You are on page 1of 10

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID KALI PERTAMA 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN MENERONG


TARIKH : 30 DISEMBER 2014
HARI : SELASA
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK MENERONG

KEHADIRAN :
En.Sulaiman Bin Muda

- Guru Besar

En. Zaharuddin Bin Abd Razak

- GPK 1

Pn. Meriam Binti Chik

- GPK HEM

En. Nik Rozi Bin Nik Ishak

- GPK Kokurikulum

En. Nizuwar Noor Bin Abd Samad


En. Mohd Jamali Bin Awang
En. Mohd Hanafi Bin Said
En. Abd.Hakim bin Ismail
En.Mazlan bin Mustafa
Cik Azlina bt Alias
Pn.Nik Muniza bt Setafa
Pn. Masitah Binti Abdul Rashid
En. Mohd Zainudin Bin Syamsudin
En. Badrul Hisyam B. Kadir

Tidak Hadir :
YM Che Ku Mazuki Bin Che Ku Daud (MC)
En. Wan Rosdi Bin Wan Hassan ( Menunaikan Umrah )

Agenda Mesyuarat :
1.0

UCAPAN GURU BESAR


Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-fatihah. Tuan Guru Besar mengucapkan
terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir untuk mesyuarat pengurusan
kali pertama untuk tahun 2015
Beliau mengalu-alukan kehadiran guru yang baru bertukar ke SK Menerong iaitu
Puan Masitah Binti Abdul Rasyid. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang baru dilantik iaitu Puan Meriam Binti Chik
yang menggantikan Puan Siti Zainun Binti Ismail yang telah bertukar ke SK Tayor,
Setiu.
1.1

Keputusan UPSR 2014


Guru Besar juga memaklumkan tentang keputusan UPSR 2014.
Rujuk lampiran
Tindakan : Makluman

1.2

Matlamat 2015
1. Semua murid mestilah melepasi LINUS dan mahir membaca serta
menulis jawi.
2. Prestasi dalam setiap peperiksaan mestilah dipertingkatkan.
3. Semua murid boleh menguasai PAFA. Guru agama mesti memainkan
peranan penting dan dibantu oleh guru lain.
4. Semua murid mestilah mempunyai semangat juang yang tinggi untuk
berjaya. Oleh yang demikian, murid yang berdisiplin cergas dan beradab
penting untuk mencapai kejayaan.
5. Beliau mengharapkan agar semua murid dapat melibatkan diri dalam
kokurikulum dan berpeluang untuk menharumkan nama sekolah ke
peringkat yang lebih tinggi.
6. Persekitaran sekolah yang menarik, bersih dan selamat. Semua bilik
khas juga perlu berkeadaan sedemikian untuk melahirkan suasana yang
kondusif dan selesa untuk semua warga sekolah.
Tindakan : Makluman
Strategi berikut adalah perlu untuk mencapai matlamat yang disasarkan.
1.
2.
3.
4.
5.

Kerja berpasukan.
Kualiti kerja yang cemerlang.
Persekitaran sekolah dan darjah yang baik dan kondusif.
Kerja terancang dan konsep kerja adalah satu ibadat.
Kegiatan Kokurikulum yang terancang (Sukan, Persatuan dan Unit
Beruniform )

Tindakan : Semua guru

1.3

Tugasan 2015
Tuan Guru Besar juga mengingatkan semula tugas rutin yang perlu dijalankan
sepanjang tahun. Antaranya ialah :-

1. Pakaian rasmi ke sekolah


Lelaki Seluar panjang, kemeja, tali leher, kasut bertali
Perempuan Baju kebangsaan
Khamis Baju Batik
Selasa Uniform persatuan
Untuk waktu Pendidikan Jasmani, guru perlu berpakaian sukan rasmi yang
sesuai dengan aktiviti yang dilakukan.
2. Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
- Buku rekod tersebut adalah hak milik sekolah. Mana-mana guru yang
-

bertukar hendaklah meninggalkan buku tersebut di sekolah asal.


Profil dalam buku tersebut hendaklah dikemaskini.
Mengandungi Rancangan harian dan tahunan.
Perlu dihantar kepada pentadbir sekolah setiap minggu (Khamis) untuk

penyeliaan.
Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana
memberikan kerjasama yang baik dalam penghantaran buku rekod ini.
3. Waktu bekerja adalah bermula pada jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang. Waktu
pertama pengajaran adalah bermula jam 7.45 pagi.
4. Guru yang bertugas perlu datang lebih awal ke sekolah
5. Waktu mesyuarat di sekolah perlu diadakan selepas waktu persekolahan kecuali
terdapat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan dan memerlukan keputusan
segera.
6. Masa luang hendaklah digunakan sebaik mungkin oleh semua guru untuk
membuat

persediaan

mengajar

dan

perkara-perkara

berkaitan

dengan

pengajaran.
7. Kehadiran guru perlu dicatatkan di buku rekod kehadiran pada setiap hari. Manamana guru yang tidak hadir bertugas perlu memaklumkan kepada pihak sekolah.
Cuti sakit perlu diserahkan kepada pejabat sekolah untuk direkodkan. Surat
temujanji bukanlah surat cuti. Bagi guru yang memerlukan cuti rehat khas (CRK)
borang boleh diperolehi dari pejabat sekolah. Jika tidak hadir tanpa sebab, guru
tersebut tidak layak gaji.
8. Sekiranya seseorang guru mempunyai urusan luar, kebenaran GB diperlukan
dan direkodkan dalam buku kedatangan.
9. Pengajaran dan pembelajaran mestilah diutamakan. Guru tidak dibenarkan
meninggalkan kelas semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
10. Tugas guru kelas
- Pengurusan bilik darjah yang baik, ceria dan kondusif. Setiap kelas mestilah
mempunyai

jadual

waktu,

jadual

bertugas,

sudut

pengajaran

dan

pembelajaran, ruang bacaan, sudut hasil kerja murid dan carta kemajuan
murid.

Buku kedatangan murid hendaklah dikemaskini dan ditanda secara rasmi.


Guru kelas perlu menghantar surat peringatan kepada mana-mana murid
yang tidak hadir tiga hari berturut-turut tanpa sebab.

11. Perhimpunan mingguan adalah wajib bagi semua guru.


12. Penandaan buku kerja dan kertas peperiksaan hendaklah dibuat dibilik guru pada
masa luang.
13. Tugasan kepada murid diluar waktu persekolahan boleh dibuat sebagai latihan
dan pengukuhan untuk sesuatu pembelajaran. Semua kerja bertulis murid yang
diberikan hendaklah diperiksa.
14. Perlakuan dan moral guru menjadi perhatian ibubapa. Oleh itu moral dan
perlakuan yang baik amat penting bagi setiap individu yang bergelar guru.
15. Langkah-langkah keselamatan perlu diutamakan pada setiap aktiviti yang
dijalankan di sekolah bagi mengelakkan risiko kemalangan.
16. Dokumentasi aktiviti
Setiap aktiviti yang dijalankan atau disertai hendaklah didokumentasikan. Ini
termasuklah kertas kerja dan minit mesyuarat, laporan aktiviti bergambar dan
perkara yang berkaitan. Segala perancangan aktiviti juga perlu dirujuk ke
pentadbir sekolah.
Tindakan : Makluman Semua Guru

2.0

PENGURUSAN DISIPLIN DAN PERATURAN, PENGAWAS DAN ANTI DADAH.


Penyelaras: Pn Masitah Bt. Abd Rasyid
1. Senarai nama pengawas sekolah telah diedarkan kepada guru Disiplin untuk tujuan
jadual tugasan.
2. Seramai 18 orang pengawas sekolah dan 12 orang pengawas pusat sumber telah
dipilih di kalangan murid Tahap 2.
3. Guru Disiplin dan Guru PSS diharap dapat memberi taklimat tentang tugasan
pengawas tersebut. Jadual tugasan pengawas sekolah dan perpustakaan 2015
hendaklah disediakan.

4. Watikah pelantikan pengawas akan diadakan pada hari Ahad, 11 Januari 2015.
5. Borang Data Pemantauan Disiplin akan dihantar ke pejabat 2 kali setahun iaitu akhir
Jun dan November.
6. eSSDM online(sistem salahlaku disiplin murid) perlu diupdate setiap minggu iaitu
hari khamis.
Tindakan: Makluman dan tindakan guru disiplin.

3.0

PENGURUSAN KANTIN
Penyelaras: En. Badrul Hisyam Bin Kadir

Penyelaras hendaklah memastikan pada hari pertama sekolah, kantin telah boleh beroperasi
sepenuhnya.
1. Laporan Kendiri Kantin 1A diisi oleh pengusaha kantin & disemak oleh guru
penyelaras kantin. (tidak perlu hantar ke pejabat)
2. Laporan Kendiri Kantin 1B perlu diisi setiap hari.
3. Laporan Kendiri Kantin 2 disi oleh guru penyelaras kantin dan hantar sebelum 5hb
berikutnya kepada:
i) Pejabat Pegawai Kesihatan Daerah
ii) Salinan ke PPDHT

4. Pastikan sijil kursus Kantin dipamerkan.


5. Pastikan juga pekerja pakai kasut dan apron semasa bekerja.
6. Penyelaras kantin mesti memastikan pengusaha dan pekerja kantin disuntik dan
kebersihan diri dan persekitaran dijaga. Boleh tegur jika perlu.
7. Data SisMaKan perlu hantar ke PPD pada 31hb Mac.
8. SisMaKan juga merekod kes-kes keracunan.
9. Jika terdapat 2 orang pelajar yang muntah akibat makanan di kantin, ambil tindakan
dan hantar ke klinik.
Tindakan: Makluman dan tindakan guru kantin

4.0

PENGURUSAN RMT, Susu 1Malaysia dan vitamin


Penyelaras: En. Badrul Hisyam Bin Kadir
1. Seramai 89 orang murid telah dipilih untuk menerima RMT.
2. Kelayakan dipilih berdasarkan data DSA (data sedia ada) iaitu yang KIR
berpendapatan RM520 dan perkapita RM130
3. Murid tahun 2 hingga 6 mula menerima RMT bermula 11 Januari 2015 manakala
murid tahun 1 akan mula menerima RMT pada bulan Februari 2015.
4. Harap AJK RMT dapat menyediakan carta organisasi dan sudut RMT serta
menceriakan sudut-sudut tersebut.
5. Senarai guru bertugas dan buku rekod penyeliaan telah disediakan. Diharap semua
guru dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.
Tindakan: makluman

5.0

PENGURUSAN SPBT
Penyelaras: En. Mohd Hanafi Bin Said
1. Semua buku teks telah diagihkan pada hujung persekolahan 2014 kepada semua
murid tahun 2,3,4 dan 6.
2. Untuk tahun 1 dan 5, buku teks telah diagihkan pada hari ini (30 Disember 2014).
Semua buku cetakan baru mengikut KSSR kecuali tahun 6.
3. Semua guru kelas mesti memastikan buku tersebut disampul.
4. Buku yang lama dan rosak perlu di simpan sementara dalam bilik buku teks sebelum
ianya dilupuskan.
5. Duit penggantian buku yang hilang, boleh digunakan untuk tujuan pembaikian buku
yang rosak atau untuk keceriaan bilik BOSS.

6. Sistem online e-mateks perlu diisi oleh guru buku teks (untuk mengesan sama ada
buku yang dipesan telah diterima atau belum)
7. Buku stok keluar masuk buku teks perlu diselesaikan pada akhir tahun (disemak oleh
GPK HEM dan disahkan oleh GB).
8. Borang BTBTR 460 hendaklah dihantar satu salinan ke PPD selepas buku yang
dipesan sampai semua sekali ke sekolah.
9. Buat surat akujanji (yang terdapat dalam Buku Panduan Buku Teks) antara pihak
sekolah dan ibu bapa untuk penjagaan buku teks.
Tindakan: Makluman dan tindakan guru SPBT.

6.0

Keselamatan, Keceriaan, Kebersihan (3K), Kesihatan, Bilik rawatan & Aedes


Penyelaras: En. Zainudin Bin Samsudin
1. Guru penyelaras hendaklah memastikan bilik rawatan sentiasa bersih dan ceria.
2. Lazimnya jabatan kesihatan daerah akan mengadakan rawatan pergigian/suntikan di
awal tahun.
3. AJK perlu merancang program 3K (Keselamatan, keceriaan, kebersihan). Contoh:
Demonstrasi kebakaran oleh pihak Bomba dan lain-lain.
4. Sistem Penarafan Keselamatan sekolah (SPKS) secara online mesti key-in dua kali
setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos
5. Laporan aedes hendaklah dibuat setiap bulan.
Tindakan: Makluman dan tindakan guru 3K

7.0

PENGURUSAN DATA HAL EHWAL MURID (APDM, eMIS, Hrmis)


Penyelaras: Cik Azlina Bt. Alias
1. Semua data SMM mestilah sentiasa dikemaskini.

2. Pastikan maklumat yang diisi tepat dan betul kerana dari data ini kita pilih murid
untuk diberi borang RMT dan KWAPM.
Tindakan: Makluman dan tindakan guru data

8.0

PENGURUSAN KWAPM
Penyelaras: Pn. Meriam Bt. Chik

Senarai murid tahun dua hingga enam yang memohon untuk bantuan KWAPM telah dibuat
oleh AJK KWAPM sekolah pada akhir tahun 2014 tetapi kelulusan masih lagi dalam proses.
Pemilihan bantuan KWAPM berdasarkan DSA (data sedia ada). KWAPM 2015 dipilih dari KIR
yang berpendapatan RM 830.00 dan perkapita RM 210.00.
Tindakan: Guru KWAPM

9.0

KEBAJIKAN DAN GURU PENYAYANG


Penyelaras: En. Jamali Bin Awang

Menguruskan hal-hal berkaitan anak yatim, derma (palestin, individu tertentu), bantuan
pakaian seragam sekolah, bantuan cermin mata (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan
seumpamanya.
Tindakan: Makluman

10.0

PENGURUSAN MURID CICIR


Penyelaras: En. Mazlan Bin Mustafa

Satu unit yang baru ditubuhkan bermula pada tahun 2012 untuk menyiasat sebab-sebab
murid kerap tidak hadir ke sekolah (ponteng) dan mengambil tindakan yang sewajarnyaRujuk surat siaran yang telah diedarkan oleh jabatan.
Tindakan: Makluman

11.0

PENGURUSAN PPDa / PROSIDAR


Penyelaras: YM Che Ku Mazuki Bin Che Ku Daud

Pengurusan Unit ini di bawah pengurusan HEM tetapi pelaksanaan programnya adalah
dibawah kokurikulum. Senarai ahli jawatankuasanya dilantik mengikut maklumat dari Buku
PPDa iaitu seorang guru disiplin, guru PJK dan penyelaras kokurikulum. AJK perlu
menceriakan bilik PPDa sekolah untuk pemantauan tahun 2015.
Tindakan: Makluman

12.0

PENGURUSAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH


Penyelaras: En. Abdul Hakim Bin Ismail

Juga pengurusan di bawah HEM, tetapi pelaksanaannya di bawah kokurikulum.


Tindakan: Makluman

13.0

PENGURUSAN ADUAN
Penyelaras: En. Wan Rosdi Bin Wan Hassan

1. Berkait rapat dengan hal-hal disiplin murid. Pengurusan ini menggunakan Sistem
Pengurusan Aduan (e-PIDP)
2. Jika berlaku kes-kes disiplin (yang berat) pihak sekolah perlu melaporkan dahulu
kepada PPD/JPN, sebelum media massa.
3. AJK peringkat sekolah terdiri daripada Guru Besar yang bertindak sebagai pengerusi,
Gpk Hem sebagai naib pengerusi, guru disiplin sebagai penyelaras dan dua orang
guru sebagai AJK.
Tindakan: Makluman

14.0

PENGURUSAN KELAB RUKUNEGARA


Penyelaras: Cikgu Azlina

Pengurusannya di bawah HEM tetapi pelaksanaan aktiviti adalah di bawah kokurikulum.


Modul telah diagih kepada sekolah. Penyelaras program iaitu cikgu Azlina telah mengikuti
kursus berkenaan. AJK diminta merancang aktiviti untuk tahun 2015.
Tindakan: Makluman

15.0

PENUTUP

Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana memberikan
komitmen yang baik sepanjang mesyuarat ini diadakan. Beliau juga mengharapkan agar
usaha dan kerjasama semua guru dapat diteruskan lagi bagi tahun 2015 ini. Beliau
mengakhiri mesyuarat dengan ucapan salam dan Surah Al- Asr.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.15 Petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

..................................

...................................

................................

(MOHD HANAFI SAID)

(MERIAM BT. CHIK)

(SULAIMAN B. MUDA)

Setiausaha,

GPK HEM

Guru Besar

Pengurusan HEM

SK Menerong

SK Menerong

SK Menerong

10

You might also like