You are on page 1of 1

Nota Editor: Tip tip ini asalnya diterbitkan di group Facebook Backpackers Buddies

Malaysia (BBM) oleh tuan Rafiq Zakwan, seorang pelajar perubatan di Kolej
Perubatan Sri Devaraj Urs, Kolar, India.
India antara negara yang ramai rakyat Malaysia di sana. Tidak kira yang bekerja di
sana atau belajar di sana. Bagi anda yang mempunyai perancangan untuk ke India
sama ada berjalan, bekerja atau mahu berjumpa Shah Rukh Khan, tip di bawah adalah
tip sebenar berdasarkan pengalaman seorang rakyat Malaysia yang sudah tinggal di
India selamat 5 tahun. Penulis tip turut mengatakan dalam 32 negeri di India, beliau
hanya sempat melawat 9 negeri. Ikuti 14 tip jika anda ke India di bawah.
1. Wajib pergi Delhi, Agra dan Kashmir. Tempat lain..mehh
2. Solo travel no prob (pernah).
3. Perkara biasa kalau kenea tipu dengan driver auto. Nak elak minta dia guna
meter. Nak elak lagi tanya dulu 2-3 auto berapa harga nak ke tempat yang ingin
dituju. Baru naik.
4. Download app Ola Cabs untuk tempah teksi. Sama fungsi dgn MyTeksi di
Malaysia.
5. Simkad. Pilihan pertama beli Airtel. Data rm14 1gb dan laju. Pilihan kedua beli
Vodafone (serabut dengan iklan sms). Kebelakangan ini pelancong susah nak
beli simkad sebab anda perlu send sekeping gambar, salinan passport dan
alamat rumah di India. Alamat rumah itu yang selalu orang tiada. Kalau ada
kesulitan nak beli sim kad. Pergi ke Hadzat Nizamuddin. Ada kedai
berdekatan Markaz Tabligh. Di sana dia jual sim kepada orang orang Malaysia.
Alang-alang ke sana singgah di Karim Hotel. Antara kedai paling sedap di India.
Order butter chicken.
6. Kalau ada ambil agen..saya yakin dia akan bawa masuk ke kedai nama
Emporium(jual kain). Jangan sesekali beli di kedai Emporium. Terbang duit.
Huhu
7. Peminat barang antik. Hati-hati sebab mostly barang itu replika atau refurbish.
Jam antik misalnya.
8. Masjid bermazhab hanafi. Sejam seleps masuk waktu baru azan. Mereka tak ada
solat jamak(2 solat dalam 1 waktu). Jangan bergaduh bab solat jamak. Mereka
tak tahu kewujudan solat jamak. Yang ada hanya solat qasar bagi mereka.
Mostly tiada ruang solat perempuan.
9. Peminat kain saree cotton, ambil flight ke Surat.
10. Peminat kain saree silk, ambil flight ke Bangalore.
11. Bulan 7 8 9 bukan lah waktu yg baik. Musim panas.
12. Jangan balik selagi tak rasa briani rice, ghulab jamun, mango juice, shawarma,
chicken tandori, gobi manchurian.
13. Benda murah boleh beli: segala fabrik, lacoste, segala jenis buku(novel, medical
dan law book).
14. Muslim, Hindu ke semua akan tipu anda. Kalau driver/pekedai berkopiah
berjanggut tipu anda itu perkara biasa. Ayat biasa mereka pakai hey
abang/kakak, kita sama-sama muslim. Tak kan saya tipu. Last-last dia tipu.

You might also like