You are on page 1of 7

1.

PENGENALAN
1.1

Utara
Utara terbahagi kepada dua jenis:(a) Utara Geografi atau lebih dikenali dengan Utara Sebenar.
(b) Utara Magnet atau Utara Magnetik.

1.1.1

Utara Sebenar ialah arah sepanjang permukaan bumi ke arah Kutub Utara secara
geografinya. Utara Sebenar kebiasaannya berbeza dengan Utara Magnetik. Utara
sebenar adalah arah geografi yang diwakili pada peta dan glob oleh garisan
longitud. Arah Utara Sebenar ditandai di langit oleh kutub cakerawala utara dan
kedudukan ini ditandai dengan bintang Polaris. Kutub Utara sebenar dan Kutub
Selatan dirujuk kepada titik-titik di mana paksi memotong bumi. Walau
bagaimanapun, paksi putaran ini tidak tetap arahnya. Ia mengalami anjakan
dengan tempoh 25.800 tahun. Paksi putaran bumi hari ini terarah kepada bintang
Polaris. Dalam 3000 Sebelum Masihi, ia menunjuk kepada bintang Thuban.

1.1.2

Model magnet iaitu dwikutub di mana menyinari daya magnet dari kutub utara
magnet ke kutub selatan magnet. Bumi sebagai magnet yang besar mempunyai kutub
magnet utara berhampiran geografi kutub selatan. Utara Magnetik sentiasa berubah.
Kemagnetan bumi terhasil disebabkan oleh aliran elektron dalam bendalir teras logam
di dalam bumi.

2.0

CARA UNTUK MENENTUKAN UTARA SEBENAR DAN UTARA


MAGNETIK.

2.1

Utara Sebenar dapat dikenal pasti melalui matahari dan bayang-bayang,


menggunakan bintang dan bulan dan juga menggunakan peralatan
pelayaran.

2.2

Utara Magnetik pula dapat dikenal pasti dengan penggunaan


kompas magnetik.

3.1

UJI KAJI BAGI MENGENAL PASTI BANDINGAN ANTARA UTARA


SEBENAR DAN UTARA MAGNETIK.

Uji kaji

: Mengenal pasti bandingan antara Utara Sebenar dan Utara Magnetik.

Masalah

: Apakah perbandingan antara Utara Sebenar dan Utara Magnetik?

Hipotesis

: Utara Sebenar dan Utara Magnetik adalah berbeza dari sudut

anjakan.
Radas dan bahan: Sekeping kertas saiz A4, pen, pembaris panjang,
pembaris protector, magnetik kompas, dan plastisin.
Pembolehubah (a) dimanipulasikan : waktu diambil untuk bayang-bayang
mengalami anjakan

Prosedur

(b) bergerak balas

: bayang-bayang pen

(c) imalarkan

: kompas magnetik dan pen

1. Kertas bersaiz A4 dilukis seperti Rajah 1.0.


2. Utara magnetik ditentukan menggunakan kompas magnetik yang diletakkan di
atas permukaan kertas, dalam posisi mengikut arah utara sama seperti di lakaran
yang dibuat.
3. Plastisin digunakan untuk melekat di pangkal pen dan diletakkan di titik
pertemuan antara utara dan selatan yang telah dilukis di atas kertas yang sama.
4. Pada permukaan kertas, bayang-bayang pen akan terbentuk dan akan ditandakan
x di hujung bayang-bayang pen seperti Rajah 1.1. Selepas proses ini dijalankan,
seterusnya akan dibiarkan selama 10 minit.
5. Bayang-bayang pen akan mengalami sedikit anjakan 10 minit kemudian dan x
yang kedua akan ditandakan pada bayang-bayang pen yang telah berganjak seperti
Rajah 1.2.
6. Selarikan kedua-dua tanda x dengan membuat satu garisan ke titik pertemuan
utara dan selatan.

7. Garisan serenjang akan dibuat di antara garisan x yang bersudut 90 darjah


dan gariskan seperti Rajah 1.3. Garisan anak panah yang terbentuk itu adalah
utara sebenar.
8. Buatkan satu garisan dari titik 90 darjah sama selari dengan arah utara
magnetik seperti Rajah 1.4 dan akan dapati ada perbezaan sudut antara keduaduanya.
9. Pembaris protector akan digunakan untuk mengukur sudut perbezaan tersebut dan
akan dapati sudut anjakan ialah 27 darjah antara utara sebenar dan utara
magnetik.

Rajah 1.0

Rajah 1.1

Rajah 1.2

Rajah 1.3

Rajah 1.4
Kesimpulan :
Ternyata utara sebenar dan utara magnetik adalah berbeza dari sudut anjakan. Oleh
itu hipotesis dibuktikan benar.

Rujukan :

Wei, C. S. (2009). Geografi : Uji Kaji Segera. Kuala Lumpur : Sasbadi

Ibnu Umar. (Performer) (2012). Menentukan Utara Magnetik Dan Utara Sebenar
[VHS]. Retrieved 17, April, 2012, from http://youtu.be/jjVbsXaI8xU

Caroline, A. (2001). Geography: Activities for Exploring, Mapping and Enjoying


Your World. Kuala Lumpur : John Wiley Publishers

Pallister, J. (2006). Explore: Geography for Secondary Level. Kuala Lumpur: Oxford

You might also like