You are on page 1of 2

Kepentingan Mengelak

Daripada Mengambil
Bahan Yang
Memudaratkan Fetus
Adalah sangat penting bagi bakal ibu mengamalkan gizi seimbang yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan
segar. Vitamin dan mineral yang mencukupi adalah sangat baik kepada ibu dan fetusnya. Selain itu, para ibu juga perlu
menjauhkan diri daripada asap rokok, alkohol dan dadah kerana bahan-bahan ini boleh menjejaskan perkembangan
fetus.

Bahan Yang Memudaratkan Fetus


1. Rokok
Rokok adalah bahan yang sangat merbahaya dan boleh memberi kesan buruk kepada
kandungan. Antara kesannya adalah seperti bayi mati dalam kandungan, mengurangkan
bekalan oksigen kepada bayi dan juga boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.
2. Alkohol
Alkohol juga boleh memberi kesan buruk kepada bayi yang sedang dikandungkan. Ini
kerana kandungan alkohol dapat menyebabkan kerosakan kepada otak bayi. Selain
daripada itu bayi juga terdedah kepada SIndrom Alkohol Fetal.
3. Ubat/ Dadah
Penggunaan ubat atau dadah yang terlarang juga mampu membahayakan bayi yang
dikandung. Bayi boleh mendapat kecacatan selain daripada memberi kekacauan fizikal
dan pembelajaran kanak-kanak itu nanti.

Kepentingan Mengelak Bahan Yang Memudaratkan


Fetus
01. Boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi
Kandungan asap rokok yang terdiri daripada pelbagai jenis toksik dan bahan beracun yang
merbahaya boleh menyebabkan kurangnya bekalan oksigen yang sampai kepada bayi.
Perkara ini boleh menyumbang kepada bayi yang cacat.
02. Merosakkan otak bayi
Alkohol dan dadah boleh memberi kesan yang terus kepada perkembangan otak bayi yang
sihat. Kandungan berbahaya pada kedua bahan ini boleh menjejaskan proses
pembelajaran bayi tersebut apabila meningkat kanak-kanak. Perkara ini sudah tentu akan
memberi lebih banyak kesan buruk kepada bayi tersebut.
03. Boleh membunuh bayi dalam kandungan
Kandungan bahan berbahaya dalam asap rokok, alkohol dan dadah juga boleh
menyebabkan kematian bayi ketika masih berada dalam kandungan. Pembentukan dan
tumbesaran yang berlaku dalam keadaan yang tidak sihat boleh mengakibatkan banyak
perkara negatif kepada bayi. Tahap paling kronik kesan bahan berbahaya tersebut adalah
apabila boleh mengakibatkan kematian kepada bayi tersebut.

You might also like