You are on page 1of 2

JURNAL REFLEKTIF

MINGGU KESEMBILAN
(6 APRIL 2015 10 APRIL 2015)
MASALAH:
Guru memberikan murid papan tulis kecil yang berbentuk bunga semasa
melaksanakan aktiviti di dalam kelas tidak dapat menarik minat murid untuk belajar
dengan bersungguh-sungguh. Mereka semua kelihatan tidak bermaya. Tetapi,
apabila guru mengedarkan papan tulis kecil yang mempunyai gambar watak kartun
Mickey Mouse kepada setiap kumpulan, semua murid berebut ingin menyelesaikan
soalan yang diberi. Keadaan sama juga berlaku apabila guru mengedarkan
lembaran kerja yang bersifat cerita dan mempunyai gambar-gambar watak kartun
berbanding dengan lembaran kerja yang hanya mempunyai perkataan.
Menurut Teori Pembelajaran Penemuan Bruner, murid-murid dapat membentuk
penanggapan atau persepsi dan membina gambaran dalam mental sekiranya
mereka diberi gambaran yang jelas dan menarik. Mereka mempunyai kebolehan
mental

untuk

menyimpan

imej

dalam

fikiran

sehingga

mampu

untuk

menggambarkan dan membayangkan sesuatu dalam fikiran.


ANALISIS:
Saya berasa masalah ini timbul kemungkinan besar disebabkan oleh murid berasa
jemu melihat perkataan dan gambar-gambar biasa seperti bunga atau buah-buahan
walaupun gambar tersebut berwarna-warni. Mereka lebih berminat dan bersemangat
apabila mereka dapat melihat watak-watak kartun yang mereka gemari dalam
proses pembelajaran mereka.
CADANGAN:
Saya akan menyediakan bahan bantu mengajar yang bersifat tema dan mempunyai
watak kartun yang digemari oleh murid serta bersesuaian dengan isi pengajaran
pada hari tersebut supaya mereka dapat menumpukan perhatian dalam proses
pembelajaran. Selain itu, saya juga akan menyediakan lembaran kerja yang bersifat
cerita atau mempunyai misteri yang perlu diselesaikan supaya murid berusaha

menyelesaikan semua soalan untuk mendapatkan penyelesaian misteri tersebut.


Dalam proses itu, murid dapat mengukuhkan pemahaman mereka tentang tajuk
yang dipelajari secara tidak langsung.
TEMPOH MASA:
Saya akan mengaplikasikan penggunaan bahan bantu mengajar yang mempunyai
watak kartun bermula pada 13 April 2015 sehingga 17 April 2015.
TINDAKAN SUSULAN:
Saya akan memberi lembaran kerja kepada murid-murid dan menyemak hasil kerja
mereka supaya memastikan sama ada mereka telah mencapai kemajuan dalam
pembelajaran.
PENILAIAN KEJAYAAN:
Penilaian kejayaan ini akan dicatat selepas lima hari projek ini dimulakan iaitu pada
17 April 2015.

You might also like