You are on page 1of 24

LAPORAN KAJISELIDIK

FRANCAIS DIPLOMA UTM:


SATU TINJAUAN Dl PANTAI TIMUR

OLEH
NoorAzamAbd Aziz
Rohani Mohamad
Che Ismail Long
Noraliyati lakaria
0G0S1999

COPYRIGHT @ UiTM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


TERENGGANU

LAPORAN KAJISELIDIK
FRANCAIS DIPLOMAUTM:
SATU TINJAUAN DI PANTAl TIMIJR

Untuk
Biro Perundingan dan Penyelidikan
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam

Disediakan oleh
Noor Azam Abd Aziz
Rohani Mohamad
Che Ismail Long
Noraliyati Zakaria

OGOS1999

COPYRIGHT @ UiTM

KUMPULAN PENYELIDIK

NOOR AZAM ABD. AZIZ


KETUA PROJEK

p. Tandatangan

ROHANI MOHD
AHLI

ISMAIL LONG
AHLI

*
. . . . . . . . . . .

- -1

- -^

Tandqtasgarr*'''

NORALIYATI ZAKARIA
AHLI

COPYRIGHT @ UiTM

ABSTRAK

Selaras dengan matlamat UTM yang ingin mencapai pengambilan pelajar ke tahap
100,000 orang, program francais UTM telah menyediakan peluang untuk ribuan pelajar
yang berkemungkinan terpinggir dari pendidikan tinggi lantaran pengambilan terhad
DPTA. Namun kewujudan sistem francais memerlukan usaha agar pelajar mencapai mutu
minimum UTM. Satu tinjauan telah dilakukan mengenai francais untuk zon Pantai Timur
iaitu Terengganu, Pahang, dan Kelantan.

Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau

sejauhmanakah sistem francais diploma UTM beijaya mencapai tahap piawai yang
dikehendaki oleh UTM. Apakah masalah-masalah yang timbul dari aktiviti-aktiviti
francais. Maklumat ini dirasakan sangat perlu bagi UTM mengambil langkah-langkah
sewajarnya bagi menjamin mutu francais setanding dengan mutu UTM. Kajian telah
dijalankan dengan mengguna soal-selidik bagi pensyarah dan pelajar, menemubual pihak
pengurusan, pelajar, dan pensyarah dan membuat tinjauan ke atas fasiliti-fasiliti kampus
francais. Data-data yang diperolehi telah dianalisa dan membuahkan beberapa penemuan.
Masalah-masalah telah dikenalpasti dan cadangan-cadangan dibuat bagi menjamin
kejayaan sistem francais diploma UTM.

COPYRIGHT @ UiTM

PENGHARGAAN

Di dalam usaha untuk menyiapkan projek ini telah melibatkan pelbagai pihak. Kami
ingin merakankan setinggi-tinggi penghargaan kepada Biro Perundingan dan
Penyelidikan, Institut Teknologi MARA Shah Alam kerana telah memberi kepercayaan
kepada kami untuk menjalankan kajian ini.
Ucapan setinggi-tingginya terima kasih kepada pihak Yayasan Terengganu, IKIP dan
FABS kerana telah memberikan keijasama di dalam menjalankan kajian ini.
Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Profesor Madya Dr
Razmi Chik, Provos UTM Terengganu yang telah memberi dorongan terhadap kajian ini.
Tidak lupa kepada Prof. Madya Dr. Hajah Faridah Haji Hassan, kami ingin merakamkan
penghargaan kerana telah memberi panduan dan tunjukajar berhubung dengan kajian ini;
juga Puan Hasnah Abdullah kerana membantu dari segi teknikal penulisan penyelidikan.
Akhir sekali penghargaan sewajarnya diberikan kepada kakitangan UTM yang telah
memberi keijasama secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.
Semoga Allah swt memberkati amal kalian.

Kumpulan Penyelidik UTM Terengganu.


NoorAzam Abd Aziz
Rohani Mohamad
Che Ismail Long
Noraliyai Zakaria

ii

COPYRIGHT @ UiTM

DAFTAR KANDUNGAN

Kandungan

Halaman

Prakata
Abstrak

Penghargaan

ii

Daflar Kandungan

iii

Senarai Jadual

Glosari Aknonim

BAB 1

viii

PENDAHULUAN
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7

BAB 2

Latar Belakang Masalah


Kenyataan Masalah
Objektif Kajian
Andaian Kajian
Kepentingan Kajian
Limitasi Kajian
Definasi Operasi

1
5
5
6
7
8

KAJIAN BAHAN BERTULIS


2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6
2.7

Kepentingan Francais
Kualiti Pendidikan Negeri
Kualiti Kolej Swasta Yang diFrancais
Kurikulum dan Program
Bahasa Pengantar
Tenaga Pengajar
Pengalaman dan Kelayakan Tenaga
Pengajar
2.8 Pengajaran dan Pembelajaran
2.9 Kemudahan Pembelajaran

10
11
12
14
14
15
17
18
18

iii

COPYRIGHT @ UiTM

2.10
2.11
2.12
2.13
2.14
2.15

BAB 3

19
20
20
21
23
24

METODOLOGI KAJIAN
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6

BAB 4

Pelajar
Penyelidikan dan Pembangunan
Perpustakaan
Takrif dan Kriteria Francais
Francais UTM
Masalah Francais

Pengenalan
Rekabentuk Kajian
Populasi dan Sampel Kajian
Analisa data
Instrumen
Prosedur Kajian

26
26
27
28
28
31

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN


4.1 Latar Belakang Responden
4.2 Kemudahan Prasarana Sistem francais
Di Pantai Timur
4.3 Kaedah Pengajaran
4.4 Tahap Pengajaran
4.5 Masalah Pelajar dan Pensyarah

33
42
60
66
90

RUMUSAN DAN CADANGAN


BAB 5
5.1 Rumusan
5.2 Cadangan

99

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

93
95

A Borang Soal Selidik Pensyarah


B Borang Soal Selidik Pelajar

101
105

iv

COPYRIGHT @ UiTM

Senarai
Jadual

Halaman

Jadual

2.1

Pengendalian Kursus Di IPTS Mengikut Bahasa


Pengantar

Jadual

2.2

Bilangan Tenaga Pengajar Mengikut Kelayakan

15

Di DPTS

16

Jadual

3.1

Populasi Pelajar

27

Jadual

3.2

Populasi Pensyarah

28

Jadual

4.1

Profil Jantina Pelajar

33

Jadual

4.2

Profil Umur

34

Jadual

4.3

Profil Kursus

34

Jadual

4.4

Profil Negeri Asal

35

Jadual

4.5

Profil Pendapatan Keluarga

35

Jadual

4.6

Profil Kelayakan Masuk

36

Jadual
Jadual

4.7
4.8

Profil Jantina, Umur dan Status


Profil Pengalaman, Jumlah Institusi Yang Pemah
Berkhidmat Sebelum Ini Dan Kelayakan
Akademik

37

Jadual

4.9

38

Profil Kelulusan Luar / Dalam Negeri, Latihan


Pengajian Dan Tempat Latihan

39

Jadual

4.10

Bidang Pengurusan Dan Pengajian

Jadual

4.11

Tahap
Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan
Bilik Kuliah

Jadual

4.12

Tahap Kepuasan Pelajar terhadap Kemudahan

42
44

Peralatan Pembelajaran Dalam Bilik Kuliak

46

Jadual

4.13

Kemudahan Bilik Untuk Pensyarah

47

Jadual

4.14

Kemudahan Yang Disediakan Di Bilik Pensyarah

47

COPYRIGHT @ UiTM

Jadual

4.15

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan


Bilik Tayangan / Pandang Dengar

Jadual

4.16

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan


Bilik Komputer

49

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan


Makriial Bahasa

50

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan


Perpustakaan

51

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan


Pusat Pelajar

53

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan


Pusat Sukan

54

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan


Penginapan

55

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan


Pengangkutan

56

Jadual

Jadual

Jadual

Jadual

Jadual

Jadual

Jadual

4.17

4.18

4.19

4.20

4.21

4.22

4.23

48

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan


Persekitaran Pembelajaran

58

Jadual

4.24

Teknik Pengajaran

62

Jadual

4.25

Bantuan Pengajaran

63

Jadual

4.26

Perancangan Pengajaran

64

Jadual
Jadual

4.27
4.28

Kaedah Pembelajaran
Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Persediaan
Pensyarah

65
68

Jadual

4.29

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kehadiran


Pensyarah Memberi Kuliah

69

Jadual

4.30

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kesediaan


Pensyarah

70

vi

COPYRIGHT @ UiTM

Jadual

4.31

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Penggunaan


Bahasa Yang Sesuai Oleh Pensyarah

71

Jadual

4.32

Penyampaian Isi Kandungan Dan Ide

72

Jadual

4.33

Kepuasan Penialan, Tugasan Dan Latihan

74

Jadual

4.34

Maklumbalas Pensyarah Terhadap Tugasan

75

Jadual

4.35

Hubungan Pensyarah Dengan Pelajar

78

Jadual

4.36

Komunikasi Antara Pensyarah Dan Pelajar

80

Jadual

4.37

KomUTMent Dan Dorongan

82

Jadual

4.38

Galakan Membaca

83

Jadual

4.39

Penyertaan Pelajar Dalam Aktiviti-aAktiviti


Tambahan Yang Disediakan Di Setiap Francais
Pantai Timur

84

COPYRIGHT @ UiTM

GLOSARIAKNONIM

1.

UTM

Universiti Teknologi MARA

2.

BR & C

Biro Perundingan & Penyelidikan

3.

IKIP

Institut Kemajuan Iktisad Pahand

4.

FABS

Fine Access Business School

5.

SPM

Sijil Pelajaran Malaysia

6.

IPT

Institut Pengajian Tinggi

7.

IPTA

IPTS

Institusi Pengajian Tinggi Awam


1
Institusi PengajianjTinggi Swasta

LAN

Lembaga Akreditasi Negara

10

R&D

Penyelidikan dan Pembangunan

COPYRIGHT @ UiTM

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Latar Belakang.

Pendidikan Malaysia hari ini memperlihatkan pelbagai isu menarik.


Antaranya ialah pertambahan penubuhan institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu
Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan pengiktirafan penubuhan
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Di sektor awam, terdapat 11 buah
universiti yang telah didirikan tidak termasuk UTM, politeknik-politeknik
dan maktab perguruan. Menurut Jabatan pendidikan, enrolmen pelajar di
universiti termasuk UTM sudah mencecah lebih dari 150,000 orang pelajar.
Begitu juga kedudukannya di sektor pendidikan swasta yang ditubuhkan
dengan enrolmen pelajar melebihi 100,000 orang.

Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia pada 11 Mac 1998, Malaysia akan
mempunyai 25 buah universiti dengan mengambilkira 11 buah universiti

COPYRIGHT @ UiTM

awam yang sedia ada, lima (5) buah universiti swasta dan 10 buah universiti
yang masih dalam perancangan.

Walau bagaimanapun senarai ini tidak termasuk kira-kira 400 buah Institut
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang lain yang turut telah diberi ruang untuk
menjalankan aktiviti yang sama. Pada 27 Julai 1998, akhbar Berita Harian
pula melaporkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia sudahpun
meluluskan penubuhan 524 buah IPTS dengan sebahagian daripadanya
mengendalikan program matrikulasi dan ijazah.

Pertambahan bilangan DPT di Malaysia adalah diperlukan memandangkan


jumlah penduduk negara ini yang meningkat. Desakan untuk membangunkan
sektor pendidikan tinggi masih berterusan lebih-lebih lagi dengan keadaan
kegawatan ekonomi sekarang ini menjadikan kos pendidikan tinggi luar
negara menjadi lebih tinggi. Pengurangan

penghantaran pelajar ke luar

negara memperkukuhkan lagi keperluan penambahan institusi pengajian


tinggi dalam negara. Diwaktu yang sama kerajaan berhasrat untuk
meningkatkan peratus rakyat yang mendapat pendidikan sehingga 40%
berbanding 20% ketika ini (Utusan Malaysia, 11 Mac 1998).

Menurut

Jabatan Perangkaan, statistik terbaru penduduk negara ini sehingga Ogos


1997 ialah 21.7 juta dan sebanyak 44%, iaitu 9.54 juta penduduk daripada
jumlah ini adalah penduduk yang berusia 24 tahun ke bawah. Utusan

COPYRIGHT @ UiTM

Malaysia pada 11 Mac 1998 turut melaporkan bahawa pada masa kini purata
kapasiti sepenuh setiap IPT ialah antara 10,000 hingga 15,000 pelajar. Pada
waktu yang sama, Kementerian Pendidikan telah meminta semua IPT
menambah bilangan pelajar sehingga 20,000 menjelang tahun 2000. Bagi
Institut Teknologi Mara (UTM) pula, diharapkan dapat menampung sehingga
100,000 pelajar menjelang tahun 2000. Fenomena ini menunjukkan bahawa
IPT di negara ini tidak mampu memenuhi kira-kira 9.5 juta

penduduk

berusia bahawa 24 tahun untuk meneruskan pelajaran. Oleh yang demikian


ternyata kemampuan IPT adalah agak membimbangkan kerana jumlah yang
mampu ditampung tidak sampai pun satu juta penduduk yang berusia bawah
24 tahun. Ini bermakna sejumlah besar pelajar akan menghadapi kesukaran
melanjutkan pelajaran kerana ketiadaan tempat.

Lanjutan daripada perkembangan ini kerajaan telah memberi laluan kepada


penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi membantu
menangani masalah ketiadaan tempat untuk melanjutkan pelajaran ke IPT.
Seterusnya mana-mana IPTS yang telah berdaftar dengan Kementerian
Pendidikan telah diberi kepercayaan oleh. institusi tinggi awam tertentu bagi
menjalankan program-program francais mereka. Bagi mengawal kualiti
pembelajaran dan pengajaran di IPTS, Parlimen telah meluluskan dua akta
yang berkaitan pada tahun 1996, iaitu Akta Pendidikan Tinggi Swasta (Akta
555) dan Akta Lembaga Akreditasi Negara (Akta 556). Akta Pendidikan
Tinggi Swasta bertindak mengaturkan penubuhan dan pengurusan institusi

COPYRIGHT @ UiTM

pendidikan swasta agar dapat menyediakan suasana pendidikan tinggi yang


berkualiti untuk pelajarnya. Akta Lembaga Akreditasi Negara pula berfungsi
menentukan supaya semua kursus pengajian dan program latihan yang
ditawarkan mencapai standard yang dapat diterima oleh norma atau
konvensyen sesuatu pengajian tinggi. Sistem pengreden Lembaga Akreditasi
Negara (LAN) juga berfungsi melihat tahap keupayaan ilmiah tenaga
pengajar, penyelidikan dan kurikulum yang diperkenalkan oleh setiap
institusi (Utusan Malaysia, 27 Mei 1998).

Institusi Teknologi Mara adalah satu daripada IPTA yang menawarkan


program-program francais kepada IPTS. Ia ditubuhkan di bawah Akta
Universiti dan Kolej 1971. Oleh kerana permintaan yang menggalakkan
terhadap pendidikan tinggi, pihak UTM mengalami masalah dalam menerima
bilangan pelajar yang ramai untuk menyambung pengajian mereka; seperti
masalah kekurangan bilik kuliah, bilik tutorial, asrama kediaman dan
beberapa kemudahan asas yang lain. Namun begitu, matlamat utama dasar
pendidikan negara mesti dicapai iaitu pendidikan sebagai aset negara yang
menjadi agen perubahan dan pembangunan masa depan negara. Justeru itu,
UTM telah mengambil langkah penyelesaian antara lain ialah dengan
mengadakan kerjasama dengan IPTS melalui sistem francais. UTM telah
memfrancaiskan kursus-kursus dari peringkat pra-diploma, diploma dan

COPYRIGHT @ UiTM

saijana muda kepada kira-kira 25 pusat-pusat pengajian tinggi swasta di


serata Malaysia termasuk di Pantai Timur.

1.2

Kenyataan Masalah

Mengikut sistem francais UTM, pusat-pusat pengajian ini perlu mematuhi


modul pembelajaran sama seperti di UTM, dan mematuhi syarat yang
dikenakan. UTM akan menganugerahkan kepada pelajar-pelajar sistem
francais sama seperti penganugerahan kepada pelajar-pelajar UTM sepenuh
masa. Oleh yang demikian timbul beberapa persoalan yang memerlukan
jawapan segera. Adakah pelajar yang mengikuti program francais UTM
memperolehi pendidikan, kemudahan dan persekitaran pembelajaran yang
setara dengan pelajar-pelajar di UTM. Adakah prasarana pembelajaran,
tenaga pengajar dan persekitaran pendidikan di pusat-pusat pengajian
francais ini memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh UTM? Kajian
ini cuba menerokai persoalan di atas.

Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenai pasti:

COPYRIGHT @ UiTM

1.

Sejauhmana kemampuan pusat-pusat pengajian di bawah sistem


francais UTM di Pantai Timur mematuhi syarat-syarat yang telah
digariskan oleh UTM

2.

Sejauh

manakah sistem

francais

ini

menyediakan

prasarana

pembelajaran, tenaga pengajar dan persekitaran pembelajaran yang


diperlukan bagi menjamin mutu pendidikan.

3.

Masalah-masalah semasa yang dihadapi oleh pusat-pusat pengajian


ini berhubung dengan program francais UTM.

4.

Meninjau pandangan pelajar-pelajar terhadap kualiti pembelajaran


program francais UTM yang diikuti

5.

Mencari penyelesaian dalam usaha untuk mengekalkan kualiti


pembelajaran sistem francais.

1.4

Andaian Kajian

Andaian dibuat di semua kolej francais yang dikaji telah menjalankan satu
program yang sama seperti di UTM dari segi kurikulum, jangkamasa

COPYRIGHT @ UiTM

program pengajian, struktur program pengajian, teks rujukan, dan sistem


penilaian permarkahan.

1.5

Kepentingan Kajian

Dalam usaha UTM memperbanyakkan kemasukan pelajar bagi mencapai


matlamat enrolmen 100,000 menjelang tahun 2000 melalui sistem francais
dan pada yang sama ingin meningkatkan kualiti produk pengeluarannya,
mampukan UTM mempastikan sistem francaisnya benar-benar mempunyai
kualiti yang setanding dengan UTM? Oleh yang demikian UTM perlu
menjalankan satu kajian yang terperinci bagi meniryau dan mengukur
kemampuan pusat-pusat pengajian yang telah difrancaiskan kursus UTM.

Kajian perlu dijalankan bagi mengukur sejauh manakah pusat-pusat


pengajian

di bawah sistem

pembelajaran,

francais UTM

menyediakan

tenaga pengajar yang berkelayakan

dan

prasarana
persekitaran

pembelajaran yang boleh menjamin mutu produk mereka sama seperti produk
yang dikeluarkan oleh UTM sendiri.

Maklumat dari kajian ini membolehkan UTM merancang dan mengambil


langkah-langkah bagi mempastikan hasil dari sistem francais tidak menjadi
produk kelas kedua. Ini akan hanya menjejaskan imej UTM sendiri dan
segala usaha-usaha UTM untuk menaikkan taraf dan kualiti menjadi sia-sia.

COPYRIGHT @ UiTM

oleh UTM. Franchaisi dikehendaki membayar yuran tertentu kepada


UTM dan disebaliknya UTM menyediakan perkhidmatan seperti
silibus, modul pengajaran dan pembelajaran, soalan akhir dan
penyemakan, serta latihan asas pengajaran untuk pensyarah.

Pantai Timur

Pantai Timur merujuk kepada negeri Terengganu, Pahang dan


Kelantan.

COPYRIGHT @ UiTM

BAB 2
KAJIAN BAHAN BERTULIS

Kepentingan Francais

Dasar penswastaan telah dilancarkan oleh Datuk Sen Mahathir Mohamad,


Perdana Menteri pada 19 Mac 1983. Sejak itu banyak agensi-agensi kerajaan
diswastakan. Kini tiba giliran penswastaan pendidikan iaitu dalam bentuk
francais. Langkah ini sejajar dengan permintaan Kementerian Pendidikan
supaya IPTA meningkatkan pengambilan pelajar. (Zuraida Othman, 1998)

Kerajaan sedar tentang kekurangan tempat di IPTA dan ringgit yang terpaksa
mengalir keluar negara.

Adalah jelas 11 buah IPTA di Malaysia tidak

mencukupi untuk menampung berpuluh-puluh ribu permohonan setiap tahun.


Jumlah IPTA yang ada sekarang adalah kecil berbanding penduduk Malaysia.
Masalah sekarang ini boleh diatasi sekiranya kerajaan berupaya menubuh
lebih banyak IPTA. Hakikatnya, kerajaan tidak bersedia menambah IPTA
kerana

perbelanjaan yang besar

sehingga

mencecah

RM800 juta.

10

COPYRIGHT @ UiTM

Menyediakan IPT A sudah di luar kemampuan kerajaan.

Jika peluang

pendidikan tinggi hendak dibuka secara meluas, kaedah yang lebih berkesan
dan wajar ialah dengan menswastakan pendidikan. Setakat ini kerajaan ini
telah meluluskan 524 IPTS dengan 34 daripadanya mengendalikan program
matrikulasi, diploma dan ijazah.

Kesan segera yang dapat dilihat dari

penswastaan ialah bertambahnya peluang pelajar kita untuk melanjutkan


pelajaran dan memilih kursus. (Mohd Arief Sulong, 1998)

Satu cara melaksanakan kursus dengan cepat dan mendapat pengiktirafan


ialah dengan usahasama dengan IPT A melalui sistem francais. Apa yang
teijadi ialah sistem francais mula berkembang tumbuh seperti cendawan
pada tahun 1998.

Hampir 40 IPTS telah mengadakan memorandum

persefahaman ( MoU ) dengan IPTA. Program-program secra francais ini


merangkumi pelbagai program pada setiap peringkat seperti Sijil, Diploma,
Matrikulasi dan Ijazah Saijana Muda. (Mohd Tarmizi Mat Zin, 1998)

Kualiti Pendidikan Negeri

Walau bagaimanapun, beberapa perkara yang telah berlaku sebelum ini


memberikan gambaran yang kurang baik kepada pendidikan kita. Kekecohan
yang bermula daripada kecelaruan pemprosesan borang-borang oleh Unit

11

COPYRIGHT @ UiTM

Pusat Universiti (UPU), keciciran pelajar-pelajar cemerlang dan kadar yuran


di IPTS yang terlalu tinggi menunjukkan kewujudan masalah yang begitu
kritikal. Lebih malang lagi, EPTS yang dipertanggungjawabkan oleh IPTA
terbabit untuk menjalankan programnya telah gagal menyediakan kemudahan
seperti yang diharapkan.

Bagi mengawal kualiti pembelajaran dan pengajaran di IPTS, Kementerian


Pendidikan Malaysia telah menubuhkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN).
Sistem pengredan LAN diwujudkan antara lain untuk melihat tahap
keupayaan ilmiah tenaga pengajar, penyelidikan dan kurikulum yang
diperkenalkan oleh setiap institusi (Utusan Malaysia, 27 Mei 1998).

Kualiti Kolej Swasta Yang di Francais

Kajian ini bertujuan untuk meninjau perjalanan kolej swasta yang mengambil
francais dari UTM. Kajian ini juga cuba meninjau beberapa elemen asas yang
boleh menyumbang pencapaian akademik melalui kualiti asas terhadap
pandangan pensyarah dan pelajar.

Kualiti adalah paksi kepada kecemerlangan. Walaupun kualiti merupakan


sesuatu yang subjektif ianya menjadi petunjuk yang nyata sekiranya boleh

12

COPYRIGHT @ UiTM

diukur. Penekanan kepada kualiti sebenarnya mencakupi apa-apa sahaja


aspek yang mempunyai hubungkait dengan pendidikan. Justeru itu ia bermula
daripada isi pengajaran, proses pembelajaran, kredibiliti, dan kelayakan para
pensyarah, prasarana yang tuntas (termasuklah persoalan lanskap, kebersihan
sekitar, wujudnya suasana pembelajaran, kemudahan untuk menjalankan
aktiviti kokurikulum, penyediaan bilik sumber, dan perpustakaan) fasiliti
komputer serta perisiannya dan lain-lain lagi.

Berlandaskan tanggapan ini, kualiti dalam pendidikan tinggi swasta


merupakan proses menetapkan satu pengukuran atau piawaian. Ada beberapa
aspek yang boleh dilihat menurut Jabatan Pendidikan Swasta Pendidikan
Pendidikan Malaysia:

1.

Input seperti infrastruktur, tenaga pengajar, dan lain-lain kemudahan


pengajaran dan pembelajaran.

2.

Proses seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran.

3.

Output iaitu pencapaian pelajar; dinilai dari keputusan peperiksaan,


permintaan pasaran dan pembangunan sahsiah seseorang hasil daripada
pendidikan yang diterima dari IPTS.

13

COPYRIGHT @ UiTM

2.4

Kurikulum dan Program

Dalam program francais UTM, pehak pengurusan UTM menyediakan


kurikulum lengkap kepada francaisi bagi menjamin mutu pendidikan pelajar
IPTS menyamai mutu UTM sendiri. Untuk itu, keperluan jam kredit bagi
setiap kursus yang ditawarkan selaras dengan piawaian yang ditentukan oleh
UTM. Kemampuan institusi menghasilkan kursus berkualiti yang memenuhi
kepiawaian merupakan satu kemestian

dan tuntutan dalam bidang

pendidikan.

Sehubungan dengan itu, institusi yang berkualiti mesti mempunyai kepakaran


dalam mengendalikan sesuatu program.

2.5

Bahasa Pengantar

Bahasa pengantar di UTM adalah Bahasa Inggeris. Penggunaan Bahasa


Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa tidak boleh diketepikan
kepentingannya. Masih banyak buku-buku ilmu adalah dalam Bahasa
Inggeris. Disamping itu penggunaan teknologi maklumat memerlukan
kemahiran bahasa tersebut. Malah Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa

14

COPYRIGHT @ UiTM

You might also like