You are on page 1of 3

Resepi kuih Loyang

Bahan asas:
1/2 kilo tepung beras
3/4 cawan cili kering
1 cawan ikan bilis
1 camca teh jintan manis
2 camca teh garam
4 - 5 biji telur
4 - 5 gelas air
1/4 cawan gula (kalo suka)
Minyak untuk menggoreng
- Panaskan acuan didalam minyak
- Sementara itu, cili kering, ikan bilis dan jintan di kisar
- jangan terlalu halus
- Campur semua bahan kisar di atas bersama telur, garam dan air.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kisar hingga sebati.
- Uji kepekatannya - kalo agak pekat tambahkan sedikir air
-Sedia untuk menggoreng.

Resepi kuih talam


Bahan Lapisan Bawah:
1 cawan tepung beras & tepung gandum (Masukkan 3 sb penuh tepung gandum ke
dalam cawan dan penuhkan selebihnya dengan tepung beras)
2 cawan air gula - seperti di bawah
Secalit kapur
Bahan Air Gula:
158 gram gula merah - 4 ketul gula merah saiz kecil
3 sudu besar gula putih
2 cawan air
1 helai daun pandan
Bahan Lapisan Atas:
1 1/2 cawan santan - guna 1 kotak santan dicampur dgn air
1/3 cawan tepung beras - (2 1/2 sudu besar).
1/2 sk garam
Cara cara:
Masak semua bahan untuk membuat air gula sehingga mendidih, angkat dan
sejukkan. Sukat sebanyak 2 cawan air gula.
Satukan bahan lapisan bawah iaitu 1 cawan tepung, 2 cawan air gula di atas dan
sedikit air kapur. Tapis ke dalam loyang yang digris dengan sedikit minyak. Saya
guna loyang 10" jadi kuih agak nipis.
Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Dikukus lapisan bawah selama 20 minit.
Sekiranya ada air atas kukusan, hendaklah buka penutup pengukus dan kukus lagi
selama beberapa minit atau dilap dengan tisu dapur. Lorekkan dengan garfu supaya
adunan atas boleh melekat.
Satukan kesemua bahan lapisan atas sehingga sebati dan tapiskan. Kemudian
tuang perlahan lahan ke atas bahan bawah supaya tidak berbuih. Kukus selama 15
minit lagi.
Sama seperti tadi, lapkan lah dengan kitchen towel. Atau buka penutup pengukus
dan kukus selama beberapa minit tanpa penutup bagi mengeringkan air di
permukaan.

Sejukkan kuih ini terlebih dahulu sehingga benar benar sejuk sebelum dipotong.
Potong menggunakan pisau plastik. Selamat mencuba.

You might also like