Professional Documents
Culture Documents
Lempar Cakera
Lempar Cakera
Cakera yang digunakan diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang menyerupai kayu, dan dibaluti oleh
lingkaran logam besi atau tembaga yang licin. Cakera hendaklah berbentuk bulat tetapi leper. Pada tengah-tengahnya
dilekatkan piring bulat daripada besi dan dipasangkan pada kedua-dua belah cakera. Cakera juga boleh diperbuat tanpa
melekatkan piring besi pada bahagian tengah, asalkan bahagian tengah ini berbentuk rata dan berat keseluruhan cakera
adalah menepati berat yang ditetapkan.
Kedua-dua belah cakera hendaklah sama rata dan sama bentuk. Saiz dan berat cakera yang digunakan untuk
lelaki adalah berbeza dengan cakera untuk wanita. Begitu juga dengan cakera untuk sekolah. Ukuran dan berat cakera
mengikut lelaki dan wanita adalah seperti berikut:
Bil
Perkara/bahagian
1
Berat keseluruhan untuk
Lelaki
2.0kg(minimum)
Wanita
1.0kg(minimum)
pertandingan
Ketebalan bahagian tengah
40-46mm
37-39mm
cakera
Diameter piring atau kawasan
50-57mm
50-57mm
218-221mm
180-182mm
12.0mm
12.0mm
sekeliling cakera
Bulatan lemparan
Bulatan lemparan bermaksud bulatan atau kawasan bulat yang dibentuk khas untuk peserta lempar cakera
membuat lemparannya. Garisan atau bahan yang membentuk bulatan hendaklah diperbuat daripada besi, logam lain dan
kayu dengan bahagian atasnya hendaklah sama aras dengan kawasan sekeliling.
Bahagian dalam bulatan ini hendaklah diperbuat daripada simen, atay bahan lain yang tidak licin. Permukaan
bulatan hendaklah rata dan ukuran pada saiz bulatan ini ialah 2.5m pada diameternya. Bulatan lemparan ini dibahagikan
kepada 2 bahagian yang sama besar. Diameter bahagian dalam bulatan lemparan hendaklah terdiri daripada garisan
lebih kurang 5mm, manakala garisan bulatannya harus sekurang-kurangnya 6mm tebal dan diwarnakan putih. Garisan
lurus setebal 5cm lebar hendaklah dilukiskan di luar bulatan sekurang-kurangnya 75cm pada kedua-dua belah bulatan.
Permukaan bulatan boleh juga diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang sesuai.
Kawasan lemparan
Kawasan pendaratan atau lemparan cakera dibentuk daripada garisan separuh bulatan dengan keluasan
sudutnya 40 darjah. Panjang kawasan ini tidak terhad. Bagi peringkat sekolah, kawasan ini hendaklah lebih kurang 60m
panjang, manakala, bagi peringkat antarabangsa, boleh dipanjangkan sehingga mencapai 100m. Panjang kawasan
hendaklah diukur dari tengah bulatan lemparan cakera.
Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan atau penonton. Garisan melengkung
mengikut bentuk bulatan kawasan lemparan boleh di adakan pada jarak tertentu, umpamanya 30m, 40m dan 50m untuk
peringkat sekolah, dan jarak yang lebih jauh seperti 50m, 60m, 70m dan 80m. Garisan yang menandakan rekod atau
pencapaian yang terbaik sesuatu kejohanan juga disediakan oleh sesetengah penganmjur. Garisan ini adalah sebagai
panduan kepada para peserta untuk membuat lemparan, setidak-tidaknya untuk mereka mencipta rekod baru.
Kurungan keselamatan
Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku semasa acara lempar cakera
dilangsungkan, langkah-langkah keselamatan henbdaklah diambil. Langkah yang paling penting ialah dengan memasang
kurungan keselamatan dikawasan membuat lemparan. Kurungan ini hendaklah direka dan dipasang dengan kemas
supaya dapat menahan lemparan cakera yang beratnya 2kg serta dilemparpada kelajuan sehingga melebihi 25m sesaat.
Kurungan ini biasanya berbentuk U, terdiri daripada minimum 6 batang tiang yang menyokong jaring. Permukaan
kurungan hendaklah 6 meter, terletak 5m dihadapan bulatan lemparan. Setiap kepingan jaring besi ini hendaklah
sekurang-kurangnya 4m tinggi. Jaringnya harus daripada bahan sintetik atau wayar yang seumpamanya.
Apabila cakera gagal dilempar dengan baik ke kawasan pendaratan yang disediakan, kemungkinan besar akan
mengena jaring keselamatan ini. Dengan demikian, cakera akan terjatuh di dalam kawasan yang dipagari ini dan bukan
melayang tidak menentu arah. Sudah tentu lemparan itu dikira batal kerana gagal mengikut arah atau laluan yang
disediakan.
Bagaimanapun, pada kejohanan olahraga peringkat sekolah atau kadang-kadang negeri sekalipun, jaring
keselamatan ini tidak disediakan. Ini mungkin kerana teknik lemparan yang dilakukan oleh kebanyakan peserta adalah
bukan teknik memusingkan badan, yang tidak mudah menyebabkan cakera mengikut arah yang tidak sepatutnya. Alas an
lain mungkin kerana jarak lemparan yang dilakukan agak dekat untuk dipasangkan kurungan keselamatan ini.
Bagaimanapun, adalah lebih baik jika pagar ini dipasang, biarpun pertandingan hanya pada peringkat sekolah.
Pita pengukur
Oleh sebab dalam acara lontaran termasuk lempar cakera, kejuaraan ditentukkan oleh jarak lemparan yang
dibuat,maka sudah tentu jarak ini perlu diukur. Alat yang digunakan ialah pita pengukur.pegawai pertandingan akan
mengukur setiap jarak yang dicapai oleh peserta kecuali lemparannya dibatalkan.ukuran jarak ini dibuat pada titik yang
dicatatkan oleh cakera hingga ke bahagian dalam bulatan kawasan lemparan,walaupun pita ditarik hingga titik tengah
bulatan lemparan itu.Bagaimanapun dalam kebanyakkan perjumpaan olahraga peringkat antara-bangsa, alat pengukur
elektronik sudah digunakan untuk menggantikan pengunnaan pita pengukur. Dengan demikian, setiap jarak yang dibuat
dapat diukur dengan lebih cepat dan tepat.
Pegawai pertandingan
Biasanya antara tiga hingga lima orang pegawai atau pengadil pertandingan diperlukan untuk mengadili
pertandingan ini. Seorang pengadil akan menentukan sama ada lemparan itu batal ataupun sah,menerusi sentuhan kaki
peserta pada garisan bulatan lemparan, atau cakera yang gagal dilepaskan oleh peserta atau cakera yang gagal
dilepaskan oleh peserta atau cakera mengena jaring keselamatan. Dua orang pegawai menentukan titik atau tempat
pendaratan cakera di kawasan pendaratan dan dua orang lagi akan mengukur serta mencatat jarak yang dicapai oleh
peserta.
Undang-undang dan peraturan
1.
Setiap peserta yang mengambil bahagian akan membuat lemparan mengikut susunan yang ditentukan menerusi undian
sebelum pertandingan dimulakan.
2.
Apabila jumlah peserta melebihi lapan orang,mereka akan diberikan tiga lemparan dan lapan peserta yang mempunyai
lemparan paling jauh akan memasuki pusingan akhir. Dalam pusingan ini mereka akan diberikan tiga lemparan lagi untuk
menentukan pemenang. Sekiranya terdapat lapan orang peserta untuk pertandingan itu, mereka akan terus diberikan
enam percubaan seorang, dan lemparan paling jauh daripada enam percubaan ini akan menentukan pemenang
keseluruhan.
3.
Setelah pertandingan bermula, peserta tidak dibenarkan menggunakan kawasan pertandingan untuk melakukan lemparan
percubaan atau latihan,sama ada dengan peralatan ataupun tanpa peralatan.
4. Setiap peserta akan ditentukan kedudukannyaa atau pemenang mengikut jarak lemparan paling jauh dan yang sah.
5.
Cakera hendaklah mula dilempar dari bulatan lemparan yang disediakan dan hendaklah bermula daripada kedudukan
statik.
6.
Peserta tidak dibenar meninggalkan bulatan lemparan sebelum cakera mendarat atau menyentuh kawasan
pendaratan.cara keluar dari bulatan yang tidak di kira batal.
7.
Untuk menjadikan lemparan itu sah,cakera hendaklah jatuh di dalam kawasan pendaratan yang disediakan dan peserta
tidak menyentuh atau memijak garisan mengelilingi bulatan lemparan.
8.
Ukuran hendaklah dibuat selepas sesuatu lemparan yang sah dibuat oleh setiap peserta,walaupun jarak yang dicapainya
lebih dekat daripada jarak lemparan sebelumnya.
9.
Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantuan lain yang boleh memberikan kelebihan atau menjauhkan
jarak lemparan cakera.
10. Peserta juga tidak dibenarkan melekatkan sesuatu pada kawasan lemparan atau pada tapak kasut dengan tujuan
memberikan kelebihan kepadanya atau lemparannya
11. Sekiranya terdapat keputusan seri,semakan akan dibuat pada jarak kedua terbaik bagi setiap peserta.semakan ketiga
dilakukan dengan membenarkan setiap peserta berkenaan melakukan satu lemparan tambahan.peserta yang mencapai
jarak lebih jauh daripada lemparan tambahan dikira pemenang.
12. Peserta hendaklah mematuhi segala aturan dan undang-undang yang ditetapkan,termasuk dari segi pakaian dan
peralatan yang digunakan.
13. Peserta hendaklah menerima keputusan pegawai pertandingan dengan penuh semangat kesukanan,sekiranya lemparan
yang dibuat itu batal atau tidak dikira
14. Peserta hendaklah melempar cakera mengikut cara dan teknik yang ditetapkan untuk acara ini.
Ketika memberi demostrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan, guru hendaklah menarik
perhatian pelajarnya kepada rurtan tindakan bahagian badan. Ini dapat membantu mereka memahami asas
pengumpulan daya dan peranan bahagian badan sperti kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera.
CARA PEGANGAN 1
Cara memegang cakera ini ialah dengan menekapkan tangna peserta pada permukaan cakera yang menutupi
keseluruhan bahagian berlogam pada bahagian berlogam pada bahagian tengahnya. Cakera dipegang hanya
dibengkokkan mencengkam pada segi cakera. Ibu jari peserta juga diletakkan pada permukaan cakera untuk
memberikan pengawalan. Kedudukan jari-jari pada sekeliling cakera hendaklah pada jarak yang sama antara satu
dengan lain. Bagi memastikan pegangan itu berada dalam kedudukan yang baik dan selesa, peserta boleh menghayunhayunkan cakera beberapa kali ke hadapan dank e belakang, sambil jari-jari cuba mendapatkan cengkaman terbaik pada
cakera itu. Selepas itu peserta bolehlah cuba melemparkan cakera untuk jarak yang dekat dahulu. Lakukan beberapa kali
dengan penekanan diberikan kepada cara memegang cakera dan bukan pada jarak lemparan.
CARA PEGANGAN 2
Pegangan cakera cara ini kelihatan hamper sama dengan cara pegangan yang pertama tadi. Akan tetapi
perbezaan ketara ialah pada kedudukan jari-jari pada sisi cakera. Keseluruhan tapak tangan peserta hendaklah
diletakkan pada permukaan cakera dengan menutup terus bahagian berlogam pada bahagian tengah. Jari telunjuk dan
jari hantu dirapatkan seolah-olah bercantum, manakala jari manis dirapatkan pada permukaan cakera iaitu pada bahagian
atasnya secara keseluruhannya. Seperti dalam pegangan pertama, untuk memastikan supaya tangan memegang cakera
dengan selesa dan kemas, peserta hendaklah menghayun-hayunkan cakera itu ke hadapan dank e belakang beberapa
kali, dan diikuti dengan lemparan dekat beberapa kali. Peserta hendaklah cuba mendapatkan pegangan yang selesa
dengan cara ini.
CARA PEGANGAN 3
Ada kalanya peserta yang mempunyai jari-jari yang pendek mungkin menjadi masalah kepadanya untuk
memegang cakera dengan selesa. Bagaimanapun dengan pegangan cara ini, masalah ini dapat diatasi. Malah cara
pegangan yang mempunyai jari yang sagak pendek. Peserta hendaklah menekapkan seluruh tapak tangannya pada
cakera, dengan menutup dua pertiga sahaja daripada bahagian berlogam pada bahagian tengah cakera. Manakala jarijari memegang pada sekeliling atau sampai logam cakera. Ini bermakna bahagian atas cakera disokong oleh sebahagian
lengan peserta. Ini perlu bagi membolehkan jari-jari memegang cakera di sekelilingnya. Kedudukan jari adalah sama
seperti dalam pegangan cara kedua di atas.
Bagi memastikan pegangan itu menjadi kemas dan selasa, peserta bolehlah menghayun-hayunkan tangannya ke
hadapan dank e belakang beberapa kali diikuti dengan melakukan lemparan dekat beberapa kali bagi membiasakan
pegangan cara ini.
Dalam apa-apa cara pegangan sakali pun, yang penting ialah cara itu hendaklah selesa dan kemas bagi peserta
itu. Jika pegangan itu sudah selesa, mudahlah bagi peserta membuat lemparan. Jika demikian, bolehlah peserta
berkenaan memberikan perhatian kepada cara melakukan lemparan pula.
FASA PERGERAKAN MELEMPAR CAKERA
Secara umumnya, melempar cakera terdiri daripada fasa pergerakan yang berikut:
(a)
(b)
(c)
(d)
Rajah 1.7 : Teknik lemparan berdiri pusing Rangkaian satu setengah putaran
Peserta hendaklah merendahkan pusat gravity badan dengan cara membengkokkan sedikit lutut, terutama lutut kaki
belakang. Dengan demikian peserta badara pada kedudukan separuh cangkung.
3.
Peserta hendaklah memusingkan badan ke kanan mengikut arah atau sisi yng memegang cakera, sambil pandangan
mata hendaklah ditumpukan kea rah hayunan cakera.
4.
Siku tangan peserta yang tidak memegang cakera hendaklah dibengkokkan sehingga pada aras bahu untuk mengawal
serta menimbangkan pusingan badan.
5.
Tangan peserta yang tidak memegang cakera akan menyangga tangan yang memegang cakera ketika hayunan cakera
kembali ke hadapan. Pergerakan ini dilakukan beberapa kali bagi mendapatkan hayunan untuk lemparan yang baik.
6.
Selepasa peserta mendapatkan pergerakan hayunan tangan serta cakera yang mencukupi, siku tangan yang tidak
memegang cakera hendaklah diluruskan sambil melonjakkan dada ke hadapan. Ketika yang sama, kedua-dua belah
peserta diluruskan bagi mendapatkan yang maksimum sambil muka dan mata ditumpukan ke arah kawasan pendaratan
cakera.
7.
Ketika ini peserta hendaklah menghayunkan cakera hingga ke aras bahu dan melemparkan ke hadapan dengan hayunan
atau luncuran cakera secara menaik.
8.
Peserta hendaklah berada di kawasan lemparan sehingga cakera selamat mendarat di kawasan pendaratan. Selepas itu
peserta hendaklah meninggalkan kawasan lemparan itu pada sebelah belakang melepas garisan tengah bulatan.
KEBAIKAN TEKNIK
1. Teknik ini mudah dipelajari dan peserta dapat memahirkan diri dalam masa yang singkat.
2. Atlit dapat memerhatikan dengan nyata pergerakan cakera menerusi hayunan yang dilakukan.
3. Cakera mempunyai peluang yang lebih untuk mendarat di kawasan pendaratan yang disediakan.
4.
Atlit tidak perlu melakukan pergerakan badan serta hayunan tangan yang banyak, yang jarak lemparannya belum tentu
lagi memuaskan hati atau tidak.
KEBURUKAN TEKNIK
1.
Peserta tidak dapat memusingkan badan untuk mendapatkan lonjakan serta hayunan yang sewajarnya seperti yang
dikehendaki untuk acara ini.
2. Biasanya teknik ini tidak dapat menjamin lemparan yang jauh disebabkan ketiadaan lonjakan badan dan hayunan tangan.
3. Kurang menarik dan sukar mendapatkan sambutan sama ada daripada peserta ataupun penonton.
Seperti biasa, perkara awal yang harus diberikan perhatian ialah mendapatkan cakera pada tangan yang sesuai
dan pegangan yang selesa. Selepas itu peserta bolehlah cuba meghayun-hayunkan tangan dan cakera serta pusingan
badan sebagai latihan awal. Sebenarnya melempar cakera cara ini memerlukan peserta berada kedudukan sedia di
dalam kawasan lemparan. Kedududkan ini adalah berbeza daripada kedudukan peserta yang menggunakan teknik
lemparan statik.
Dalam teknik lemparan ini, peserta hendaklah berdiri pada separuh belakang kawasan lemparan, pada
kedudukan membelakangi kawasan pendaratan cakera. Biasanya dalam lemparan teknik pusing ini, peserta akan
membuat 1 pusingan sebelum membuat lemparan. Dalam pada itu peserta juga hendaklah bersedia dari segi
mentalnya, yakni menumpukan penuh konsentrasi terhadap acara ini.
Berikut adalah aturan yang boleh dijadikan panduan dalam melakukan berpusing. Perlu diingat panduan ini
adalah lebih sesuai untuk peserta lelaki, walaupun mungkin dapat juga dijadikan panduan untuk peserta wanita.
1.
Peserta hendaklah berdiri di kawasan permulaaan lemparan dengan badan membelakangi arah kawasan lemparan.
Kedudukan kaki peserta adalah pada jarak bahunya dengan tapak kaki belakang diserongkan sedikit dengan menghala
kea rah sisi kakan badan, manakala tapak kaki kiri dalam kedudukan selari dengan arah dada yang membelakangi
kawasan lemparan. Sementara itu berat badan peserta hendaklah diseimbangi pada kedua-dua belah kaki.
2.
Daripada kedudukan sedia ini, peserta boleh memulakan hayunan cakera sebagai persediaan awal untuk pergerakan
memusingkan badan. Ketika melakukan hayunan, berat badan peserta akan berpindah dari kaki belakang ke kaki
hadapan mengikut arah tangan yang memegang cakera.
3.
Pesrta akan memusingkan badan yang bermula dengan hayunan persediaan terakhir yang terus memindahkan berat
badan ke kaki hadapan, manakala kaki belakang kini berada pada kedudukan baru,mengikut pergerakan pusingan badan
peserta. Sebenarnya bergerakan ini berlaku secara atomatik kesan hayunan tangan bersama cakera. Seterusnya
hayunan bertukar dalam pergerakan yang lancer lagi licin kepada pusingan keseluruhan badan peserta. Peserta
hendaklah memusingkan badan dengan segera serta lurus ke hadapan bagi mendapatkan pengawalan yang rapi
terhadap pergerakan badan, peserta hendaklah berpusing dalam keadaan graviti yang rendah.
4.
Langkah seterusnya ialah peserta dengan cara lompat berpusing, mengarahkan badan ke hadapan bulatan lemparan
dalam kedudukan melempar. Pusingan dari kedudukan berdiri bermula di belakang bulatan hendaklah membolehkan
peserta mendaratkan kakinya pada kedudukan membuat lemparan dengan berkesan.
5.
Selepas Berjaya melakukan lebih kurang antara satu hingga dua pusingan, bermakna peserta kini bersedia untuk
membuat lemparan terhadap cakera dalam pegangannya. Teknik lemparan adalah hamper sama dengan teknik dalam
lemparan static. Caranya ialah ketika bahagian badan bergerak menghadap ke kawasan lemparan, tangan kiri di
lepaskan sambil lutut didongak kea rah kawasan pendaratan. Kedua-dua kaki hendaklah diluruskan selepas lonjakan
akhir untuk pelepasan cakera. Cakera dilemparkan apabila tangan yang memegang cakera menamatkan hayunan
sampai ke arah bahu.
6.
Pergerakan akhir peserta ialah lajakan badan. Lonjakan ini bergantung kepada kelancaran lemparan yang dibuat. Sebagai
panduan, berikut adalah kedudukan untuk melakukan lajakan.
a. Peserta akan melonjakkan badan ke hadapan sehingga kedudukan peserta berdiri di atas kaki kanan secara menjengket.
b. Peserta berada dalam kedudukan terkawal supaya dapat mengelakkan kaki daripada terkena atau terpijak garisan bulatan
atau terus terkeluar dari bulatan itu.
c.
Pandangan peserta hendaklah pada penerbangan cakera sehingga cakera mendarat dengan selamat.
7.
Peserta hendaklah meninggalkan kawasan lemparan sebaik sahaja cakera mendarat di kawasan penndaratan dengan
menerusi bahagian separuh belakang bulatan.
8. Peserta hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan untuk lemparan teknik badan berpusing ini.
Peserta dapat melakukan hayunan cakera dengan lebih kuat, laju dan berkesan menerusi pusingan badan, dan cakera
dapat dilempar dengan kuat dan jarak yang lebih jauh.
2. Pergerakan peserta lebih kemas dan berkesan sehingga mampu mendapatkan keputusan yang membanggakan.
3. Peserta lebih berhati-hati dalam pergerakan dan lemparan serta dapat mengelakkan daripada pembaziran tenaga.
4.
Member kesan psikologi kepada peserta-peserta lain yang mengambil bahagian yang tidak menggunakan teknik lemparan
ini.
1. Peserta perlu mengikuti latihan yang lama bagi mendapatkan kemahiran yang diperlukan.
2. Pegangan dan kedudukan kaki dan badan yang longgar dan tidak betul boleh merugikan lemparan yang dibuat.
3. Kemungkinan melakukan kesilapan atau pergerakan yang batal adalah mudah.
4. Kesilapan yang dilakukan boleh membahayakan didri sendiri atau orang lain.
Peserta sanggup menjalankan latihan khusus untuk acara ini termasuk dari segi fizikal, kemahiran, ;teknik dan mental
peserta.
2.
Mempunyai minat dan keinginan untuk Berjaya dalam acara ini dengan meletakkan suatu matlamat tertentu untuk dicapai
menerusi penyertaan dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan.
3. Dapat menggunakan teknik lemparan yang terbaik dan berkesan dengan tujuan dapatkan jarak sejauh mungkin.
Tujuan: mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika melepaskannya.
(a) Berdiri denagn kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit
(b) Hayunan cakera berulang kali ke depan dan kebelakang di sisi badan. Ingat, jangan menggenggam cakera. Pegangan
seperti yang diterangkan sebelum ini.
(c) Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan, lepaskan cakera supaya ia bergolek di atas
tepinya (simpai logam) secara lurus ke depan. Di saat-saat akhir melepaskan cakera, putarkan cakera dengan
pergerakan jari tengah dan telunjuk.
Latihan 2
(a) Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan sedikit. Hayun cakera ke belakang dan ke
depan bahu kiri.
(b) Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan, badan berpusing kea rah lawan jam (ke sebelah kiri). Cakera masih
mengikut dari belakang.
(c) Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri ayng berpaksi.
(d) Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.
(e) Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan memusingkan badan sebagia panduan
kedudukan kaki. Buat latihan dengan pergerakan yang perlahan dan kemudian beransur laju.
(nota): pada peringkat awal, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan lemparan dan tanpa memegang cakera.
Latihan 4
Tujuan: simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar.
(a) Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan dan hayunakan cakera.
(b) Hayunan cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan badan ke depan bulatan.
(c) Apabila cakera sampai kea rah bahu, ia dilempar ke depan. Pada ketika lemparan, pastikan kaki kanan menolak kuat atas
tanah