You are on page 1of 13

INSTITUT

PERGURUAN RAJANG
BINTANGOR,
SARAWAK
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006
TEMA
PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TAJUK KAJIAN
TINJAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM RANCANGAN
MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI DUA BUAH SEKOLAH
RENDAH DALAM DAERAH MERADONG
OLEH
MODIAH BT.HJ.BUSRI
SEKOLAH KEBANGSAAN MUPONG
MERADONG, SARIKEI
DAN
TEDDY AK BERNARD
SEKOLAH KEBANGSAAN TULAI
MERADONG, SARIKEI

09 11 OKTOBER 2006
TINJAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM RANCANGAN MAKANAN
TAMBAHAN (RMT) DI DUA BUAH SEKOLAH RENDAH
DALAM DAERAH MERADONG

Modiah bt.Hj.Busri
Sekolah Kebangsaan Mupong, Meradong
Teddy ak Bernard
Sekolah Kebangsaan Tulai, Meradong

ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk membuat tinjauan tehadap keberkesanan perlaksanaan program
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di dua buah sekolah rendah dalam daerah
Meradong. Di antara masalah utama pengurusan dan pelaksanaan rancangan makanan
tambahan ialah kelewatan peruntukan kewangan rancangan makanan tambahan sampai
ke sekolah, peruntukan kewangan yang di terima oleh sekolah lebih rendah daripada
jumlah yang dipohon untuk membolehkan semua murid yang layak dapat menyertai
rancangan ini. Selain itu, kenaikan harga barang makanan dan kos pengangkutan sering
dikaitkan juga. Malahan, pihak penyelia kesihatan di Jabatan Pelajaran negeri tidak
berkemampuan menyelia perjalanan Rancangan Makanan Tambahan di setiap sekolah
di negeri masing-masing.

Pengenalan
Dalam usaha kerajaan khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah pembentukan
warga serta rakyat yang intelek, sihat, dan berkualiti, pelbagai program telah
dilaksanakan. Antaranya adalah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di
peringkat sekolah rendah.
Program ini dilaksanakan bagi membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan
dari segi ekonomi dan telah diperluaskan ke semua sekolah rendah sejak tahun 1979.
Program ini juga merupakan salah satu daripada program sokongan yang disediakan oleh
kerajaan bagi tujuan menyediakan peluang pendidikan yang sama rata, meningkatkan
kebajikan dan kesejahteraan pelajar, mengurangkan pembaziran dalam sistem pendidikan,
dan memastikan setiap pelajar dapat memperkembangkan potensi serta ketrampilan
mereka demi kemajuan dan pembangunan negara.
Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ini merupakan salah satu daripada usaha
murni kerajaan untuk membantu para pelajar yang kurang berkemampuan dalam
mengatasi masalah ekonomi dan meringankan beban para pelajar tersebut selain dari
membantu para pelajar mendapat makanan yang lebih berzat dan seimbang. Selain itu
program ini juga melibatkan pembabitan pihak Jabatan Pelajaran, pihak sekolah, dan juga
pihak ibu-bapa (PIBG secara tidak langsung).

Latar Belakang Kajian


Kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan perlaksanaan Rancangan
Makanan Tambahan (RMT) di Sekolah-sekolah Rendah Luar Bandar khasnya di dua
buah sekolah rendah iaitu sebuah sekolah gred A SKM dan sebuah sekolah gred B SKM
dalam Daerah Meradong.
Pelajar-pelajar yang ingin menyertai program ini hendaklah mengisi borang permohonan
terlebih dahulu. Borang-borang permohonan boleh didapati daripada pihak pentadbir
seperti Guru Besar dan Penolong Kanan HEM di sekolah-sekolah yang terlibat. Borangborang yang telah siap dilengkap isi hendaklah dikembalikan kepada pihak sekolah untuk
dianalisa dan disemak sebelum dikemukakan kepada pihak-pihak yang
bertanggungjawab.

Penyataan Masalah
Program RMT ini melibatkan pelbagai pihak tertentu seperti;
i.
pihak sekolah/pentadbir & guru
3

ii.
iii.

ibu-bapa/penjaga pelajar yang terlibat


pelajar-pelajar yang terlibat

Pihak pihak yang terlibat seperti pihak sekolah/pentadbir & guru menghadapi masalah
kekangan masa kerana terpaksa membahagi masa antara menjalankan tugas mutlak yang
sedia ada dengan pelaksanaan program RMT seperti membuat pesanan, pemantauan
(jadual,menu,stok dll) serta membuat laporan pemantauan kepada pihak jabatan dari
masa ke semasa.
Pihak ibu-bapa/penjaga juga terpaksa berkorban masa untuk membantu memasak dan
menyediakan makanan selain dari membersih tempat penyediaan makanan bagi program
RMT mengikut jadual secara bergilir-gilir sepertimana yang telah dipersetujui.
Manakala para pelajar yang terlibat hendaklah manjalankan tugas membantu dalam
perlaksanaan program RMT ini mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
di samping menjalankan tugas sebagai pelajar serta memikul tanggungjawab lain seperti
menjadi pengawas sekolah, ketua kelas dan sebagainya.
Objektif Kajian
Mengenalpasti persepsi para pelajar tentang program RMT dalam aspek
kecergasan.
Meninjau respons para ibu bapa atau penjaga terhadap perlaksanaan program
RMT.
Meninjau persepsi pihak sekolah terhadap perlaksanaan program RMT

Soalan-soalan Kajian
a.

Apakah persepsi para pelajar tentang program RMT dari aspek kecergasan?

b.

Bagaimanakah respon para ibu bapa atau penjaga kepada para pelajar yang
menyertai program RMT?

c. Apakah persepsi yang dihadapi oleh pihak sekolah terhadap program RMT?
Skop Kajian
Fokus kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi para pelajar,meninjau respons para
ibu bapa atau penjaga dan melihat kekangan(jika ada) yang dihadapi oleh pihak sekolah
terhadap Program Rancangan Makanan Tambahan atau lebih dikenali sebagai Program

RMT di dua buah sekolah dalam Daerah Meradong. Persoalan di sini adalah mengenai
kecergasan pelajar dari segi fizikal yang terlibat dengan program Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) samada lebih cergas ataupun sebaliknya selepas menyertai program
ini.Respons maupun sambutan para ibu bapa pelajar yang terlibat dengan Program
Rancangan Makanan Tambahan(RMT) mengenai perlaksaan program ini juga
diambilkira iaitu samada mereka bersetuju ataupun sebaliknya. Selain itu, kajian ini
juga ingin mengenalpasti kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah seperti di
bahagian pengurusan, tenaga kerja, kemudahan fizikal dan lain-lain permasaalahan yang
berkaitan.
Tinjauan Literatur
Noor Azlina Zainuddin pada tahun 2004 dalam laman web Sekolah Kebangsaan Kionsom
ada menulis satu artikel tentang Program Rancangan Makanan Tambahan ini dapat
memberi makanan tambahan berzat dan seimbang kepada murid murid di sekolah.
Beliau ada menekankan program ini dilaksanakan untuk membantu pembesaran dengan
cergas dan bertenaga semasa pembelajaran di bilik darjah.
Selain itu juga,ada dalam petikan ucapan Datuk Musa Haji Aman (2006) ada
juga menyatakan tentang bantuan makanan tambahan ini adalah untuk meningkatkan
tahap kesihatan murid murid yang dijalankan sepanjang sesi persekolahan.Program
Rancangan Makanan Tambahan ini diberikan kepada golongan murid-murid yang kurang
berkemampuan dan berpendapatan rendah,agar dapat meringankan beban kepada ibubapa
murid- murid itu sendiri.
Kajian ini ialah tidak ada keseragaman dalam cara pemilihan murid untuk
mengikuti program ini. Walau bagaimanapun demikian Rancangan Makanan Tambahan
berjaya mencapai matlamatnya dalam memberi makanan imbuhan kepada murid-murid
yang ibu bapanya berpendapatan rendah. Guru besar dan guru petugas rancangan
makanan tambahan yang dilantik oleh sekolah dengan bantuan tukang kebun dan pekerja
am sekolah merupakan golongan yang menjalankan pengurusan dan pelaksanaan di
peringkat sekolah.
Antara objektif program RMT ialah memberi makanan tambahan berzat dan seimbang
kepada murid berkenaan bagi membantu mereka membesar dengan cergas dan
bertenaga untuk mengikuti pembelajaran di sekolah.
Ditulis oleh Noor Azlina Zainudin, 2004
http://www.skkionsom.com/

Melalui sumber internet,


(rujuk:http://www.seameoinnotech.org/resources/rein/rdev/35.asp)
sebanyak 1,033 buah sekolah dari semua negeri di Malaysia telah dijadikan sampel kajian
ini. Menurut sumber tersebut, soalselidik-soalselidik telah ditadbirkan ke atas guru besar
dan guru-guru di sekolah-sekolah tersebut dan pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan
Negeri. Selain itu, dalam kajian mereka, data-data juga telah dipungut melalui temubual
5

berstruktur dan pemerhatian setempat yang telah dianalisiskan secara deskriptif dengan
menggunakan peratusan.
Program RMT ini adalah sebagai satu usaha untuk memberi makanan tambahan
secara imbuhan sebanyak 25-33 peratus daripada kerluan harian kepada seseorang
murid sekolah rendah yang berkeperluan.Rancangan ini adalah satu usaha yang
bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan
pemakanan di sekolah dan masyarakat
.

http://www.seameo-innotech.org/resources/rein/rdev/35.asp

Saya difahamkan bahawa bantuan di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


merupakan bantuan makanan tambahan yang diberikan kepada murid-murid sekolah
rendah, dari keluarga berpendapatan kurang daripada RM400.00 sebulan. Makanan
tambahan mengikut menu yang ditetapkan secara imbuhan untuk sementara waktu,
adalah untuk meningkatkan kesihatan murid-murid yang dijalankan sepanjang sesi
persekolahan. Seramai 11,583 murid di daerah Sandakan ini memperoleh bantuan
(RMT) dengan nilai kos operasi sebanyak RM2.97 juta.
(Datuk Musa Haji Aman,2006)
Di antara masalah utama pengurusan dan pelaksanaan rancangan makanan tambahan
ialah kelewatan peruntukan kewangan rancangan makanan tambahan sampai ke
sekolah, peruntukan kewangan yang diterima oleh sekolah lebih rendah daripada jumlah
yang dipohon untuk membolehkan semua murid yang layak dapat menyertai rancangan
ini, kenaikan harga barang makanan dan kos pengangkutan.
KAJIAN MAKANAN TAMBAHAN
(1983-1984)

http://apps.emoe.gov.my/bppdp/atx/ATX20.HTM

Metodologi Kajian
Kajian ini telah dibuat secara kualitatif di mana seramai 56 responden daripada 2 buah
Sekolah Rendah Sekolah Kurang Murid (SKM) telah terlibat secara langsung dalam
kajian ini. Responden-responden tersebut telah di bahagi kepada 3 kumpulan iaitu
Kumpulan A terdiri dari pihak ibu-bapa pelajar yang seramai 30 orang, Kumpulan B
terdiri dari pihak guru-guru yang terlibat seramai 6 orang, dan Kumpulan C terdiri
daripada pelajar yang seramai 20 orang.Dalam kajian ini, data-data telah dikumpul
melalui temubual berstruktur dan juga melalui pemerhatian secara langsung.

Jenis Jenis Responden


A. Responden pihak ibubapa
Sekolah
Sekolah Gred A (SKM)
Sekolah Gred B (SKM)

Bilangan responden
10
20

Peratus ( % )
100
100

100
80
60

Sekolah Gred A (SKM)

40

Sekolah Gred B (SKM)

20
0
Bilangan responden

Peratus ( % )

B. Responden pihak guru yang terlibat


Sekolah
Sekolah Gred A (SKM)
Sekolah Gred B (SKM)

Bilangan responden
3
3

Peratus ( % )
66.6
66.6

70
60
50
40

Sekolah Gred A (SKM)

30

Sekolah Gred B (SKM)

20
10
0
Bilangan responden

Peratus ( % )

C.Responden pihak pelajar


Sekolah
100 Gred A (SKM)
Sekolah
Sekolah
Gred B (SKM)
80

Bilangan responden
10
10

60

Sekolah Gred A
(SKM)

40

Sekolah Gred B
(SKM)

20
0

Peratus ( % )
100
100

Bilangan
responden

Peratus ( % )

Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, beberapa instrumen kajian telah digunakan seperti:
Temubual
Beberapa sesi temubual telah dijalankan untuk mendapat maklumbalas daripada
responden-responden tertentu untuk mendapatkan maklumbalas secara langsung.
Bahan-bahan rujukan(buku, jurnal, lampiran internet dsbnya)
Untuk mendapatkan input yang boleh membantu dalam kajian ini, beberapa sumber
rujukan juga telah diperolehi seperti buku, jurnal dan internet)

Prosedur Pengumpulan Data


Kajian ini dibuat secara kualitatif. Seramai 56 responden daripada 2 buah Sekolah
Rendah Sekolah Kurang Murid (SKM) telah terlibat secara langsung dalam kajian ini
menerusi temubual.Dari temubual ini,kami membuat analisis melalui resepsi para
responden tentang pelaksanaan Program Rancangan Makanan Tambahan di sekolah.Para
responden yang terrlibat di bahagi kepada 4 kumpulan.Kumpulan A( pihak ibu-bapa
pelajar)seramai 30 orang, Kumpulan B (pihak guru-guru) seramai 6 orang dan Kumpulan
C( pelajar- pelajar ) seramai 20 orang. Kedua-dua buah sekolah yang terlibat adalah 1
buah Sekolah Gred A (SKM) dan 1 buah Sekolah Gred B (SKM) dalam Daerah
Meradong, Bintangor. Bahan bahan rujukan dari buku-buku serta dari sumber internet
juga diguna untuk membuat kajian ini.
Analisis Data
Dalam kajian ini, data-data telah dikumpul melalui temubual berstruktur dan juga melalui
pemerhatian secara langsung.Pihak penyelidik telah membuat beberapa perjumpaan atau
pertemuan dengan pihak responden sambil menerangkan tujuan soal selidik ini dibuat
dan bagaimana perlaksanaan Program Rancangan Makanan Tambahan dijalankan di
sekolah.Pihak penyelidik mengumpul data dengan mendapatkan maklumat atau
pandangan secara lisan dari tiga pihak respondens seperti pihak para pelajar yang
mengikuti program Rancangan Makanan Tambahan di sekolah,para ibu bapa dan pihak
sekolah iaitu guru, yang melaksanakan program Rancangan Makanan Tambahan ini
disekolah.
(A) Pihak pelajar yang menyertai Program Rancangan Makanan Tambahan ini jelas
memberi maklumbalas yang positif tentang program Rancangan Makanan Tambahan. Ini
merupakan persepsi para pelajar tentang program Rancangan Makanan Tambahan dalam
aspek kecergasan semasa aktiviti pembelajaran di bilik darjah:

Saya berasa lebih cergas setelah mengikuti program Rancangan Makanan


Tambahan(RMT) .(Pelajar A)
Saya rasa seronok dapat bergaul dan makan bersama dengan rakan rakan saya pada
waktu rehat.( Pelajar B )
Sekarang saya banyak terlibat dalam aktiviti kurikulum kerana saya lebih aktif
semenjak mengikuti program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).(Pelajar C)
Saya rasa sihat dan aktif selepas saya menyertai Program Rancangan Makanan
Tambahan ini. (Pelajar C )
Saya tidak berasa mengantuk semasa belajar di bilik darjah selepas saya mengikuti
program ini,saya menjadi cergas dan dapat menumpukan perhatian . (Pelajar D )
Saya berasa gembira kerana dapat makan bersama-sama dengan kawan pada waktu
rehat.Kami dapat bergaul dengan lebih mesra sambil berbual-bual.(Pelajar C)
Saya rasa sihat dan aktif setelah mengikuti program Rancangan Makanan Tambahan
semasa saya dalam bilik darjah(Pelajar D)
(B) Berikut merupakan persepsi para responden pihak ibu bapa / penjaga terhadap
perlaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan.Penyelidik telah menjalankan
beberapa temubual kepada 30 orang murid-murid dalam dua buah sekolah tersebut. Pada
pandangan pihak ibu bapa pula, program ini banyak membantu mereka dari segi ekonomi
dan juga dapat mengurangkan kebimbangan mereka terhadap penyediaan makanan
terutama sekali pada waktu rehat untuk anak-anak mereka:
Saya tidak perlu bimbang untuk menyediakan bekalan untuk anak saya jika saya
terlewat bangun tidur kerana saya tahu anak saya akan disediakan dengan makanan
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) pada waktu rehat di sekolah.(Ibu A)
Dengan adanya program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ini, anak saya tidak
perlu dibekalkan wang saku untuk membeli makanan pada waktu rehat. Ini dapat
meringankan beban saya memandangkan pendapatan saya tidak seberapa. (Bapa B)
Program Rancangan Makanan Tambahan ini perlu diteruskan dari semasa ke
semasa.(Ibu C)
Saya sangat berpuas hati dengan pelaksanaan program ini di sekolah anak saya.Anak
saya dapat makanan berzat dan seimbang apabila menyertai program Rancangan
Makanan Tambahan.( Ibubapa D )

Sepanjang anak saya menyertai Program Makanan Tambahan di sekolah,anak-anak


saya mendapat pemakanan yang sihat dan sangat sesuai dengan keperluan bagi
peringkat umur . ( Bapa E )
Saya sangat bersetuju dengan pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan
ini disekolah di mana saya dapat berkongsi pandangan dengan pihak ibubapa yang
lain.(Bapa E)
(C) Berikut merupakan persepsi pihak sekolah terutamanya guru yang melaksanakan
program Rancngan Makanan Tambahan di sekolah.Para guru memberi persepsi yang
amat memberangsangkan terhadap program tersebut. Temubual ini telah dijalankan
kepada 6 orang guru di dua buah sekolah: terlibat sama dengan program ini. Mereka akan
dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat serta dapat berkongsi idea/pandangan
tentang masalah yang dihadapi oleh anak- anak mereka di sekolah.
Dengan adanya program Rancangan Makanan Tambahan ini, saya dapat berkenalan
dengan dengan ibu bapa pelajar lebih rapat . (Guru A)
Melalui program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ini, saya berpeluang bertukar
dan berkongsi pendapat tentang masalah anak serta pelajar di sekolah ini. (Guru B)
Saya berasa amat risau kerana kemudahan untuk menjalankan program Rancangan
Makanan Tambahan (RMT) di sekolah ini sangat terhad. Kami cuma bergantung pada
bekalan air hujan untuk memasak dan mencuci. (Guru C)
Penghantaran makanan untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sering
mengahdapi masalah apabila air sungai cetek dan bot tidak boleh lalu. (Guru D)
Saya meminta para ibubapa yang bertugas sebagai tukang masak agar membawa
bekalan kayu-kayu api untuk memasak di RMT. (Guru E)
Pihak sekolah juga ada memberi beberapa masalah-masalah yang dihadapi seperti
bekalan makanan lewat sampai ke sekolah seperti tarikh yang ditetapkan.Selain
itu,tentang masalah para ibubapa yang bertugas sebagai tukang masak yang menghadapi
masalah bekalan air.Mereka cuma bergantung sepenuhnya pada bekalan air hujan untuk
mencuci dan memasak. Ada juga para ibubapa yang memasak dengan menggunakan
dapur kayu dan terpaksa menyediakan kayu-kayu api sendiri dari rumah.Ini kerana,ada
segenlintir ibubapa yang lebih selesa menggunakan dapur kayu api berbanding dengan
dapur gas.
Pihak umum yang terlibat yang merupakan sebahagian dari kakitangan sokongan
sekolah yang terlibat. Rata-rata mereka juga bersetuju dengan program ini kerana pada
pandangan mereka,dengan adanya program ini dapat juga menjalinkan tali silaturahim
antara pihak sekolah dengan para ibu bapa yang

10

Kesimpulan
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, secara purata, ramai pihak bersetuju dengan
perlaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan di sekolah, khasnya di sekolahsekolah yang kurang murid (SKM) kawasan luar bandar. Dengan adanya perlaksanaan
program ini, ekonomi para pelajar khasnya pelajar-pelajar yang kurang mampu dapat
dibantu secara tidak langsung walaupun pihak pengurusan terpaksa menghadapi beberapa
kekangan terutamanya kemudahan asas seperti bekalan elektrik, paip, dan lain-lain
kemudahan yang diperlukan. Ini adalah kerana keadaan fizikal yang sedia ada di kawasan
luar bandar.
Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) berperanan untuk menjaga kebajikan
murid-murid terutama golongan murid yang miskin.Murid-murid dibekalkan sarapan
pagi supaya mereka tidak kelaparan semasa belajar.Ia juga mampu memupuk suasana
pembelajaran yang selesa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang
akademik dan pertandingan sekolah atau luar bandar.
Kesimpulannya, responden- responden amat bersetuju terhadap program ini. Pandangan
dan maklumbalas yang diberi amatlah positif dan memberangsangkan kerana dengan
adanya program ini para pelajar bertambah lebih cergas ,dapat bergaul dengan lebih rapat
sesama rakan sekolah dan mereka tidak perlu risau tentang wang saku serta juadah masa
rehat sewaktu berada di sekolah.
Cadangan
Dalam pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan di sekolah pihak sekolah
terutamanya guru yang mengendalikannya ada mempunyai beberapa kekangan.Masalah
pertama ialah,apabila kelewatan pengagihan peruntukan kepada sekolah.Ini telah
merumitkan segelintir sekolah- sekolah rendah,khasnya sekolah yang agak jauh dengan
menggunakan pengangkutan bot air.Jadi,ini akan menyukarkan pihak penghantar yang
menghantar makanan untuk Rancangan Makanan Tambahan ini sukar untuk
menghantarnya tepat pada tempoh yang dijanjikan.
Untuk mengatasi masalah ini,pihak sekolah ada meminta para pelajar untuk
membawa bekal makanan sendiri dari rumah sementara menunggu bekalan dari pihak
yang bertanggungjawab menghantar peruntukan rancangan makanan tambahan
ini.Kedua,pihak sekolah juga mengalami masalah bekalan air.Untuk mengatasi masalah
ini,pihak sekolah telah mencadangkan sekolah di kawasan pedalaman yang tiada
mempunyai kemudahan paip air terpaksa bergantung pada bekalan air hujan yang tidak
menentu.Bekalan air hujan ini digunakan untuk memasak serta mencuci pinggan dan
mangkuk.
Antara kekangan yang dihadapi oleh pihak pengurusan di sekolah adalah masa yang
sangat terhad kerana pihak-pihak yang terlibat mempunyai tugas dan tanggungjawab

11

masing-masing yang telah sedia ada walaupun dari segi fizikalnya program ini adalah
bermanfaat untuk pihak-pihak tertentu khasnya para pelajar dan juga para ibu bapa yang
terlibat.
Program ini banyak mendatangkan faedah dan banyak membantu terutamanya
pihak pelajar serta ibu-bapa yang kurang berkemampuan. Oleh itu, pihak pengurusan
terutama sekali pihak jabatan perlu lebih prihatin terhadap perlaksanaan program ini
khasnya dari segi pemantauan yakni mesti ada pihak tertentu atau wakil jabatan yang
hadir untuk memantau perjalanan dan juga perlaksanaan program dari masa ke semasa.
Selain itu kemudahan prasarana sekolah, khasnya kemudahan asas seperti bekalan air dan
letrik, serta penambahan peruntukan untuk perkapita.

12

Bibliografi
Noor Azlina Zainudin, 2004
http://www.skkionsom.com/
Datuk Musa Haji Aman, 2006
http://www.sabah.gov.my/press/docs/2006000676.htm
http://apps.emoe.gov.my/bppdp/atx/ATX20.htm
http://www.seameo-innotech.org/resources/rein/rdev/35.asp
http://sekolah.mmu.edu.my/skayermolek/borang_kp.htm
KAJIAN MAKANAN TAMBAHAN
(1983-1984)
http://apps.emoe.gov.my/bkew/PEKELILING/c_702.pdf
Dr. Lau Hieng Soon (Disember 2005) ,Jurnal Mapera Jilid Ke-16,MPR.
Kementerian Pendidikan Malaysia,Pembangunan Pendidikan 2001-2010:Perancangan
bersepadu penjana kecermelangan pendidikan /Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dr. Mohd. Sahandri Gani B. Hj. Hamzah(Disember 2004),Jurnal Penyelidikan Jilid
Ke-6,Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kem. Pel. Malaysia.
Kasuma T.A. , Abstracts Of Major Research Educational Planning And Research
Division 1971-1999.

13

You might also like