You are on page 1of 9

TUN DR.

MAHATHIR MOHAMAD
DIGELARKAN BAPA PEMODENAN

PENGENALAN
Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan
beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti. Akhirnya, pada 16 Julai
1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab
kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang
ke- 4 pada usia 55 tahun. Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan
merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri
selama 22 tahun iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.

BIODATA

Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera
kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini
dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan
Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu
dikalangan sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di
Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau
melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini
dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior
Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.
Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini
Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII
Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masingmasing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah
kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia
ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina),
Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura
dan Mazhar. Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir
dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian
yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA
merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan
perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktivitiaktiviti perkhidmatan komuniti

SUMBANGAN
a) Memberkenalkan pelbagai Slogan, Dasar dan Konsep baru

Dasar Pandang Ketimur

Beliau tidak gentar dengan kontroversi dan pernah menggemparkan hubungan baik
diplomatik Malaysia British dengan mengamalkan dasar 'Buy British Lasts" sebagai satu
tindak balas di atas sikap London yang mendiskriminasikan kepentingan Malaysia
Beliau kemudiannya memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur' dengan menjadikan
budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladani oleh
rakyat demi meningkatkan produktiviti serta menyemai etika kerja professional.

Dasar Penerapan nilai-nilai Islam

Antara elemen penting dalam Dasar Pandang Ke Timur ialah melihat bagaimana
Negara Jepun dan Korea boleh menjadi sebuah negara maju dan menjadi pemimpin
dalam beberapa jenis industri dunia. Program penswastaan mula diketengahkannya
pada tahun 1983 sebagai satu usaha melihat penting peranan swasta. Beliau juga
melihat beberapa sektor dalam kerajaan perlu diswasta agar dapat diuruskan secara
profesional dan menguntungkan serta dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan
dalam menjana projek-projek pembangunan. Pengswastaan terhadap entiti kerajan
juga digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebih cekap.
Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan
pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Penswastaan terhadap industri
perkhidmatan juga diperkenalkan demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan
awam supaya lebih selesa. Sealiran dengan dasar itu beliau menampilkan 'Dasar
PengsyarikatanMalaysia yang bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan
swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan.

Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Sogossosha


Malaysia yang diceduk dari versi Jepun yang bertujuan menjadikan syarikat-syarikat
Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam
usaha meluaskan pasaran produk Malaysia.
Dalam usaha ke arah membina negara maju proses industrialisasi adalah sesuatu yang
wajib. Sehubungan itu beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian Negara' yang
bertujuan mengorentasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan
industri demi mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya
mempertingkatkan teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini
HICOM, Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan.
Antara slogan lain yang diperkenalkan oleh beliau ialah Dasar Kependudukan 70 juta,
Wawasan 2020, dan Slogan "Bersih, Cekap dan Amanah". Dasar ini diperkenalkan
untuk menerapkan nilai kebertanggungjawaban dan etika murni dikalangan kakitangan
awam khususnya dan masyarakat dan menjadikan Malaysia mempunyai pasaran
dalam negara yang mampu menyokong pengeluarannya.
b) Mengawal Kegawatan Ekonomi
Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada
dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh
badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF).
Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri
daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu 'mengikat diri' kepada syarat-syarat
yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia.
Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr.
Mahathir dalam mengawal matawang negara. Kedudukan beliau sebagai Chief
Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau
rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara

daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara


berasaskan perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana
Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung kepada
bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri petroleum yang
masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.

c) Mewujudkan Banyak Peluang Pekerjaan


Untuk

mewujudkan

peluang

pekerjaan

yang

banyak

Dr.

Mahathir

telah

mempelbagaikan kegiatan ekonomi. Kebergantungan ekonomi negara terhadap bidang


perindustrian begitu ketara apabila sektor perkilangan membentuk 30% daripada asas
ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun kepada 8% sahaja berbanding
23% kira-kira 22 tahun lalu.
Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar
dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja
dan

pemegang

saham.

Beberapa

agensi

kerajaan

telah

diswastakan

untuk

meringankan bebebanan kewangan dan kerajaan. Dimasa pentadbirannya banyak


syarikat-syarikat utiliti seperti Lembaga Letrik Negara, Jabatan Telekom dan
sebagainya, telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah
berjaya meningkatkanpeluang pekerjaan,

prestasi, daya pengeluaran serta imej

negara.
d) Penggerak Industri Permotoran Malaysia
Dr. Mahathir mahu Malaysia terlibat dalam industri permotoran agar rakyat negara ini
dapat menguasai teknologi dan kekayaan yang ada dalam industri ini. Hasil dasar ini
maka lahirkan kereta nasional 'Proton Saga'. Sejak itu Malaysia menjadi pemain yang
aktif dalam industri otomobil dengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal 'Kriss' dan

menjadi pengeksport kereta yang berdaya maju. Malaysia juga adalah hub
pemasangan beberapa jenama kereta terkenal bagi rantau Asia Tenggara.
Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau juga menggerakkan projek litar
Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia
Negara juga menaja pasukan formula 1 Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat
dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'. Belum sempat rakyat
mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa
lepas. Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah
dengan terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994.
Sehubungan itu beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya
sendiri. Ini menjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan pelancaran
MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996.
e) Perubahan dan Pembaharuan Dalam Pentadbiran Dr. Mahathir
-Membaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan dalam sektor awam
-Mengubah masa kerja
-Mengarahkan penggunaan kad perakam waktu
-Mengarahkan penggunaan kad tanda nama
-Melaraskan waktu antara semenajung Tanah Melayu dan Sabah, Sarawak
Dr. Mahathir adalah seorang yang menjaga waktunya, sehubungan itu beliau telah
menukar waktu negara dengan mempercepatkan setengah jam di Semenanjung agar
selaras dengan Sabah dan Sarawak sebagai satu usaha integrasi nasional. Dalam
proses itu Singapura telah diyakinkan untuk turut serta.
Malaysia juga mengalami pembangunan prasarana yang luar biasa pesatnya di bawah
kepimpinan Dr. Mahathir. Projek lebuhraya menghubungkan utara - selatan dan timur barat semenanjung telah menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rangkaian

lebuh raya antara yang terbaik di dunia. Malaysia juga melangkah ke era pengangkutan
berteknologi tinggi apabila transit aliran ringan (LRT) diperkenalkan di Kuala Lumpur.

f) Memperkenalkan Bandar Pentadbiran Moden


Pada September 1996, kerajaan telah mengumumkan pembinaan bandaraya
pentadbiran persekutuan 'Putrajaya' yang bernilai RM2.6 bil. Putrajaya sebuah bandar
pentadbiran terancang mempunyai falsafah murni ke arah mempertingkatkan
produktiviti pentadbiran awam negara dan seterusnya mewujudkan 'kerajaan
elektronik'.
g) Pencapaian Bertaraf Dunia
Dalam tahun 1996 Dr. Mahathir melihat satu lagi impiannya menjadi kenyataan apabila
struktur tertinggi di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur yang
menempatkan pusat transmisi TV dan telefon selular merupakan manara konkrit yang
tertinggi di dunia dan semestinya mercu tanda ibukota yang paling bergaya dengan
ketinggian 451.9 m. Menara ini juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di
dunia Rekod Malaysia tidak bernoktah di situ sahaja. Dr Mahathir juga mengilhamkan
'Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yakni projek hartanah yang terbesar di dunia dengan
nilai RM 2bil. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di dunia hingga selesai
pembinaannya dengan 88 tingkat menara berkembar di atas lokasi seluas 40 hektar.
Meskipun beberapa sudut dunia bakal menampilkan bangunan yang lebih tinggi, namun
rekod ini akan kekal sebagai menara 'berkembar' yang tertinggi di dunia bagi abad ke
dua puluh dan juga untuk buat beberapa tahun yang akan datang.
Malaysia pada tahun 2002 dijangkakan mempunyai sebuah empayar hidroelektrik baru
iaitu Empangan Bakun, sebuah projek mega yang bernilai RM20bil. di Sarawak. Tidak
syak lagi, projek ini yang telah diistiharkan sebagai 'projek negara' merupakan projek
prasarana yang terbesar di Malaysia dan bakal dipeta sebagai empangan yang terbesar

di Asia. Menyedari bahawa industri penerbangan awam bukan hanya memerlukan


pesawat terbang canggih tetapi juga lapangan terbang yang serba boleh, Dr. Mahathir
telah menukar kawasan ladang di Sepang kepada tapak Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lapangan terbang ini akan tampil sebagai yang
tercanggih di rantau ini dengan nilai RM9 bil. Apabila siap sepenuhnya, ia akan dapat
menampung perjalanan 100 juta penumpang setahun dan pastinya menjadikan
Penerbangan Malaysia (MAS) antara yang paling kompetitif di dunia.
Dr. Mahathir berpandangan jauh, beliau bukan saja mempelajari dan memiliki komputer
di pejabatnya, tetapi beliau juga mahu rakyat Malaysia menguasai teknologi komputer.
Pada tahun 1997, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Koridor Raya Multimedia (MSC)' yang
akan menjadikan Malaysia pusat pelaburan dan eksperimen pembangunan prasarana
multimedia yang terunggul di dunia. MSC akan menggabungkan semua ruanglinkup
industri teknologi maklumat dalam sebuah persekitaran yang khusus buatnya.
Sehubungan itu sebuah bandar ultra-tekno 'Cyberjaya' akan dibina dengan harapan
MSC bakal menjadi satu-satunya bandar siber dunia . Gagasan MSC akan
menempatkan kerajaan e-elektronik dan universiti multimedia serta menjadi pemangkin
kepada perlaksanaan sekolah bestari, tele-perubatan, kad pintar, pusat pemasaran
tanpa bersempadanan serta pusat pengeluar web sedunia.
Dr. Mahathir berhasrat agar Malaysia menjadi teraju dan tumpuan dalam industri
pendidikan. Malaysia diharap menjadi tumpuan pelajar-pelajar dalam dan luar negara
untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Kehadiran pensyarah-pensyarah dalam dan luar
negeri bersaing menwujudkan satu budaya ilmu yang baru. Aspek pembangunan
akademik menjadi instrument penting untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju.
Malaysia kini menjadi tumpuan bukan sahaja kepada pelajar luar yang datang menimba
ilmu tetapi juga kepada universiti-universiti luar yang datang untuk menyebarkan ilmu
samada dengan membuka cawangan atau mengadakan program berkembar di sini.
Dasar liberalisasi pendidikan yang dilaksanakan ini bakal mencorakkan Malaysia
sebagai pusat pendidikan tinggi di rantau Asia Tenggara. Tidak setakat pendidikan
tinggi, konsep kecermelangan pendidikan juga akan diterapkan ke peringkat sekolah

dengan memperkenalkan 'sekolah bestari' (smart school) yang bakal beroperasi penuh
menjelang tahun 2000.
PENUTUP
memang tidak boleh dinafikan dan dikritik lagi dengan gelaran beliau sebagai Bapa
Pemodenan kerana beliau telah memberi pelbagai sumbangan yang bernas dan bijak
untuk membangunkan negara kita Malaysia. Dengan pelbagai kemajuan dan
kemudahan yang telah beliau perkenalkan ini, saya amat berterima kasih kepada
beliau. Kerana beliau jugaklah ekonomi dan pendidikan Malaysia sekarang n berada
diperingkat yang boleh dikatakan sebagai amat memuaskan dan berjaya. Saya
berharap dan berdoa agar pemimpin sekarang ini dan akan datang dengan sifat
amanah dan bertanggungjawab akan meneruskan lagi pembangunan untuk kemajuan
Malaysia dan dapat membantu anak bangsa dan penduduk malaysia untuk terus maju
dan seterusnya akan bersaing di peringkat dunia.

You might also like