You are on page 1of 37

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

ISI KANDUNGAN
PENGENALAN...........................................................................................................

STRUKTUR PASARAN............................................................................................

PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA (PPS) ....................................................

PASARAN MONOPOLI............................................................................................

PERSAINGAN MONOPOLISTIK............................................................................

PASARAN OLIGOPOLI............................................................................................

12

PENUTUP....................................................................................................................

15

BIBLIOGRAFI............................................................................................................

16

LAMPIRAN.................................................................................................................

17

___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

|0

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

PENGENALAN
MASYARAKAT MALAYSIA SEBELUM MENCAPAI KEMERDEKAAN
LATAR BELAKANG MASYARAKAT MALAYSIA
Ciri-ciri masyarakat Melayu tradisional ialah: Wujudnya golongan memerintah dan diperintah
Hidup berkelompok
Komuniti kecil
Berasaskan wilayah yang sama
Wujud di kawasan pesisiran
Wujud perbezaan sosial disebabkan oleh faktor pembahagian kerja, status dan kuat

Perkataan tradisional menggambarkan entiti atau sifat sesuatu masyarakat sebelum kuatnya
pengaruh modenisasi
Dihubungkan dengan masa lampau
Dikatakan istilah yang subjektif dan juga sesuatu yang relatif
Corak masyarakat Melayu tradisional-masyarakat feudal
___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

|1

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

Wujud zaman kerajaan Melayu Melaka


Dikatakan masyarakat yg wujud sebelum campur tangan British
Melaka contoh masyarakat Melayu feudal kerajaan pesisir
Didirikan di tepi laut berasaskan ekonomi perdagangan(spt jg masy di Makasar dan Jawa)
Bergantung pada perdagangan secara besar-besaran yg kemudiannya menjadikan Melaka
kerajaan bersifat kosmopolitan
Perdagangan menimbulkan golongan sosial tertentu yang berpengaruh
Tumpuan taat setia hanya kepada seorang raja(feudalistik)
Sebelum abad ke 19, struktur masyarakat tradisional belum dipengaruhi oleh kuasa British
walaupun kuasa luar yang terawal telah ada
Struktur masyarakat Melayu traisional merupakan lanjutan cara pemerintahan Hindumengakibatkan perpecahan masyarakat berasaskan golongan bangsawan dan golongan rakyat

___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

|2

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

Pembahagian kerja membezakan aktiviti antara unit sosial


Status memperlihatkan nilai prestij sosial yang berbeza dalam struktur keseluruhan. Dalam
hierarki, golongan bangsawan mempunyai prestij yang tinggi daripada orang lain
Kuasa golongan bangsawan cerminan peranan mereka dalam membuat keputusan terhadap
org lain dan melahirkan perbezaan

Struktur msyarakat Melayu tradisional digambarkan sebagai satu piramid yang besar
menunjukkan perbezaan, kedudukan, peranan dan kuasa lapisan masyarakat.
Merupakan ciri sistem monarki dan feudal yang kuat

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA


___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

|3

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

Masyarakat Majmuk di Malaysia


Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke
Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa,
agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh
perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya.
Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh
dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan
Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah
dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.

J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk


berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat
majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat
resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang
sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka
amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli.
Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.

Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh
sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu
analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat
___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

|4

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan
perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti
yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat
wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada
Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan
mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu
masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada
kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik.

Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara dalam
masyarakat majmuk. Pendirian ini amat bertentangan dengan pendekatan fungsional yang
mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai bersama. Oleh
yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea atau teori masyarakat majmuk
juga datang daripada ahli fungsional. Walau bagaimanapun, teori ini mempunyai kelebihannya
iaitu salah satu percubaan untuk membentuk satu teori secara umum mengenai hubungan ras.
Teori ini cuba memasukkan pentingnya unsur ras dan etnik ke dalam satu rangka dasar
berbentuk konseptual dan merupakan satu syarat asas untuk memahami sifat hubungan ras.

Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi
oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada
luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada
___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

|5

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum
pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan
oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun
faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan
yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah
disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku
sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku.
Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar
terutamanya daripada China dan India.

Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China
sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu,
mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke
Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri
yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut
W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa
bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan
dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.

___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

|6

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses


pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin
bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem
sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu
ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina
Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat
di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka
berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami
masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu
yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke
negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak
pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan
bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.

Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga
menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun,
bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India.
Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes,
Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat
___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

|7

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang
Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon
kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan
negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan
hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor
ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari
rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N.
Arseculeratne,1991:10).

Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk
yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar
kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang
berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku
dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan
kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan
menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi
mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana
yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).

Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau
Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar.
___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

|8

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu
selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia
telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa
singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti
penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada
masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India
sebagai komponen utamanya.

Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India
yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan
Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku
apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa
sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan
lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab,
Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.

Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan


migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh
itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran
kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab

___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

|9

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat
Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.

ADAT MASYARAKAT MELAYU


Dalam masyarakat Malaysia banyak adat yang digunapakai sehingga hari ini yang akhirnya
lebih dikenali sebagai adat resam.

___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 10

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

Walau bagaimanapun, dalam masyarakat Melayu konsep adat berteraskan kepada 4 jenis adat
yang mesti dipatuhi oleh setiap individu dalam masyarakat tersebut.
Dalam masyarakat Melayu terdapat empat jenis adat :1) Adat yang sebenarnya adat
2) Adat yang diadatkan
3) Adat yang teradat
4) Adat istiadat

1. Adat yang sebenarnya adat


sebelum masuk agama Islam, adat yang sebenarnya adat adalah aturan dalam masyarakat
yang dicontoh dan dipelajari
adat ini diterapkan dari hukum alam (undang-undang) atau hukum tabii atau natural law
seperti adat api panas, adat air adalah basah, terkena hujan lapuk, terkena panas lekang
Adat yang sebenarnya adat ini tidak boleh berubah lantaran peraturannya diambil daripada
tabii alam
Terungkap dalam peraturan-peraturan pepatah-petitih seperti :
Nan setitik jadikan laut
___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 11

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

Nan sekepal jadikan gunung


Alam terkembang jadikan guru

2. Adat yang diadatkan


Pada mulanya adat yang diadatkan ini adalah adat yang sebenarnya adat
diadatkan oleh kata sepakat anggota masyarakat sehingga ia menjadi sebagai undang-undang
masyarakat
Adat yang diadatkan ini tetap berkuasa dalam masyarakat selama ia ditaati oleh orang ramai
tetapi ia dapat berubah menurut keadaan
Adat yang diadatkan terungkap dalam kata pepatah seperti contoh berikut :Bulat air ke pembuluh, Bulat kata ke mufakat, Berat sama dipikul
Ringan sama dijinjing dan sebagainya.
3. Adat yang teradat
Adat yang teradat ialah adat yang telah diterima oleh masyarakat sebagai kebiasaan hidup
sehari-hari tanpa ditetapkan lebih dahulu. Seperti kata pepatah :Adat sepanjang jalan
Lain padang lain belalang
___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 12

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

Lain lubuk lain ikan


Lain negeri lain adat
Patah tumbuh hilang berganti

4. Adat istiadat
Adat istiadat ialah adat yang bersifat upacara-upacara seperti pertabalan, nikah kahwin,
berkhatan dan lain-lain

Adat istiadat akan dan sentiasa diamalkan oleh sesuatu masyarakat atau sesuatu institusi.
Misalnya :a) Adat istiadat Hari Keputeraan Rasmi DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong
b) Hari Kebangsaan Malaysia 31 Ogos 1957
c) Sambutan Maulud Nabi SAW
___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 13

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

d) Adat istiadat Pertabalan Raja dan Sultan


Lain-lain Adat Yang Diterima Sebagai Peraturan Masyarakat

5. ADAT RESAM
Terhasil daripada adat yang diadatkan
Terdapat dalam setiap lapisan masyarakat berdasarkan ajaran agama dan juga kepercayaan
bangsa yang akhirnya diterima sebagai satu kebiasaan yang dipanggil resam.
Hingga hari ini ia dipanggil Adat Resam
Dalam masyarakat Melayu terdapat banyak adat resam yang mesti dipatuhi sebagai satu
kebiasaan / kelaziman Sumber : (Tamadun Rumpun Budaya Melayu; Abdul Rahman AlAhmadi; KEKkWA, hal.173)
MASYARAKAT PERIBUMI NEGERI SARAWAK

SARAWAK
Sarawak negeri terbesar di Malaysia
negeri yang paling ramai etnik dan suku-suku kaum dalam etnik besar tersebut.
mempunyai 28 etnik yang pelbagai
___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 14

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

Iban (30.1%), Cina (26.7%), Bidayuh dan Melayu

MELAYU
Masyarakat Melayu di Sarawak masyarakat keempat terbesar di negeri Sarawak
Mewakili 25% daripada penduduk di negeri tersebut
Bercakap dalam dialek Bahasa Melayu yang berbeza daripada Bahasa Melayu penduduk
Melayu di Semenanjung Malaysia
Dikenali sebagai Bahasa Melayu Sarawak
Sesetengah budaya dipengaruhi oleh kebudayaan Melayu Brunei (sebelum British menjajah,
Sarawak adalah sebahagian daripada wilayah Brunei)
Budaya yang dipengaruhi kebanyakannya budaya dan adat suku kaum Melanau (banyak
mendiami kawasan pesisiran pantai di bahagian tengah negeri Sarawak)
Penduduk di kawasan pesisiran pantai-nelayan
di bahagian tengah negeri Sarawak dan duduk di pesisiran pantai -kegiatan ekonomi
perikanan
di kawasan pedalaman - bekerja sebagai petani dan pengusaha kebun buah-buahan
(kebiasaannya mengusahakan penanaman padi buk

___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 15

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

kini ramai yangbekerja sebagai pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta di bandaraya
Kuching
Majoriti masyarakat Melayu Sarawak beragama Islam

IBAN
Etnik terbesar di Sarawak
Populasi 30% daripada keseluruhan penduduk Sarawak
dahulu dikenali sebagai pahlawan yang gagah dan garang

dikatakan suku kaum yang mengumpul kepala musuh dan dijadikan piala kemenangan
(ngayau)
Penduduk Iban tradisi duduk di kawasan sepanjang lembah sungai
Seni bina yang terkenal dalam kalangan orang Iban adalah rumah panjang-terletak di
sepanjang sungai dan dibahagikan kepada beberapa unit rumah individu antara 6 100 unit
di rumah panjang, wujud sistem demokrasi tersendiri dengan melantik seorang ketua rumah
panjang (Tuai Rumah)
Fungsi Tuai Rumah =seperti Ketua Kampung/Penghulu
___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 16

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

bertutur dengan bahasa dan dialek yang tersendiri


Bahasa Iban banyak persamaan dengan bahasa Melayu
Perbezaan -intonasi, sebutan dan istilah mengikut daerah masing-masing
Perayaan terbesar =Gawai Dayak yang disambut pada 1 & 2 Jun setiap tahun

BIDAYUH
Dikenali sebagai Dayak Darat
Dipercayai penduduk awal menduduki Sarawak
Bidayuh terdiri daripada banyak kumpulan dan sub kumpulan:i) Bukar Sadung : Daerah Serian
ii) Bau Jagoi : Daerah Bau
iii) Salako Lara : Daerah Lundu

___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 17

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

Kumpulan ini bertutur dalam bahasa yang berbeza


Ekonomi masa dahulu bertani, melakukan sistem pertanian pindah (padi bukit) dan brburu
Masyarakat Bidayuh dikatakan suku kaum yang penuh kemanisan, lemah lembut,
sederhana, peramah dan mempunyai senyuman yang mesra

MELANAU
Orang Melanau dipercayai sebagai suku kaum terawal yang menduduki Sarawak sebelum
orang-orang Bidayuh
Mewakili 6% populasi penduduk
Mendiami kawasan pesisiran tengah negeri Sarawak di antara Sg. Rajang dan Baram
Majoriti beragama Islam dan Kristian
Sumber ekonomi nelayan

___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 18

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

MASYARAKAT PERIBUMI NEGERI SABAH

Negeri Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas negeri Sarawak
Dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu dan merupakan sebuah negeri yang unik dan
terkenal dengan kepelbagaian kebudayaan suku kaumnya.
Terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas
72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer dengan Laut Cina Selatan
terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan.

Sabah adalah kaya dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia Rafflesia
dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat ditemui di Sabah.Banyak spesies anggerik/
orkid, periok kera yang didapati tumbuh di Sabah

DAERAH-DAERAH DI SABAH
Daerah Kudat
Daerah Bahagian Pantai Barat
Daerah Pedalaman

___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 19

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

Daerah Sandakan
Daerah Tawau

Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,101
meter di Sabah
Kumpulan bukan penduduk asli yang terbesar di Sabah ialah masyarakat Cina. Mereka telah
menetap di Sabah sejak abad yang lalu dan mereka merupakan kumpulan etnik yang terbesar
selepas kaum Dusun/Kadazan.

Terdapat kira-kira 2.5 juta penduduk Sabah merangkumi lebih daripada 30 suku kaum dan
kira-kira 80 dialek bahasa.
Penduduknya terdiri daripada kaum Kadazan atau Dusun, Bajau, Murut, Kelabit, Rungus dan
lain-lain
Selain itu terdapat juga suku Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai,
Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.
Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi
bahasa, agama, adat istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.

___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 20

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

KEUNIKAN MASYARAKAT MALAYSIA


SISTEM POLITIK DAN PEMERINTAHAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada
sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau
Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan,
Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti
kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat
___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 21

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

di dalam Perlembagaan Malaysia yang ditadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang
dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen
Ia bernaung di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang
Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman
sistem ini.

Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga
bahagian di dalam pemerintahan, iaitu :Perundangan (Legislatif),
Kehakiman (judisiari) dan
Pentadbiran (Eksekutif.)

PRINSIP DEMOKRASI BERPARLIMEN


Raja Berperlembagaan
___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 22

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

Parlimen
Perlembagaan
Sistem pemerintahan
Kebebasan asasi

PARLIMEN
Parlimen diperkenalkan pada 1909 perhimpunan perundingan bagi tujuan membuat undangundang rasmi negara
KERAJAAN BERPARLIMEN
Satu sistem kerajaan
Diwakili ahli-ahli eksekutif
Hasil pilihanraya umum

___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 23

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

LATARBELAKANG PARLIMEN
Majlis Persekutuan 1909
Crown Colony
Malayan Union
Majlis Perundangan Persekutuan 1948
Sistem Ahli (Member System) 1951
Dewan Undangan Persekutuan 1955
Parlimen 19 Ogos 1959

PARLIMEN
Wujud hasil pilihanraya umum 19 Ogos 1959(selepas pembubaran Dewan Undangan
Persekutuan pada 27 Jun, 1959) terdiri dari 104 orang ahli yang dipilih.

STRUKTUR PARLIMEN
Unikameral - 1 dewan
Bikameral - 2 buah dewan
___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 24

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

contoh: Malaysia - Dewan Negara & Dewan Rakyat Amerika - House of Representatives &
House of Senate Britain - House of Commons & House of Lords

STRUKTUR & KEANGGOTAAN PARLIMEN


# Yang diPertuan Agong
# Dewan Negara
# Dewan Rakyat

KUASA PARLIMEN
1. Senarai Persekutuan
(keadilan, kewangan, pertahanan, hal ehwal luar negara dan pendidikan)
___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 25

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

2. Senarai Negeri
(tanah, perlombongan, pertanian, perhutanan, hal ehwal agama Islam dan adat resam)
3. Senarai Bersama
(kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan hidupan liar)

KEISTIMEWAAN PARLIMEN

Perjalanan di dalam Dewan tidak boleh didakwa di mahkamah.


Tidak boleh didakwa terhadap ucapan dalam Parlimen.
Hanya kalau menimbulkan isu2 sensitif boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.
Tidak boleh dibicarakan di mahkamah terhadap apa yang diterbit dalam Dewan Parlimen.
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
Sistem ini mendapat sokongan dan penglibatan pihak pemerintah dan rakyat jelata.
Sistem Parlimen dan pilihanraya di Malaysia akan terus kekal dan bertambah
___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 26

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

KEUNIKAN MASYARAKAT MALAYSIA

BUDAYA
AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Kebudayaan dan adat resam masyarakat Malaysia dapat dikaji dari pelbagai amalan yang
diamalkan dalam hidup seharian, dalam perlakuan masyarakat dan dalam pergaulan pelbagai
kaum itu sendiri.

Hidup beradat resam dalam masyarakat Malaysia dapat dilihat adanya kesetiaan mereka untuk
mematuhi adat resam masyarakat atau norma masyarakat.
___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 27

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

1. ORANG MELAYU
Dalam masyarakat Melayu terdapat banyak adat resam yang mesti dipatuhi sebagai satu
kebiasaan / kelaziman

Antara contoh adat resam Melayu :memberi salam sebelum masuk rumah orang menunduk kepala ketika lalu di depan orang
ramai atau orang lebih tua, berjabat tangan dengan mencium tangan orang tua

2. MASYARAKAT CINA
Adat berkunjung ke rumah orang Cina
1. Tetamu duduk sebelah kiri untuk menghormati tuan rumah
2. Jangan terus makan sebelum dipelawa
3. Pantang berkunjung sewaktu tuan rumah sedang makan

___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 28

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

3. MASYARAKAT INDIA

Adat berkunjung ke rumah orang India

1. Pantang berkunjung pada hari Khamis

2. Pantang bayar hutang waktu malam

3. Beri salam vanakam (tamil) dan Namasthe (Hindi)

4. Tanggalkan kasut bila masuk rumah

5. Tidak boleh menolak pelawaan makan minum

___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 29

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

Penduduk di Malaysia terdiri daripada kepelbagaian kaum yang menganuti pelbagai agama

Kebanyakan perayaan di Malaysia berkait rapat dengan agama dan kepercayaan yang dianuti
oleh masyarakatnya

Antara agama dan kepercayaan yang diamalkan: Islam, Buddha, Kristian, dan Hindu

Kepelbagaian perayaan ini turut di sambut dan di rai oleh setiap kaum tidak mengira agama
dan kepercayaan masing-masing

Tahun Baru Cina

menandakan hari pertama kalendar Bulan dan perayaan ini disambut selama 15 hari

___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 30

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

Limau Mandarin dan putik pohon plum, yang melambangkan kemewahan serta nasib baik,
menghias rumah penduduk berbangsa Cina

Tarian naga dan tarian singa

Pada malam sebelum Tahun Baru, ahli keluarga berkumpul menikmati jamuan makan malam,
diikuti dengan rumah terbuka meraikan sanak saudara dan sahabat handai pada keesokkan
harinya.

Thaipusam

Perayaan ini disambut sebagai tanda kesyukuran oleh penganut agama Hindu, serta sebagai
tanda penghormatan kepada tuhan Muruga atau Subramaniam

___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 31

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

kenderaan berhias tuhan Muruga dibawa berarak menerusi jalan-jalan tertentu di bandaraya
sebelum berakhir di Batu Caves, Selangor

Ribuan penganut berarak sambil memikul Kavadi

Tadau Kaamatan

disambut setiap tahun oleh komuniti etnik terbesar di Sabah, iaitu kaum Kadazan Dusun

Perayaan kesyukuran ini diadakan sebagai tanda penghormatan kepada semangat padi yang
digelar Bambaazon, atas hasil tuaian padi yang lumayan

Kemuncak perayaan : termasuk jamuan minuman tuak, makanan serta tarian tradisional,
pertandingan Ratu Cantik, perlumbaan kerbau dan sebagainya

___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 32

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

Hari Raya Aidil Fitri

Hari Raya Aidil Fitri disambut setelah tamatnya bulan puasa (Ramadhan)

Penduduk Islam di Malaysia memulakan hari raya dengan menziarahi kubur diikuti
sembahyang sunat hari Raya dan saling bermaafan antara satu sama lain

Sanak-saudara serta sahabat handai dijemput ke rumah terbuka dan disajikan dengan pelbagai
hidangan

Deepavali

___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 33

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

diraikan oleh penganut Hindu

Deepavali dikenali juga sebagai Perayaan Cahaya pada setiap bulan ke-7 mengikut kalendar
Hindu

upacara sembahyang serta pembersihan dijalankan di kuil-kuil serta tempat-tempat


pemujaan penganut Hindu

Krismas

Diraikan pada 25 Disember setiap tahun

Menandakan kelahiran Jesus Christ

___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 34

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

Keluarga, sanak saudara dan sahabat berkumpul bagi meraikan perayaan ini

Wesak

Penganut Buddha memperingati kelahiran, kesedaran dan kematian Buddha

Para penganut mempersembahkan pemberian mereka dan menjalankan upacara seperti


mandian patung Buddha, pembacaan mentera dan membakar colok

Upacara perlantikan sami biasanya dilangsungkan di kuil-kuil Buddha dan pada sebelah
malam diadakan perarakan

Bibliograf
Unit Pendidikan Jarak Jauh, 2008. Modul MGR 2213 : Pengurusan Pejabat, Sintok:
Universiti Utara Malaysia.
Kamus Dewan. (2002). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 35

MAJLIS RAJA-RAJA

UPJJ-UUM

_______________________________________________________________________________________________________

Kenyataan Akhbar Pengurusan Pejabat. 2002. Kenyataan akhbar mengenai


Pengurusan Pejabat. 20 Julai. (atas talian) http://www.moe.gov.my (30 Julai
2004)`

___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

| 36

You might also like