You are on page 1of 9

Jata Negara merupakan identiti negara Malaysia yang telah diperkenankan oleh Rajaraja Melayu.

Lambang-lambang pada Jata Negara merupakan perlambangan Negerinegeri di Malaysia.Jata Negara menjadi kemegahan seluruh rakyat Malaysia.
Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita perlu memahami dan
menghayati makna lambang-lambang pada Jata Negara.Kita juga mestilah menghormati
Jata Negara sebagai lambang permuafakatan.

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj

Biodata
i)
ii)

iii)

iv)

Nama:Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj


Tarikh lahir: 8 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar
(Istana Pagoda)
Pendidikan:
1911-Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar
1916-Penang Free Shool, Penang
1925-Lulus B.A. dari University Combridge
1945-Lulus LLB, dari Inner Temple, London
Kerjaya:
1946-Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah)
Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (Sebelum lulus LLB).Dilantik Penolong
Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 - Rombongan Merdeka ke London.
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.
1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.
1970 - Bersara dari Politik.
06 Disember 1990- Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung
atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap
Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di
Makam Di Raja Langgar.

TUN HAJI ABDUL RAZAK BIN HAJI DATO' HUSSEIN

Biodata
Nama: Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein.
Jawatan: Perdana Menteri Malaysia ke-2.
Tempoh Perkhidmatan: 22 September 1970- 14 Januari 1976.
Timbalan: Tun Ismail Doto' Abdul Rahman (1970-1973) Tun Hussein Dato' Onn (19731976).
Menggantikan: Tun Hussein Onn.
Parti Politik: UMNO.
Tarikh Lahir: 11 mac 1922.
Tempat Lahir: Pekan, Pahang.
Tarikh Kematian: 14 Januari 1976.
Tempat Kematian: London, England,
Pekerjaan: Peguam
Agama: Islam
Anak: 5 Orang

Kehidupan Peribadi
Di lahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyarham Tun Abdul Razak merupakan
anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah binti Daud.
Beliau keturunan bangsawan Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum
Pahang.
Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn ialah penggantinya sebagai Perdana Menteri
ketiga.
Anak sulungnya, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, menjadi perdana menteri
keenam menggantikan Tun Abdullah bin Mohammad Badawi pada tahun 2009. Anakanaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim
dan Mohamed Nazir.

Pendidikan
Sejak di sekolah rendah lagi, Abdul Razak telah menunjukkan kepintaran dan
kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk
menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.
Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Abdul Razak betugas
dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan
biasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada tahun 1940. Bagaimanapun,
pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia ke-2.
Selepas peperangan, Abdul Razak pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar
jurusan undang-undang. Sewaktu menuntut di England, beliau betemu dengan Tunku
Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan yang ke-3 untuk memperoleh ijizah
undang-undangnya. Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli
Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha dibawah Tunku
yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu. Bersamping itu, Abdul Razak juga
menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk perbincangan persoalananpersoalanan politik negara untuk penuntut-penuntut Malaya. Pada tahun 1950, Abdul
Razak menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London.

Kerjaya
Selepas kepulanagannya, Abdul Razak menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan
bergiat dalam bidang politik. Di sebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi
ketua pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.Dua tahun kemudian,pada
Febuari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur 33
tahun.
Selepas memenangani pilihan raya umun yang pertama di Malaya pada Julai 1955,
Abdul Razak dilantik sebagai MaenteriPelajaran.Abdul Razak juga menyertai misi
Febuari 1956 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut
kemerdekaan Malaya daripada pihak British.
Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya di dalam UMNO menggulingkan Tunku Abdul
Rahman serta mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau memerintah melalui dekri
sehingga 1970.Pada 22 September 1970, Abdul Razak mewarisi Tunku Abdul Rahman
sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Abdul Razak termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun
1971. Beliau dan "generasi baru" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan
untuk menggendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan
antagonisme perkauman. DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu mengurangkan
dan pada akhirnya:
1: menghapuskan kemiskinan
2: menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum.
Abdul Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 sebagai gantian untuk
Parti Perikatan. Beliau menambahkan ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang
dikatakannya "Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik.
Disebabkan sebahagian oleh penyakit leukimia, Abdul Razak meninggal pada tahun
1976 sewaktu mendapat jawatan perubatan di London, dan disemadikan di Makam
Pahlawan, berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya,
beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan.

Tun Hussein bin Dato Onn

Biodata
Nama : Allahyarham Tun Hussein bin Dato Onn
Tarikh Lahir : 12 Februari 1922
Tempat Lahir : Johor Bahru
Pendidikan :
English College Johor Bahru hingga lulus Senior Cambridge
1940 Masuk Maktab Tentera di Dehra Dunn, India
1958 Lulus Ijazah Undang-undang dari Lincolns Inn, London
Kerjaya :
1942 bertugas di Mesir
1945 pemerintah Polis Depot, Johor Bahru
1946 - menyertai UMNO bersama ayahnya. Setiausaha UMNO Pertama
1950 ADO, Kuala Selangor, Klang
1970 Menteri Pelajaran
1973 Timbalan Presiden UMNO. Timbalan Perdana Menteri
1976 Perdana Menteri Malaysia Ketiga
1981 bersara daripada politik serentak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri
Malaysia

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad


6

Biodata
Nama : Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Tarikh Lahir : 20 Disember 1925
Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah
Pendidikan :
Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar
Sultan Abdul Hamid College dan Universiti Malaya (Singapura) lulus Ijazah
KedoktoranPerubatan MBS 1953
Kerjaya :
1945 aktif dalam Kesatuan Melayu Kedah, SEBERKAS dan UMNO
1954 bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Alor Setar, Langkawi dan Perlis
1957 membuka klinik sendiri di Alor Setar, iaitu Klinik MAHA
1964 memenangi Kerusi Parlimen Kota Setar Selatan
1973 dilantik Pengerusi FIMA
1975 Naib Presiden UMNO
1976 Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri
1981 hingga 2003 Perdana Menteri Malaysia Keempat

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Biodata
Nama: Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Tarikh Lahir: 26 November 1939
Tempat Lahir : Bayan Lepas, Pulau Pinang
Pendidikan :
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam
Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang
Universiti Malaya-Sarjana Muda Sastera dalam Bidang Pengajian Islam
Kerjaya :
1964 - Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam
1969 - Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan
1974 Timbalan Ketua Setiausaha dalam Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
1978 Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan
1980 Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan
1981 Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1984 Menteri Pelajaran
1986 Menteri Pertahanan
1991 Menteri Luar Negeri
1999 -Timbalan Perdana Menteri Malaysia
2003 hingga 2009 - Perdana Menteri Malaysia Kelima

YAB Dato Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Biodata
Nama: YAB Dato Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tarikh Lahir: 23 Julai 1953
Tempat Lahir : Kuala Lipis, Pahang
Pendidikan :
Institusi St. John, Kuala Lumpur
Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England.
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri
daripadaUniversiti Nottingham, England pada tahun 1974.
Kerjaya :
1978-1980 Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
1980-1981 Timbalan Menteri Pendidikan
1981-1982 Timbalan Menteri Kewangan
1982-1986 Menteri Besar Pahang
1986-1987 Kementerian Belia dan Sukan, Menteri Kebudayaan
1990-1995, 1999-2008 Menteri Pertahanan
1995-1999 Menteri Pendidikan
2004-2009 - Timbalan Perdana Menteri
2009-kini - Perdana Menteri Malaysia Keenam

You might also like