaikan. Selain itu, perpaduan harus diamalkan sepanjang masa supaya
keamanan negara dapat dikekalkan. Sebagai rakyat juga, kita perlu berbangga
dengan kejayaan dan keunikan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
budaya. Akhir sekali kita juga wajar menunjukkan penghormatan terhadap
kepimpinan negara dan sentiasa bersyukur dengan kemerdekaan Malaysia yang
sudah
Soalan 9 : Kesimpulan [5 Markah]
Pengetahuan
Antara Pengetahuan yang saya perolehi ialah mengetahui usaha masyarakat
tempatan penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan di dorong oleh hasrat
membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Abad ke-19 dan abad ke-20
mengetengahkan ramai pemimpin tempatan daripada pelbagai latar belakangan
bangkit menentang penjajah. Perubahan pentadbiran penjajah mendatangkan
pelbagai kesulitan kepada penduduk tempatan. Penjajahan British telah
meninggalkan pelbagai impak dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
Nilai Murni
Antara nilai murni yang dapat diterapkan ialah semangat juang yang kental
dalam mempertahankan tanah air. Selain itu mempertahankan kedaulatan
negara dengan memiliki sikap berani menentang musuh. Disamping itu, memiliki
jati diri yang tinggi agar tidak mudah menerima pengaruh luar. Selanjutnya tidak
mudah berputus asa dengan menunjukkan semangat setia negara yang tinggi.
Akhirnya kesangupan bekorban demi agama, bangsa dan negara dengan
mengetepikan kepentingan diri.
Unsur Patriotik
Antara unsur patriotik yang boleh diterapkan dalam diri ialah cinta akan negara
yang tinggi dan berkorban nyawa. Contohnya penentangan Tok Janggut. Selain
itu, bersatu padu dan mempunyai semangat kekitaan bagi mewujudkan
keharmonian negara.
Harapan dan masa depan

Harapan saya agar rakyat Malaysia dapat memperkukuh semangat nasionalisme


yang tinggi. Hal ini juga, supaya dapat pertahan negara daripada campur tangan
kuasa asing dan seterusnya dapat mengekalkan kedaulatan negara. Akhir sekali
semoga rakyat Malaysia saling menghormati antara satu sama lain untuk
mewujudkan keamanan.
https://docs.google.com/document/d/1j9I5_YmYrp67ropbWXjf03yZ0S9R73VNCpL
m84aqqmU/edit?usp=sharing

You might also like