You are on page 1of 16

TAJUK:

Kajian di Taman Sains Sekolah

ABSTRACT

The rapid decline of worlds biodiversity and increasing need of natural resources to
accommodate the growing population suggest that the current

western philosophy of

conservation biology is not achieving its mission and objective as expected in Malaysia. There is
a high potential in achieving high standards of conservation biology if management of natural
resources adheres to the fundamental principles in Malaysia. Therefore there is an urgent need to
concepts in conservation biology with the existing governance system. It is believed if
biodiversity concepts are genuinely practised and amalgamated into the existing implementation
and governance structure in conservation biology, the future for biodiversity in Malaysia.

ABSTRAK

Ancaman serta pengurangan biodiversiti dunia sejajar dengan keperluan tinggi untuk sumber
alam semulajadi terutamanya untuk menampung penduduk yang semakin meningkat,
menunjukkan bahawa falsafah serta ideologi barat biologi pemuliharaan tidak mencapai misi dan
objektif seperti yang diharapkan di Asia Tenggara. Malaysia mempunyai potensi yang tinggi
dalam mencapai standard biologi pemuliharaan yang tinggi sekiranya pengurusan sumber asli
berpegang teguh kepada prinsip-prinsip yang betul.

Justeru itu, keperluan untuk

menggabungkan biodiversiti dalam biologi pemuliharaan dengan sistem pentadbiran yang sedia
adalah amat penting. Sekiranya konsep biodiversity asas perlu dipraktis dan digabungkan dalam
sistem pelaksanaan dan struktur pentadbiran yang sedia ada, dalam konteks biologi
pemuliharaan, maka pemuliharaan biodiversiti di rantau ini mempunyai masa depan yang cerah.

KANDUNGAN
Abstrak Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Isi Kandungan
1.0 BAB 1
2.0

BAB 2 - Alam Protista.

3.0

BAB 3 Alam Fungi

4.0

BAB 4 Alam Plantae

5.0 BAB 5 Alam Animalia


6.0

PENUTUP

7.0

BIBLIOGRAFI

BAB 1
1.1

Pengenalan
Bioversiti dalam Biologi memberi maksud kepelbagaian organisma. Organisma yang

dimaksudkan ini adalah organisma hidup yang bersaiz mikro seperti bakteria dan hama sehingga
ke saiz makro seperti gajah dan ikan paus. Diversiti organisma boleh dikelaskan ke dalam
Domain, Alam, Famili sehingga ke varieti atau sub-spesies. Setiap organisma ini ada yang telah
wujud di muka bumi sebelum kewujudan manusia dan ada juga yang baru. Untuk meneruskan
kehidupan di pelbagai keadaan di bumi, organisma ini telah beradaptasi. Adaptasi telah
menyebabkan mereka berjaya mengekalkan generasi mereka di dunia ini.
Secara umumnya diversiti itu bermaksud kepelbagaian yang wujud tentang sesuatu
perkara. Di dalam konteks ini diversiti itu merujuk kepada berapa banyak hidupan sama ada
tumbuhan, haiwan ataupun kumpulan lain yang terdapat di kawasan tersebut. Pada kebiasaannya
kita merujuk kepada bilangan spesies yang ada. Namun begitu, di dalam ilmu Biologi, diversiti
ini lebih biasa dikenali sebagai Kepelbagaian Biologi.
Perkataan "biological"dan "diversity" ini mula diperkenalkan oleh Norse dan McManus
pada tahun1980 dan digabungkan oleh W.G.Rosen pada tahun 1985.Perkataan biodiversiti
membawa pelbagai pemahaman dalam kalanganorang ramai. Bagi kebanyakan orang,
pemahaman mengenai biodiversiti adalah berdasarkan pengalaman mereka bersama alam
semulajadi dan spesies-spesiestertentu sama ada tumbuhan atau haiwan, termasuklah juga
landskap. Berlainan pula dengan saintis, mereka beranggapan biodiversiti adalah kumpulan gengen,spesies dan populasi bagi sesebuah kawasan dan proses-proses yang menyokongnya.

1.2

Objektif Kajian
i)

Mengenal pasti hierarki pengelasan setiap contoh, nama tempatan dan


nama saintifik spesies makroskopik.

ii)

Menenal pasti ciri morfologi, ciri unik dan adaptasi untuk bermandiri.

BAB 2
2.1

Pengenalan Alam Protista.


Pada masa ini, saintis bukan sahaja meletakkan organisma bersel tunggal, eukariotik

malahan organisma multisel tetapi yang terlalu ringkas untuk ditempatkan sebagai tumbuhan,
haiwan atau fungi. Justeru itu dalam Alam Protista secara umumnya boleh dibahagikan kepada
tiga kumpulan utama, protis mirip tumbuhan (alga, termasuk rumpai laut), protis mirip haiwan
(protozoa) dan protis mirip kulat (kulat air dan kulat lendir). Alam Protista bukan kumpulan yang
dibentuk secara semula jadi tetapi mereka dikumpulkan di bawah alam ini untuk memudahkan
pengelasan taksonomi dilakukan.
Protista merupakan organisme eukariotik uniseluler yang hidup soliter atau berkoloni.
Protista dapat digolongkan menjadi protista mirip hewan (protozoa), protista mirip tumbuhan
(alga) dan protista mirip jamur (jamur lendir/slame mold). Bentuk tubuh organisme golongan
protista amatlah beragam. Protista memiliki cara makan yang berbeda-beda, dan dapat
digolongkan dalam tiga kategori:

Contoh:
a.

Protista autototrof, iaitu protista yang memiliki klorofil sehingga mampu berfotosintesis.
Contohnya : Alga

b.

Protista menelan makanan, dengan cara fagositosis melalui membran sel.


Contohnya: Protozoa

c.

Protista saprofit dan parasit, mencerna makanan di luar sel dan menyerap sari-sari
makanannya.
Contoh: jamur

Alga mikroskopis adalah Filum Euglenophyta, Pyrrophyta, dan Chryssophyta. Alga


mikroskopis memiliki ciri-ciri khusus, iaitu dapat berfotosintesis sama seperti tumbuhan, tersebar
luas di alam, dan dijumpai hampir di merata tempat yang terkena sinar matahari. Alga renik yang
terapung-apung di perairan ini merupakan bahagian fitoplankton yang berguna sebagai sumber
makanan penting bagi organisma-organisma lain, sama seperti fungsi Protozoa.
Alga seperti Protista eukariotik yang lain. Ada yang bentuk selnya tunggal dan multiseluler
berbentuk bola, batang, gada, dan kumparan; mempunyai nukleus yang dibatasi membran dan
mengandung butir-butir seperti pati, tetesan minyak seperti lendir, dan vakuola. Sama seperti
Protozoa, alga ini berkembang biak secara aseksual dan seksual. Habitat di tempat lembab dan
berair seperti di sawah, kolam, got, laut dan sebagainya.
Ciri-ciri Protozoa
a) Ukuran tubuh mulai dari 10 mikron-6 mm
b) Bentuk protozoa bervariasi yaitu asimetris, bilateral simetris, radial simetris dan spiral
c) Bergerak dengan flagel, pseudopodia, silia atau dengan gerakan sel itu sendiri
d) Cara hidupnya bebas, komensalisme, mutualisme, parasit
e) Cara mendapatkan makanan dibedakan menjadi : holozoik, saprofit, saprozoik, holozoik
f) Habitatnya di tempat-tempat berair, seperti di selokan, sawah, parit, sungai, dan lain-lain lagi.

BAB 3
3.1

Pengenalan Alam Fungi


Fungi memainkan peranan penting dalam keseimbangan ekosistem apabila bahan organik

dilerai kepada bentuk asas untuk membolehkan fungi sendiri serta organisma lain menyerapnya.
Selain daripada itu, fungi adalah berfaedah dan telah lama digunakan dalam pemprosesan
makanan seperti mana yang dapat dilihat dalam pembuatan roti dan antibiotik. Fungi juga
membentuk hubungan mutualistik dengan tumbuhan dan haiwan apabila kedua-duanya
mendapat faedah daripada interaksi tersebut. Namun begitu, fungi juga penyebab utama penyakit
kepada sesetengah tumbuhan, haiwan dan termasuk manusia.

Ciri-Ciri Fungi Secara Umum


Fungi merupakan organisme eukariotik. Ia beersel satu dan bersel banyak dengan dinding sel
dari zat kitin (Polisakarida) dan tidak berklorofil. Jamur bersifat heterotrof saprofit, parasit dan
simbiosis. Bila dibandingkan dengan tumbuhan tingkat tinggi, jamur memiliki tubuh buah
berupa talus. Sedangkan tumbuhan tingkat tinggi bagian-bagiannya telah memiliki akar, batang
dan daun yang sebenarnya.
Struktur Tubuh Fungi
Jamur yang multiseluler (bersel banyak) terbentuk dari rangkaian sel membentuk benang
seperti kapas, yang disebut benang hifa. Jika dilihat dibawah mikroskop kita dapat melihat
bentuk hifa, yaitu ada yang bersekat-sekat melintang, dimana tiap-tiap sekat merupakan satu sel,
dengan satu atau beberapa inti sel. Ada pula bentuk hifa yang tidak bersekat melintang, yang
mengandung banyak inti yang disebut senositik. Hifa ada yang berfungsi sebagai pembentuk alat
reproduksi, seperti hifa yang menjulang keatas permukaan yang disebut sporangiofor yang
membawa erti sporangium.
Habitat fungi, iaitu didarat dan ditempat-tempat yang lembab. Pembiakan seksual dalam
fungi bermula apabila hifa daripada dua miselium yang berlainan membebaskan isyarat dalam
bentuk feromon. Sitoplasma daripada dua induk miselium yang berbeza bergabung dalam proses
yang dinamakan plasmogami. Walaupun sitoplasma daripada kedua-dua miselium telah
bergabung, namun nukleus-nukleus daripada dua induk tersebut masih terpisah dan tidak
menyatu.
Kebanyakan spesies fungi dapat membiak secara seksual dan aseksual. Namun begitu,
terdapat lebih kurang 20,000 spesies fungi yang hanya dapat membiak secara aseksual.
Pembiakan aseksual dalam fungi melibatkan spora. Spora bercambah dalam keadaan
persekitaran yang sesuai lalu membentuk miselium. Miselium fungi biasanya dapat dilihat
sebagai kulat dengan mata kasar. Kulat ini boleh didapati dimerata tempat seperti pada
permukaan buah-buahan dan roti.

Saintis terdahulu telah mengelaskan fungi kepada beberapa kumpulan tertentu berdasarkan
corak pembiakan mereka. Sebagai contoh, fungi yang didapati tidak dapat membiak secara
seksual dikelaskan sebagai Deuteromycetes. Tetapi, keadaan tersebut tidak selalunya benar
kerana ada sesetengah spesies fungi Deuteromycetes didapati juga menjalankan pembiakan
secara seksual pada keadaan-keadaan tertentu. Ini merumitkan pengelasan fungi yang dilakukan
melalui cara pembiakan. Namun begitu, dengan perkembangan teknik-teknik molekular, Saintis
kini dapat mengelaskan fungi ini dengan lebih tepat. Secara amnya, fungi dapat dikelaskan
kepada empat kelompok utama iaitu Chytrids, Zygomycetes, Ascomycetes dan Basidiomycetes
a)

Chytrids Fungi ini tergolong dalam Filum Chytridiomycota, yang lebih dikenali sebagai
Chytrids. Ia boleh didapati dengan banyaknya pada kawasan tasik dan dalam tanah.
Kebanyakan Chytrids memainkan peranan dalam proses pereputan tetapi ada sesetengah
spesies Chytrids merupakan parasit kepada haiwan seperti mana yang boleh dilihat dalam
katak (Rajah 7.7). Ada sesetengah spesies Chytrids boleh didapati dalam sistem pencernaan
kambing dan lembu, yang membantu dalam pencernaan bahan-bahan tumbuhan.

b) Zygomycetes Fungi ini tergolong dalam Filum Zygomycota. Spesies Fungi inilah yang
biasa dilihat sebagai kulat pada permukaan bahan-bahan makanan seperti roti, strawberi dan
ubi kentang.
c) Ascomycetes Fungi ini tergolong dalam Filum Ascomycota dan tersebar luas. Ia boleh
didapati pada kawasan marin, air tawar dan daratan. Struktur yang unik bagi spesies fungi ini
ialah askus iaitu kantung spora. Dalam kantung askus, juga dikenali sebagai askukarpa,
mengandungi unjuran spora yang dinamakan askus.
d) Basidiomycetes
Contoh fungi yang paling sesuai untuk mewakili Basidiomycetes ialah cendawan Fungi ini
tergolong dalam Filum Basidiomycota. Seperti fungi lain, fungsi utama Basidiomycetes ialah
dalam proses pereputan tumbuhan dan kayu-kayan.

BAB 4
4.1 Pengenalan Alam Plantae.
Tumbuhan merupakan salah satu daripada alam benda hidup yang terdapat di alam
semesta. Tumbuhan merupakan organisma yang terkandung dalam alam Plantae. Biasanya,
organisma yang menjalankan proses fotosintesis diklasifikasikan sebagai tumbuhan. Tumbuhan
memerlukan cahaya matahari untuk menjalani proses fotosintesis. Tumbuhan merangkumi semua
benda hidup yang mampu menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil untuk menjalani
proses fotosintesis dan menghasilkan kanji. Sel tumbuhan berbeza dengan sel haiwan dalam
beberapa segi termasuk sel tumbuhan mempunyai dinding sel.
Secara amnya tumbuhan dibahagikan kepada Contoh: lumut, paku-pakis dan Gimnosperma dan
Angiosperma
a)

paku-pakis,
Paku-pakis tergolong dalam kumpulan tumbuhan rendah bersama-sama dengan lumut.

Walaupun mempunyai tisu vaskular menyamai tumbuhan tinggi namun proses reproduktifnya
yang membezakan di mana pembiakannya melalui penghasilan spora. Terdapat dua jenis pakupakis iaitu paku-pakis primitif dan paku-pakis moden. Dianggarkan 1,500 spesies paku-pakis
terdapat di Semenanjung Malaysia yang merangkumi terrestrial dan epifit berkelimpahan dari
hutan tanah rendah hingga hutan pergunungan. Koleksi di taman ini mewakili 10 % daripada
jumlah spesies Semenanjung Malaysia dan dikenalpasti juga mempunyai nilai ekonomi seperti
ubatan, makanan dan landskap.
b) Gimnosperma dan Angiosperma
Gimnosperma adalah kumpulan tumbuhan yang menghasilkan biji terbuka. Kepelbagaian
Gimnosperma, a.kon jantan Pinus, b. Ginkgo, c. Kon betina Cycads, d. Gnetum, e. Ephedra, f.
Welwitschia. ciri umum Gimnosperma ialah memiliki ciri perantaraan di antara ciri tumbuhan
bervaskular yang tidak berbiji (Paku-pakis) dengan tumbuhan berbiji yang berbunga
(Angiosperma). Ia mempunyai ciri seperti tumbuhan bervaskular seperti paku pakis dan

sekutunya ditambah dengan kehadiran biji benih sebagai adaptasi ciri kemajuannya. Semasa
evolusi tumbuhan bervaskular, pembentukan biji benih adalah peristiwa yang paling penting.
Kehadiran biji benih telah meningkatkan kemandirian tumbuhan tumbuhan berbiji dan antara
penyebab mengapa tumbuhan berbiji mendominasi dunia seperti yang kita saksikan sekarang.
Baiklah, mari kita teliti ciri-ciri am tumbuhan
c) Angiosperma
Angiosperma boleh terdiri daripada tumbuhan herba, renek atau berkayu. Ada yang tumbuh
menegak dan ada yang sebagai pemanjat dan ada juga yang hidup sebagai epifit. Tumbuhan
berbunga juga boleh ditemui dalam berbagai habitat, daripada hutan tropika yang malar hijau,
padang pasir yang tandus, kawasan temperat yang bermusim dan juga kawasan yang berair.
Ciri-ciri tumbuhan angiosperma
Angiosperma tergolong dalam Divisi Magnoliofita yang sememang sangat berjaya dan
mempunyai kepelbagaian yang tinggi. Dianggarkan terdapat lebih daripada 250,000 spesies
tumbuhan berbunga yang ada sekarang. Kumpulan tumbuhan ini dikenali sebagai Angiosperma
kerana bijinya disertai dengan karpel iaitu ovulnya dikelilingi oleh karpel. Kumpulan tumbuhan
ini juga menghasilkan bunga yang struktur reproduktifnya terdapat dalam struktur bunga ini. Ciri
Angiosperma yang lain termasuk selepas disenyawakan, ovulnya berkembang menjadi biji benih
dan ovari pula menjadi buah.
Ini bermakna biji benih yang terbentuk daripada ovul dilindungi oleh struktur buah yang
berkembang di lapisan luarnya. Kehadiran bunga dan buah adalah ciri adaptasi novel yang
terdapat dalam kumpulan tumbuhan ini yang menyumbang kepada kejayaannya selain daripada
ciri-ciri maju yang sama terdapat pada tumbuhan Gimnosperma. Contohnya mempunyai tisu
vaskular yang sempurna, menghasilkan biji dan debunga.

Pembiakan seksual
Tumbuhan berbiji kitar hidup heterosporus (jasad sporofit 2 jenis spora; microspora
dan megaspora); 2 gametofit mikrogametofit (jantan) & megagametofit (betina). Fasa
gametofit- amat ringkas dlm tumbuhan berbiji Megagametofit kekal dlm megasporangium pada
jasad sporofit; Persenyawaan sperma dan sel telur, penghasilan zigot & pembentukan embrio
berlaku dalam megasporangium Embrio tumb. berbiji dorman untuk sesuatu jangka masa dlm
biji. Biji matang dilepas keluar daripada sporofit induknya, disebar dan akan bercambah untuk
menhasil jasad sporofit yang baru.
BAB 5
5.1 Pengenalan Alam Animalia
Haiwan mempunyai beberapa sifat yang membezakannya daripada hidupan-hidupan yang
lain. Haiwan adalah eukariot dan kebanyakannya multisel yakni berbeza dengan bakteria dan
kebanyakan protis. Haiwan merupakan heterotrof, iaitu umumnya mencerna makanan dalam
kebuk dalaman, yakni berbeza dengan tumbuhan dan alga. Haiwan juga berbeza dengan
tumbuhan, alga dan kulat kerana ketiadaan dinding sel yang kukuh. Semua haiwan adalah motil,
walaupun pada peringkat hidup yang tertentu. Bagi kebanyakan haiwan, embrio melalui
peringkat blastula, iaitu sifat yang hanya terdapat pada haiwan.
Haiwan mempunyai badan yang terdiri daripada pelbagai tisu, kecuali beberapa jenis
yang tertentu, terutama sekali bunga karang (Filum Porifera) dan Placozoa. Antara tisu-tisu ini
ialah otot yang boleh mengecutkan dan mengawal gerak alih, dan tisu saraf yang menghantar dan
memproses isyarat. Biasanya, juga terdapat kebuk pencernaan dalaman dengan satu atau dua
bukaan. Haiwan yang bersusunan sebegini dipanggil metazoa, ataupun eumetazoa bagi
memaksudkan haiwan pada umumnya.
Makanan jerung dan ikan pari ialah plankton. Jerung juga karnivor dan memerlukan gigi
yang tajam untuk mengoyak pemangsanya. Gigi yang rosak diganti dengan barisan gigi yang
secara beransur-ansur bergerak ke hadapan. Walaupun saluran makanan mereka agak pendek
berbanding dengan vertebrata lain, ususnya berbentuk spiral berinjap yang disesuaikan untuk

meningkatkan luas permukaan dan melambatkan pergerakan makanan untuk melalui saluran
makanan.
Kehidupan di lautan disesuaikan dengan deria penglihatan yang tajam walaupun
mereka sebenarnya tidak boleh membezakan warna. Mereka mempunyai nostril tetapi bukan
untuk bernafas dan hanya berfungsi sebagai deria bau (olfaktori). Jerung tidak mempunyai
cuping telinga yang digunakan untuk mentransmitkan gelombang bunyi kepada organ auditori
dalam haiwan daratan. Jadi, bagaimanakah mereka boleh mendengar? Bunyi diterima melalui air
dan seluruh tubuh badannya mentransmisikan bunyi kepada organ pendengaran telinga
dalamnya.
Penyesuaiannya seterusnya ialah telur jerung disenyawakan secara dalaman. Jerung
jantan mempunyai klasper pada sirip pelviks untuk memindahkan sperma ke dalam saluran
pembiakan jerung betina. Ada juga jerung yang membiak secara oviparous, bermaksud telur
menetas di luar tubuh ibunya. Bagaimana jerung memastikan telurnya selamat? Mereka
membungkus telur dengan lapisan perlindungan. Apakah istilah yang digunakan untuk
menerangkan telur yang telah disenyawakan dan berkembang dalam saluran oviduk? Adakah
jawapan anda ovoviviparus? Ia bermaksud embrio menerima makanan daripada telur kuning,
berkembang dan menetas dalam uterus dan dilahirkan. Sesetengah pula adalah viviparus.
Perkembangan embrio bergantung pada makanan daripada ibunya melalui plasenta pundi yolka,
menyerap cecair makanan daripada uterus atau dengan memakan telur lain. Terdapat juga kloaka
yang m

b)

Invertabrata - Kelas Nematoda


Kelas Nematoda merupakan cacing yang paling besar yang terdapat dalam kumpulan

invertebrata pseudoselom. kumpulan invertebrata pseudoselomat. Kebanyakannya hidup bebas di


air dan di tanah tanih. Sebilangannya menjadi parasit kepada haiwan dan juga tumbuhan. Dari
segi individu, nematod merupakan kedua paling banyak selepas serangga. Dianggarkan bahawa
15 cm permukaan tanah boleh mengandungi berjuta-juta nematod; sebiji epal yang sedang reput
telah ditemui mengandungi kira-kira 90 000 cacing gelang pelbagai spesies. Mungkin satu hari

nanti nematod boleh menggantikan serangga sebagai haiwan yang terbanyak dan terhandal di
dunia ini. Mengikut evolusi, nematod berada di antara Platyhelminthes dan Moluska dari segi
kepelbagaian dan bilangannya.
Ciri-ciri Nematoda ialah ia mempunyai bentuk badan macam silinder dan tidak
bersegmen. Ia mempunyai saiz yang berbeza. Badannya diselaputi oleh kutikel. Mempunyai
kepala, ekor, rongga badan, sistem saraf dan sistem pembiakan. Mempunyai saluran pencernaan
yang sempurna iaitu mulut, esofagus, usus, rektum dan anus. Esofagus selalunya bermacammacam bentuk, sementara gigi atau seumpamanya terdapat di mulut. Mulut selalu berbentuk
bulat dan sesetengah nematod ada mempunyai bibir. Jantinanya berbeza, ada jantina dan
betina. Pada amnya bertelur, manakala ada pula yang vivipari atau berkembang secara
partenogenesis. Mempunyai peringkat telur, larva dan dewasa. Larva membesar dengan
menyalin kulit; peringkat infektif masuk ke dalam badan manusia secara aktif, iaitu tertelan atau
dimasukkan oleh vektor. Semasa peringkat dewasa atau di dalam perumah tetap, parasit nematod
tidak bertambah bilangannya.
Sistem Pembiakan
Cacing nematod jantan mempunyai alat pembiakan seperti testis, vas deferens, seminal
vesikel, duktus ejakulator dan spikul. Saluran pembiakan ini juga selalunya bersambung dengan
usus di bahagian anus yang dipanggil kloaka. Jadual 13.3 menunjukkan spesies Nematoda yang
menghabitat manusia. Semua haiwan mempunyai sel-sel eukariot yang dikitari oleh matriks luar
sel yang terdiri daripada kolagen dan glisoprotein anjal. Ini boleh dikapurkan untuk membentuk
struktur-struktur seperti cangkerang, tulang, dan spikul Ketika berkembang, ia membentuk
rangka yang agak mudah lentur di mana sel-sel boleh bergerak-gerak dan bersusun semula, maka
membolehkan struktur yang rumit. Berbeza pula dengan organisma-organisma multisel yang lain
seperti tumbuhan dan kulat yang sel-selnya ditahan oleh dinding sel, oleh itu berkembang secara
pertumbuhan progresif. Selain itu, simpang-simpang antara sel ini juga hanya terdapat dalam sel
haiwan: simpang ketat, simpang renggang, dan desmosom.

Pembiakan dan perkembangan


Sebutir sel paru-paru bengkarung air dengan pencelup pendarfluor yang menjalani
peringkat anafasa awal dalam mitosis. Hampir kesemua haiwan menjalani suatu bentuk
pembiakan seks. Ia mempunyai beberapa sel pembiakan khusus yang menjalani meiosis untuk
menghasilkan spermatozoon yang kecil tetapi motil, atau ovum yang besar tetapi tidak motil.
Spermatozoon dan ovum ini bergabung untuk membentuk zigot yang berkembang menjadi
individu baru. Juga terdapat banyak haiwan juga mampu membiak tanpa seks. Ini boleh terjadi
secara partenogenesis, yang mana telur yang subur dihasilkan tanpa mengawan, bercambah
ataupun berpecah.
Zigot mula-mula berkembang menjadi suatu bentuk sfera yang cembung, iaitu blastula
yang menjalani proses penyusunan semula dan penceraian. Bagi bunga karang, larva blastula
berenang ke tempat baru lalu berkembang menjadi bunga karang baru. Bagi kebanyakan
kelompok yang lain pula, blastula menjalani penyusunan semula yang lebih rumit. Mula-mula, ia
berinvaginasi untuk membentuk gastrula dengan kebuk pencernaan, dan dua lapisan germa yang
berasingan, iaitu ektoderma luaran dan endoderma dalaman. Selalunya, juga berkembangnya
mesoderma di antara ektoderma dan endoderma itu. Kemudian, lapisan-lapisan germa ini
berpecah-pecah untuk membentuk tisu dan organ.

6.0

PENUTUP
Bodiversiti bukan hanya sebahagian daripada sistem kehidupan sepertigen, spesies dan

populasi malah merangkumi bagaimana sistem kehidupan ini berinteraksi di antara satu sama
lain seperti persaingan, predasi, simbiosis dankomensalisme. Biodiversiti mempunyai aspekaspek struktur, komposisi danfungsi yang saling bergantungan antara satu sama lain.
Hari ini biodiversiti terancam dan mungkin pupus akibat kegiatan manusia sendiri.
Walaupun Malaysia adalah antara negara di dunia yang kayadengan biodiversiti, tanpa
pengurusan sistematik dan kesedaran semua pihak, biodiversiti akan musnah begitu saja.

Keseimbangan perlu ada antara usahauntuk memulihara biodiversiti yang selalu dilaunglaungkan negara maju.

BIBLIOGRAFI

Arbain Kadri (1990). Invertebrata: Panduan Berilustrasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Audesirk, T., & Audersirk, G. (2010). Biology Life on Earth: Prentice Hall.
Alters, S., & Alters, B. (2006). Biology Understanding Life. USA: John Wiley and Sons, Inc.
Johnson, G. B (2009). The Living World. New York: McGraw Hill Higher Education.
Hickman, C. P., Roberts, L. S., Keen, S. L., Larson, A., dan Eisenhour, D. J. (2009). Animal
Diversity 5th Ed. Boston: McGraw Hill, Higher Education.
Starr, C., Evers, A., and Starr, L. (2007). Basic concepts in biology (6th Ed.) Singapore:
Thompson/Brooks/Cole
Reece, B. J., Urry, L. A., Cain, M. L., Wasserman, S. A., Minorsky, P. V. dan Jackson, R. B.
(2011). Biology. Benjamin/Cummings.

You might also like