You are on page 1of 7

ANALISIS SUHU, HUJAN, KELEMBAPAN BANDINGAN, HALAJU ANGIN DI

PROTON CITY, TANJONG MALIM.

PENGENALAN
Analisis telah dijalankan di sekitar kawasan di Tanjong Malim iaitu Proton City. Analisis yang
diambil berdasarkan data yang diperolehi daripada stesen kaji cuaca UPSI untuk mengenalpasti
trend yang berlaku terhadap suhu, hujan, kelembapan bandingan, dan angin.

Suhu Pada Pukul 12.00 Tengahari Bulan 12/2014


12

10

f(x) =
R = 0

10

15

20

25

30

35

Kenaikan dan penurunan suhu berlaku disebabkan adanya pengaruh radiasi matahari.
Pada bulan 12 tahun 2014. Stesen kaji cuaca UPSI menunjukkan bacaan suhu menurun secara
linear. Bacaan suhu minimum pada bulan ini ialah 20.85 C manakala suhu maksimum dicatatkan
pada bacaan 27.63 C. Suhu menurun daripada 27.29 C kepada 22.60 C pada 15 hingga 18
haribulan . Peningkatan suhu secara drastik juga berlaku pada 29 hingga 31 haribulan iaitu
daripada 20.85 C kepada 27.14 C. Pada 4 hingga 9 haribulan menunjukkan suhu mengalami
perubahan suhu yang tidak sekata iaitu dengan suhu permulaannya pada 25.83 C dan berakhir
dengan 24.17

C. Pola suhu pada graf menerangkan bahawa suhu kerap kali mengalami

penurunan darjah kepanasan.

Jumlah Hujan Bulan Disember 2014 Di Stesen Kaji Cuaca Proton City
6000
5000

f(x) = 89.69x + 2372.28

4000
3000
2000
1000
0

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31
Hari

Jumlah Hujan (mm)

Linear (Jumlah Hujan (mm))

Hujan ialah peristiwa turunnya butir-butir air dari langit ke permukaan bumi. Kedudukan Stesen
Kaji Cuaca Proton City di sebelah Barat Malaysia iaitu Tanjung Malim, Perak secara langsung
menjadikan kawasan tersebut lebih dipengaruhi oleh Monsum Timur Laut. Merujuk jadual
diatas, kuantiti hujan di Proton City semakin meningkat dalam tempoh masa sebulan iaitu pada
bulan Disember. Jumlah hujan pada hari pertama hingga hari kesepuluh semakin meningkat iaitu
dari 1959 kepada 3140 mm. Manakala pada hari ke-11 hingga 19 menunjukkan jumlah hujan
yang sekata iaitu dalam lingkungan 3757 mm hingga 3836 mm. Pada hari ke-20 hingga 31
menunjukkan jumlah hujan semakin meningkat dari 4181 mm kepada 5180 mm pada hari ke-31.
Trend perubahan jumlah hujan ini menunjukkan trend positif iaitu jumlah hujan semakin
meningkat dalam tempoh masa sebulan. Hal ini adalah disebabkan beberapa faktor iaitu Stesen
Kaji Cuaca Proton City terletak berhampiran dengan banjaran titiwangsa disebabkan hujan
sentiasa berlaku kerana banjaran titiwangsa merupakan kawasan tadahan hujan utama. Di
samping itu, pada bulan Disember berlaku angin Monsum Timur Laut,dan angin monsun ini
telah membawa hujan bersama-sama menyebabkan kawasan Proton City kerap menerima
curahan hujan yang banyak.

Kelembapan Bandingan Pada Pukul 12.00 Tengahari Bulan 12/2014

kelembapan bandingan
12
10
8
6
4
2
0

f(x) =
R = 05

10

15

20

25

30

35

Rajah menunjukkan data kelembapan bandingan selama 31 hari pada bulan Disember 2014.
Secara statistiknya, terdapat perubahan kelembapan bandingan sepanjang 31 hari di kawasan
UPSI sebagaimana yang telah ditunjukkan pada nilai regresi linear Y= 0.4642x + 66.831 dengan
nilai r2 = 0.1243. Nilai kekuatan hubungan antara kelembapan bandingan dengan tempoh selama
sebulan adalah tinggi. Hal ini demikian kerana nilai kelembapan bandingan sepanjang bulan
Disember adalah 60 C sehingga 90 C. Perubahan kelembapan bandingan berlaku dengan ketara
pada 29 Disember sehingga 30 Disember. Hal ini menunjukkan bahawa jumlah wap air di udara
pada ketika itu adalah banyak apabila suhu udara bertambah sejuk. Manakala, 9 Disember
hingga 14 Disember menunjukkan kelembapan bandingan yang konsistant sebelum meningkat
pada hari yang seterusnya. Wap udara semakin berkurang kerana keadaan suhu yang meningkat.

Data Kelajuan Angin pada Bulan Disember 2014


600
500
400

508

489
449

429

350

331
331
293
293
293
f(x) = - 4.43x + 295.63
233
233
R = 0.09 233
200 194
194
175
156
156
136
136 136
100
96
77
77
57
57 5757 57
300

Data Kelajuan (mph)

371

312

Data kelajuan angin pada bulan Disember 2014 menunjukkan kelajuan angin yang paling tinggi
dicatatkan ialah pada 16 Disember 2014 dengan bacaan sebanyak 506 mph manakala pada tarikh
18, 21, 23 dan 24 Disember pula menunjukkan bacaan kelajuan angin yang paling rendah iaitu
sebanyak 57 mph. Keseluruhannya data kelajuan angin ini menunjukkan pada bulan Disember
2014 yang diambil sewaktu pukul 12 tengah hari pada setiap hari menunjukkan halaju angin
yang tidak sekata dan menunjukkan hasil trend analisis yang negatif.

KESIMPULAN
Secara rumusannya, keseluruhan analisis yang ditunjukkan pada graf jelaslah memberi
penerangan yang lebih teliti berkaitan curahan hujan, turun naik suhu, dan kelembapan
bandingan di Proton City. Hal demikian berlaku berpunca daripada pelbagai factor samada sikap
manusia itu sendiri mahupun aktiviti semulajadi. Namun kesan yang begitu ketara setelah
dianalisis dan didapati kawasan Proton City ini merupakan kawasan yang mempunyai bentuk
muka bumi yang bertanah subur kerana menerima hujan setiap tahun tetapi dikelilingi oleh

perindustrian di sekitar kawasan yang berdekatan seperti Kuala Lumpur yang menyebabkan
bacaan IPU dan suhu menjadi tinggi berbanding kawasan lain.
RUJUKAN
1. Shaharuddin Ahmad. (1951). Meteorology. Persatuan Penerbit Buku Malaysia. Bangi,
Selangor.
2. Mohd Hairy Ibrahim, Haryati Shafii, Liew See. (2015). Pengaruh Cuaca Dan Iklim
Terhadap Manusia Dan Persekitarannya : Isu Dan Cabaran. UTHM. Batu Pahat, Johor.
3. L.Joo Tick, Azizan Abu Saman. (2004). Weather And Climate Of Malaysia. University Of
Malaya. Kuala Lumpur.
4. Gred 0 Hare, Sweeney and Wilby. (2005). Wheather, climate and Climate Change.
British Library Cataloguing in Publication Data. United Kingdom.
5. Norashikin Binti Ahmad (2003). Pengkelasan Data Kaji Cuaca Di Dalam Peramalan
Hujan Dari Pelbagai Sumber Menggunakan Rangkaian Neutral, Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis
6. Jabatan Meteorologi Malaysia. http://www.met.gov.my/index.php?
option=com_content&task=view&id=75&Itemid=1089. Dilayari pada 16 Sepetember
2015.

LOKASI

Peta 1: Stesen Kaji Cuaca, Proton City, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Peta 2: Peta Arah Angin di Malaysia

Keadaan angin di Malaysia pada amnya lemah dan arahnya berubah-ubah mengikut perubahan
tempoh dalam corak tiupan angin seperti perubahan monsun barat daya, timur laut dan dua
musim peralihan monsun yang lebih pendek. Monsun timur laut biasanya bermula pada awal
November dan berakhir pada Mac. Semasa musim ini, angin lazim adalah dari arah timur atau
timur laut dengan kelajuan antara 10 dan 20 knot. Negeri-negeri pantai timur Semenanjung
Malaysia lebih terjejas dengan tiupan angin ini di mana kelajuannya boleh mencapai 30 knot atau
lebih semasa luruan kuat udara sejuk dari utara (luruan sejuk) dan sebagai negara yang
dikelilingi laut, kesan bayu laut dan bayu darat ke atas corak tiupan angin adalah lebih besar
terutama pada hari yang tidak berawan.

You might also like