You are on page 1of 2

Apa itu OVERNIGHT POLICY RATE(OPR)

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Salam,

Bank Negara Malaysia(BNM) mengumumkan kenaikan baru OPR atau Overnight Policy
Rate daripada 3% kepada 3.25%. Dalam frasa Bahasa Malaysianya bermaksud"Kadar Faedah
Semalaman"

Penentuan OPR ini diputuskan olehBNM dalam menguruskan Dasar Monitori Negara Malaysia
kearah berdaya maju, stabil dan produktif secara Makro Ekonomi. Ada petunjuk tertentu yang
diambilkira oleh BNM dalam menentukan kadar OPR. Antaranya ialah mengawal kecairan modal
di dalam pasaran, membendung NPL, membendung tabiat hutang, lebihan penawaran dan
sebagainya.

Ini kerana kenaikan kadar OPR akan memberi kesan kepada kadar Faedah sekaligus kepada
pengguna/peminjam. Kos yang naik ini akan dipindahkan oleh pihak Bank kepada pengguna.
Pengguna akan menanggung kesan ini jika terakses terus kepada Base Lending
Rate(BLR) hasil daripada pembiayaan Hartanah, Fixed Deposit Rate atau apa-apa "rate" yang
berkaitan dengan pembiayaan, pinjaman dan kewangan.

Kepada Pelabur Hartanah kenaikan OPRini bermaksud Kos bayaran Hutang dengan pihak
pembiaya akan meningkat dalam masa yang sama"return" dalam bentuk hasil sewaan adalah
sama. Keadaan ini sekaligus mengurangkan "Positive Cashflow"yang dinikmati selama ini.
Semakin banyak Unit yang anda "invest"menerusi pembiayaan semakin anda terasa kesan
kenaikan OPR ini. Langkah jangka pendek mengatasi masalah ini. Pelabur Hartanah yang
mempunyai Unit-Unit sewaan yang "Hot" dipasaran akan mula berkira-kira menaikkan kadar
sewa semasa kepada "Tenant" sebaik tamat Perjanjian Sewaan.
Kenaikan OPR ini menyebabkan ramai Pelabur Hartanah akan lebih berhati-hati membuat
pembelian baru. Disamping kekangan sedia ada yang dikenakan seperti kenaikkan kadar "Real
Property Gain Tax" RPGT hingga tempoh 5 tahun dari tarikh pembelian. Bagi Pelabur Hartanah
jangka panjang kenaikan OPR kurang memberi kesan kerana mereka mengejar "Value" atau
kenaikan Harga Pasaran pada masa akan datang.
Kepada Pelabur Hartanah selamat melabur dan semoga anda terus bijak menguruskan
Kewangan anda. Ini kerana antara syarat utama untuk memperolehi keuntungan yang signifikan
di dalam Pelaburan Hartanah anda adalah anda harus Mahir dan Bijak di dalam"Pengurusan
Kewangan" anda. Kecekapan menguruskan Kewangan memberikan perbezaan yang besar
samada anda mampu menjana 10 Unit Hartanah atau 100 Unit Hartanah pada masa akan
datang.

You might also like